Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

Disediakan Untuk
Ustaz Abd Aziz B Harjin

Disediakan Oleh
Nida Fatihah Bt Abd Rahman
2014427526

PENDAHULUAN
Perkahwinan adalah sunnatullah, hukum alam didunia. Serta fitrah semula jadi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Perkahwinan dilakukan oleh manusia, haiwan bahkan tumbuh-tumbuhan. 

Pengkaji ilmu alam dan kehidupan mengatakan bahawa segala sesuatu kebanyakan terdiri dari dua pasangan. Misalnya air yang kita minum (terdiri dari oksigen dan hidrogen), listril ada positif dan negatifnya. 

Manusia adalah makhluk yang lebih dimuliakan dan diutamakan Allah dibandingkan dengan makhluk-makhluk lainnya. Allah telah menetapkan adanya peraturan tentang perkahwinan bagi manusia dengan peraturan. Peraturan yang tidak dilanggar. Manusia tidak boleh melakukannya sesuka hati. Meminang sebagai pendahuluan perkahwinan, mahar atau maskahwin iaitu pemberian seseorang suami kepada isterinya sewaktu akad nikah atau sesudahnya. 

Maksunya: Maha suci Allah yang telah menjadikan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan dibumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui  (yasin :36)

Maksdnya: Dan dari segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.  (Adz Dzaariyaat :49)

1. HUKUM PERKAHWINAN
WAJIB
Mampu lahir bathin dan menambahkan taqwa serta menjauhkan diri dari melakukan Zina (Fatimah Hj Omar, 1997) 

Imam Al-Qurtubi mengatakan, orang yang mampu tetapi tidak segera menikah, padahal ada kesedaraan bahawa hal itu cukup membahayakan diri dan agamanya sedangkan cara untuk mengatasinya hanya melalui pernikahan, maka ia wajib menikah. (Haji Said Haji Ibrahim, 1999)

HARAM
Bagi mereka yang tidak mampu lahir dan bathin (Fatimah Hj Omar, 1997) 
Orang yang berniat menyia-nyiakan isterinya setelah dinikahi, hukum pernikahanya haram. Orang yang tidak mempunyai kemampuan untuk menguruskan isterinya terutama mengenai nafkah lahiriah sehingga isterinya tidak memperoleh perhatian sama sekali, Meskipun seseorang itu mempunyai keinginan kuat untuk menikah ia dikategorikan haram. (Haji Said Haji Ibrahim, 1999)

SUNAT
Seseorang yang mampu lahir dan bathin, tetapi masih sanggup mengawal dirinya dari melakukn zina. (Fatimah Hj Omar, 1997)

Apabila ia dapat menjaga dirinya tidak akan tergelincir ke perbuatan yang dilarang Allah. Perbuatan yang dimaksudkan adalah fakhisyah. Fakhisyah dalam hal seksual tidak hanya dengan lawan jenis tetapi termasuk homoseks, lesbian dan sebagainya. (Haji Said Haji Ibrahim, 1999)

MAKRUH
Bagai mereka yang tidak mampu lahir dan bathin, tetapi tidak memberi bahaya kepada isteri kerana isterinya kaya dan tidak kuat keinginanya untuk melakukan hubungan jenis. (Haji Said Haji Ibrahim, 1999)

HARUS
Bagi mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorongkan dirinya berkahwinan. (Haji Said Haji Ibrahim, 1999)

2. MATLAMAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Syariat Islam sebenarnya mempunyai aspek tertentu, adalah semata-mata untuk mencapai hikmat hidup sekaligus manusia itu bersedap-sedap dengan keindahan dunia mengikut sistem peraturan untung-untung yang sangat logik serta sesuai dengan pemikiran, yang waras menolak segala pintu kerosakan dan keburukan, lantas membuku pintu kebaikan demi untuk kemaslahatan dan kebahagiaan keseluruhan umat manusia. (Hj Abd Kadir Hj Abdullah Hassan, 2002)

Diantara matlamat serta tujuan perkahwinan dalam Islam adalah seperti berikut:

a) Untuk mencapai ketenangan hidup. (Hj Abd Kadir Hj Abdullah Hassan, 2002)

Firman Allah SAW dalam Al Quran Maksudnya: “Dialah yang menjadikan kamu daripada diri yang satu dan dijadikan daripadanya isterinya untuk ia bertentang kepadanya. ”  (surah Al-Imran : 189)

b) Untuk memelihara kesucian diri (Hj Abd Kadir Hj Abdullah Hassan, 2002)

Daripada Abi Zubir ia berkata Jabir telah berkata saya telah mendengar Nabi SAW bersabda

Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu tertarik hati (jatuh minat) dengan perempuan kemudian terjatuh cinta ke dalam hatinya, maka hendaklah ia pergi kepada isterinya dan bersetubuh dengannya kerana yang demikian adalah menolakkan apa yang didalam hatinya (ingatanya)

c) Untuk mendapat zuriat yang ramai yang boleh dibanggakan oleh agama Islam. (Hj Abd Kadir Hj Abdullah Hassan, 2002)

Dalam satu riwayat ada menyebutkan maksudnya: “Saya berbangga dengan banyak bilangan ke atas umat-umat”

Hadis daripada Abdullah bin Omar bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Berkahwinlah kamu ibu-ibu yang banyak anak kerana saya akan bangga dengan kamu pada hari kiamat”  (Riwayat oleh Ahmad)

3. MEMINANG

Meminang ertinya permintaan seseorang lelaki kepada anak perempuan orang lain atau seseorang perempuan yang ada dibawah kekuasaan seseorang untuk dikahwini, sebagai pendahuluan perkahwinan. (Muhamad Al Mansur, 1998)

Meminang adalah kebiasaan Arab lama yang diteruskan oleh Islam. Meminang dilakukan sebelum terjadinya akad nikah dan setelah dipilih masak-masak. (Muhamad Al Mansur, 1998)

Barang pinangan dikembalikan semula mengikut Madzhab

Madzhab Hanafi
Ulama Hanafiah berpendapat bahawa barang-barang yang diberikan oleh pihak lelaki kepada perempuan pinangannya dapat diminya kembali apabila baranganya masih utuh, misalnya gelang, cincin, kalung, jam tangan dan sebagainya. (Muhamad Al Mansur, 1998)

Apabila sudah berubah, hilang, dijual atau berubah dengan bertambah atau berkurang, misalnya makanan lantas dimakan atau pakaian kemudian sudah dipotong dan dijahit, maka si lelaki sudah tidak berhak meminta kembali atau meminta ganti barang yang ia hadiahkan. (Muhamad Al Mansur, 1998)

Madzhab Maliki
Ulama Malikiah berpendapat bahawa apabila pembatalan itu datang pihak calon suami maka barang-barang yang pernah ia berikan tidak boleh ia meminta kembali, baik pemberian itu masih utuh atau sudah berubah. (Muhamad Al Mansur, 1998)

Apabila pemberian itu datangnya dari pihak perempuan pemberianya boleh diminta kembali baik pemberian itu masih utuh atau sudah berubah. Apabila rosak wajib diganti, kecuali apabila sudah menjadi adat atau syarat maka adat dan syarat itulah harus diikuti. (Muhamad Al Mansur, 1998)

Madzhab Syafi’iyah
Ulama Syafi’iyah mengatakan bahawa hadiah harus dikembalikan kepada peminangannya baik pemberian itu masihutuh atau sudah berubah baik pembatalan datang dari pihak lelaki mahupun perempuan. Apabila barangnya masih elok supaya dikembalikan kalau rosak atau berubah diganti dengan barang yang sama harganya. (Muhamad Al Mansur, 1998)

4. NIKAH
Nikah mempunyai dua pengertian. Pertama maknanya Lughawi iaitu berkumpul dan berhimpun. Kedua dengan makna Syar’i iaitu akad yang mengandungi rukun dan syarat yang menghalalkan perhubungan. (Haji Said Haji Ibrahim, 1999)

Rukun Perkahwinan
 -Lelaki
 -Perempuan
 -Wali
 -Dua Orang Saksi
 -Sighat ijab kabul(lafaz)

Dari lima rukun itu yang paling penting ialah ijab kabul antara yang mengakadkan dengan yang menerima akad. (Muhamad Al Mansur, 1998)

Syarat-syarat Perkahwinan

Syarat yang bertalian dengan rukun-rukun perkahwinan iaitu syarat-syarat bagi calon mempelai, wali, saksi dan ijab Kabul. (Muhamad Al Mansur, 1998)

Syarat-syarat Suami (Muhamad Al Mansur, 1998)
 -Bukan mahram dari calon isteri
 -Tidak terpaksa iaitu atas kemahuan sendiri
 -Orang tertentu, jelas orangnya
 -Tidak sedang didalam Ihram Haji 

Syarat-Syarat Isteri (Muhamad Al Mansur, 1998)
 -Tidak ada halangan Syar’i iaitu tidak bersuami bukan mahram atau tidak sedang dalam edah. 
 -Kemahuan sendiri atau tidak dipaksa. 
 -Jelas orangnya
 -Tidak sedang didalam Ihram Haji

Syarat-Syarat Wali (Muhamad Al Mansur, 1998)
 -Laki-laki
 -Baligh
 -Waras akalnya
 -Tidak dipaksa
 -Adil
 -Tidak sedang dalam Ihram Haji. 

Syarat-Syarat Saksi (Muhamad Al Mansur, 1998)
 -Lelaki
 -Baligh
 -Waras akalnya
 -Adil
 -Dapat mendengar dan melihat
 -Tidak dipaksa
 -Tidak sedang mengerjakan Ihram Haji
 -Memahami bahasa yang digunakan

Syarat-Syarat Shighah(Lafaz) (Muhamad Al Mansur, 1998)

Shighah hendaklah dilakukan dalam bahasa yang dapat difahamkan oleh orang yang melakukan akad, penerima akad dan saksi. Shighah itu hendaknya terikat dengan batasan tertentu, supaya akad itu dapat berlaku, misalnya dengan ucapan. “Saya nikahkan engkau dengan anak perempuan saya”. Kemudian pihak lelaki menjawab “ya, saya terima”. Akad ini berlaku. Akad ada yang bergantung kepada syarat atau waktu tertentu atau untuk waktu tertentu, akad semacam ini tidak sah. Penjelasannya adalah sebagai berikut:

I)Shighah yang terikat dengan syarat tertentu. 

Shighah akad yang isinya digantung kepada sesuatu yang lain dengan suatu keadaan. Misalnya pihak lelaki berkata: “Kalau saya sudah lulus sekolah saya nikah anak perempuan pak cik”. Kemudian pihak wali menjawap “Ya, saya terima”. Perkahwinan dengan shighah(ucapan) semacam itu tidak berlaku, kerana shighah ini bergantung kepada syarat yang mungkin terjadi dan mungkin pula tidak. (Muhamad Al Mansur, 1998)

Lain halnya apabila digantung dengan syarat yang pasti akan terjadi, perkahwinan dapat berlaku. Misalnya bila si peminang berkata kepada wali perempuan: “kalau anak perempuan pak cik sudah berusia 20 tahun saya kahwin” kemudian walinya menjawap : “Ya, saya terima”. (Muhamad Al Mansur, 1998)

Demikian pula apabila si perempuan berkata kepada lelaki yang meminangnya : “Bila ayah saya redha maka saya kahwin denganmu”. Kemudian saat itu pula ayahnya menyahut : “Ya, saya redha”. Maka akad nikahnya berlaku. (Muhamad Al Mansur, 1998)

II)Shighah yang disandarkan pada waktu yang akan datang

Apabila seorang peminang berkata kepada wali si perempuan: “Kahwinkanlah saya dengan anak perempuan pak cik esok pagi atau bulan depan”. Kemudian walinya menjawap: “Ya, saya terima”. Shighah ini tidak menyebabkan perkahwinan berlansung, baik untuk waktu itu mahupun waktu yang ditentukan dalam sighah sebab menyandarkan akad dengan waktu yang akan datang bertentangan dengan akad perkahwinan itu sendiri kerana akad mempunyai akibat hukum suami dapat menikmati isteri sejak adannya akad. (Muhamad Al Mansur, 1998)

III)Shighah dengan pembatasan waktu tertentu (kahwin muta’ah)

Apabila perkahwinan dilakukan hanya untuk beberapa waktu misalnya sebulan atau lebih, perkahwinan tidak sah, kerana tujuan perkahwinan adalah untuk membina rimah tangga yang kekal, untuk mendapatkan keturunan, mendidik anak, kerana itu Islam mengharamkan kahwin muta’ah dan kahwin tahlil. (Muhamad Al Mansur, 1998)

5. PANDUAN BAGI SUAMI DAN ISTERI

a) Panduan bagi suami (Dr H Ali Akhbar, 1997)

Dia mesti sedar bahawa isterinya itu adalah amanah Allah kepadanya. Dia adalah pemegang amanah seperti sabda Nabi SAW: Maksudnya: Bertakwalah kamu kepada Allah dalam urusan wanita kerana kamu mengambil amanah Allah. 

Dia mesti menjadi pemimpin, pelindung dan pembimbing. Hal ini dijelaskan oleh Allah dengan firmanya-Nya:

Maksudnya: Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri. Ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah al-Nisaa’ : 43)

Suamilah yang mesti menafkah isteri dan rumahtangganya. Dia mesti menjaga keluarganya daripada bencana atau bahaya, baik dari luar mahupun dari dalam seperti kebodohan atau kemiskinan. Ini ditegaskan oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

Maksudnya:Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (Surah al-Tahrin 66 :6 )

Dia mesti menjadi pemimpin dalam ibadah kepada Allah SWT firman Allah:

Maksudnya: Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.  (Surah thaahaa 20:132)

Sebagai ketua rumahtangga dan pemimpin keluarga, dia mesti bersiap adil, bijaksana dan lemah lembut, seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW:  Terjemahannya:Sesungguhnya mukmin yang sempurna imanya ialah yang baik akhlaknya dan lemah lembut terhadap ahli keluarganya. 

Dia mesti sabar apabila melihat sesuatu yang ia tidak suka pada isterinya. Firmanya Allah Maksunya: Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak (Surah al Nisaa’ 4: 19)

Daripada beberapa panduan tersebut, dapat kita buat kesimpulan bahawa daipada suami diletakkan harapan:

a) Dia menjadi pemimpin, pelindung dan pemimpin yang sabar serta bijaksana. 
b) Taat kepada Allah, baik buat dirinya, mahupun buat keluarganya. 
c) Mesti memiliki akhlak yang tinggi sebagai teladan dan ikutan. 
d) Memahami psikologi wanita. 
e) Memahami pengurusan rumahtangga. 

b) Panduan Bagi Isteri (Dr H Ali Akhbar, 1997)

Dia mesti sedar bahawa setelah akad nikah, dia adalah sebahagian daripada amanah Allah yang diserahankan oleh Allah kepada suaminya 

Dia diberi tugas oleh Allah mewujudkan rumahtangga. Suami merasa gembira dan tenteram dengan memenuhi keperluan, mematuhinya dan taat kepada Allah SWT. Sebagaimana sebuah hadith mengatakan

Maksudnya: Nabi SAW pernah ditanya, “Isteri manakah yang terbaik?” Baginda menjawab “Isteri yang gembira suami yang melihatnya, dan mematuhi apa yang diperintahkan dan tidak melanggar apa yang dilarangnya mengenai dirinya dan harta suaminya, ” (Riwayat Ashabusunan)

Ini bererti isteri mesti berusaha agar selalu kemas dalam berpakaian kerana memang lelaki akan merasa gembira apabila melihat wanita cantik dan kemas. 

Allah SWT telah menjelaskan dalam surah Ali ‘Imran bahawa daripada segala keinginan nafsu, maka keinginan kepada wanitalah yang tertinggi. 

Maksudnya: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).  (Surah al ‘Imran 3:14) 


Berusahalah untuk menjadi wanita yang salihah, sesuai dengan sabda Nabi SAW : Maksudnya: Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang salihah (hadith). 

Ini bererti rumahtangga itu adalah sesuatu yang mesti dipelihara dan diawasi. Antaranya tidak menerima lelaki lain ketika suami tidak ada dirumah. Masalah dalam rumahtangga merupakan rahsia yang tidak perlu diketahui oleh orang lain. Suatu bentang yang harus dijaga dengan baik kemuliaanya. Pergaulan peribadi suami isteri tidak boleh diceritakan oleh orang lain. Menjaga rahsia rumahtangga adalah salah satu tugas isteri yang cukup berat tetap mulia. 

Isteri mesti menyedari peranan yang sepatutnya dilaksanakan untuk menstabilkan dan menyelamatkan rumahtangga. Semua itu ada di tanganya, sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW:

Terjemahan:Wanita (isteri) adalah tiang negara. Bila dia baik maka baiklah negara dan apabila dia rosak maka rosaklah negara. 

Lelaki (suami) memerlukan sesuatu untuk ketenangan jiwanya, yang hanya dapat diberikan oleh wanita. Rumahtangga merupakan unit terkecil dalam masyarakat. Apabila keluarga rosak kerana penceraian atau berkrisis terus-menerus, maka anggota keluarga yang bekerja di pejabat atau guru yang mengajar tidak mungkin dapat melakukan tugas dengan tenang dan tekun. 

Isteri mesti menyedari bahawa syurga dunia dan akhirat terletak dibawah tapak kakinya. Begitu besar Islam menghargai wanita. Hal ini pernah disabdakan oleh Nabi SAW

Terjemahan: Syurga itu berada dibawah tapak kaki ibu. 

Betapa besar peranan isteri dalam mewujudkan mengembangkan dan mengekalkan cinta kasih. Apabila setiap isteri menginsafi dan mahu mengikut ajaran Allah SWT maka ia akan menjadi isteri yang:

i.  Menggembirakan peranan suami apabila dilihat. 
ii.  Salihah. 
iii.  Patuh perintah suami. 
 iv.  Menyimpan rahsia rumahtangga. 

6. PERKAHWINAN YANG DILARANG

KAHWIN MUT’AH
Kahwin Mut’ah juga dinamakan kahwin Muaqqat ertinya kahwin untuk waktu tertentu atau kahwin munqathi’ ertinya kahwin terputus. Iaitu seorang lelaki mengikat perkahwinan dengan perempuan untuk beberapa hari, seminggu atau sebulan. (Muhamad Al Mansur, 1998) 

Perkahwinan ini diharamkan oleh Islam menurut sepakatan madzhab dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Madzhab Syi’ah memperolehkan kahwin mut’ah padahal hadith-hadith menunjukkan haramnya kahwin mut’ah. (Muhamad Al Mansur, 1998)

Kahwin ini dikatakan mut’ah ertinya senang-senang kerana akadnya semata-mata untuk senag-senang sahaja antara lelaki dan perempuan untuk memuaskan nafsu bukan untuk bergaul sebagai suami isteri, bukan untuk mendapatkan keturunan atau hidup sebagai suami isteri dengan membina rumahtangga sejahtera. Kahwin Mut’ah tidak bertujuan demikian. (Muhamad Al Mansur, 1998)

Kahwin mut’ah bertentangan dengan hukum-hukum al Quran tentang perkahwinan, talak, edah dan waris. Dalam kahwin mut’ah tidak ada aturan tentang talak kerana perkahwinan itu akan berakhir dengan habisnya waktu yang ditentukan. (Muhamad Al Mansur, 1998)

Hadis Rasulullah SAW telah mengharamkan nikah mut’ah

Wahai sekalian manusia, sungguh saya pernah mengizinkan kalian untuk kahwin mut’ah ingatlah bahawa sekarang Allah telah mengharamkan sampai hari kiamat. (Riwayat Ibnu Hibban) 

Riwayat dari Umar bin Khatab menerangkan, pada waktu ia diangkat menjadi Khalifah ia berkhutbah di hadapan orang ramai. Umar menjelaskan tentang haramnya nikah mut’ah dan para sahabat mendiamkan, mereka tidak menyalahkan ucapan Umar. Para sahabat pasti tidak akan diam terhadap suatu kekeliruan seandainya Umar salah 

Ali bin Abi Thalib berkata:Rasulullah SAW telah melarang kahwin mut’ah diwaktu perang Khaibar dan mengharamkan makan daging himar jinak. 

Riwayat dari imam Syafie bahawa beliau berkata:Saya tidak melihat sesuatu yang pernah dihalalkan Allah kemudian diharamkannya kemudian dihalalkan lagi kemudian diharamkan lagi kecuali nikah mut’ah. 

 AKAD DENGAN NIAT MENTALAK

 Seorang yang mengahwini perempuan dan dihatinya ada niat untuk menceraikannya, hukumnya seperti nikah mut’ah, akadnya bathil meskipun para ulama sepakat mengharamkannya. Para ulama terutama tokoh-tokoh sahabat melarang adanya kahwin mut’ah tidak lain kerana nikah itu hanya untuk waktu tertentu dan kahwin dengan niat akan menceraikannya sama seperti kahwin untuk waktu tertentu, ini sama dengan nikah mut’ah dan maksudnya adalah untuk menipu, kerana itu lebih patut untuk dibatalkan daripada akad untuk waktu tertentu yang disetujui oleh kedua belah pihak, suami isteri dan walinya. Perkahwinan semacam itu hanyalah main-main dengan ikatan yang sebenarnya penting nilainya dalam kehidupan masyarakat. (Muhamad Al Mansur, 1998)

 Allah mengutuk yang menikahi dan yang menyuruhnya menikah (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah 

KAHWIN DENGAN BEKAS ISTERI YANG PERNAH DITALAK TIGA

Apabila seorang lelaki menceraikan isterinya sampai tiga kali bukan tiga kali dengan satu ucapan, maka ia tidak halal rujuk kepada isterinya kecuali bila si isteri sudah pernah berkahwin dengan lelaki lain kemudian dicerai dan habis edahnya. (Muhamad Al Mansur, 1998)

Perkahwinannya harus perkahwinan yang benar bukan untuk maksud tahlil dengan kahwin sungguh-sungguh dan sudah bersetubuh dimana masing-masing pihak sudah merasakan madunya dari perkahwinan yang kedua. (Muhamad Al Mansur, 1998)

 Dengan demikian maka seorang tidak halal bagi suami yang pertama kecuali dengan syarat sebagai berikut:

i. Perkahwinan dengan suami yang kedua adalah perkahwinan yang sah. Kerana perkahwinan fasid tidak dapat menghalalkan wanita ditalak tiga kali bagi suami yang pertama (Muhamad Al Mansur, 1998)

ii. Perkawhinan yang kedua bagi si perempaun adalah perkahwinan atas dasar cinta bukan maksud tahlil (menghalalkan) (Muhamad Al Mansur, 1998)

iii. Wanita itu udah dicampuri oleh suami kedua setelah akad dan si lelaki sudah merasakan madu dari isterinya dan isterinya juga sudah menikmati “madu” suaminya. (Muhamad Al Mansur, 1998)

PENUTUP
Perkahwinan merupakan asas perhubungan diantara lelaki dan perempuan, perhubungan perkahwinan ini adalah bertujuan untuk mengawal keluhuran peribadi, keselamatan keluarga, kesejahteraan masyarat dan keamanan negara. Setiap manusia memerlukan ketenteraan jiwa, perasaan, rumahtangga dan keluarga yang sihat disamping isteri yang bahagia yang sentiasa menjaga rumahtangga dan anak-anak. 

Perkahwinan adalah sifat semulajadi manusia dan manusia yang bersifat waras memang inginkan zuriat keturunan serta kasihkan anak isteri, anak isteri adalah suatu perhiasan hidup didunia di samping itu memang lelaki dan perempuan saling memerlukan diantara satu sama lain. 

Perkahwinan mamberi kekuatan jasmani dan rohani kepada setiap manusia dan seterusnya untuk mencegah daripada kerosakan akhlak dalam masyarakat disamping mengelakkan dari kekacauan dan kerosakan keturunan zuriat. 

Perkahwinan dari segi psikologi boleh menyuburkan dan mendalamkan perasaan cinta dan tanggungjawap diantara lelaki dan perempuan serta memupuk semangat perjuangan untuk keluarga dan masyarakat Islam. 

Islam menggalakkan perkahwinan akan tetapi Islam tidak mengharuskan sama sekali perkahwinan kepada perempuan-perempuan yang diharamkan nikah dengannya dan tidak mengharuskan sama sekali umatnya berkahwinan dengan lelaki dan perempuan yang tidak beragama Islam malah perkahwinan tersebut hukumnya tidak sah. 

RUJUKAN
  1. Dr H Ali Akhbar (1997). Merawat Cinta Kasih. Selangor: Citra Publishing Sdn. Bhd. 
  2. Muhamad Al Mansur(1998). Hukum Hakam Perkahwinan. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa
  3. Hj Abd Kadir Hj Abdullah Hassan(2002). Sejarah Falsafah Perkahwinan.  Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher
  4. Fatimah Hj Omar(1997). Soal Jawap Bakal Pengantin Khusus Untuk Wanita. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher
  5. Haji Said Haji Ibrahim(1999). 400 Soal Jawab Nikah Kahwin. Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terangganu Sdn. Bhd. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin. blogspot. com
abdazizharjin@perlis. uitm. edu. my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 4/02/2015