Penghijrahan Nabi Muhammad Saw Ke Kota Madinah

Disediakan Untuk :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh :
Amirjah Shahirah Binti Mohamad Naser
2014870016

1. Pendahuluan

Sesampainya Rasulullah Saw Dan Abu Bakar Ke Yathrib Dengan Selamat Merupakan Permulaan Bagi Hakikat Munculnya Dakwah Islam Dan Tersebarnya Islam Dengan Pelbagai Dasar Asas Kehidupan. Rasulullah Saw Mula Menerapkan Dakwah Islam Sejak Nabi Muhammad Saw Menginjakkan Kedua Tapak Kaki Baginda Di Bumi Yathrib Dan Di Sekitarnya. Dasar Asas Yang Pertama Yang Diterapkan Oleh Rasulullah Saw Adalah Menghormati Hak-Hak Orang Lain Yang Merupakan Penduduk Yathrib Dengan Pelbagai agama yang dianutinya. Setelah itu Baginda tidak membeza-bezakan hak tersebut antara orang tua dan anak-anak dan Baginda juga tidak membezakan hak antara lelaki dan perempuan. Ini kerena Rasulullah SAW memandang manusia dengan satu pandangan sama dengan tanpa membezakan tempat kedudukannya ataupun kekuasaan dan kekuatannya serta dengan tanpa melihat kelemahan manusia itu. Baginda mula menerapkan dasar asas itu pada diri Baginda sendiri seperti yang akan kita lihat nanti. Baginda benar-benar menolak pemberian secara percuma dari seorang yang berupa bumi tanah yang dipilih untuk mendirikan masjid Nabawi. Namun Nabi Muhammad SAW membayar harga tanah tersebut sesuai dengan harga yang berlaku pada masa itu. 

Nabi Muhammad SAW juga memulakan sepuluh dasar asas dan nilai asas yang lain yang telah ditetapkan dalam ajaran agama. Dasar dan nilai tersebut telah menjadi nas konstitusi kehidupan dimana sumber utama dasar dan nilai itu berasal dari nas al Quran dan perilaku Rasulullah SAW. Mengikut kesepakatan ulama (ijmak), Rasulullah SAW sampai ke kawasan Yathrib pada waktu tengah hari, iaitu pada hari Isnin bulan rabiul Awal. Baginda sampai ke kawasan itu setelah sepuluh hari berada dalam perjalanan di tengah padang pasir sejak Nabi Muhammad SAW keluar dan berhijrah dari Kota Makkah. Saya mempunyai gambaran yang jelas yang telah ditulis oleh Ibnu Kathir dalam sebuah kitabnya yang menerangkan tentang sambutan penduduk Yathrib terhadap kedatangan Rasulullah SAW. Ibnu Kathir telah menukil kisah itu dari apa yang telah ditulis oleh Ibnu Ishaq. Ibnu Ishaq telah menceritakan tentang kisah sampainya Nabi Muhammad SAW ke Yathrib, dia berkata:

“Telah bercerita kepadaku beberapa orang dari kaumku yang merupakan para sahabat Rasulullah SAW, di antara mereka adalah Abdul Rahman bin Uwaim bin Sa’adah mereka berkata: 

“Ketika khabar tentang keluar Baginda Rasulullah SAW dari Kota Makkah sampai kepada kita dan kita telah memperkirakan kedatangan Nabi Muhammad SAW, maka setelah kita melakukan solat subuh, kita pergi menuju keluar kampung untuk menunggu kedatangan Nabi Muhammad SAW. Demi Allah, kita tidak meninggalkan tempat itu hingga terik sinar matahari yang sangat panas mengalahkan kita. Hal ini terjadi pada masa yang sangat panas dan ia berlaku berulang kali hingga Rasulullah SAW sampai di Yathrib dan duduk bersama kita. Kita menunggu kedatangan Nabi Muhammad SAW setiap hari hingga kita tidak mendapatkan tempat berteduh dari sinar matahari. ”

Pada waktu kita masuk ke rumah untuk menghindari panas sinar matahari, maka pada waktu itu Rasulullah SAW datang dan sampai kepada kita. Orang yang pertama melihat Nabi Muhammad SAW adalah seorang lelaki Yahudi, dia berteriak dengan suara yang tinggi: Wahai Bani Qailah, ini atuk kamu semua sudah datang! Lalu kita pun keluar untuk bertemu dan menyambut kedatangan Rasulullah SAW. Waktu itu Nabi Muhammad SAW sedang berehat di bawah sebuah pokok kurma bersama Saidina Abu Bakar. Majoriti dari kita belum pernah melihat Rasulullah SAW sebelumnya. Orang-orang berkumpul, mereka tidak mengenali siapa Saidina Abu Bakar itu. Hingga akhirnya tempat berteduh menjahui Nabi Muhammad SAW, maka berdirilah Saidina Abu Bakar untuk menutupi Nabi Muhammad SAW dari sinar matahari dengan selendangnya. Dengan demikian kita dapat mengenali mereka berdua” 

2. TAKRIF

Madinah Al-Munawwarah, dahulunya dikenali sebagai Yathrib tetapi telah ditukar namanya kepada Madinah oleh kerana maksud perkataan Yathrib itu ialah tercela, buruk. Di Kota Madinah inilah tempat Nabi Muhammad SAW, Nabi yang kita cintai melakukan kerja dakwahnya tanpa jemu, selepas baginda mendapat tentangan hebat di Kota Makkah dan Thaif, dan di kota inilah terletaknya masjid yang mana bila kita beribadah di dalamnya akan digandakan dengan 1000 kali ganda pahala. 

“Satu kali solat di masjidku ini, lebih besar pahalanya dari seribu kali solat di masjid yang lain, kecuali di Masjidil Haram. Dan satu kali solat di Masjidil Haram lebih utama dari seratus ribu kali solat di masjid lainnya. ”    (Riwayat Ahmad)

3. KEISTIMEWAAN KOTA MADINAH

Sememangnya sangat tepat sekali jika Allah SWT memilih Kota Madinah sebagai tempat penhijrahan dan pusat penyebaran agama Islam. Pemilihan Kota Madinah sebagai tempat hijrahnya Nabi Muhammad SAW merupakan suatu kemuliaan bagi penduduk Kota Mekah. Selain itu, masih banyak lagi rahsia yang terkandung di dalamnya, yang di mana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. 

Kota Madinah sememangnya sangat strategik sekali dalam bidang pertahanan. Tidak ada sebuah kota pun di jazirah Arab yang menyamai Kota Madinah dalam strategiknya di bidang pertahanan. Kota Madinah mempunyai faktor pertahanan yang kuat secara alamiah. Kota ini dibentengi oleh pergunungan batu yang terjal daripada sebelah barat dan timurnya. Hanya sebelah utaranya saja dari kota ini yang merupakan bahagian terbuka bebas. Kota Madinah dikelilingi oleh daerah-daerah pergunungan batu hitam yang terjal di mana ia dinamai sebagai Harrah dan Labbah. Mungkin ia berasal dari lava yang berasal dari peletupan gunung berapi. Tidak dapat ditempuh dengan hanya berjalan kaki malah tidak dapat dilalui juga oleh unta dan keldai. Apalagi pula jika dilalui oleh pasukan tentera. Hanya satu jurusan utara saja yang terbuka dapat ditempuh dan dilalui. Sehingga ketika terjadi perang Khandaq Nabi Muhammad SAW berusaha untuk membentengi bahagian utara kota ini dengan parit. Sedangkan bahagian yang lain dari kota ini dibentengi oleh semakan hutan dan perkebunan kurma sehingga bila ada pasukan musuh yang hendak mengadakan serangan terhadap Kota Madinah, mereka tidak akan mudah untuk melarikan diri kerana mereka akan dihalang oleh rimba dan kebun kurma yang tumbuh di seluruh tempat. Setelah itu, pasukan musuh akan menjadi kucar-kacir dan berselerakan. Oleh yang demikianlah Kota Madianah tidak memerlukan pertahanan yang besar dan ketat. Ibnu Ishak pernah menerangkan juga dalam kitabnya;

“Salah satu bahagian dari Kota Madinah terbuka (tidak terlindung) namun bahagian yang lain semuanya terlindung oleh pelbagai gedung, gunung, dan kebun-kebun kurma. Sehingga musuh dari luar akan sukar untuk mengadakan serangan ke dalam. ”  

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberikan isyarat kepada para sahabatnya sebelum ada perintah berhijrah; 

“Pernah aku ditunjukkan seolah-olah aku melihat tempat kamu berhijrah kelak. Tempat itu adalah ditutupi oleh kebun kurma yang dikelilngi oleh dua pergunungan yang terjal” 

Penduduk Kota Madinah - suku Aus dan Khazraj adalah suku yang tidak pernah tunduk kepada siapa pun. Mereka sangat berani sekali. Di samping itu, mereka juga mempunyai perasaan yang halus. Bahkan mereka tidak mahu membayar ufti kepada siapa pun juga. Hal ini sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Saad bin Muaz kepada Nabi Muhammad SAW ketika beliau menawarkan suatu perdamaian dengan cara memberikan separuh dari hasil kurma Kota Madinah;

“Ya Rasulullah, sewaktu kami dulu masih kafir, mereka kaum kafir itu tidak pernah mendapatkan hasil penuaian kami kecuali dengan cara membeli atau berhutang. ”
(Bagaimana mungkin kami sekarang dalam Islam harus mengalah dan memberikan pada mereka hasil tanaman kurma kami)

Berkata Ibnu Khaldun; 

“Kedua-dua kabilah (Aus dan Khazraj) ini telah mengalahkan kaum Yahudi di Yathrib (Madinah), mereka dikenal ahli perang dan pemberani. Hanya saja agama Yahudi dianuti oleh sebahagian daripada mereka dan sebahagian tetangga mereka, iaitu kabilah-kabilah Bani Mudhar”

4. DETIK PERMULAAN ISLAM DI KOTA MADINAH

Di Kota Makkah, setelah menjalankan Israk dan Mi’raj, Nabi Muhammad SAW akan menyampaikan ajaran agama Islam yang kebiasaanya ditujukan kepada orang-orang yang datang berkunjung dari tempat-tempat lain, seperti orang-orang yang menunaikan ibadah haji. Pada musim haji, Rasulullah SAW berjumpa dengan enam orang dari suku Khazraj. Baginda menyampaikan ajarannya kepada mereka. Setelah berbincang dengan mereka, lalu baginda membacakan beberapa potong ayat al Quran dan beberapa ajaran Islam. Mereka terus beriman kepada Rasulullah SAW. Setelah menerima fatwa dari Nabi Muhammad SAW, mereka terus pulang ke Kota Madinah dan menceritakan segala-galanya tentang apa yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW di hadapan masyarakat mereka iaitu, masyarakat Yahudi. Setelah itu ramai penduduk Kota Madinah yang memeluk agama Islam dengan hati yang terbuka dan ikhlas sehinggakan agama Islam tersebar di Kota Madinah lebih luas dibandingkan dengan di Kota Makkah itu sendiri. Berita tentang penduduk Kota Madinah memeluk Islam ini sampai ke telinga Nabi Muhammad SAW sendiri, Baginda sangat riang dan gembira kerana harapannya semakin menjadi kenyataan. Tetapi sayangnya di Kota Makkah di mana terdiri dari bangsa Rasulullah SAW itu sendiri mendapat genjatan yang luar biasa kerana setiap orang yang memeluk agama Islam akan disiksa oleh kaum Quraisy. 

Pada tahun berikutnya, 12 orang utusan yang terdiri daripada suku kaum bangsa Aus dan 10 orang suku Khazraj telah datang dan mengadap Nabi Muhammas SAW. Mereka masing-masing menyatakan akan keIslaman mereka di hadapan Rasulullah SAW dan mereka bersumpah akan menjalankan syariat Islam dengan penuh patuh, tidak akan menyekutukan Allah SWT, tidak akan berbuat zina, dan akan menjauhkan diri dari segala kemungkaran dan perkara-perkara maksiat. Sumpah tersebut terkenal dengan nama Iqrar Aqabah yang pertama. Mereka kembali ke Kota Madinah dengan diikuti oleh seorang utusan Nabi Muhammad SAW yang bernama Mus’ab bin Umair. Mus’ab sengaja diutuskan oleh Rasulullah SAW atas permintaan mereka itu sendiri. Mus’ab bin Umair ini adalah seorang pemuda yang termasuk dalam salah seorang sahabat yang pertama kali masuk Islam dan pernah mengikuti penghijrahan ke Abessinia sehingga Mus’ab banyak menimba pengalaman dalam menghadapi segala macam tentangan. Dengan semangat yang sangat membara, mereka melaksanakan penyiaran Islam di Kota Madinah yang pada waktu terkenal dengan nama Yathrib, sehingga agama Islam berkembang dengan pesat dari rumah ke rumah dan dari kabilah ke kabilah. Agama Islam semakin tersebar di Kota Madinah kerana dua suku bangsa yang selama ini bermusuhan, sekarang hidup aman damai dan bersatu, bersama-sama menjalankan dan menyebarkan ajaran Islam di sana. 

Seterusnya pada musim haji tahun yang berikutnya, serombongan jemaah haji yang berjumlah 73 orang datang pula menemui Nabi Muhammad SAW yang bertempat di Aqabah, sehingga pertemuan itu dinamakan juga dengan Iqrar Aqabah kedua. Mereka yang telah menemui denagan Nabi Muhammad SAW pada dua haji yang sebelumnya, ikut juga dalam rombongan itu. Di atas nama penduduk Yathrib, mereka meminta agar Rasulullah SAW sudi untuk berpindah ke kota mereka iaitu, Yathrib. Abbas, iaitu bapa saudara kepada Nabi Muhammad SAW yang masih lagi kafir, turut ikut juga dalam pertemuan itu. Abbas memberikan nasihat kepada mereka lalu berkata: 

“Kamu semua telah maklum, tentang kedudukan Muhammad di kalangan kami. Sampai saat ini kami membela Muhammad dari musuh-musuhnya. Sekarang kamu minta supaya Muhammad menyertai dan hidup bersamamu. Jika kamu merasa dapat memenuhi perjanjian, kamu mengajak Muhammad hidup bersamamu kerana kamu bersedia menanggung dan membela dia dalam segala hal, saya persilakan. Dan jika kamu merasa tidak sanggup, lebih baik jangan dan jangan lupa kamu boleh mengajak dia apabila kamu sanggup menahan perlawanan bangsa Arab dan bangsa Yahudi. ”

Kemudian Bara bin Ma’rur, juru cakap rombongan menjawab:
“Ya, demi Allah kami akan melindunginya sebagaimana kami melindungi diri kami sendiri. Tetapi sebaiknya, kamipun ingin mendapat jaminan, apabila Muhammad SAW telah berkuasa, agar Baginda tidak meninggalkan kami semua untuk selama-lamanya. ”

Nabi Muhammad SAW telah pun bersetuju dengan usul yang dipercadangkan oleh mereka, kemudian semua yang hadir berjabat tangan dengan Baginda sambil bersumpah setia kepada Rasulullah SAW. Dari situlah tersebarnya agama Islam di Kota Madinah dan isi perjanjian itupun akhirnya diketahui oleh bangsa Quraisy yang sudah lama memusuhi Nabi Muhammad SAW. Puak bangsa Quraisy menjadi sangat marah dan semakin berganda ancaman dan siksaan mereka terhadap sesiapa saja yang memeluk Islam. Tidak kira dimana sahaja mereka bertemu dengan orang Islam, mereka akan pukul, lempar dan kalau mereka dapat mereka akan bunuh orang Islam dengan kejamnya. Keadaan Kota Makkah menjadi begitu genting sehinggakan Kota Makkah dianggapkan sebagai neraka bagi umat Islam. Nabi Muhammad SAW lalu mencadangkan kepada setiap orang Islam yang tidak dapat mempertahankan diri untuk segera berpindah ke Kota Madinah. Dengan secara tersembunyi, sedikit demi sedikit orang Islam Kota Makkah pun berpindah ke Kota Madinah dengan meninggalkan anak serta isteri mereka demi mempertahankan agama Islam dan keimanan yang teguh di dalam jiwa dan batin mereka. 

5. RASULULLAH SAW BERHIJRAH KE MADINAH

Ancaman dan penganiayaan yang ditujukan kepada umat Islam Kota Makkah semakin hebat sehingga mereka bukan sahaja terancam akan keselamatan nyawa bahkan para penduduk Kota Makkah juga sukar untuk melakukan ibadat mereka kepada Allah SWT. Dengan kejadian seperti itu, Rasulullah SAW memberitahu kepada umat Islam yang masih belum berhijrah untuk segera berhijrah ke Kota Madinah. Dalam waktu lebih kurang dua bulan lamanya, hampir semua kaum muslimin yang berjumlah 150 orang telah meninggalkan Kota Makkah kecuali, mereka yang tertangkap dan mereka yang tidak berupaya untuk berhijrah serta dua orang sahabat Rasulullah SAW iaitu, Saidina Ali bin Abu Thalib dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Kepercayaan Nabi Muhammad SAW sangat teguh dan utuh terhadap perlindungan Allah SWT. Rasulullah SAW menyuruh pengikut yang selebihnya untuk berhijrah terlebih dahulu ke Kota Madinah manakala Baginda masih lagi tinggal di Kota Makkah di tengah-tengah musuhnya yang kejam. Pemimpin-pemimpin Quraisy bermusyawarah tentang cara untuk menjatuhkan Rasulullah SAW memandangkan Baginda hanya tinggal berseorangan. 

Abu Jahal telah mencadangkan untuk menghantar seorang pemuda yang gagah berani serta perkasa yang bersenjatakan pedang. Selepas berbincang dengan pemimpin-pemimpin Quraisy akhirnya mereka sebulat suara menerima dan menyetujui dengan cadangan yang diberikan oleh Abu Jahal. Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Muhammad SAW tentang rancangan jahat kaum Quraisy itu. Pada ketika itu, yang tinggal hanyalah Saidina Ali bin Abu Thalib sahaja di rumah Baginda. Oleh itu, Rasulullah SAW telah meminta Saidina Ali untuk menggantikan dirinya untuk tidur di tempat Baginda. Hampir di setiap penjuru kediaman Baginda telah puak Quraisy kepungi. Di depan pintu rumah Rasulullah SAW, terdapat lima orang pemuda gagah dengan pedang terhunus siap menerkam lawannya, manakala pemuda yang lainnya mengintai dari celah-celah pintu untuk melihat tempat Rasulullah SAW tidur. Mereka beranggapan bahawa Nabi Muhammad SAW telah tidur di katilnya. Pada tengah malam pula, Rasulullah SAW menyelinap keluar di antara pengepung-pengepungnya tanpa mereka melihatnya. Dengan secara senyap-senyap, Baginda mendapatkan Saidina Abu Bakar yang telah siap sedia menunggu. Kemudian, mereka berdua pergi meninggalkan Kota Makkah dan menuju ke sebuah gua di gunung Tsur. Mereka berdua bersembunyi di gua tersebut selama tiga hari sehinggalah keadaan menjadi aman. Tidak ada seorang pun yang mengetahui tempat persembunyian mereka selain Abdullah bin Abu Bakar serta dua orang putri Baginda iaitu, Aisyah dan Asma’ pembantu mereka Amir bin Fuhaira. Tugas Abdullah adalah sebagai orang tengah yang akan mendengarkan segala komplot kaum Quraisy terhadap Rasulullah SAW yang kemudian pada malam harinya akan menyampaikan segala yang didengari kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada ayahnya. Manakala tugas untuk Amir pulak ialah mengembalakan kambing-kambing Saidina Abu Bakar dan pada petang hari kambingnya diistirehatkan. Kemudiannya, susu kambing-kambing tersebut akan diperah dan diminum. Apabila Abdullah bin Abu Bakar keluar kembali dari tempat mereka, Amir datang bersama kambing-kambing itu untuk mengikutinya dan pada masa yang sama untuk menghapuskan jejak kaki Abdullah. 

Sementara itu, Saidina Ali bin Abu Thalib yang ditinggalkan sendirian di rumah Nabi Muhammad SAW dan mereka tertidur nyenyak di sekeliling rumah Rasulullah SAW. Fajar pun mula menyingsing maka bangunlah Saidina Ali dari tempat tidurnya. Musuh-musuh yang sedang menunggu Nabi Muhammad SAW di luar mula terkejut kerana mereka menyangka bahawa Nabi Muhammad SAW yang sedang tidur di katilnya tetapi ternyata sangkaan mereka meleset. Oleh itu, mereka, musuh-musuh yang membenci Rasulullah SAW dengan tergesa-gesa mencari Baginda di seluruh pelosok tempat. Ternyata muslihat Nabi Muhammad SAW berjaya mengaburi mata para musuh Baginda. Mereka menjadi sangat marah dan kecewa kerana Nabi Muhammad SAW berjaya terlepas dari kepungan mereka. Mereka telah menyangka bahawa Rasulullah SAW lari ke kota Yathrib lalu akan ditawarkan kepada barangsiapa yang berjaya menangkap Nabi Muhammad SAW sama ada masih hidup ataupun mati dengan hadiah yang sangat lumayan iaitu merupakan 100 ekor unta. Beberapa orang puak Quraisy itu telah berjaya menjejaki jejak Nabi Muhammad SAW sehinggalah mereka sampai di gua Tsur. Saidina Abu Bakar merasa sangat takut apabila mengetahui bahawa puak Quraisy sudah berada berdekatan dengan mereka. Saidina Abu Bakar sangat risau akan Nabi Muhammad SAW lagi berbanding dengan dirinya kerana beliau takut jika puak Quraisy berjaya menangkap Baginda. Saidina Abu Bakar menahan nafas dan tidak melakukan sebarang pergerakan dan beliau hanya menyerahkan nasibnya dengan sepenuhnya kepada Allah SWT. 

Orang-orang Quraisy mula menaiki gua Tsur itu tetapi tidak lama kemudian mereka turun semula. Mereka sangat yakin bahawa Nabi Muhammad SAW tidak mungkin akan bersembunyi di dalam gua yang segelap itu tambahan pula gua tersebut terletak di sebelah selatan kota. Tambahan lagi, mereka melihat terdapat sarang labah-labah yang hampir menutupi lubang pintu gua Tsur itu, juga terdapat dua ekor burung dara hutan di lubang gua itu. Melihat kesedihan hati Saidina Abu Bakar, Rasulullah SAW berkata: 

“Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah SWT bersama dengan kita”

Dengan dua patah kata dari Baginda itu, Saidina Abu Bakar menjadi tenang semula. Terdapat beberapa firman daripada Allah SWT mengenai pengejaran kaum Quraisy untuk menangkap dan membunuh Nabi Muhammad SAW itu serta tentang cerita gua tempat Nabi Muhammad SAW bersembunyi digambarkan yang bermaksud:

“Dan (Ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah, mengagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya. ”     (Al-Anfal:30)    

“Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Makkah) mengeluarkannya (dari Makkah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua di waktu dia berkata kepada temannya: “Janganlah kamu berdukacita sesungguhnya Allah berserta kita. ” Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ”    (At-Taubah:40)  

Tiga hari tiga malam lamanya Rasulullah SAW serta Saidina Abu Bakar bersembunyi di dalam gua Tsur itu. Setelah itu, kedua-dua orang mereka pun berangkatlah menuju ke Kota Madinah. Mereka mengetahui bahawa puak Quraisy sangat gigih dan teliti sekali dalam mengekori mereka. Maka dalam perjalanan ke Yathrib itu, mereka mengambil jalan yang tidak biasa ditempuh oleh orang lain. Abdullah bin ‘Uraiqit dari Banu Du’il, merupakan sebagai penunjuk arah kepada mereka berdua dan membawa mereka berdua dengan penuh hati-hati sekali ke arah selatan di bawahan Kota Makkah. Kemudian mereka menuju ke jalan yang jarang ditempuh oleh orang lain dan dibawanya mereka ke selatan utara di seberang pantai itu, dengan agak menjauhinya. Kedua-dua mereka itu berserta penunjuk arah mereka sepanjang hari iaitu siang dan malam berada di atas kenderaan. Mereka tidak lagi mempedulikan segala kesulitan yang dialami mereka juga tidak mengenal apa itu ertinya penat dan lelah. Bagi mereka, tidak ada kesulitan yang lebih mereka takuti dibandingkan dengan tindakan kaum Quraisy yang akan mereka tempuhi demi jalan Allah SWT yang penuh dengan kebenaran itu. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak pernah merasakan keraguan, bahawa Allah SWT sentiasa akan menolongnya tetapi jangan kamu mencampakkan diri ke dalam kemurkaan. Allah SWT menolong hamba-Nya selagi hamba-Nya menolong diri mereka itu sendiri dan menolong sesama diri mereka sendiri. 

Di dalam perjalanan, mereka telah diekori oleh seorang pemuda yang menunggang kuda dan terus membayangi di belakang Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar serta pembantu mereka dan sedang mengejar Rasulullah SAW. Pemuda itut bernama Syuraqah. Pemuda itu memang benar-benar ingin mengejar taruhannya iaitu Nabi Muhammad SAW kerana jika dia dapat menangkap Baginda dalam keadaan hidup ataupun mati, dia akan mendapat hadiah yang lumayan dari sayembara yang diselenggarakan oleh orang-orang Quraisy Kota Makkah iaitu sebanyak 100 ekor unta. Akan tetapi, ketika Syuraqah sudah mendekati Nabi Muhammad SAW, kudanya tersungkur sehingga jatuh tunggang langgang dan patah semua kakinya. Kemudian terbentang awan dan debu sehingga menutupi pemandangan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar. Akhirnya, Syuraqah insaf bahawa dia tidak dibenarkan oleh Allah SWT untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. Rasulullah lalu datang dan menghampiri Syuraqah. Syuraqah duduk bersimpuh meminta ampun dan minta untuk dilindungi oleh Baginda. Nabi Muhammad dengan senang hati memaafkan Syuraqah. Syuraqah boleh pulang ke rumahnya dan peristiwa ini dia tidak ceritakan kepada kaumnya yang sedang mencari Nabi Muhammad SAW. 


6. PENDUDUK KOTA MADINAH MENYAMBUT NABI MUHAMMAD SAW
Kaum Muslimin di Kota Madinah telah lama menunggu kedatangan Nabi  Muhammad SAW. Hanya Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar sahaja  yang masih tertinggal di Kota Makkah yang penuh dengan kacau-bilau itu.  Penduduk Kota Madinah sangat risaukan Rasulullah SAW serta Saidina Abu Bakar  tetapi mereka yakin akan bantuan dan perlindungan Allah SWT terhadap Nabi  Muhammad SAW yang mulia itu. Setiap hari mereka mendengar berita bahawa  kekejaman yang dilakukan oleh kaum Quraisy semakin menjadi-jadi. Mereka  menjemput ke tempat yang jauh dari Kota Madinah untuk menyambut kedatangan Nabi  Muhammad namun beberapa kali mereka pergi, lalu mereka kembali dengan tangan yang hampa. Sebelum tiba di Kota Madinah, Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar telah singgah dahulu di Quba. Rasulullah SAW telah menginap selama beberapa hari di rumah Kalsum bin Hindun. Di halaman rumah Kalsum itu, Nabi Muhammad SAW membangunkan masjid yang pertama iaitu sebagai pusat peribadatan. Pembangunan ini dilakukan secara gotong-royong dimana Rasulullah SAW juga ikut melakukan perkerjaan yang sepatutnya. Baginda kemudiannya melanjutkan kunjungannya ke seluruh pelosok-pelosok Kota Madinah, dan pada ketika itu, seluruh penduduk Kota Madinah tidak mengira tua atau muda serta perempuan atau lelaki, keluar dengan penuh sesak untuk menyambut kedatangan Nabi Muhammad SAW itu. Lebih kurang lapan hari lamanya menempuh perjalanan, akhirnya Nabi Muhammad SAW serta Saidina Abu Bakar memasuki Kota Madinah tepat pada tarikh 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-13 dari kerasulannya atau tahun pertama Hijrah bertepatan dengan tarikh 28 Jun 622M bersamaan dengan hari Jumaat. Nabi Muhammad SAW bersama-sama dengan 100 orang muslimin melaksanakan solat Jumaat di suatu tempat di tengah padang. Sebelum memulakan solat, Baginda berkhutbah terlebih dahulu di hadapan para pengikut pengikutnya. Itulah solat Jumaat dan khutbah yang pertama sekali dilaksanakan.  

PENUTUP
Begitulah kisah kehadiran Nabi Muhammad SAW di Kota Madinah yang disambut hangat oleh penduduk di kota itu. Peristiwa hijrah adalah peristiwa berakhirnya masa Kota Makkah dan bermulalah masa bagi Kota Madinah dan merupakan titik peralihan dari kehidupan Nabi Muhammad SAW. Tahun penghinaan dan penindasan terhadap Nabi Muhammad SAW telah lampau kini berganti dengan masa-masa yang berjaya. Nabi Muhammad SAW pernah diabaikan dan disakiti oleh kaumnya sendiri di Kota Makkah sedangkan di Kota Madinah Baginda tidak saja diterima sebagai seorang pimpinan yang terhormat tetapi juga menjadi kepada negara Islam. 

Di Kota Madinah kekuatan dan kedudukannya mulai bertambah dan Islam memperoleh pengaruh yang tersebar luas hari demi hari. Di sini dia tiada lagi diganggu untuk menyampaikan ajaran-ajaran kepada penduduk yang sesat yang kemudian mahu menerima ajaran dan keyakinan baginda. 

8. RUJUKAN


  1. Abu Mus’ad Al-Husny. (1999). Sejarah Lengkap Nabi Muhammad SAW, Jilid I. Selangor Darul Ehsan: Pustaka Ilmi 
  2. Hanafi Al-Mihlawi, Dr. (2009). Tempat-tempat Bersejarah Semasa Kehidupan Nabi Muhammad. Johor: Perniagaan Jahabersa. 
  3. Muhammad Abdul Wahab. (2004). Kisah Hidup Nabi Muhammad SAW. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. 
  4. Nawawi Dusuki. (2009). Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah SAW, Cetakan ke-lima. Selangor: Wholesale - Mart Business Point SDN BHD. 
  5. Zainal Arifin Abbas, Haji. (1970). Sejarah dan Perjuangan Nabi Muhammad, Jilid III. Petaling Jaya: Pustaka antara Kuala Lumpur 



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 12/02/2015