Uthman Bin Affan (Dzu Nurain)

Disediakan Untuk:
Ustaz Abdaziz Bin Harjin 

Disediakan Oleh:
Nur Ainbinti Azizan
2014621504

PENDAHULUAN 

Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, terdapa empat orang khalifah yang bertanggungjawab dan berperanan menegakkan agama di Semenanjung Tanah Arab. Empat orang tersebut ialah Saidina Abu Bakar As Siddiq, Saidina Umar Al Khattab, Saidina Uthman Bin Affan dan Saidina Ali Bin Abi Talib. Perjuangan mereka baru sahaja bertapak di bumi Arab itu pastinya berguna dijadikan pengajaran. Unsur prngajaran ini diharapkan dapat meningkatkan iman, akhlak, kesedaran dan keinsafan kepada kita semua. Saya mengkaji mengenai Saidina Uthman Bin Affan. Sebalum itu, saya ingin memperkenalkan keempat empat khalifah yang bertanggungjawab dalam meneruskan tugas Nabi Muhammad SAW. 

Abu Bakar As Siddiq adalah khalifah yang pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Nama asal beliau adalah Abdul Kaabah. Nama itu digunakan sebelum menganut Islam. Selepas menganut Islam, namanya ditukarkan kepada Abdullah Bin Usman. Bapanya dikenali dengan panggilan Abu Qahafah daripadanya keturunan Bani Tamin. Beliau dilahirkan pada tahun 570 Masihi, iaitu dua tahun enam bulan lebih muda dari Baginda. Beliau merupakan sahabat Baginda yang termuda didalam kalangan sahabat. Adapun penamaan beliau As Siddiq adalah kerana keperibadian beliau yang telah dikenali semenjak zaman jahilyah lagi sebagai yang amat benar dalam percakapan dan tindak tanduknya, di samping itu, segera membenarkan apa sahaja yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW. 

Umar Al Faruq, demikianlah gelaran khalifah Islam yang kedua pada zaman pemerintahan khilafah ar rasyidin. Nama penuh putera Al Khattab ini ialah Umar Bin Khattab Bin Naufal Bin Abdul Uzza Bin Ribah Bin Abdullah Bin Qurat Bin Zurah Bin Ali Bin Ka’ab Bin Luway Bin Fihr Bin Malik. Salasilah keluarganya bertemu dengan salasilah keturunan Rasulullah SAW pada moyang mereka, Ka’ab, iaitu keturunan yang ketujuh daripada kerabat Nabi Muhammad. Umar dilahirkan pada tahun 584 Masihi di Kota Mekah Al Mukarramah. Gelaran bagi beliau ialah Al – Faruq yang bermaksud pemisah antara hak dan Batil

Uthman Bin Affan, adalah keturunan Bani Umaiyah. Nama penuhnya ialah Uthman Bin Affan Bin Abu Al-As Bin Umaiyah Bin Abdu Syam Bin Abdul Manaf Bin Qusai. Saidina Uthman dilahirkan di Taif paa tahun ke-6 menurut kiraan tahun gajah Beliau lebih muda enam tahun daripada Rasulullah SAW. Semasa zaman Jahiliyyah beliau dikenali sebagai Abu Amru. Selepas beliau menikahi Ruqiyah, beliau digelar Abu Abdullah sempena anak pertama beliau bersama Ruqiyah yang bernama Abdullah. Beliau merupakan hartawan lelaki yang pertama memeluk Islam ketika itu. Gelaran bagi beliau adalah Dzin Nurain (Orang yang mempunyai dua orang cahaya mata). Gelaran tersebut diperolehi hasil kemuliaannya yang diwarisi melalui perkahwinannya dengan dua orang puteri Rasulullah iaitu Ruqiyah dan Ummu Khalthom. 

Saidina Ali ialah salah seorang daripada empat sahabat nabi Muhammad SAW yang dilantik menjadi khalifah Islam selepas kewafatan Baginda. Diberi gelaran ‘Karamullahwajhah’, yang bermaksud yang dimuliakan oleh Allah SWT karana tidak pernah menyembah berhala sejak lahir. Beliau memerintah selama empat tahun sahaja. Beliau wafat di kufaah pada pada 17 Ramadhan tahun 41 hijrah / 661 masihi disebabkan dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam. Selain ‘Karamullahwajhah’, Abu Hasan dan Abu Thurab juga digelar kepadanya. 

Takrif
Kalifah adalahLembagaPemerintahan Dalam Islam. Ia merupakan istilah yang muncul dalam sejarah pemerintahan Islam sebagai institusi politik Islam yang sinonim dengan kata Imamah yang bererti Pemerintahan Khalifah adalah tanggungjawab umum yang sesuai dengan tujuan syara’ (hukum Islam) yang bertujuan untuk mewajibkan cara penyelesaian pedoman di dunia dan di akhirat bagi umat seseorang yang melaksanakan fungsi khalifah (system Perkhalifahan )disebut khalifah. Khalifah yang sinonim imamah, yakni kepimpinan menyeluruh yang berkaitan dengan urusan dunia sebagai pengganti Rasulullah SAW. 

Pada zaman Rasulullah SAW yang menjadikan pemimpin masyarakat dan Negara ialah Baginda sendiri. Beliau memegang dua jawatan iaitu kuasa agama dan kuasa dunia. Sebagai pemimpin agama, beliau menerima syariat (wahyu ) dari Allah SWT dan sebagai pemimpin dunia (politik), beliau melaksanakan tugasan tersebut seperti yang disyariatkan oleh Allah SWT. Baginda wafat pada isnin 13 Rabiul Awal tahun ke 11 hijrah, Walaupun baginda wafat, tugas sebagai pembawa syariat tidak terhenti, dan perlu disambung. Khulafa Ar Rasyidin atau khulafa Ar Rashidur ( jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil – wakil atau khalifah yang benar atau lurus. Mereka warispemimpin Rasulullah Alaihisalam selepas baginda wafat. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah yang terawal. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam telah digantikan dengan kerajaan Umaiyah. Khulafa Ar Rashidin terdiri daripada empat oran sahabat Nabi Muhmmad SAW yang menggantikan tempat baginda. Mereka adalah Saidina Abu Bakar, memerintah dari 632 hingga 634 masihi, Saidina Umar Al Khattab, memerintah dari 634 sehingga 644 masihi, Saidina Uthman Bin Affan, memerintah dari 644 sehinggalah 656 masihi, beliau ialah khalifah yang paling lama menjad pemerintah selepas kewafatan Saidina Umar Al Khattab, dan khalifah yang terakhir ialah Saidina Ali Bin Abi Talib, beliau memerintah dari 656 sehinggalah 661 masihi. 

6. 1 :SAIDINA UTHMAN SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Beliau adalah Uthman bin Affan bin Abu Al-As bin Umaiyah bin Abdu Syams bin Abdu Manaf bin Qusai bin Kilab. Ibunya bernama Arwa Binti Kuraiz bin Rabi’ah bin Habib bin AbduManaf bin Qusai bin Qilab. Kedua dua ibu bapanya berketurunan Abdu Syams. Pertalian darah antara beliau dan Rasulullah dinasabkan kepada nenek moyang mereka iaitu Abdu Manaf manakala nenek sebelah ibunya bernama Al-Baidha’ Ummu Al-Hakam binti Abdul Mutalib bin Hasyim yang juga selaku ibu saudara kepada Baginda SAW. 

Saidina Uthman bin Affan dilahirkan pada tahun ke enam menurut kiraan tahun gajah di Taif. Gelaran Abu Amru diberikan kepada beliau pada zaman Jahiliyyah. Tetapi, selepas memeluk Islam, beliau lebih dikenali sebagai Abu Abdullah. Hal ini demikian kerana, semasa perkahwinannya bersama Ruqiyah, mereka dikurniakan seorang anak yang bernama Abdullah. Gelaran tersebut diambil berdasarkan nama anak lelakinya itu. Rasulullah, enam tahunn lebih tua daripada Uthman. 

Ramai lelaki dari keturunan Bani Umaiyah mendapat pangkat dan kedudukan yang mulia di Mekah kecuali seorang sahaja yang dipinggirkan iaitu Affan, bapa Uthman. Oleh karana tiada kerusa di dalam pentadbiran, Uthman kemudianya mengalihkan perhatiannya ke arah perniagaan sehinggalah dalam seluruh ahli keluarganya dan saudara mara baliaulah yang paling kaya sekali hasil keuntungan dalam perniagaan yang beliau jalankan. Sesungguhpun amat kaya, beliau bukanlah seorang yang suka berfoya foya ataupun suka menghabiskan duit begitu sahaja. Beliau tidak suka pada pelacur dan tidak menyentuh arak. Pada zaman Jahiliyyah, orang yang banyak harta mempunyai kedudukan yang amat tinggi dimata masyarakat. Secara tidak langsung, beliau juga dianggap salah seorang daripada orang yang berkedudukan tinggi dalam kalangan masyarakat Quraish. 

6. 2: STRUKTUR KETURUNAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

Beliau sering berjumpa dengan Abu BAkar As Siddiq Az-Zubair bin Al-Awwam, Talhah Bin ubaidullah, Abdul Rahman Bin Auf dan Saad Bin Abu Waqash. Pada masa Abu Bakar menganut Islam, beliau mengajak semua rakannya agar mengnut Islam. Lalu mereka menerima Islam dengan hati yang terbuka. Mereka bersolat dan membenarkan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad. Kemudiannya, Abu Ubaidah bin Al-Jarrah, Abu Salamah, Al-Arqam Bin Al-Arqam, Uthman Bin Maz’un, Qudamah Bin Maz’un, Abdullah bin Al-Aratti dan beberapa orang lagi yang kesemuanya adalah pedagang Berjaya telahpun Berjaya memeluk Islam dengan hati yang terbuka. 

Ruqiyah adalah seorang anak perempuan yang sanagt cantik dan jelita. Dia merupakan salah seorang daripada anak Baginda. Uthma juga tidak kurang tampannya dan keelokan rupa parasnya. Dadanya bidang dan tubuhnya pula tinggi lampai. Selain itu beliau pemuda yang berkulit cerah dan berjambang halus. 

Setelah Uthman meminang puteri Nabi Muhammad SAW yang bernama Ruqiyah yang kemudiannya menjadi suami isteri, maka hubungan antara Uthman dan Baginda bertambah erat. Sudah menjadi kebiasannya bahawa setiap orang menganggap terhormat dalam kalangan kaumnya, mesti ada orang menghasud, apa lagi bila ia menjauhkani perjalanan mereka. Demikiannya pula dengan Uthman bersama orang Quraish, ia selalu menderita penganiyaan dan penyerang yang kejam. Pada suatu hari ia dating menemui Rasulullah kerana ia merasakan usahanya telah dipersulit, jalan untuk menyelamatkan diri telah dirasakan buntu. Ia meminta izin untuk mengikut hijrah ke Habsyah. 

Diwaktu Baginda memberi keizinan kepadanya ke sana, ia menyelesaikan perjuangan beberapa tahun. Setelah Islam di Mekah dianggap kuat dengan masuknya Hamzah Bin Abdul Muthalib dan Umar Bin Al-Khattab R. a, mereka kembali ke Mekah semuanya. Setelah berada di Mekah, kaum muslimin mengalami tahun perjuangan, kesabaran, dan bermacam macam penderitaan. 

6. 3 :SALASILAH PERKAHWINAN RASULULLAH DAN UTHMAN AFFAN 

Semasa Ruqiyah meninggal dunia, Khunais Bin Huzafah As-Sahmi suami kepada Hafsah binti Umar Bin Al-Khattab juga turut meninggal dunia. Setelah tamat edah Hafsah, bapa Hafsah iaitu Umar pergi menemui Uthman Bin Affan lalu menawarkan kepadanya untuk mengahwini anak peremouannya iaitu Hafsah. Uthman berkata bahawa dia tidak lagi memerlukan perempuan di dalam kehidupannya ketika ini. Kemudiannya Umar pergi menemui Abu Bakar lalu mempelawanya untuk menikahi Hafsah tetapi Abu Baakar hanya berdiam diri sahaja tanpa sebarang jawapan. Umar amat marah kepada Abu Bakar. Tiba-tiba Baginda mengemukakan pinangannya terhadap Hafsah. 

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar bahawa Umar pernah berkata tentang hasratnya untuk mengahwinkan anak perempuannya, Hasnaf engan suaminya Khunais Bin Huzafah As-Sahmi telah meninggal dunia di Madinah. Maka dia pergi menemui Uthman dan Abu Bakar dan meminta agar mereka mengahwini anaknya. Tetapi malangnya mereka menolak. 

Uthman mengahwini Ummu Khalthum Binti Rasulullah yang masih muda pada bulan Rabiul Awal tahun ke-3 Hijrah. Beliau sentiasa bersamanya sehinggalah isterinya meninggal dunia pada bulan Syaban tahun ke – 9 Hijrah. Mereka berdua tidak dikurniakan zuriat. 

6. 4: KEMATIAN ABDULLAH BIN UTHMAN

Abdullah Bin Uthman telah selamat dilahirkan pada tahun kedua sebelum hijrah. Semasa bayi bayi, beliau pernah dipatuk oleh seekor ayam jantan pada bahagian mukanya dan luka itu semakin membesar. Beliau meninggal dunia pada tahun ke 4 hijrah. Bererti beliau hanya sempat hidup empat tahun sahaja. Ibunya, Ruqiyah bin Rasulullah meninggal semasa beliau baru berumur empat tahun

6. 5: SEMASA PERANG TABUK

Ketika Rasulullah mahu memulakan perjalanan menuju ke Tabuk untuk memerangi Rom, seluruh kaum muslimin merasakan amat sesak sekali dengan kemarau dan cuaca yang amat panas yang jarang sekali melanda negeri mereka. Oleh itu, mereka tidak berada didalam rumah, sebaliknya berada di bwah teduhan pokok-pokok berbuah yang mereka tanam. 

Namun, ada yang sanggup mengikut Rasulullah berperang walaupun cuaca yang amat panas di padang pasir yang tandus. Baginda tetap mahu meneruskan perjalanan ke Tabuk. Baginda lantas meminta kaum muslimin agar menyumbang derma dan bersedekah demi perjuangan di jalan Allah ini. Maka ramailah yang berharta termasuk Uthman Bin Affan. Beliau telah menyumbangkan perbelanjaan yang amat besar yang seorang pun dari kalangan sahabat mampu melakukanya. Baginda bersabda ‘Ya Allah, redhalah pada Uthman kerana aku juga redha kepadanya. 

6. 6: KELEBIHAN UTHMAN SEBELUM KEDATANGAN

Semasa zaman Jahiliyyah, Uthman adalah seorang yang pendiam, lemah lembut, dan tidak suka bercakap dengan banyak. Oleh itu, beliau tidak pernah sesekali pun berselisihan faham dengan orang lain samaada keluarga, mahupun sahabat-sahabatnya. Bahkan beliau amat suka membantu sesiapa sahaja yang dlam kesempitan. Jadi, tidak hairanlah jika beliau ada banyak kelebihan. Terdapat banyak kelebihan Uthman Bin Affan. Antaranya ialah :
(i)Dikahwinkan dengan dua orang cahaya mata Rasulullah. 

Pada mulanya, beliau berkahwin dengan Ruqiyah yang merupaka nak kepada Baginda, tetapi uqiyah telah meninggal dunua sewaktu perang badar sedang berlangsung. Kemudian beliau dikahwinkan pula oleh Baginda dengan saudara Ruqiyah yang bernama Ummu Kalthum. Perkahwinan mereka berlansung pada bulan Rabiul awal tahun keiga hijrah. Beliau terus hidup dengan Ummu Kalthum sehingganlah isterinya itu meninggal dunia pada bulan Syaaban tahun ke – 9 Hijrah. Oleh kerana beliaun mengahwina dua cahaya mata Rasulullah, maka beliau telah diberi gelaran sebagai Dzu Nurain ( Yang memiliki dua orang cahaya), sebagai penghormatan dan keutamaan besar bagi beliau

(ii)Persiapan Tentera Al-‘Usrah ( Perang Tabuk). 

Perang Tabuk juga dikenali sebagai perang Al-‘Usrah dipetik dari dalam firman Allah Taala dalam surah At-Taubah ayat 117 yang bermaksud 
“Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orag muhajirin dan orang-orang ansar yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, Kemudian, Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasuh lagi Maha Penyayang”. 

Rasulullah telah menyeru kaum muslimin untuk keluar berjihad dan memberitahu mereka tentang tempat yang bakal menjadi medan perang. Baginda lalu menghantar bebrapa wakilnya ke Mekah dan semua jajahan piagam Madinah untuk memberitahu rakyat tentang perkata itu dan meminta mereka menyumbang derma masing-masing. Abu Bakar As-Siddiq telah membawa kepada Rasulullah sejumlah wang yang tersangat lah banyak yang bernilai 44 ribu dirham. 

Rasulullah bertanya, tidakkah dia meninggalkan sedikit baki kepada keluarganya, Abu Bakar menjawab, beliau meninggalkan mereka Allah dan Rasulullah. Datang pula Umar Al-Khattab membawa setengah dari hartanya. Rasulullah bertanya tidakkah beliau meninggalkan sedikit harta kepada keluarganya, maka Umar menjawab terdapat setengah lagi hartanya pada mereka. Abdul Rahman Bin Auf pula menderma sebanyak 200 tahil, Asnim Bin Adr menderma sebanyak 70 cupak buah kurma dan Uthman pula menyediakan 950 ekor unta 50 ekor kuda perang. Derma yang beliau berikan seorang sahaja sudah mencukupi bagi 1/3 tentera-tentera Islam. Uthman mengeluarkan belanja yang amat besar. Tiada seorang pun yang mampu berbuat begitu untuk menampung persiapan askar-askar Islam. Pernah diceritakan bahawa Uthman telah membawa 1000 dinar lalu meletakkannya di bilik Baginda. Baginda bersabda, “Barangsiapa yang mempersiapkan tentera-tentera Al-‘Usrah ( Perang Tabuk), maka baginya adalah syurga”. 

(iii)Meluaskan Masjid Nabi Muhammad 

Ada sebidang tanah yang amat elok bersebelahan dengan masjid Nabi Muhammad bersabda, “Sesiapa yang membelinya lalu memperluaskan kawasan masjid di atas tanah itu, maka baginya sebuah mahligai di atasnya. Tahukah kamu bahawa Rasulullah pernah bersabda, “Barangsiapa yang membeli tanah Bani Fulan lalu menyedekahkan, nescaya Allah mengampunkan segala dosanya lalu Uthman pun membelinya dengan harga 20, 000 atau 25, 000 dirham. Kemudian dia pergi menemui Rasulullah lalu berkata kepadanya, “Aku sudah membelinya”. Baginda bersabda, “Jadikan ia sebahagian dari kawasan masjid kita dan pahalanya adalah untuk kamu” Orang ramai mengiyakan apa yang beliau katakana. 

Selepas itu, beliau berkata lagi, “Aku khabarkan kepada kamu semua kerana tiada Tuhan selain Allah : Tahukah kamu sesungguhnya Rasulullah telah memandang wajah-wajah kaum muslimin dan kemudiannya bersabda, “ Barangsiapa yang mempersiapkan orang-orang ini nescaya Allah akan mengampunkan segala dosanya, iaitu askar-askar Al-Usrah. Maka aku pun memepersiapkan mereka sehingga tiada suatu pun yang tertinggal. Orang ramai mengiyakan. Beliau berkata tiga kali. “Mengucapkanlah dua kalimah syahadah”

Kami bertolak ke Mekah untuk menunaikan Haji, dalam perjalanan kami telah singgah di Madinah untuk beberapa ketika. Semasa kami sedang berada di rumah tumpangan kami didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki itu berkata, “Orang ramai sedang berkumpul di masjid”. Aku dan sahabatku pun segera menuju ke masjid. Disana kami mendapati ramai yang senang berhimpun. Kami terus mendekati dan berdiri antara mereka. Mereka ternampak Ali Bin Abi Thalib, Talhah, Azzubair dan saad bin Abu Waqash. Uthman terus menyebut hadis seperti mana yang dinyatakan tadi. Selepas itu mereka pen bersurai. 

(iv)Perigi Raumah

Semasa kaum muhajirin dating ke Madinah, mereka telah kehabisan bekalan air. Kebetulan di Madinah masa itu, ada lelaki berketurunan Bani Ghifar yang memiliki sebuah perigi Raumah. Rasulullah pergi menemui lelaki tersebut lalu bertanya kepadanya, mahukan dia menjual perigi itu demi mendapatkan perigi di syurga, lelaki itu menjawab bahawasanya dia dan keluarganya tiada bekalan air selain perigi ini. Maka dia tidak dapat menjualnya

Perkara itu akhirnya diketahui oleh Uthman lalu beliau membeli perigi itu dengan harga 35 ribu dirham. Kemudiannya dia pergi menemui Rasulullah lalu berkata “ doakanlah aku sebuah perigi disyurga sebagaimana yang kamu tawarkan kepada lelaki tersebut”. Baginda mengiyakan Uthman dan berkata lagi, “Aku telah membeli lelaki tersebut dan aku hadiahkan untuk kegunaan seluruh kaum muslimin. 

Di dalam kitab Al-Buldan dinyatakan tentang perigi raumah. Diriwayatkan bahawa rasulullah pernah bersabda “ Sebaik baik perigi ialah telaga di Al-Muzani” iaitu perigi Raumah. 

Sebaik sahaja Uthman mendengar apa yang diucapkan oleh Rasulullah, beliau meletak 100 utas tali di perigi tersebut pada bahagian yang telah dibelinya bagi memudahkan kaum muhajirin mencedok air. Apabila perkara itu dilihat oleh pemilik asal perigi tadi, dia pun menjual seluruh perigi itu kepada Uthman lalu Uthman menyedekahkan untuk kegunaan semua orang Islam. 

6. 7 :PERLANTIKAN UTHMAN AFFAN ( MAJLIS SYURA )

Selesai sembahyang subuh, orang ramai mengusung khalifah Umar lalu dibawa pulang ke rumahnya. Sewaktu itu dia masih belum sedarkan diri. Selepas ditikam dan sebelum pengsan, beliau sempat menyuruh Abdul Rahman Al-Auf menjadi imam sembahyang subuh. Anak Umar bin Khatab berteriak dan bertanya, siapakah yang telah menikam bapanya. Uthman kemudiannya menjawab bahawa Abu Lukluah yang telah menikam bapanya. Dia memberitahu Ubaidullah bahawa Abu Lukluah telahpun menerima hukuman dan manyatnya telahpun dihantar ke rumah. Ubaidullah merupakan anak lelaki Umar Al-Khattab dan isterinya Ummu Khalthum Bin Amru Al-Khuzayyah. Mereka berkahwin sebelum Umar memeluk Islam. Selepas Umar memeluk Islam, Ummu Khalthum diceraikan kerana keduanya mempunyai fahaman yang berbeza. 

Umar segera menyemput ahli-ahli majlis syura lalu berkata kepada mereka, “Aku cuba mencari pengganti diriku sebagai khalifah deri kalangan umat Islam, namun tiada siapa pun yang aku fikir layak melainkan salah seorang dari anda semua”. Beliau meneruskan lagi bicaranya, “Sesungguhnya umat Islam amat menginginkan salah seorang dari kamu bertiga sahabatku (Uthman, Ali dan Abdul Rahman Bin Auf). Maka takutlah pada Allah wahai kaum Muslimin. Janganlah sesekali kamu mencampur adukkan urusan Bani Hasyim dengan urusan rakyat. 

Kemudiannya beliau memandang ke arah Uthman dan berkata padanya “ Takutlah pada Allah wahai Uthman, sekiranya kamu dibeikan amanat untuk menguruskan hal kaum muslimin maka janganlah kamu campur adukkan kedua-dua urusan itu. Dan kamu pula Abdul Rahman Bin Auf, janganlah kamu campur hal keluargamu dengan urusan rakyat jika kamu dilantik sebagai pemimpin. Bangkitlah kamu semua bincangkan untuk memilih siapa salah seorang daripada kamu. 

Abdul Rahman seggera menuju ke hadapan sambal memakai serbannya yang pernah dipakai rasulullah. Beliau terus naik ke atas mimbar dengan pedanya yang dicucuk dihadapan. Setelah berdiri agak lama, beliau pun membaca doa dengan suara yang amat perlahan sehingga tidak dapat didengar oleh para hadirin. 

Kemudian beliau berkata “Wahai manusia, sesungguhnya aku pernah bertanyakan kamu secara rahsia tentang siapakah ketua kamu tetapi aku tidak 
mendapati kamu berlaku adil terhadap dua orang lelaki ini. Sama ada Ali mahupun Uthman. Bangunlah wahai Ali, Ali segera bangun dan berdiri di bawah mimbar. Abdul Rahman segera bertanya, ” Adakah kamu sanggup taat dan setia kepadaku demi kitab Allah, Sunnah Nabinya dan amalan Abu Bakar dan Umar? Jawab Ali, Tidak, tetapi aku akan taat kepadamu dan demi semua itu bergantung pada pendapat dan keupayaanku. Abdul Rahman melepaskan tangan Ali lalu memanggil Uthman, Uthman pun bangun dan menuju ke arah Abdul Rahman lalu berdiri di tempat Ali tadi. Abdul Rahman terus memegang tangan Uthman dan bertanyakan soalan yang sama kepada Uthman. Uthman mengatakan dia sanggup. 

Abdul Rahman mendongakkan kepalanya ke bumbung masjid. Tangannya masih memegang tangan Uthman. Beliau berkata, Ya Allah, dengarlah dan saksikanlah, sesungguhnya aku menaruh kepercayaan penuh terhadap Uthman untuk menjadi pemimpin. Orang ramai mengelilingi Uthman untuk memberikan pengiktirafan. Abdul Rahman kemudiannya duduk di kerusi yang selalu diduduki oleh Rasulullah dan Uthman sentiasa didampinginya. Ali pula sudah tenggelam dek orang ramai tetapi segera bergegas ke Abdul Rahman untuk memberikan taat setia kepada Uthman. Abdul Rahman terus membacakan ayat 110 Sural Al-Fath yang bermaksud, “Bahawa orang orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setiapkepad Allah. Maka barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat dia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memeberiya pahala yang besar”. 

6. 8: KEKUASAANYA DAN PERLUASAAN KUASA LUAR
Dalam menunaikan tugasnya sebagai khalifah, Uthman segera dihadapkan kepada dua masalah besar yang peru dilaksanakan. Masalah tersebut ialah menumpaskan penderhakaan dan pemberontakan yang terjadi di beberapa buah daerah dan negeri yang telahh masuk ke bawah kekuasaan Islam di zaman Umar. Penderhakaan dan pemberontakan itu ditimbulkan oleh penduduk pendukung ‘Orde Lama’ yang berusaha mengembalikan kekuasaannya kepada pemerintahan sebelum masuk ke bawah kekuasaan Islam. 

Pemberontakan di Khurasan dikobarkan oleh pendukung-pendukung pemerintahan orde lama. Sedang kota Iskandariah diserang dan dikuasai kembali oleh bangsa Romawi, dengan mengerahkan pasukan tentera yang berkekuatan besar dibawah Panglima Armenia berama Manuel. Tetapi pemberontakan-pemberontakan itu semua dapat ditumpaskan oleh Uthman. Uthman mengerahkan tentera yang besar jumlahnya dengan perlengkapan yang cukup ke Khurasan dan Iskandariah untuk menumpaskan dan menghancurkan kaum pemberontak. Para pemberontak itu dapat ditumpaskan dan Uthman dapat mengembalikan keamanan dan stabilitis dalam daerah itu. 

Masalah yang kedua yang ditangani oleh Uthman ialah perluasaan Islam. Perluasaan Islam yang telah dicapai di masa Umar diteruskan sehinggalah bertambah dengan perluasaan ke laut. Tentera Islam dimasa Uthman telah mempunyai angkata laut. Dan satu persatu negeri banyak yang masuk ke dalam wilayah Islam. Negeri-negeri yang termasuk ialah wilayah pemerintahan Uthman, di Barqah, TripoliBarat dan bahagian selatan negeri Nubah. Selanjutnya negeri-negeri Balkh(Bakhtria) Harah, Kabul, dan Ghaznah di Turkistan tekah diduduki tentera Islam. Bahkan angkatan tentera laut di bawah pimpinan panhlima Mua’wi dapat pula menakluk Pulau Cyprus dan memasukkan pulau itu kedalam bahagian wilayah Islam. 

Pertempuran laut yang terpenting adalah pertempuran yang terjadi antara tentera laut dengan tentera Romawi pada tahun 31 hijrah di laut Tengah dekat kota Iskandariah. Pertempuran (Tiang Kapal) kerana melibatkan 1000 buah kapal perang, 200 tentera Islam dan selebihnya kepunyaan Romawi. Perang ini dikenali sebagai Perang Tiang

6. 9 : SIFAT PERIBADI UTHMAN AFFAN

(i)Seorang yang pemalu

Setiap sahabat Nabi Muhammad SAW memiliki keistimewaan trersendiri baik didalam ucapan mereka mahupun di dalam amal perbuatan mereka seperti Sabda Nabi Muhammad, ‘Orang yang paling kasih sayang dari umatku ialah Abu Bakar, dan paling teguh dalam memelihara ajaran Allah ialah Umar, yang bersifat pemalu ialah Uthman (HR, Ibnu Majah, Al-Hakim At-Tirmizi). Sifat pemalu itulah yang mendorong Saidina Uthman menjadi seorang dermawan yang penuh belas kasihan, sehingga ketika Rasulullah SAW sedang mempersiapkan diri dan pasukan Al-Usrah, seluruh perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Uthman Affan sendiri. Rasulullah SAW menyambutnya dengan ucapan, ‘ Tidakkah akan ada sesuatu yang dapat membahayakan Uthman dengan apa yang dilakukan hari ini. Ya Allah, redhailah Uthman, sesungguhnya aku meredhai nya’, (HR Al-Tirmizi)

(ii)Seorang yang dermawan

Saidina Uthman tokoh korperat yang Berjaya, perniagaannya bertambah maju dari hari ke har. Peniagaan beliau juga diberkati oleh Allah apabila beliau menggunakan harta tersebut dengan sebaik-baiknya. Selepas memeluk Islam, beliau banyak mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam, sebagai contohnya dalam perang tabuk. Beliau mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda perang dan seribu dinar. Begitu juga semasa umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman, oleh itu, Saidina Uthman telah membeli telaga Raumah dari orang Yahudi dengan harga 35000 dirham dan mensedekahkannyaa untuk kegunaan orang ramai. Dia juga mewakafkan sebidang tanah bagi membesarkan lagi masjid Nabawi. Setiap hari jumaat, beliau akan memerdekakan hamba dan mendermakan 300 ekor unta dan 10000 dinar untuk kegunaan tentera Islam dalam peperangan Tabuk. 

(iii)Taat Kepada Allah Taala

Saidina Uthman Bin affan R. a adalah seorang bertaqwa dan bersifat wara’. Tengah malamnya tak pernah disiakan. Be;iau memanfaatkan masa itu untuk mangaji Al Quran, berqiamullail, berpuasa sunat bagi membuat persediaa mengadap Allah selepas hari kematian dan sering melakukan haji tiap tahun. Apabila dia berzikir, air matanyaa mengalir menandakan dia begitu terharu. Beliau selalu bersegerakan dalam segala amal jariah dan kebajikan, kepentingann rakkyat. Khalifah Uthman telak melaksanakan hijrah sebanyak dua kali, pertama ke Habsyah dan yang kedua di Madinah. Beliau sanggup meninggalkan kemewahan harta benda dan sanak saudara demi menyahut seruan Allah dan Rasul

6. 10: KEWAFATAN UTHMAN BIN AFFAN

Saidina Uthman dibunuh pada petang khamis 16 Zulhijjah tahun 35 hijrah dan dimakamkan pada hari jumaat keesokan harinya pada usia 80 tahun atau 82 tahun. Menjadi khalifah selama 11 tahun dan 14 hari. Beliau meninggalkan 16 orang anak iaitu 9 lelaki dan 7 perempuan. 

Dengan sikap Bani Umaiyyah yang semacam itu, bererti mereka membiarkan Uthman seorang diri menebus dan meneima kesalahan-kesalahan yang ditimpakan kepadanya. Mereka menjauhkan diri daripada Uthman sejak gejala-gejala pemberontakan sudah tampak. Di muka pintuu rumah Uthman hanyalah sekelompok pemuda Islam yang tampil mempertaruhkan dirinya membela dan mempertaruhkan dirinya demi Uthman. Tetapi kelompok pemuda itu akhirnya tidak terdaya membendung arus pemberotakan yang semakin menggelodak

Pemberontak dapat lolos memborosi dengan memanjat rumah khalifah dan menyerang Uthman yang sedang membaca Al Quran. Khalifah tewas dan terbunuh, sedang isteri Uthman yang sedang berusaha mencegah serangan pemberontak itu tak luput dari sasaran mereka. Jari-jari tangannya putus-putus kerana gerakan-gerakan kaum pemberontak itu. Kematian Uthman dengan cara yang sedemikianiti, menyebabkan meletusnya huru hara dalam kalangan kaum muslimin dan muslimat yang membawa korban beribu-ribu pemuda yang tiada berdosa, mati terbunuh. 

PENUTUP
Kehidupan Saidina Uthman banyak memberi pengajaran dan iktibar yang boleh diambil. Sifat sabra yang dimiliki oleh Uthman dalam menangani golongan yang berhasad dengki terhadap Islam dan kaum muslimin. Kebencian yang mendalam telah mereka salur melaui fitnah dan penyebaran maklumat palsu sedikit pun tidak membuatkan Saidina Uthman berhenti dalam menyebarkan dakwah Islam. Namun demikian, semasa Saidina Uthman masih hidup, pelbagai jenis fitnah diberikan kepadanya. Namun dia tetap kuat kerana Allah Taala. Fitnah tersebut bertujuan untuk menjatuhkan Saidina Uthman, selain untuk mempengaruhi fikiran dan akidah orang muslimin agar memandang buruk kepada Uthman Affan. Tuduhan demi tuduhan delemparkan kepadanya mengenai kekhalifahan sehingga menimbulkan perselisihan faham dalam kalangan rakyat pihak musuh juga turut mengecam dan memutar belitkan fahaman terhadam beberapa perkara dalam Islam. Bagi mereka, tiada jalan lain untuk menjatuhkan dan mereosakkan system kepercyaan orang ramai terhadap Uthman melainkan mereka menyebarkan fitnah Al-Kubra. Setelah kematian Uthaman, tidak ada jalan mahupun cara mudah untuk merosakkan system dan kepercayaan mengenai konsep keimanan dalam Islam. Namunn tiada yang mustahil Berjaya dilakukan jika strategi yamg sistematik dan berterusan disusun dengan rapi lau tipu helah yang ingin disampaikan itu diterapkan ke dalam fikiran kaum muslimin terutama sekali mereka yang cetek dalam ilmu pengetahuan dan kurang memahami konsep keimanan sebenar dalam Islam. 

Saidina Uthman adalah seorang khalifah yang tersangatlah bertanggungjawab penuh terhadap rakyatnya dan penyebaran serta pendidikan Islam, maka segala strategi yang dilaksanakan Berjaya dan menjadi ikutan. Walaubagaimanapun, fitnah dan tuduhan yang dilemparkan mengenainya menjadi penyebab orang muslimin memandang rendah kepadanya dan menjauhkan diri daripadanya. Tindakan itu menyebabkan mereka si penyebar fitnah tidak perlu bertindak secara langsung untuk membunuh Saidina Uthman tetapi mempengaruhi orang lain untuk membunuh beliau. Keperibadian Saidina Uthman sangatlah dikagumi walaupun difinah beliau tetap sabra dan terus berjihad menyebabkan Islam sehingga terkorban

RUJUKAN

  1. Abdul Rani Mustafa. Siri Empat Khalifah: Umar Al-Khattab. Cetakan pertama. Shah Alam, Penerbit ‘K’ Publishing Sdn Bhd. 
  2. Abdul Rani Mustafa. Siri Empat Khalifah: Uthman Affan(Pentadbir dan Penyayang). Cetakan Pertama. Shah Alam, Penerbit ‘K’ Publishing Sdn. Bhd. 
  3. Ismail Hamid Dr, (1985). Pengantar Sejarah Umat Islam. Terbitan Pertama (1985). London, Penerbit Heinemman Education Book LTD. 
  4. Mahmud Syakir(2004). Biografi Gemilang Uthman Bin Affan(Dzin Nurain). siri empat khalifah. Johor, Penerbit Jasmin Interprise. 
  5. Mohd Kamal& Badruddin Hadiriy(1996). Kisah khalifah-khalifah Islam. Cetakan pertama 1996, Kuala Lumpur, penerbit Syarikat Nurulhas
  6. Muhammad Baihaqi(2000). Calon-Calon Ahli Syurga. Cetakan Pertama 2000. Johor, penerbit Peniagaan Jahabersa.. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin. blogspot. com
abdazizharjin@perlis. uitm. edu. my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 2/02/2015