Perjalanan Hidup Uthman Bin Affan RA

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz B Harjin

Disediakan Oleh:
Amy Aizaitul Aina Binti Shuhaimee
2014482426

2. 0 PENDAHULUAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya dapat menghasilkan kerja kursus tentang Perjalanan Hidup Uthman Bin Affan dengan jayanya dan sempurna. 

Tujuan esei ini ditulis adalah untuk berkongsi dengan umat Islam mengenai khalifah ketiga yang telah memegang jawatan sebagai khalifah selama 70 tahun. Khalifah ketiga yang disebutkan ialah Saidina Uthman Bin Affan. Beliau merupakan antara sahabat Nabi Muhammad SAW yang telah banyak berjasa untuk agama Islam yang suci ini. 

Di dalam esei ini, akan saya nyatakan segalanya mengenai Uthman Bin Affan. Bermula dari tarikh beliau dilahirkan ke penghijrahan beliau ke agama Islam. Seterusnya, akan dinyatakan tentang sifat-sifat kepujian Saidina Uthman, cara perlantikan beliau sebagai khalifah dan komplikasi yang berlaku semasa melantik beliau sebagai khalifah. Terdapat juga tugas-tugas yang telah Uthman Bin Affan lakukan sepanjang tempoh beliau menjadi khalifah. Pembunuhan khalifah Uthman Bin Affan yang dilakukan dengan sangat kejam juga akan dinyatakan di dalam esei ini. 

Dengan esei yang telah disiapkan ini, saya berharap umat Islam dapat mengenali Saidina Uthman Bin Affan dan memghormati segala yang telah beliau korbankan demi memajukan agama Islam. 

Natijahnya, sebagai seorang muslim, kita haruslah mengenali dan mentafsir dengan lebih mendalam lagi mengenai perkembangan Islam dari awal zaman agar kita tidak melakukan kesalahan yang telah dilakukan dan mengambil iktibar daripada segala yang telah berlaku. 

3. 0 SALAH SILAH UTHMAN BIN AFFAN

3. 1 BIODATA UTHMAN

Nama lengkap Uthamn ialah Uthman bin Affan bin Abu al-Ash bin Umayyah bin Abdu Syams bin Abdu Manaf bin Qushayyi bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luayyi bin Ghalib al-Qurasyi al-Umawi. Beliau merupakan keturunan Bani Umaiyyah. (Musthofa Najib, 2009)

Saidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Mekah. Beliau dilahirkan di Taif pada tahun ke-6 menurut kiraan tahun gajah. Semasa zaman Jahiliyyah, beliau dikenali sebagai Abu Amru. Tetapi selepas beliau memeluk Islam dan berkahwin dengan puteri Rasulullah SAW, Ruqiyah, beliau telah di gelar sebagai Abu Abdullah setelah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Abdullah. Beliau juga digelarkan sebagai “Zunnurain” yang bermaksud dua cahaya kerana menikahi dua puteri Rasulullah SAW iaitu Ruqiyah dan kemudiannya Ummi Kalthum selepas kematian Ruqiyah semasa terletusnya perang Badar. Uthman telah behijrah sebanyak dua kali, pertama ke Habsyah dan yang kedua ke Madinah. (Khan, 2001)

Di Mekah, Uthman merupakan antara yang terawal yang tahu membaca dan menulis. Uthman tidak mendapat kerusi di dalam pentadbiran di Mekah lalu beliau mengalihkan perhatiannya kepada bidang perniagaan. Beliau meniaga sehingga dalam seluruh ahli keluarga dan saudara maranya, beliaulah orang yang paling kaya sekali hasil dari keuntungan dalam perniagaan yang beliau jalankan. (Thoriq Ahmad, 2010)

3. 2 KELUARGA UTHMAN
Bapa beliau adalah Affan bin Abu al-As bin Umaiyah. Telah meninggal dunia dan meninggalkan balu bernama Arwa binti Kuraiz bersama anak lelaki bernama Uthman dan seorang anak perempuan bernama Aminah di samping mewariskan harta dan perniagaan yang besar.   

Ibu beliau bernama Arwa binti Kuraiz bin Rabi’ah bin Habib bin Abdu Syams bin Abdu Manaf bin Qusai bin Kilab, anak kepada al-Baidha’ binti Abdul Muttalib yang juga merupakan saudara Nabi Muhammad SAW. Selepas kematian Affan, Arwa telah dikahwini oleh Uqbah bin Abu Mu’ait al-Umawi dan melahirkan beberapa orang cahaya mata iaitu al-Walid, Umarah, Khalid, Ummu Khaltum, Ummu Hakim dan Hind. Mereka semua adalah adik-beradik kandung Uthman dari sebelah ibunya. 

Uthman Bin Affan mempunyai adik perempuan iaitu Aminah binti Affan. Semasa zaman Jahiliyyah, Aminah telah bekerja sebagai penyikat rambut. Dia telah memeluk Islam pada hari pembukaan kota Mekah. Uthman ada seramai tiga orang adik-beradik lelaki dan tiga orang adik-beradik perempuan dari sebelah ibunya. Adik-beradik lelaki beliau ialah; Al-Walid bin Uqbah bin Mu’ait, ‘Umarah bin Uqbah, Khalid bin Uqbah. Saudara perempuan Uthman seibu dengannya pula ialah; Ummu Kalthum binti Uqbah, Ummu Hakim binti Uqbah dan Hind binti Uqbah. 

Sayyidina Uthman pernah mengahwini lapan orang perempuan yang kesemua mereka adalah selepas kedatangan Islam. Isteri-isteri beliau yang dimaksudkan itu ialah; Ruqiyah Binti Rasulullah SAW, Ummu Kalthun binti Rasulullah SAW, Fakhitah binti Ghazwan, Ummu Amru binti Jundub al-Azdiyah, Fatimah binti al-Walid bin Abu Syams bin al-Mughirah al-Makhzumiyah, Ummu al-Banin binti ‘Uyainah bin Hisn al-Fazariyah, Ramlah binti Syaibah bin Rabi’ah al-Umawiyah, Na’ilah binti al-Farafisah al-Kalbiyah. 

Seterusnya, Uthman telah dikurniakan seramai sembilan anak lelaki. Mereka adalah; Abdullah, Abdullah al-Asghar, Amru, Khalid, Aban, Umar, Al-Walid, Sa’id dan Abdul Malik. Beliau mempunyai seramai tujuh orang anak perempuan hasil dari perkahwinannya dengan lima orang wanita. Anak-anak perempuan beliau itu ialah; Maryam, Ummu Sa’id, Aisyah, Ummu Aban, Ummu Amru, Maryam as-Sughra dan Ummu al-Banin. (Mahmud Syakir, 2004)
 4. 0 SIFAT-SIFAT UTHMAN BIN AFFAN
Uthman adalah salah seorang tokoh dari orang-orang pilihan yang kedudukannya tinggi dimata kaumnya, hingga tiada yang berani menyinggung kehormatannya baik dengan perkataan mahupun perbuatan yang akan menodai dan menyakititnya. 

Saidina Uthman bin Affan ialah seorang lelaki yang mempunyai ketinggian sederhana. Raut wajahnya cukup tampan dengan bulu keningnya yang lebat, lebih menampakkan kelelakiannya. Beliau berketurunan Quraisy dan dikira sebagai orang yang paling arif tentang situasi kabilah itu samada yang baik mahu pun yang buruk. Beliau selalu dikunjungi oleh orang-orang Quraisy yang mahu bertanyakan banyak perkara padanya. (Musthofa Najib, 2009)

Uthman merupakan seorang yang pemalu dan baik hati. Rasulullah SAW sendiri pernah memujinya: “Sifat malu umatku yang paling benar ialah sifat malu Uthman”. 

Beliau sendiri pernah berkata sebelum beliau mati dibunuh: “Demi Allah, aku malu untuk melakukan perbuatan terkutuk samada semasa Jahiliyah mahu pun setelah aku memeluk Islam”. 

Beliau juga seorang yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi. Secara tidak langsung keperibadiannya itu turut mempengaruhi keluarga dan sahabat-handai sehingga hati mereka bersatu di bawah pimpinannya. 

Saidina Uthman r. a amat ramah dengan rakyatnya sehinggakan mereka menjadi bimbang terhadapnya kerana sikapnya yang terlalu baik itu. Beliau prihatin terhadap rakyatnya hinggakan beliau begitu bimbang jika ada sesiapa yang ditimpa sesuatu tanpa pengetahuannya dan orang itu tidak sempat meminta pertolongan daripadanya. 

Beliau juga ialah seorang yang kuat beribadah. Uthman selalu berpuasa di siang hari dan bersolat pada malam hari. Beliau adalah seorang mukmin yang terlalu takut pada Allah SWT. Setiap kali beliau melakukan sesutau maka setiap kali itulah juga beliau cuba menggambarkan suasana di hari perhisaban kelak. Saidina Uthman dikira sebagai seorang lelaki yang berani kerana tidak pernah mahu mengundurkan diri dalam setiap peperangan dan pertempuran. Bahkan beliau adalah di antara orang yang mula-mula sekali menyeru ke arah jihad. 

Uthman bin Affan merupakan orang pertama yang menetapkan mata wang, melirihkan suara takbir, mengharumkan masjid, melakukan azan pertama pada hari Jumaat, orang yang mendahulukan kuthbah hari raya sebelum solatnya. (Mahmud Syakir, 2004)

5. 0 UTHMAN BIN AFFAN MEMELUK ISLAM
Satu hari ketika Uthman bin Affan kembali ke Mekah setelah selesai berdagang, ketika itu orang ramai berbicara tentang Muhammad bin Abdullah. Seluruh kota nampaknya berada dalam kekacauan kerana Muhammad memperkenalkan dirinya sebagai Rasulullah. Uthman terus mengunjungi sahabat baik beliau, Abu Bakar untuk mengetahui tentang kepercayaan baru ini. Beliau tahu bahawa Abu Bakar telah memeluk Islam dan sangat rapat dengan Rasulullah SAW. (Thoriq Ahmad, 2010)

Uthman Bin Affan telah menemui Rasulullah SAW bersama Talhah bin Ubaidullah selepas az-Zubair bin al-Awwam. Mereka berdua masuk berjumpa dengan baginda lalu baginda membentangkan Islam kepada mereka. Baginda membacakan al Quran, menerangkan tentang hak-hak Islam dan menjanjinkan kemuliaan dari sisi Allah. Lalu mereka berdua pun memeluk Islam dengan hati yang terbuka dan beriman serta membenarkan apa jua yang baginda sampaikan. (Mahmud Syakir, 2004)

6. 0 PERLANTIKAN UTHMAN BIN AFFAN SEBAGAI KHALIFAH
Apabila Umar al-Khattab cedera ditikam, ahli majlis Syura mula berbincang untuk melantik salah seorang daripada enam orang sebagai khalifah. Mereka yang dimaksudkan itu ialah Uthman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Abdul Rahman bin Auf, az-Zubair bin al-Awwam, Saad bin Abu Waqash dan Talhal bin Ubaidullah. (Mahmud Syakir, 2004)

Semua anggota Majlis Syura ada di Madinah ketika itu kecuali Talhal bin Ubaidullah yang amat sibuk dengan beberapa urusan di luar Madinah. Abdul Rahman bin Auf mengajukan usul agar salah seorang di antara mereka menarik dirinya sebagai calon, agar suaranya nanti menjadi penengah yang akan menentu pilihan, sekiranya terjadi ketidak sepakatan. Usul ini segera dilaksanakannya dengan menarik dirinya sendiri. Seterusnya, Zubair menarik diri pula dan memberikan haknya kepada Ali, sementara Saad mencabut pula haknya sebagai khalifah. Dengan demikian terbataslah pilihan itu di antara Uthman dan Ali, dan untuk menetapkannya, diserahkan kepada Abdul Rahman bin Auf. 

Abdul Rahman harus menyelesaikan tugasnya itu dalam masa tiga hari dan tidak boleh lebih, sebagaimana telah diwasiatkan oleh Umar. Tetapi dalam masa sesingkat itu, ia harus pula mengadakan perundingan dan meminta pendapat semua sahabat Rasulullah SAW secara menyeluruh. Oleh sebab itu, Abdul Rahman telah mengelilingi kota Madinah serta naik turun setiap rumah. (Khalid Muh. Khalid, 1985)

Abdul Rahman menyuruh orang untuk mencari Uthman dan Ali, dan keduanya pun datanglah. Kemudian dimintanya kedua mereka untuk berjanji bahawa sekiranya terpilih menjadi khalifah, mereka akan berlaku adil dan sekiranya tidak terpilih, maka haruslah mereka menerimanya dengan taat dan patuh. 

Setelah itu, mereka dibawa ke masjid. Abdul Rahman mengenakan serban yang pernah dipakaikan kepadanya oleh Rasulullah SAW dan menggantungkan pedang di pinggangnya. Beliau terus naik ke atas mimbar dengan pedangnya dicacakkan di hadapan. Setelah bediri agak lama, beliau pun membacakan doa dengan suara yang perlahan sehingga tidak dapat didengar oleh para jemaah. Kemudian jemaah pun dipanggil untuk berkumpul di masjid, terutama para pemimpin, baik dari kalangan Muhajirin mahupun Ansar. (Khalid Muh. Khalid, 1985)

Kemudian beliau mula berkata: “Wahai manusia! Sesungguhnya aku pernah bertanyakan kamu secara rahsia tentang siapakah ketua kamu tetapi aku tidak mendapati kamu berlaku adil terhadap dua orang lelaki ini; samada Ali mahupun Uthman. Bangunlah wahai Ali. ” Ali pun bangun lalu berdiri dibawah mimbar. Abdul Rahman segera memegang tangannya dan bertanya: “Adakah kamu sanggup taat dan setia padaku demi kitab Allah, sunnah NabiNya dan amalan Abu Bakar dan Umar?” Jawab Ali: “Tidak, tetapi aku akan taat padamu demi semua itu bergantung pada pendapat dan keupayaanku. ”

Abdul Rahman melepaskan tangan Ali lalu memanggil pula Uthman: “Bangunlah dan datanglah kepadaku wahai Uthman. ” Uthman pun bangun dan menuju ke arah Abdul Rahman lalu berdiri di tempat Ali tadi. Abdul Rahman terus memegang tangannya dan bertanya: “Adakah kamu sanggup taat dan setia padaku demi kitab Allah, sunnah NabiNya dan amalan Abu Bakar dan Umar?” jawab Uthman: “Ya, aku sanggup. ”

Abdul Rahman mendongakkan kepalanya ke bumbung masjid, tangannya masih memegang tangan Uthman dan beliau berkata: “Ya Allah, dengarlah dan saksikanlah. Sesungguhnya aku menaruh kepercayaan penuh pada Uthman untuk menjadi pemimpin. ” Orang ramai terus mengelilingi Uthman untuk memberikan pengiktirafan. Keaadan menjadi amat sesak. Abdul Rahman terus membacakan ayat al Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang Yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka Hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). oleh itu, sesiapa Yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa Yang menyempurnakan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala Yang besar. ” (Surah al-Fath : 10)

Demikianlah, Uthman memikul tanggungjawab dan beban seorang khalifah yang dianggarkan semasa beliau berumur 70 tahun. (Mahmud Syakir, 2004)
7. 0 TUGAS-TUGAS UTHMAN BIN AFFAN
 Sewaktu Saidina Uthman Bin Affan menyandang jawatan sebagai khalifah, beliau telah melaksanakan beberapa tugasan dan perkara besar. Di antaranya seperti;
7. 1 PENGUBAHSUAIAN MASJIDIL HARAM
 Uthman telah membeli beberapa buah rumah yang terletak di sekitar atau berhampiran dengan masjid itu untuk memperluaskan kawasan masjid. Beliau menambahkan lagi ketinggian dinding dan meletakkan tiang di dalam masjid itu. 

7. 2 PENGUBAHSUAIAN MASJID NABAWI
Beliau melakukan pengubahsuaian dan penambahan ke atas sturktur binaan Masjid Nabawi serta memperluaskan lagi kawasannya. Tugasan itu beliau mulakan pada awal bukan Rabiul Awal tahun 29H. Beliau telah membina dinding dan tiang daripada batu keras yang dipahat dan diukir manakala bumbung dan atapnya pula daripada kayu dan daun pokok jati. Pintu-pintu masjid masih dikekalkan sepertimana pada zaman Umar iaitu enam buah pintu. Ukuran panjang masjid telah beliau tambah menjadi 160 hasta manakala lebarnya pula 150 hasta. Tugasan itu beliau lakukan selama sepuluh bulan dan berhenti pada tahun 30H. 

7. 3 PENYUSUNAN AL QURAN

Khalifah Uthman telah memerintahkan Zaid bin Thabit, iaitu penulis Rasulullah SAW untuk mengumpul semula semua mashaf al Quran lalu menulisnya sekali lagi. Setelah Zaid selesai melakukan perintah itu, Saidina Uthman segera meneliti hasil kerja Zaid dan beliau masih lagi tidak berpuas hati. Beliau telah menubuhkan sekumpulan penulis dan penyusun al Quran yang terdiri dari Zaid bin Thabit dan tiga orang lelaki Quraisy iaitu; Abdullah bin az-Zubair, Sa’id bin al-As dan Abdul Rahman bin al-Harith bin Hisyam.   

Bilangan seramai empat orang itu adalah tambahan kepada tiga orang penulis al Quran di Madinah yang sudah ada iaitu Nafi’ bin Torif, Abdullah bin al-Walid al-Khuza’ie dan Abdul Rahman bin Abu Lubabah. Selain mereka yang disebutkan tadi, ada lagi para penulis lain seperti Ubai binKaab, Kuthayyir bin Aflah, Malik bin Abu ‘Amir, datuk kepada Imam Malik bin Anas dan Abdullah bin Abbas. Dengan itu bilangan penulis dan penyusun al Quran semuanya ialah seramai dua belas orang. Mereka semua diiktiraf dan diberi kepercayaan oleh khalifah. Saidina Uthman menetapkan Zaid dan Ubai bin Kaab sebagai penulis, Said bin al-As sebagai peneliti bahasa dan yang lain sebagai pembantu. 

Bahasa al Quran telah ditetapkan mengikut kefasihan dan sebutan Said bin al-As kerana loghat beliau lebih mirip kepada Rasulullah SAW. Beliau tinggal selama sembilan tahun di sisi Rasulullah dan telah menghayati seluruh keperibadian dan kehidupan Rasulullah SAW. 

7. 4 IBADAH HAJI
 Khalifah Uthman bin Affan r. a telah membenarksn kaum muslimin untuk mengerjakan ibadah haji sekali setiap tahun di samping menyediakan kemudahan bagi mereka kecuali pada tahun 35H iaitu tahun terakhir beliau menjadi khalifah semasa rumah beliau telah dikepung oleh puak-puak pengganas. Dengan kata lain, beliau juga turut mengerjakan haji bersama kaum muslimin dalam tempoh sepuluh tahun berturut-turut. Ada riwayat menyatakan bahawa semasa beliau mula-mula menyandang jawatan sebagai khalifah iaitu pada tahun 24H, beliau telah mewakilkan Abdul Rahman bin Auf supaya mengerjakan haji bersama orang-orang Islam. 

7. 5 PERPINDAHAN MINA DARI AS-SYU’AIBAH KE JEDDAH
Penduduk-penduduk Mekah telah berbincang dengan Uthman bin Affan pada tahun 26H supaya memindahkan Mina dari Syu’aibah yang merupakan kawasan Mina yang asal ke sebuah tempat baru yang lebih dekat dengan Mekah. Uthman segera pergi ke Jeddah untuk melihat keadaan tempat itu dan kemudian beliau memerintahkan supaya Mina dipindahkan ke Jeddah. (Mahmud Syakir, 2004)
8. 0 PEMBUNUHAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN
Menjelang bulan Syawal tahun 35H, seramai 1000 orang Mesir telah berangkat keluar dari wilayah itu dalam beberapa kumpulan dan diketuai oleh beberapa orang ketua. Para penduduk Kufah juga telah bertolak dalam rombongan yang besar sama seperti penduduk Mesir. Selain dari dua rombongan ini, ada lagi serombongan lain iaitu para penduduk Basrah. Bilangan mereka adalah lebih kurang sama dengan bilangan kedua-dua rombongan tadi. (Khalid Muh. Khalid, 1985)

Para pemberontak ini telah mengepung rumah Uthman bin Affan dan menghalangi orang-orang untuk bergaul atau berbicara dengan beliau. Bahkan menuju ke pintu rumahnya juga tidak dibenarkan. Sekelompok anak sahabat telah berusaha memerangi pemberontak tersebut tetapi Khalifah Uthman telah memerintah untuk mencegah pertempuran. 

Kemudian para pemberontak telah membakar pintu rumah dan masuk, sementara Uthman r. a membaca al Quran, apa yang dilihatnya tidak menyebabkan dirinya lepas dari bacaannya. Uthman berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memberikan sebuah janji kepadaku dan aku akan sabar menghadapinya. ” Kemudian beliau menyuruh mereka untuk pulang, lalu masuklah orang-orang yang mendapat surat dari orang yang celaka itu dan mereka membunuh jiwa yang bersih ini. 

Beberapa orang pemberontak segera menyerbu masuk ke dalam rumah dan menyerang Uthman r. a. Al-Ghafiqi terus menghayunkan pedangnya ke arah Uthman dan tetakan itu tepat mengenai sasaran. Isteri Uthman cuba mempertahankan suaminya tetapi dia telah ditetak jarinya oleh Qutairah bin Humran. Jari-jari tangan wanita itu terus putus sebaik sahaja mata pedang yang sangat tajam dihayunkan padanya. Kemudian Sudan bin Humran pula menghayunkan pedangnya ke arah Saidina Uthman r. a, diikuti oleh Kinanah bin Bisyr bin Attab at-Tujaibi. Maka syahidlah Khalifah Uthman Bin Affan r. a. Dua orang anak lelaki Uthman juga turut terbunuh. Seorang dibunuh oleh Sudan bin Humran dan seorang lagi dibunuh oleh Qutairah bin Humran. (Mahmud Syakir, 2004)

Pembunuhan Khalifah Uthman itu telah berlaku pada tanggal 18 Zulhijjah tahun 35H. Tempoh pemerintahannya ialah selama lebih kurang 12 tahun. Umurnya pada masa itu ialah 82 tahun. 

Pemberontak yang zalim itu telah membunuh khalifah, suami kepada anak-anak perempuan Nabi mereka, Zunnurain. Mereka membunuhnya secara teramat zalim, maka pembunuhnya adalah orang yang zalim dan orang yang menghina Uthman r. a adalah orang yang salah. (Khalid Muh. Khalid, 1985)
9. 0 PENUTUP
Berdasarkan perjalanan hidup Saidina Uthman Bin Affan, saya telah mendapati bahawa beliau adalah seorang yang sangat tabah dalam menghadapi apa sahaja ujian yang diberi oleh Allah. Saidina Uthman berasal dari keluarga yang berkepentingan dan beliau juga akhirnya menjadi antara manusia yang paling penting dalam sejarah Islam. 

Uthman Bin Affan mempunyai sifat-sifat yang terpuji dan harus dicontohi oleh masyarakat Islam. Sifat kepimpinan beliau haruslah dicontohi oleh para pemimpin pada hari ini agar sesebuah negara itu akan menjadi lebih aman dan harmoni. Beliau sememangnya layak menjadi khalifah dan tindakan sesiapa yang membantah adalah sangat tidak wajar. Saidina Uthman sangat berjasa kepada agama Islam kerana beliau telah melakukan pelbagai tugasan demi untuk menjamin masa depan agama Islam. 

Kisah pembunuhan Khalifah Uthman sangat menyayat hati sesiapa sahaja yang mengetahui tentang kisahnya. Kita haruslah melindungi agama kita daripada pengganas dan sanggup bertumpah darah demi mempertahankan agama Islam yang suci ini. 

Kesimpulannya, seorang muslim haruslah mengambil iktibar dari segala yang terjadi pada Saidina Uthman dan sedar akan kedudukan diri dan tidak lupa bahawa Allah SWT akan sentiasa menguji makhluknya. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. 
10. 0 RUJUKAN
  1. Khalid Muh. Khalid. (1985). Mengenal Pola Kepemimpinan Umat dari Karakteristik Perihidup Khalifah Rasulullah. Bandung: CV DIPONEGORO. 
  2. Khan, D. M. (2001). The Pious Caliphs. Selangor, Malaysia: Islamic Book Trust. 
  3. Mahmud Syakir. (2004). Biografi Gemilang : Uthman Bin Affan (Dzin Nurain). JASMINE ENTERPRISE. 
  4. Musthofa Najib. (2009). Para Pejuang Islam. Johor Bahru: PERNIAGAAN JAHABERSA. 
  5. Thoriq Ahmad. (2010). Ini Sejarah Kita. Pustaka Buku Putih. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin. blogspot. com
abdazizharjin@perlis. uitm. edu. my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 4/02/2015

Perjalanan Hidup Uthman Bin Affan R. A

Abdul Rahman mendongakkan kepalanya ke bumbung masjid, tangannya masih memegang tangan Uthman dan beliau berkata: “Ya Allah, dengarlah dan saksikanlah. Sesungguhnya aku menaruh kepercayaan penuh pada Uthman untuk menjadi pemimpin. ” Orang ramai terus mengelilingi Uthman untuk memberikan pengiktirafan. Keaadan menjadi amat sesak. Abdul Rahman terus membacakan ayat al Quran yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang Yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka Hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). oleh itu, sesiapa Yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa Yang menyempurnakan apa Yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala Yang besar. ” (Surah al-Fath : 10)