Riwayat Hidup Imam Ahmad Bin Hanbal

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh:
Yusnazatul Adzha Binti Yusof

2014254956

PENDAHULUAN

Selepas kewafatan baginda, Nabi Muhammad SAW. dan tamatnya pemerintahan Khulafa Ar rasyidin dalam memegang tampuk pemerintahan Islam. Selepas itu barunya munculnya pemikir- pemikir Islam yang lahir untuk menegak syiar Islam bagi untuk menyelesai permasalah umat Islam yang semkain meruncing di dunia antaranya perpecahan sesama umat Islam kerana inginkan kuasa sanggup bunuh-membunuh walaupun yang dibunuhnya itu saudara sesama Islam. Sehingga munculnya empat imam ijtihad yang terkenal yang berpegang dengan al Quran dan as- Sunnah datang bagi menyelesaikan permasalahan masyarakat dan menarik mereka ke jalan diredhai oleh Ilahi. Empat imam ini terdiri daripada Imam Abu Hanifah pengasas Mazhab Hanafi, Imam Ahmad bin Hanbal pengasas mazhab Hanbali, Imam Malik bin Anas pengasas mazhab Maliki, dan Imam Syafie pengasas mazhab Syafie. Keempat mazhab ini berpegang teguh pada al Quran dan as- Sunnah. Walaupun ada diantara mereka di seksa dalam menegakkan kebenaran agama Allah itu tidak mengoyang iman setiap yang ada dalam diri mereka kerana yakin Allah sentiasa berada setiap orang yang benar. Setiap ijtihad atau pandangan empat imam besar ini mengeluarkan pendapat sentiasa menyeru kepada murid-murid dengan melarang taklid, baik taklid ke atas sesiapa sahaja. 

AHMAD BIN HANBAL
 Ahmad bin Hanbal merupakan imam yang terakhir daripada rangkaian fuqaha pengasas empat mazhab yang masyhur. Iman Ahmad bin Hanbal al-Syaibani dilahirkan di Kota Baghdad pada tahun 164 H Rabi'ul Awal. Beliau datang dari Marwa. Ayahnya meninggal pada usia 30 tahun, oleh kerana itu, hanya ibu beliau yang mengasuhnya. Sedangkn ayahnya belum pernah mendidiknya kerana dia meninggalkan Imam Ahmad bin Hanbal ketika mash kecil. Imam Ahmad bin Hanbal berasal dari Marwa, Krurasan. Beliau diberi gelaran Abu Abdullah Sadusi. Mengenai nasab Imam Ahmad bin Hanbal, beliau adalah Abu Abdullah Ahmad Putra Muhammad Putra Hanbal Putra Hilal Putra Asad Putra Idris Putra Abdullah Putra Muhammad Putra Anas Putra Auf Putra Qasid Putra Mazan Putra Syaiban Putra Nizar. Nasab beliau bersambung dengan Sayyidina Ismail bin Ibrahim al-Khalil. Nasabnya bertemu dengan Nabi SAW di Nizar kerana Nabi SAW bangsa mudhar dari anak Mudhar bin Nizar. Setiap orang Quraisys dari Mudhar. 

Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dibesarkan di Baghdad dengan keadaan yatim walaupun dalam keadaan kepayahan, ibunya berusaha memberinya pendidikan yang sebaik- baiknya. Ahmad juga belajar menjadi rajin, sabar dan teguh pendirian. Beliau menghafaz al Quran sejak kecil lagi dan berkhidmat dalam pejabat kerajaan untuk memperolehi kemahiran menulis di samping mengkaji karya kesusasteraan. Ahmad memiliki jiwa serta kesedaran batin yang bersih. Bapa saudaranya memegang jawatan pemberita rasmi kerajaan di Baghdad dan beliau menghantar laporan-laporan hal ehwal kota itu kepada ketuanya. Pada suatu ketika itu dia memberikan satu bungkusan laporannya kepada Ahmad untuk disampaikan kepada seorang penghantar, tetapi Ahmad mencampakkannya kedalam sungai kerana bimbang bungkusan itu mengandungi laporan rahsia mengenai orang-orang tertentu. Semasa beliau berkhidmat sebagai pelatih dalam pejabat perhubungan, ramai suri rumahtangga yang suaminya sedang menjalani tugas ketenteraan datang kepadanya untuk dibacakan surat-surat mereka dan jawapan balasannya dituliskan bagi mereka Ahmad akan memenuhi kehendak mereka tetapi beliau tidak sekali-kali menulis perkara yang bercanggah dengan shari'at. Disebabkan ciri-cirinya yang unggul itu, salah seorang pemerhati (Haitham Ibn Jamil) meramalkan bahawa sekiranya pemuda itu terus hidup nescaya dia akan menjadi ikutan kaumnya.

KETEKUNAN IMAM AHMAD BIN HANBAL DALAM MENCARI ILMU
Imam Ahmad bin Hanbal sangat tekun untuk mencari ilmu. Perjalanan beliau untuk mencari ilmu sangat jauh sekali. Imam Ahmad bin Hanbal pertama kali mencari ilmu dari guru di Baghdad kemudian beliau pergi ke Kufah, Basrah, Makkah, Madinah, Yaman, Syam, Jazirah. Beliau belajar dari para ulama kota tersebut. Orang pertama kali yang mengajar ilmu pada beliau adalah Abu Yusof di waktu beliau masih usia 16 tahun pada tahun 179 H. di tahun itu juga Imam Malik bin Anas wafat. Imam Ahmad bin Hanbal tidak berhenti untuk mencari ilmu. Perjalanan beliau ntuk mencari ilmu sangat jauh sekali. Untuk mendapatkan ilmu itu beliau menghabiskan waktu yang sangat lama. Beliau tidak sibukk mencari keuntugan dan pasangan sebelum cita-cita yang diingini tercapai. Beliau tidak mahu berkahwin sebelum berusia 40 tahun. 

Berikutan kesungguhannya, semua cita- cita yang diinginkan tercapai. Ilmu orang-orang terdahulu dan orang-orang seusianya dari semua elemen. Beliau akan bersuara mengikut keinginannya dan akan diam terhadap sesuatu yang tidak dikehendakinya. Ahmad memberi tumpuan utamanya kepada pengajian Hadith, di samping ilmu- ilmu agama yang lain. Pada permulaannya beliau mengambil catitan Hadith daripada Abu Yusof dan kemudian menuntut selama empat tahun dengan seorang ulam Hadith Baghdad yang terkenal, Haithan bin Bashir. Dalam masa itu juga beliau menerima pelajaran daripada Abd Al-Rahman Ibn Mahdi, Abu Bakr Ibn 'Aiyyash dan beberapa orang Ahl Al-Hadith berwibawa yang lain. Beliau bersungguh-sungguh di dalam pelajarannya sehingga sanggup keluar untuk belajar pada awal pagi lagi sebelum fajar. Ibunya terpaksa memujuknya supaya tunggu sehingga kedengaran azan subuh dan hari menjadi cerah sedikit. 
DARIPADA SEORANG MURID MENJADI SEORANG IMAM
Daripada seorang murid, beliau telah menjadi seorang imam setelah mempejalari pelbagai ilmu daripada ramai ulama-ulama yang terkemuka Imam Ahmad bin Hanbal mula menyampaikan ilmu pada umur 40 tahun. Beliau mula mengajar di Masjid Jami' yang terletak di Kota Baghdad. Maka berduyum-duyun orang ramai datang ke majlis ilmu beliau untuk mempelajari ilmu hadith dan fekah mengikut mazhab Hanbali. 

Pengajian beliau dibahagikan kepada dua;umum dan khusus. Kebanyakan murid-muridnya yang datang kepada beliau adalah untuk tujuan menuntut ilmu, ada yang meminta nasihat darinya, ada juga yang hendak mempelajari adab dan akhlak beliau, bahkan ada juga yang hadir untuk mengambil berkat sahaja. Imam Ahmad bin Hanbal merupakanseorang yang tegas. Beliau tidak pernah bergurau senda kerana beliau kurang gemar akan perkara itu. Orang ramai mendengar syarahannya dengan keadaan sangat sunyi kerana mereka takut hendak bercakap atau melakukan sesuatu yang tidak sopan ketika Hadith disampaikan. Golongan miskin diutamakan daripada golongan kaya dalam majlis ilmunya. Al-zahabi meriwayatkan daripada Marwazi yang sezaman dengan Ahmad Ibn Hanbal sebagai berkata:''saya ridak pernah melihat golongan miskinn dan rendah dimuliakan seperti dalam majlis syarahan Imam Ahmad bin Hanbal. Beliau amat melayani orang miskin dan tidak menghiraukan yang kaya. Beliau seorang yang mengkagumkan serta memiliki gaya yang sederhana, namun beliau tidak pernah gopoh. Beliau menyampaikan syarahannya selepas sembahyang Asar, tetapi tidak berkata sesuatu sebelum diminta berucap''. 

Oleh sebab ketokohan dan keilmuan yang da pada Imam Ahmad maka ramailah para pecinta ilmu datang dan menuntut ilmu daripadanya. Ada diantara murid-murid Imam Ahmad yang berakhir menjadi tokoh-tokoh Islam yang terkenal juga. Diantara murid-murid Imam Ahmad bin Hanbal ialah, Yahya bin Adam, Abdul Rahman bin Mahdi, Yazid bin Harun, Ali bin Al-Madini, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Abu Zar'ah, Ar-Razi, Ibrahim Al-Harbi, Abu Bakar Ahmad bin Hani', Al-Atram, Muhammad bin Ishaq Al-Saghani, Abu Yatim Al-Razi, Ahmad bin Al- Huwari, Musa bin Harun, Hanbal bin Ishaq, Usman bin Said, Al-Darami, Hujaj bin Al-Syair, Abdul Malik bin Abdul Hamid Al-Maimuni, Bakyi bin Makhlid Al-Andulisi, Ya'kub bin Syaibah dan ramai lagi. Anaknya, Salih dan Abdullah juga menurut jejak langkah ayahnya dalam menguasai bidang hadis. Ramai murid-muridnya yang menuntut ilmu fekah daripadanya membantu mengembang dan menyebarkan mazhab Hanbali keseluruh pelosok dunia. Jasa-jasa mereka cukup besar di dalam membantu mazhab Imam Ahmad bin Hanbal berdiri sebaris dengan mazhab-mazhab yang terdahulu. 

KARYA IMAM AHMAD BIN HANBAL
Imam Ahmad bin Hanbal tidak mahu menlis suatu kitab, beliau melarang untuk menulis semua perkataan dan masalah yang beliau sampaikan. Seandainya beliau menulis semua perkataan dan masalah itu, maka beliau akan banyak memiliki karya. Akan banyak juga kitab-kitab yang dinukil dari beliau. Karya beliau yang dinukil adalah kitab Musnad. Kitab itu mengandungi 30 ribu hadis. Beliau berkata kepada putra Abdullah: “Peliharalah kitab Musnad ini kerana kitab ini akan menjadi imam bagi manusia. Kitab itu juga mengandungi ilmu tafsir 120 ribu, ilmu nasikh dan mansukh, sejarah, hadis, awal dan akhir al Quran. Di dalamnya juga terdapat tatacara ibadah yang besar mahupun kecil dan masalah-masalah lain. 

SIFAT-SIFAT PERIBADI IMAM AHMAD BIN HANBAL
Imam Ahmad bin Hanbal memiliki sifat-sifat peribadi yang mulia. Imam Ahmad bin Hanbal zuhud dalam masalah dunia. Imam Ahmad bin Hanbal tidak pernah menerima apa jua hadiah yang diberikan oleh khalifah atau pembesar dan beliau menjalani hidup yang sederhana. Sekiranya ditanya oleh anak-anaknya mengapa tidak diterimanya hadiah tersebut, nescaya beliau menerangkan bahawa hadiah tersebut adalah halal dan Haji pun boleh dikerjakan dengan wang hadiah tersebut. Beliau enggan menerima kerana hendak berhati-hati. Beliau menyara hidupnya daripada pendapatan harta pusakanya atau daripada pendapatannya sendiri. 

Beliau juga seorang yang bemurah hati. Beliau selalu bermurah hati walaupun dalam keaadaan kesempitan wang. Beliau kerap berkata bahawa jika seluruh dunia berupa makanan bagi seseorang Islam dan dia berikan keseluruhannya kepada saudaranya, nescaya itu bukan tindakan berlebihan. Beliau bukan sahaja bermurah hati dengan hartanya tetapi juga bermurah hati apabila dirinya sendiri terlibat. Pernah seorang mengutuk beliau tetapi tidak lama kemudian dia datang kembali untuk meminta maaf. Imam Ahmad bin Hanbal mejawab bahawa dia telah memaafkannya sebelum meninggalkan tempat kejadian itu lagi. 

Di samping itu, walaupun memiliki kemasyhuran dan ilmu mendalam, beliau tidak pernah kedengaran memuji dirinya sendiri. Salah seorang rakannya, Yahya Ibn Ma'in berkata “Saya belum pernah bertemu orang seperti Ahnad. Saya telah bersamanya selama lima puluh tahun tetapi beliau tidak pernah menunjuk-nunjuk keilmuannya”. Disebabkan sifat merendah diri, beliau tidak suka menyebut keturunannya, walaupun beliau datang daripada qabilah Arab yang mulia. Pada zaman itu, hal demikian dikira satu penghormatan yang tinggi. Al-Zahabi mencatatkan satu peristiwa yang diceritakan oleh salah seorang sahabat Ahmad yang menunjukkan sifat rendah diri beliau. Asim Abu Nu'man berkata: “Ahmad Ibn Hanbal telah menyuruh saya menyimpan duit dalam satu simpanan dari mana beliau mengeluarkan jumlah yang perlu bagi perbelanjaannya. Pada suatu masa saya berkata: “Abu Abdullah, saya tahu kamu seorang Arab. Beliau menjawab: Apa! Kami hanyalah orang papa. Saya terus inginkan jawapan daripadanya, tetapi beliau tetap mengelak”. 

Walaupun beliau bersifat sungguh merendah diri, namun pegawai-pegawai kerajaan, pentadbir dan tentera semuanya sangat kagum dengan beliau disebabkan perwatakan beliau yang serius dan bersungguh-sungguh. Kehidupan Imam Ahmad bin Hanbal begitu sederhana sehingga orang zuhud pun berasa iri hati. 

PERSENGKETAAN MENGENAI SIFAT AL QURAN
Masa pemerintahan tiga khalifah Abbasiyah, Al-Makmun, Al-Mu'tasim, dan Wathiq, merupakan zaman cubaan bagi Imam Ahmad bin Hanbal, kerana tiap-tiap khalifah tersebut inginkan bencana menimmpanya. Wathiq digantikan oleh Al-Mutawakil dalam tahun 232 H. Beliau sangat memuliakan Imam Ahmad bin Hanbal, tetapi Imam Ahmad bin Hanbal lebih takut kepada Al-Mutawakil kerana beliau menganggap kebaikan khalifah sebagai godaan. Ujian dan cubaan berupa fitnah, kemiskinan, seksaan dan lain-lainnya itu selalu akan mendampingi orang-orang yang beriman terutama orang yang menegakkkan kebenaran. 

Demikian juga halnya dengan Imam Ahmad bin Hanbal, terlalu banyak yang dihadapinya ketika berjuang menegakkan kebenaran agama. Ujian yang datang itu bermacam-macam kadangkala dari musuh dan dapat jugga timbul dari kawan- kawan yang merasa iri hati dengan kebolehan seseorang. Imam Ahmad bin Hanbal berada di zaman kekuasaan kaum muktazilah yang berpendapat bahawa al Quran itu adalah makhluk. Pendirian ini begitu kuat di kalangan pemerintahan, sehingga sesiapa yang bertentangan pendirian dengan pihak pemerintah tentu akan mendapat seksaan. Sebelum Al-Makmun ini, yakni di zaman Sultan Harun Al-Rasyid, ada seorang ulama bernama Basyar Al-Marisy berpendapat bahawa al Quran itu bukan makhluk. 

Baginda tidak mahu menerima pendapat tersebut. Bahkan terhadap orang yang berpendapat demikian akan diberi hukuman. Disebabkan ancaman itu akhirnya Basyar melarikan diri dari Baghdad. Sultan Harun Al-Rasyid pernah berkata: “Kalau umurku panjang dan masih dapat berjumpa dengan Basyar nescaya akan kubunuh dia dengan cara yang belum pernah aku lakukan terhadap yang lain ?” selama 20 tahun lamanya Syeikh Basyar menyembunyikan diri dari kekuasaan sultan. Tetapi setelah Sultan Harun Ar-Rasyid meninggal dunia, kemudian diganti dengan puteranya Al-Amin barulah Syekh Basyar keluar dari persembunyiannya. Dia kembali mengeluarkan pendapatnya itu, bahawa al Quran itu adalah makhluk. Al-Amin juga sependirian dengan ayahnya tidak setuju dengan pendapat tersebut. Ia mengancam kuat terhadap orang yang mengatakan al Quran itu makhluk. Kemudian, ketua negara bertukar lagi ke tangan saudara Al- Amin iaitu Al-Makmun. 

Di zaman pemerintahan Al-Makmun inilah pendapat tentang al Quran itu makhluk mula diterima. Al-Makmun sendiri telah terpengaruh dan ikut berpendapat demikian. Khalifah Al-Makmun berusaha bersungguh-sungguh menyebarkan fahaman Mu'tazilah mengenai sifat al Quran yang dianggap mereka sebagai makhluk, bukan kalam Allah yang qadim. Namun begitu orang ramai masih tetap dengan fahaman Ahl As-sunnah. 

Beberapa hari sebelum kematiannya, Al-Makmun mengeluarkan arahan ketiga kepada Ishaq Ibn Ibrahim, yang menghuraikan lebih lanjut lagi mengenai fahaman tersebut. Bidang kuasa perutusan itu juga diluaskan sehingga meliputi ujian terhadap semua ulama' dan pegawai negara. Dia mewajibkan semua orang menerima fahaman tersebut. Ishaq mengadakan satu majlis perjumpaan dengan semua ulama terkemuka serta meminta pendapat mereka mengenai fahaman rasmi negara. Jawapan mereka dilaporkan balik kepada khalifah. Al-Makmun amat marah membaca laporan Ishaq. Dia memerintahkan supaya Bishr Ibn Al-walid dan Ibrahim Ibn Al-Mahdi dibunuh dan yang lainnya yang masih degil dikirimkan kepadanya dengan dibelenggu. Di antara ulama tersebut, empat orang masih mempertahankan pendiriannya dan mereka dipenjarakan; iaitu Ahmad bin Hanbal dan Muhammad Ibn Nuh masih bertahan dan mereka di hantar mengadap khalifah di Tarsus. Al- Makmun meninggal dunia, tahanan itu dibawa kembali kepada Gabenor Baghdad. Muhammad Ibn Nuh wafat di pertengahan jalan dan Ahmad bersama yang lainnya dibawa ke Baghdad. Beberapa hari sebelum hati, Al-Makmun melantik saudaranya Abu Muhammad yang bergelar Al-Mu'tasim Billah sebagai bakal khalifah dengan arahan agar menuruti dasar-dasar Al-Makmun, terutamanya mengenai penciptaan al Quran. Al-Mu'tasim juga diwasiatkan agar mengekalkan Abu Duwad sebagai ketua qadhi serta penasihat utamanya. Dengan bersungguh-sungguh, Al-Mu'tasim menjunjung dasar Al-Makmun. Imam Ahmad bin Hanbal dikeluarkan dari penjara lalu dipertemukan dengan Ibn Abi Duad dan konco-konconya. 

Mereka mendebat beliau tentang kemakhlukan al Quran, tetapi beliau mampu membantahnya dengan bantahan yang tidak dapat mereka bantah. Akhirnya beliau dicambuk sampai tidak sedarkan diri lalu dimasukkan kembali ke dalam penjara dan mendekam di sana selama sekitar 28 bulan atau 30 bulan menurut yang lain. Selama itu, beliau solat dan tidur dalam keadaan kaki terbelenggu. Setiap hari al-Mu'tasim akan mengutus orang untuk mendebat beliau, tetapi jawapan beliau tetap sama, tidak berubah. Akibatnya, al-Mu'tasim menjadi bertambah marah dan Imam Ahmad bin Hanbal didera dengan lebih teruk. Semua itu, diterima Imam Ahmad bin Hanbal dengan penuh kesabaran dan keteguhan. 

KEBERANIAN DAN KETEGUHAN AHMAD BIN HANBAL BERJAYA MEMBERIKAN 

PUKULAN MAUT KEPADA SUATU FAHAMAN BID'AH
Pada akhirnya, beliau dibebaskan dari penjara. Beliau kembali ke rumah dalam keadaan tidak mampu berjalan. Setelah luka-lukanya sembuh dan badannya telah kuat, beliau kembali menyampaikan pelajaran-pelajarannya di masjid sampai al-Mu''tasim wafat. Seterusnya, al-Watsiq diangkat menjadi khalifah. Tidak berbeza dengan ayahnya, al-Mu'tasim, al-Watsiq pun meneruskan ujian yang dilakukan ayahnya dan datuknya. Dia masih menjalinkan pendekatan dengan Ibn Abi Duad dan konco-konconya. Akibatnya, penduduk Baghdad merasakan cabaran yang kian susah. Al- Watsiq melarang Imam Ahmad keluar bergaul dengan orang-orang. 

Akhirnya, Imam Ahmad bin Hanbal bersembunyi di rumahnya, beliau tidak keluar dari situ bahkan untuk keluar mengajar atau menghadiri solat berjemaah. Perkara itu dijalaninya selama lebih kurang lima tahun iaitu sampai Al- Watsiq meninggal dunia pada tahun 234 H. Setelah al-Watsiq wafat, al-Mutawakkil naik manggantikannya. Selama dua tahun pemerintahannya, ujian tentang kemakhlukan al Quran masih dijalankan kemudian pada tahun 234, dia menghentikan ujian tersebut. Dia mengumumkan ke seluruh wilayah kerajaannya larangan atas pendapat tentang kemakhlukan al Quran dan ancaman hukuman mati bagi melibatkan diri dalam hal itu. Dia juga memerintahkan kepada para ahli hadith untuk menyampaikan hadith-hadith tentang sifat-sifat Allah. Maka demikianlah, penduduk pun bergembira dengan pengumuman itu. Mereka memuji-muji khalifah atas keputusannya itu dan melupakan keburukannya. Di mana-mana terdengar doa untuknya dan namanya disebut-sebut bersama nama Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Umar bin Abd Aziz. 

PENUTUP
Demikianlah gambaran ringkas ujian yang dilalui oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Terlihat bagaimana sikap agung beliau yang tidak akan diambil kecuali oleh orang-orang yang penuh keteguhan lagi ikhlas. Beliau bersikap seperti itu justeru ketika sebahagian ulama lain berpaling dari kebenaran. Dan dengan keteguhan diatas kebenaran yang Allah berikan kepadanya itu, maka mazhab Ahl-Sunnah pun dinisbatkan kepada dirinya kerana beliau sabar dan teguh dalam membelanya. Ali bin al-Madiniy berkata menggambarkan keteguhan Imam Ahmad, “Allah telah mengukuhkan agama ini melalui dua orang lelaki, tidak ada yang ketiganya. Iaitu, Abu Bakar as- Siddiq pada yaumul Riddah (saat ramai orang yang murtad pada awal pemerintahannya), dan Ahmad bin Hanbal pada yaumul Mihnah”. 

RUJUKAN

Abu Al-Hasan 'Ali Al-Nadwi (1913). Pendukung Panji-Panji Islam Sepanjang Zaman, jilid 
Ahmad Asy-Syurbasi, Dr. (1979). Biografi Imam-Imam Madzhab. Jakarta:Penerbitan Mutiara. 
Ali Fikri, Prof. Dr. (2003). Kisah-Kisah Para Imam Madzhab, terjemahan. Yogyakarta: Mitra Pustaka. 
Muhammad Shiddiq al-Minsyawi (2007). 100 Tokoh Zuhud, terjemahan. Jakarta: Senayan Abadi Publishing. 
satu, terjemahan. Kuala Lumpur:Saripati(Malaysia)sdn. Bhd. 
Tarikuddin bin Haji Hassan (2004). Siri 4 Imam Madzhab. Imam Ahmad bin Hanbal. Jakarta:Perniagaan Abersa. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin. blogspot. com
abdazizharjin@perlis. uitm. edu. my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 2/02/2015