Sains Islam

Disediakan Untuk : 
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh : 
Annuur Zakiah Binti Zainol 
2014805002

Assalammualaikum, 

Alhamdulillah Bersyukur Ke Hadrat Ilahi Saya Telah Menyelesaikan Tugasan Yang Diberikan Dengan Jayanya. Ribuan Terima Kasih Kepada Semua Yang Membantu Saya Dalam Menyiapkan Tugasan Ini Terutamanya Keluarga Saya Yang Membantu Saya Dari Segi Kewangan Dan Sokongan. Ribuan Terima Kasih Juga Kepada Pensyarah Saya Iaitu Ustaz Abd Aziz Bin Harjin Kerana Banyak Memberikan Nasihat Dan Pandangannya Dalam Menyiapkan Tugasan Saya Ini. 

Tugasan CTU saya adalah berkaitan Sains Islam. Saya sedar bahawa kebanyakkan teori-teori sains yang ada pada masa kini adalah hasil yang diterokai oleh saintis Islam pada masa lalu. Saya terpanggil untuk mendedahkan lagi jasa-jasa para saintis Islam masa lalu. Tajuk kecil saya termasuklah “sains dan Islam”, “perkembangan ilmu perubatan umat Islam” dan “matematik Islam”. 

Semoga melalui tugasan saya ini, umat Islam lebih berusaha untuk memajukan diri dalam bidang sains seperti mana umat-umat Islam yang terdahulu. Amin

1. Sains dan Islam

Sejak dahulu lagi, orang-orang Barat gemar membahaskan persoalan-persoalan yang menyentuh soal hubungan sains dan agama. Mereka gemar mencari perbezaan, percanggahan dan persaingan antara sains dan agama. Walhal, bagi umat Islam, hubungan antara sains dan agama adalah ibarat isi dan kuku. Menurut pandangan Islam, sains adalah bidang pengajian yang memerlukan akal fikiran ke atas alam tabii. Alam tabii merupakan kitab terbuka yang diciptakan oleh Allah swt sebagai panduan kepada manusia. Sains merupakan angkubah terpenting untuk kemajuan ketamadunan manusia sambil disertakan dengan elemen-elemen seperti ciri-ciri keagamaan dan bersifat saintifik. 

Al Quran telah diturunkan oleh Allah swt sebagai panduan untuk hamba-hambanya. Al Quran mengandungi ilmu sains yang banyak untuk difahamikan dan mengamalkan. Walhal ketika Al Quran itu diturunkan, tiada sebarang alat teknologi yang mampu digunakan oleh manusia untuk mencari ilmu sains seperti yang telah dijelaskan oleh Allah swt di dalam kitabnya. Hal ini menunjukkan bahawa Allah swt itu adalah Tuhan kepada sekalian alam yang juga telah menciptakan seluruh alam ini. 

Sebarang penemuan-penemuan baharu oleh saintis-saintis pada zaman sekarang juga sebenarnya telah dijelaskan di dalam Al Quran terlebih dahulu. Walaupun Allah telah memberikan ilmu sains di dalam Al Quran, namun umat Islam masa kini perlulah meneroka dan mengkaji dengan lebih mendalam ilmu yang telah disebutkan dalam Al Quran itu. Allah telah mengkurniakan akal yang sihat kepada umatnya supaya umatnya mampu meneroka dan memahami persekitaran alam dengan lebih baik. Para pengkaji sains perlulah menjadikan Al Quran sebagai garis panduan dalam penyelidikan kerana sains dan Islam itu saling berkait. 

2. Perkembangan ilmu perubatan umat Islam

Ilmu perubatan telah bertapak di Mesir kira-kira 3200 SM. Tamadun Islam berjaya melahirkan sarjana-sarjana yang memberi sumbangan yang banyak dalam perlbagai bidang perubatan. 

(A) PENGARUH IBNU SINA (AVICENNA)(980-1037M)
Pengaruh ibnu sina sebagai seorang doktor perubatan dalam Eropah adalah luas. Hasil buku karangan beliau Al-Qanun Fit Tibb terdiri daripada 14 jilid dan buku ini dianggap sebagai himpunan berbendaharaan ilmu perubatan. 

(B) SUMBANGAN IBNU SINA
Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali sebagai ilmu perubatan psikosomatis. Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung untuk mengenalpasti ketidakseimbangan humor yang berkenaan. Diagnois melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh doktor-doktor di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama yang mencatatkan bahawa penyakit paru-paru adalah suatu penyakit yang boleh berjangkit. Tulisan beliau Al-Qanun Fit Tibb merupakan tulisan perubatan yang teragung dan menjadi rujukan di universiti-universiti di Eropah. Selama 700 tahun, buku beliau menjadi piawaian kepada buku yang lain. Bidang pengajian beliau adalah anatomi, sistem jantung dan otot. Ibnu Sina juga memberi keterangan terperinci beserta dengan diagram bahagian mata seperti kornea, iris, retina, koroid dan saraf optik. 

(C) SUMBANGAN MUHAMMAD BIN ZAKARIA (AL-RAZI)
Al-Razi adalah seorang tokoh berasal dari Parsi. Beliau adalah guru kepada Ibnu Sina. Dia pernah digelarkan sebagai Jalinus Arab. Dia telah menjadi pengarah di hospital Bahgdad dan telah menghasilkan 224 buah buku dan 140 daripadanya ilmu perubatan. Buku perubatannya yang termahsyur ialah kitab al-Hawi Fit Tibb. Buku ini mengandungi 9 jilid dan telah dijadikan rujukan pertama di perpustakaan Fakulti Perubatan Paris, Perancis pada 1395Masihi. Buku ini adalah yang pertama dalam sejarah perubatan yang telah menggambarkan rupa bentuk awal demam cacar dan campak. Al Hawi Fit Tibb adalah salah satu daripada buku-buku rujukan utama di Barat dari abad ke 12M hingga abad ke 17M, ketika al-Razi dan Ibnu Sina dipandang tinggi dari Hippocrates dan Galen

(D) PEMBEDAHAN
Sumbangan yang penting yang diberikan oleh doktor Islam dalam ilmu perubatan adalah dalam bidang pembedahan. 
• Bagaimana memulihkan selaput mata dengan cara menggelincirkan keluar atau menarik keluar lensa 
• Mengenai pendarahan
• Mengenai penggunaan kaustik
• Mengenai penggunaan benang dan pembakaran tisu
• Mengenai litoriti suatu proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing. 

(E) OPTALMOLOGI (ILMU BERKAITAN MATA)
Abu Ali Al-Hassan ibn al-Haitham di Cairo, Mesir berasal dari Basrah. Bukunya yang termasyur bernama ‘optiks’telah menjadi rujukan utama di Eropah. Beliau menolak teori Euclid dan Ptolemy berkenaan aliran cahaya dari mata. Euclid dan Ptolemy menyatakan bahawa cahaya datangnya dari mata untuk melihat. Al-Haitham telah menghuraikan berkenaan teori cahaya dan warna dan sifat bayangan. Melalui eksperimen, beliau menentukan gerak lurus linear, penggunaan lensa yang dikajinya dengan menggunakan matematik. Beliau mempunyai mesin bubut untuk membuat lensa dan cermin lengkung untuk mengkaji berbagai fenomena optika. 

3. Matematik Islam

Menurut Islam, angka pertama ialah satu dan bukannya kosong atau sifar seperti pendapat sarjana Barat. Kewujudan angka satu sebagai angka awal dikaitkan dengan kewujudan tuhan yang satu iaitu Allah swt. Manakala pendapat angka kosong sebagai terawal menurut Barat adalah menafikan tentang kewujudan tuhan sebelum kejadian alam. 

Sistem pernomboran memberi sumbangan yang besar dalam bidang matematik dan memudahkan manusia menentukan kuantiti. Ini terbukti dengan ayat-ayat al Quran yang menyebut tentang nisf, rubu, thuluth, sudus dan thumun. Islam juga memerlukan perhitungan untuk sesuatu perkara contohnyapengiraan pergerakan bulan dan matahari dan perhitungan(hisab) di akhirat kelak. 

Dalam bidang aritmetrik, sistem angka yang dicipta oleh orang Arab dikenali sebagai ‘angka Muslim’. Angka-angka ini sebenarnya diperkenalkan oleh sarjana India iaitu Sinhid (al-Hind). Walaupun berasal dari India, sarjana-sarjana Islam telah membuat perubahan praktikal dan kemudian berkembang ke Eropah. Gerbert Aurillac merupakan tokoh yang bertanggungjawab memperkenalkan angka Islam ke Eropah. 

Penciptaan algebra adalah satu cabang ilmu yang berkembang dengan astronomi. Karya Al-Khawarizmi tentang algebra telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1120M oleh Gerard of Cremona dengan judul De Numero Indorum. Al-khawarizmi telah mengkaji persamaan kuadratik secara geometri, pecahan dan analisis geometri am persamaan geometri. 

Masyarakat Islam juga memberikan sumbangan yang besar dalam trigonometri. Pelopornya ialah Al-Battani, yang telah memperkenalkan teorem kotangen, sin, tangen dan sinus. Al-Battani telah mengira jadual sinus, tangen dan kotangen dari 0 darjah hingga 90 darjah dengan tepat. Konsep moden dan perlambangan fungsi dan identiti trigonometri juga diperkenalkan. Sifir kotengen juga telah dihasilkan oleh beliau. 

Abu al-Wafa Muhammad ibn Muhammad al-Buzjani juga antara tokoh Islam yang berjaya membuat penemuan baharu dalam bidang matematik. Beliau telah menulis buku berjudul Kitab fi ma yah taj ilyah al-khuttab was-unmal min ilm al-hisab. Beliau meluaskan konsep tangen dengan membuat sifir bagi setiap 15 sudut. Beliau juga merupakan tokoh pertama memperkenalkan fungsi kosinus dan sekan. 

Ibn al-Haitham merupakan perintis kepada penggunaan matematik dalam ilmu fizik yang selama ini dikaji hanya secara kualitatif sahaja. Beliau telah memperkenalkan banyak teori baru dalam fizik matematik dan merupakan pengasas bidang ini. Selain itu, seorang lagi tokoh matematik ialah Banu Musa yang merupakan perintis matematik gunaan dan kejuruteraan. Mereka menunjukkan bahwa matematik juga dapat digunakan untuk menghasilkan produk kejuruteraan yang lebih efisyen. 

Selain Banu Musa, al-Jazari juga menjadikan matematik sebagai sebahagian daripada kaedah kejuruteraannya. Antara ciptanya adalah jam air automatis yang digelar Water Clock of the Peacocks. Pembinaan jam air automatis ini melibatkan proses komputasi dan penggunaan matematik yang tinggi kerana jam ini merupakan instrument yang memerlukan ketepatan dan kejituan. Tambahan, al-Biruni juga mempelbagaikan penggunaan matematik misalnya beliau telah memperkenalkan kaedah analisis kuantitatif ke dalam kajian bumi dan tanah. Beliau juga diakui sebagai pengasas geosains dan pengasas analisis geografi kuantitatif. 

(4) Pencapaian terbesar Islam dalam astronomi dan fizik 

Bukti sumbangan Islam dalam astronomi adalah istilah seperti zenith, nadir dan azimuth yang berasal dari bahasa Arab. Begitu juga nama-nama bintang seperti Deneb, Altair, Aldebaranyang telah diberi oleh sarjana falak Islam dan masih digunakan oleh dunia barat hingga kini. Pada 1935, the International Astronomical Union telah menamakan di bulan dengan nama-nama ahli astronomi seperti Masha Allah, al-Ma’mum(al-Manon), , Thabit ibn Qurrah, al-Bttani, Al-Bitruji, Jabir dan lain-lain. 

. (A) SUMBER ASTRONOMI ISLAM
Pada peringkat awal, menterjemahkan karya astronomi yang dihasilkan oleh tamadun Parsi. Zij-I Syahi atau Syahriyari, sebuah buku yang dihasilkan sekitar 555M, telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Astronomi India juga dipelajari. Pada 155H/71M seorang perwakilan dari India datang ke Baghdad untuk mengajar astronomi India dan menolong menterjemahkan buku-buku ke bahasa Arab. 

Pada zaman pemerintahan al-Ma’mun penterjemahan teks astronomi dari Yunani dibuat dengan bersungguh-sungguh. Buku-buku tersebut dijadikan rujukan astronomi menggantikan karya-karya Parsi dan India. Karya Ptolemy diterjemahkan dan dinamakan judul al-Majisti. Beberapa abad kemudiannya, al-Majisti dialihkan bahasa ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Almagest. Berlakunya perkembangan yang memberansangkan dalam astronomi dengan adanya buku-buku terjemahan. Abad ke 3H/9M telah melahirkan ahli-ahli astronomi Islam yang terbaik yang amat membanggakan umat Islam. 

(B) TOKOH-TOKOH FIZIK DALAM TAMADUN ISLAM
• Al-Haitham

Beliau terkenal dalam bidang astronomi, fizik dan matematik. sumbangannya dalam fizik termasuk kajian tentang gerakan yang mana membawa beliau menemui prinsip inersia dan statik. 

Di dalam penyelidikannya, Al-Haitham telah menggabungkan eksperimen dan teori. Beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena optik. Dia menggunakan mesin ‘lathe’ dalam pembuatan cermin dank kanta cembung dan cekung dalam penyelidikannya. Al-Haitham juga menyatakan bahawa proses penglihatan adalah dengan cahaya datang dari objek dan masuk kemata. 

• Ibn Yunus
Abu Said ‘Abd al-Rahman ibn Yunus adalah seorang ahli fizik yang menciptakan bandul dan mengkisahkan bagaimana bandul beroperasi. Bandul digunakan untuk mengukur masa. 

5. Sumbangan Islam dalam perkembangan sains dan teknologi

Dalam bidang sains dan teknologi, tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada peradaban manusia. Antara subjek utama ialah :

KIMIA
Jabir bin Hayyan dikenali dengan penemuannnya berkenaan beberapa unsur kimia. Beliau menulis lebih kurang 100 buah buku tentang ilmu kimia yang merangkumi proses pengiraan, penghabluran, penyejatandan pemejalwapan. Antaranya termasuklah Kitab al-Sab’in dan Kitab al-Mizan yang merupakan asas kepada kimia Latin yang mula berkembang pada abad ke 15M. Beliau membincangkan tentang proses pembersihan logam, penghasilan besi waja, mevarnis kain dan sebagainya. 

ZOOLOGI
Penyelidikan bidang ini bermula pada 8M. Tumpuan penyelidikan adlah terhadap aspek pembiakan kuda dan unta. Tokoh yang telah menulis beberapa buah buku tentang unta, bebiri, kuda dan binatang lain adalah Al-Asam’I. Namun begitu, tokoh zoology yang terkemuka dalam dunia Islam dengan bukunya yang berjudul Kitab al-Haywan adalah Al-Jahiz. Beliau berjaya mengesan peerubahan yang berlaku kepada kehidupan burung semasa proses migrasi. Beliau adalah orang yang pertama mengulas tentang kaedah memperolehi ammonia dari najis burung melalui proses penyulingan. 
Ibn Sina juga turut membincangkan tentang bahasa yang berhubung dengan psikologi dan fisiologi binatang. Selain itu, Al-Asma’i yang memberikan sumbangan dalam bidang biologi haiwan dan proses biak-baka haiwan. Antarnya karyanya adalah Kitab al-Ibsil, Kitab al-Khayl, Kitab al-Wuhusy, Kitab al-Sha dan Kitab Khalq al-Insan. Pada abad ke 10 Masihi, ibn Kutauybah telah menulis buku uyun al-Akhbar yang mengandungi satu bahagian mengenai zoologi. Penulisan dalam bidang ini lebih berbentuk falsafah. Salah satu risalah Ikhwan al-Safa telah mengkelaskan binatang berdasarkan jumlah deria, cara membiak dan habitat spesies. 

KEJURUTERAAN
Sumbangan jurutera Islam telah tersebar ke benua Eropah. Buktinya adalah, jam air yang telah dihadiahkan kepada Charlemange oleh Harun al-Rashid telah diciptakan oleh Ibn Haytham. Ibn Rustam Al-Khurasani pula merupakan seorang pembuat jam terkenal. 

Untuk tujuan pengangkutan, jalan dan jambatan telah dibina. Di kawasan Bandar, jalan-jalan diturap dengan batu. Bagi pengangkutan air pula, kapal-kapal digunakan. Pembinaan kapal juga berlaku dalam tamadun Islam. Dua jenis kapal yang dibina adalah kapal perang dan kapal dagang. 

Teknokrat Islam juga menguasai kepakaran dalam pembinaan empangan dan terusan contohnya pembinaan Terusan Abu Musa dan Terusan Ma’akal semasa pemerintahan Umar ibn al-Khattab. Teknologi air bawah tanah diusahakan di Parsi. Bandar Isfahan merupakan Bandar yang dikelilingi padang pasir tetapi sebatang sungai mengalir melalui Bandar ini iaitu Sungai Zayandirud. 

GEOGRAFI

Bidang geografi telah dipelopori oleh Kurdadhbih dan Khawarizmi. Selain itu, terdapat lagi satu tokoh geografi dalam ketamadunan Islam iaitu Thabit ibn Qurrah yang menterjemahkan karya-karya Ptolemy mengenai tempat-tempat di bumi berdasarkan garisan latitud dan longitud. Al-Khawarizmi pula telah menyusun buku-buku terjemahan dengan judul Surah al-Ard dan menjadi sebuah atlas wilayah kekuasaan Islam. Sarjana-sarjana Islam yang lain menjadikan Surah al-Ard sebagai panduan dalam penghasilan buku-buku geografi. 

Al-Mas’udi adalah pelayar yang terkenal pemerhatian tentang monsoon. Karya beliau, Muruj al-Thahab adalah mengenai penduduk dan perubahan cuaca. Selain itu, Muruj al-Zaman iaitu hasil karyanya adalah mengenai aspek geografi dan sejarah Negara yang pernah dilawati beliau. Karya beliau yang paling terkenal sekali berjudul The Meadows of Gold mengenai bumi dan laut. 

GEOLOGI

Muhammad ibn Mnasur Syirazi telah menulis sebuah buku mengenai batuan berharga dalam bahasa Parsi. Usaha beliau ini disambung pula oleh Syeikh Ali Hazin. Ahmad al-Maghribi membuat penyelidikan tentang mineral, perubatan dan kimia. Orang Islam juga telah memajukan sektor perlombongan. 

BOTANI
Jabir ibn Hayyan telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab al-Nabat wa al-Shajar iaitu mengenai pertanian dan botani. Karya Firdawsal-Hikmah yang ditulis oleh Hunayn ibn Ishaq dan Ibn Abbas al-Majusi pula mula menunjukkan bahawa bidang perubatan mula memberikan penekanan kepada bahagian yang berkaitan tanaman dan tumbuhan serta faedahnya dari perspektif perubatan. Abu Hanifah al-Dinawari pula menulis Kitab al-Nabat yang menggabungkan fisiologi sejarah dan pendekatan dalam mengkaji tumbuhan. 

Ikhwan al-Safa pula telah menghasilkan kajian tentang morfologi asal-usul dan cara-cara tumbuhan membesar. Abd al-Latiff al-Baghdadi telah menulis Kitab al-I’tibar yang berkaitan botani. Manakala Al-Ghafiqi telah menulis sebuah buku yang berjudul Al-Adawiyah al-Mufradah. Buku ini menerangkan tentang tanaman ubatan dan tumbuhan herba. Ibn al-Awwam pula menghasilkan karya yang mengulas tentang 585 jenis tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. 

Penutup 

Kesimpulannya, Kecemerlangan pencapaian teknokrat dan saintis Islam telah memberikan sumbangan yang banyak kepada peradaban manusia. Saintis Islam pada masa dahulu berjaya menemui banyak teori dan fakta baharu dalam pelbagai bidang sains. Penemuan dan perkembangan sains yang telah dijayakan oleh para saintis Islam pada masa lalu telah menjadikan umat Islam sebagai pemangkin kearah pembaharuan bagi menerangi setiap inci sudut dunia. 

Contohnya, pada zaman pertengahan di Eropah masih dalam suasana gelap sedangkan di Cardova bandar umat Islam pada masa itu sudah diterangi dengan sinar-sinar cahaya lampu. Umat Islam berjaya bangkit kerana ilmu. Dengan ilmu juga, Barat berjaya bangkit dari zaman kegelapan. Oleh itu, umat Islam masa kini perlulah menuntut pelbagai ilmu dunia dan ilmu akhirat kerana hanya dengan ilmu kita dapat berjaya dunia akhirat. 

Ilmu dapat membezakan dan meninggikan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam ayat 9, surah al-Zumar, 

Maksudnya; "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"

Rujukan 

Hairudin Haru (1992). Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam., Universiti Malaya. 
Osman Bakar (1993). Islam dan Pemikiran Sains Masa Kini., Mekar Publishers. 
Zaheril Zainudin (2007). Sains Islam Merentasi Zaman., Universiti Sains Islam Malaysia. 
Ahmad F. Yousif (2004). Islam & Science., Research Centre. 
A. Rahman Omar (1992). Sains Menurut Perspektif Islam., Pusat Pengajian Umum UKM.  

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 2/02/2015