Perjalanan Hidup Rasulullah SAW

Disediakan Untuk :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah Pendidikan Islam

Disediakan Oleh :
Khairunisa Binti Yusoff
2014279082

PENGHARGAAN

Bismillahiramanirahim…

Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpah dan rahmat dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyarah CTU 151 saya iaitu Ustaz Abd Aziz Bin Harjin kerana dengan tunjuk ajar seta bimbingan daripadanya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya. 

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang tercinta kerana telah memberi segala kemudahan, keperluan dan sokongan moral bagi menghabiskan tugasan yang diberi ini. Ucapan penghargaan ini juga saya ingin tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi pendapat yang begitu berharga dan peringatan terhadap apa yang telah saya alpa. 

Akhir kata daripada saya, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka semua yang telah membantu saya bagi menyiapkan tugasan yang telah diberi dengan jayanya. Sekian, terima kasih. 

JASAMU DIKENANG

TAKRIF

Perjalanan hidup merupakan kisah hidup seseorang individu sejak lahir sehinggalah wafat. Perjalanan dan hidup, masing-masing mempunyai takrifan tersendiri. Perjalanan membawa maksud perihal, cara gerakan dan berjalan. Ia juga dapat ditakrifkan sebagai jarak, perbuatan atau tingkah laku. Manakala hidup pula membawa maksud yang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu aspek biologi atau al-hayah dan aspek sosiologi. Aspek biologi mentakrifkan hidup sebagai bahan yang membezakan antara mati dan hidup adalah sesuatu yang nampak dan wujud pelbagai tanda yang membuktikan sesuatu itu hidup apabila terdapat elemen seperti adanya keperluan dan kemahuan serta makanan. Seterusnya, definisi hidup dari sudut sosiologi pula mendefinisikan hidup merupakan berkat atau wujud dalam interaksi. Hidup menghubungkan seluruh aktiviti manusia. 

Di sini dapatlah ditakrifkan secara umum bahawa perjalanan hidup Rasulullah SAW merupakan analogi rangkaian kehidupan manusia agung, Muhammad SAW sejak lahir sehinggalah baginda wafat. Segala tingkah laku ataupun perbuatan baginda sejak lahir sehinggalah baginda wafat diceritakan sebagai teladan untuk umat baginda Rasulullah SAW. Kehidupan baginda yang penuh berkat dari segala aspek biologi dan sosiologi dapat dijadikan iktibar yang baik untuk semua. Perjalanan hidup Rasulullah merupakan sebuah perjalanan yang mempunyai pelbagai kisah suka dan duka dalam usaha baginda menyebarkan ajaran Islam kepada seluruh umat baginda Rasulullah SAW. 

PENDAHULUAN

Keperibadian Rasulullah SAW menjadi perhatian ilmuan dari pelbagai agama dan bangsa. Peribadi Rasulullah SAW yang melengkapi dari setiap aspek amat dikagumi. Sikap yang dimiliki Rasulullah SAW yang berteraskan empat konsep utama iaitu tabligh, siddiq, fatonah dan amanah mendorong pelbagai lapisan masyarakat untuk menganalisis keperibadiannya yang murni. Terdapat banyak penulisan mengenai riwayat kehidupan baginda Rasulullah SAW, membuktikan betapa hebatnya manusia agung ini. 

Kisah hidup baginda yang membesar sebagai anak yatim dan dibesarkan oleh bapa saudara baginda, Abu Talib hinggalah baginda menikahi dengan Saidatina Khadijah dan menerima wahyu pertama di Gua Hira’ daripada malaikat Jibrail seterusnya menggalas amanah menyebarkan Islam, membawa dan menjaga risalah agama terakhir sehinggalah agama Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia amatlah dikagumi. Strategi baginda Rasulullah saw dalam menyebarkan agama Islam bermula secara sembunyi dan kemudiannya apabila baginda sudah mempunyai ramai pengikut bersama baginda maka baginda mula menyebarkan secara terbuka kepada masyarakat di Mekah dan seterusnya di Madinah. Hal ini menunjukkan betapa hebatnya baginda membawa amanah menyebarkan ajaran Islam. Namun demikian, tugas sebagai nabi dan rasul bukanlah sesuatu yang mudah. Baginda dicaci, dihina, diugut malah ada percubaan untuk membunuh baginda tetapi berbekalkan sifat siddiq yang dimiliki, baginda meneruskan perjuangannya menyebarkan ajaran Islam yang benar ini. 

Berbekalkan kesabaran baginda Rasulullah SAW dalam menyebarkan Islam, Islam pernah menguasai 2/3 pelusuk dunia. Kehebatan dakwah dan peribadi Rasulullah SAW bukan sahaja diakui orang Islam malah diakui oleh para ilmuwan yang tidak beragama Islam setelah mereka mengkaji riwayat kehidupan baginda. Peribadi yang dimiliki baginda bukan sahaja dikagumi tetapi telah menarik hati ramai masyarakat untuk memeluk Islam. 

Latar Belakang Rasulullah SAW Dan Keluarganya

Nama Rasulullah SAW ialah Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim. Baginda berasal daripada keturunan bangsawan Quraisy, iaitu golongan yang terkenal dan terpengaruh di kalangan masyarakat Arab. Ibu baginda bernama Aminah Binti Wahab. Ibu dan bapa baginda mempunyai pertalian kekeluargaan. 

Baginda dilahirkan di Mekah pada pagi Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April tahun 571 Masihi. Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim kerana kematian bapa semasa dalam kandungan ibunya. Setelah ibu baginda meninggal, baginda dipelihara oleh datuknya iaitu Abdul Mutalib. Apabila Rasulullah berusia lapan tahun, datuknya pula meninggal dunia dan baginda diperihara pula oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Baginda telah diajar tentang selok-belok urusan perniagaan oleh Abu Talib. 

Pada usia 25 tahun, Rasulullah SAW telah berkahwin dengan Siti Khadijah Binti Khuwalid yang berusia 40 tahun. Hasil perkahwinan dengan Siti Khadijah, baginda telah dikurniakan enam orang anak iaitu Qassim, Abdullah, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kaltsum dan Fatimah ra. Selepas Siti Khadijah meninggal dunia, baginda berkahwin dengan isteri kedua iaitu Saudah Binti Zam’ah, diikuti dengan Aishah Binti Abu Bakar, Hafsah Binti Omar Bin Khattab, Zainab Binti Jahsyin, Zainab Binti Khuzaimah, Hindon Binti Abi Umayah, Ramlah Binti Abi Sufian, Juwairiyah Binti Al-Harits, Maimunah Binti Al-Harits, Safiyah Binti Haiyi Bin Ahtab dan akhir sekali Mariyah Al-Qibtiyah. Walaupun baginda mempunyai isteri yang ramai, tetapi perkahwinan baginda bukan kerana nafsu semata-mata. Baginda berkahwin dengan isteri-isteri sahabatnya yang mati dalam peperangan bagi menjaga kebajikan dan keselamatan. 

Pelantikan Nabi Sebagai Rasul

Sebelum diutuskan menjadi rasul, baginda telah memeluk Islam dan beribadat kepada Allah SWT. Baginda sangat membenci berhala dan barang-barang yang haram. Baginda bekerja sebagai penggembala kambing dan juga pernah berdagang. Baginda telah dilantik menjadi rasul ketika usianya 40 tahun. Wahyu pertama yang diterima oleh baginda apabila baginda sedang bersendirian di Gua Hirak. Malaikat Jibrail telah datang menemui baginda dan menyuruh baginda membaca, lalu baginda berkata “ummi……ummi” yang bererti tidak tahu membaca. Lalu Malaikat Jibrail melafazkan firman Allah SWT, iaitu ayat 1-5 surah Al-Alaq, iaitu ayat yang pertama diturunkan oleh Allah untuk umat manusia. 

Selepas peristiwa itu berlaku, baginda terus pulang menemui isterinya, Siti Khadijah dalam keadaan ketakutan dan baginda telah menceritakan peristiwa yang telah dialaminya semasa di Gua Hirak. Siti Khadijah telah membawa Rasulullah SAW menemui sepupunya iaitu Waraqah Bin Naufal. Beliau seorang pendita yang mengetahui tentang kitab Taurat dan Injil. Setelah menemui Waraqah, beliau memberitahu tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW. 

Kepimpinan Rasulullah SAW: Rasulullah SAW merupakan seorang pemimpin yang dipilih dan dilantik oleh Allah SWT untuk memimpin umat manusia di atas muka bumi ke jalan yang benar dan diredhai oleh Allah SWT. Kepimpinan baginda menonjol sewaktu baginda berada di Kota Mekah iaitu sebelum menerima wahyu sebagai nabi dan rasul. 

Antara ciri kepimpinan Rasulullah SAW yang terserlah ialah baginda bersifat adil. Baginda telah menghapuskan diskriminasi kaum iaitu perlakuan membezakan-bezakan dengan menghapuskan semangat Assabiyah serta memperkenalkan sistem ekonomi yang adil. Selain itu, baginda juga seorang yang bijak menyusun taktik dan strategi dalam setiap peperangan. Baginda juga seorang yang berani dan tegas dalam setiap aspek. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang diutuskan malah baginda juga seorang kepahlawanan. Baginda telah memimpin setiap ekspedisi perang meskipun jumlah pasukan tenteranya begitu sedikit. Ketegasan baginda pula terserlah dengan mengeluarkan kaum Yahudi Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraizah dari bumi Madinah setelah mereka melanggar piagam Madinah. Baginda amat dihormati dan disegani sehinggalah baginda dianggap seorang negarawan yang ulung. 

Kejayaan Rasulullah SAW Meletakkan Asas Akidah Yang Kukuh

Perjuangan Rasulullah SAW dalam menyampaikan akidah Islam adalah untuk memperbaiki akidah Musyrikin Quraisy yang mempunyai pelbagai kepercayaan seperti menyembah berhala kepada mentauhidkan Allah. Ajaran Islam disampaikan oleh baginda dengan bijaksana dan berkesan sehinggalah menarik minat Musyrikin Quraisy mengenali Allah SWT. Baginda membentuk sifat mulia dalam kalangan masyarakat Quraisy yang terpesong daripada nilai-nilai kemanusiaan. Namun begitu, baginda dan para sahabat menghadapi pelbagai ancaman dan seksaan yang sangat perik. Sahabat baginda yang mempertahankan Islam ialah Sumaiyah Binti Khabbat, Ammar Bin Yasir, Bilal Bin Rabah dan Hamamah. Rasulullah SAW dan para sahabat mengharungi segala ancaman dan seksaan dengan redha dan penuh sabar. Rasulullah SAW tetap meneruskan dakwah Islam dengan menanamkan asas akidah yang mantap dan begitu kukuh kepada penganut Islam. Hasilnya, ajaran Islam dapat dikenali oleh Musyrikin Quraisy dan mereka tertarik untuk menganut ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah. 
Kejayaan Rasulullah SAW itu membuktikan bahawa baginda adalah pembawa rahmat ke seluruh alam. 

Strategi Perjuangan Rasulullah SAW Di Mekah

Terdapat dua strategi dakwah Rasulullah SAW iaitu berdakwah secara sulit dan berdakwah secara terang-terangan. Dakwah secara sulit dijalankan kepada pihak tertentu sahaja seperti kaum keluarga terdekat baginda dan rakan taulan. Dakwah secara sulit berlangsung selama tiga tahun. Rasulullah SAW sendiri telah berjumpa dengan keluarganya untuk menyampaikan dakwah Islam. Rasulullah SAW telah berjaya mengIslamkan hampir seramai 40 orang dalam tempoh tersebut. Antara orang yang mula-mula memeluk Islam ialah Siti Khadijah Binti Khuwalid, Ali Bin Abi Talib, Abu Bakar Bin Waqas, Zubir Bin Al-Awwan dan Talhah Bin Al-Jarrah. 

Apabila turunnya ayat 94 iaitu Al-Hijr, baginda telah menyebarkan dakwah Islam secara terang-terangan atau terbuka. Dakwah ini dijalankan dengan cara mengadakan ceramah dan perhimpunan tertentu. Antara dakwah baginda secara terang-terangan ialah mengadakan perhimpunan di Bukit Safa. Baginda telah dimaki oleh Abu Lahad dengan kata-kata penghinaan. Namun, Rasulullah SAW dan para sahabat tetap tabah mengharungi segala tentangan tersebut. Ajaran Islam terus tersebar luas dan pengikut ajaran Islam semakin bertambah dari semasa ke semasa. 

Hijrah Rasulullah SAW Ke Madinah

Hijrah ialah perpindahan Rasulullah SAW dan orang-orang Islam dari Mekah ke Madinah untuk menyebarkan dakwah Islam. Peristiwa hijrah berlaku pada 12 Rabiulawal, 13 tahun selepas nabi menjadi rasul. Antara sebab berlakunya hijrah ialah perintah daripada Allah SWT supaya Rasulullah SAW berhijrah dan ancaman terhadap orang Islam semakin kemuncak. Selain itu, penduduk Madinah memberi jaminan keselamatan kepada Rasulullah SAW dan orang-orang Islam dan juga strategi Rasulullah SAW dalam berdakwah. 

Sebelum peristiwa hijrah, tentangan terhadap Islam semakin hebat dan pelbagai cara daripada pihak Quraisy untuk menyekat dakwah Islam. Musyrikin Mekah telah melakukan pelbagai cara usaha menyekat dakwah Rasulullah SAW. Pada tahun 620 Masihi, beberapa orang Madinah telah datang berjumpa dengan Rasulullah SAW secara sulit. Pertemuan itu telah membawa termeterai Perjanjian Aqabah Pertama. Perjanjian Aqabah Pertama dibuat pada tahun 621 Masihi bersamaan tahun ke-11 kerasulan nabi. Antara isi kandungan Perjanjian Aqabah Pertama ialah tidak mensyirikan Allah SWT, tidak membunuh anak, tidak membuat fitnah atau khianat, tidak mencuri dan tidak berzina. 

Pada tahun 622 Masihi bersamaan tahun ke-13 kerasulan, termeterai pula Perjanjian Aqabah Kedua yang dibuat di antara Rasulullah SAW dengan 37 orang lelaki dan dua orang perempuan Madinah. Antara isi kandungan Perjanjian Aqabah Kedua ialah menerima Rasulullah SAW sebagai pemimpin mereka, berjanji mempertahankan Rasulullah SAW, berjanji untuk berjuang mempertahankan ajaran Islam dan sanggup membantu Rasulullah SAW dan orang Islam. Hasil daripada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah, baginda telah mempersaudarakan antara golongan Muhajirin dengan Ansar. Selain itu, baginda juga telah membina masjid sebagai tempat beribadat dan membuat beberapa perjanjian dengan golongan Yahudi di Madinah. 

Rasulullah SAW Wafat 

Rasulullah SAW wafat pada waktu Dhuha iaitu pada hari Isnin, 13 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah semasa usia Rasulullah SAW genap 63 tahun dan tiga hari berdasarkan tahun hijrah dan 61 tahun 84 hari berdasarkan tahun Masihi. Berita kewafatan Rasulullah SAW yang amat memilukan para sahabat. Suasana muram menyelubungi persada Madinah dan corak daerahnya. Setelah kewafatan Rasulullah s. aw, dakwah Islam disebar pula oleh para sahabat baginda. Abu Bakar as-Siddiq ialah Kalifah pertama orang muslim dari tahun 632-634. Beliau berjaya menghapuskan golongan riddah. Beliau juga berjaya mengumpul ayat-ayat Al Quran dan berjaya meluaskan pengaruh Islam. Saidina Umar ibni al-Khattab dan beliau juga dipanggil sebagai Umar Farooq. Beliau menjadi khalifah kedua Islam dari tahun 633-644 dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidin. Selepas Umar Al-Khattab meninggal dunia, Uthman Affan pula dilantik menjadi khalifah bagi menyebarkan ajaran Islam. Beliau telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalinkan 
semula Al Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut telah dihantar ke serata pusat jajahan bagi menggantikan salinan-salinan yang lain. Khalifah yang keempat pula ialah Saidina Ali Bin Abu Talib merupakan sepupu Rasulullah SAW dan merangkap sebagai menantu Rasulullah SAW kerana telah mengawini puteri baginda iaitu Fatimah. Beliau telah menerima jawatan sebagai khalifah dalam keadaan negara yang kucar-kacir. Beliau berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah-belah. Kesemua khalifah ini memainkan peranan menyebarkan dakwah Islam untuk masyarakat daripada terpesong akidah mereka. 

PENUTUP

Sudah terang lagi bersuluh, Rasulullah SAW merupakan seorang pemimpin yang berwibawa. Baginda mentadbir negara dengan caranya tersendiri dengan mantap dan kukuh. Allah SWT telah menjaganya sejak dari dalam kandungan sehingga baginda dianggkat menjadi rasul. Baginda merupakan contoh suri teladan yang terbaik sepanjang zaman sehingga ramai orang menerima Islam kerana melihat ketulusan baginda dan kemurnian ajaran Islam yang disampaikan. Baginda tetap tabah mengharungi setiap cabaran dan dugaan bagi menegakkan agama Islam agar tidak ditindas. 

Pelbagai usaha yang telah ditonjolkan oleh Rasulullah SAW untuk memperjuangkan agama Islam dengan strategi yang berkesan. Baginda memperjuangkan agama Islam sehingga akhir usianya. Setelah baginda Rasulullah SAW wafat, para sahabat telah meneruskan perjuangan dalam menyebarkan ajaran Islam, iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar ibni Al-Khattab, Uthaman Bin Affan dan Ali Bin Abu Talib. Mereka telah menyempurnakan pembukaan negeri dan menyinarkan sinaran Islam ke pelusuk dunia. 

Oleh itu, sebagai seorang pemimpin, kita seharusnya mencontohi sikap-sikap Rasulullah SAW bagi menjaga keamanan negara daripada dijajah semula. Negara yang aman dan damai datangnya daripada pemimpin yang adil dan bijaksana dalam segala aspek. 

RUJUKAN


  1. Muhammad Abdul Wahhab (2004). Kisah Hidup Nabi Muhammad SAW. Kuala Lumpur : JASMIN ENTERPRISE
  2. Muhammad bin Afifi al-Bajuri (1998). Kitab Sirah Rasulullah SAW. Terjemahan.
  3. Aisyah Abdurrahman Binti As Syathi’. Prof. Dr (1997). Suka Duka Kehidupan Puteri-Puteri Rasulullah SAW. Kuala Lumpur : Daarul Kitab Arabi-Beirut.
  4. Sayid Muhammad Baqir Shadr (2003). Sejarah Islam. Penerbit Lentera.
  5. Zulkarnain Yunus (2012). Xpress A+ PMR Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Sasbadi Sdn. Bhd.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin. blogspot. com
abdazizharjin@perlis. uitm. edu. my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 2/02/2015