Ibnu Khaldun Tokoh Sejarawan Ulung

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz B. Harjin

Disediakan Oleh:
Khairul Naim B. Muhamad Lutfi
2014816548

1. 0 PENDAHULUAN

Tokoh Abdul Al - Rahman Ibn Muhamad Ibn Khaldun atau lebih dikenali sebagai ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 - 1395. Keluarga ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab Teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah dan sains social moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqadimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah muslim di Afrika Utara yang terulung. 

Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintahan Tunusia dan Moroco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai Duta Raja Moor di Granada. Beliau juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abdul Abbas, Cairo. Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan beliau telah meletakan titik mula bagi tradisi intelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggungjawab, pasaran efficient, dan penyelidikan sejarah. 

2. 0 TAKRIF
2. 1BIODATA IBN KHALDUN
Ibn Khaldun dilahirkan di Tunis, Tunisia pada 1 Ramadhan 732 hijrah bersamaan dengan 27 Mei 1332 Masihi. Nama sebenar Ibn Khaldun ialah Abd Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun Al- Hadrami. Selain dikenali sebagai ibn Khaldun beliau juga di kenali dengan Abu Zaid. Beliau juga digelar waliudin. Sultan Zahir Burquq pemerintah Mesir telah menganugerahkan gelaran waliudin kepada ibn Khaldun kerana ketika itu menjadi hakim(kadi) di Mesir. Ibn Khaldun berasal dari wilayah Hadramaut, Yaman. Nasab keturunan nenek moyang ibn Khaldun berasal daripada wali bin Hurj. Berasal dari keluarga cerdik pandai kerana bapanya seorang sarjana. Ibn Khaldun wafat di Kaherah Mesir pada 25 Ramadhan 808 hijrah bersamaan dengan 19 mac 1406 masihi. Beliau wafat pada usia 87 tahun. 

2. 2 PENDIDIKAN
Ibn Khaldun membesar dalam keadaan yang sangat cintakan ilmu. Beliau telah mempelajari Al Quran semasa kecil dan menghafalnya ketika usia kanak-kanak lagi. Beliau telah menuntut pelbagai ilmu agama seperti feqah, tafsir, hadis, dan matematik daripada beberapa ulama terkenal. Antaranya ialah Muhammad bin Sa’ad bin Burral al-Anshari, Muhammad bin Bahr, Muhammad bin al-Arabi al-Hushari, Muhammad Sulaiman As-Syathhi. Selain itu, beliau mempelajari ilmu fiqih Maliki daripada ulama terkenal Abu Abdillah al-Jayyani al-Faqih al-Maliki. terdapat dua ulama besar yang telah banyak mempengaruhi pemikiran ibn Khaldun. Pertamanya ialah Muhammad bin Abdil Muhaimin bin Abdil Muhaimin bin al-Hadlrami. Ibn Khaldun telah mempelajari hadis, biografi, dan ilmu-ilmu bahasa daripadanya.  
2. 3 PERIBADI IBN KHALDUN
Ibn Khaldun merupakan seorang yang berani. Beliau hidup di dalam zaman yang sering berlaku pergolakan, pembunuhan pemimpin, pergulingan sultan, fitnah terhadap pemimpin dan ancaman dipenjarakan. Namun, ibn Khaldun tidak sesekali takut dengan keadaan politik tidak stabil ini malah beliau sendiri telah menjadi ahli politik pada zaman yang penuh pergolakan itu. Ibn Khaldun sendiri pernah dipenjara selama dua tahun oleh Sultan Anan. 

Ibn Khaldun adalah seorang yang tekun dalam menuntut ilmu walaupun beliau sibuk dengan tugas pentadbiran, namun tugas-tugas rasmi beliau tidak pernah menghalang beliau daripada menuntut ilmu. 

Ibn Khaldun juga merupakan seorang ahli pemikir yang melangkaui zaman. Beliau telah menghasilkan kitab agungnya iaitu Al-Ibar yang berkisar mengenai ilmu sosiologi. Selain itu, ibn Khaldun mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dalam dirinya. Beliau telah mewarisi sifat ini daripada nenek moyangnya. Beliau telah menjawat banyak jawatan penting sepanjang hidupnya antaranya setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan Abi Hassan di Fez, Duta Granada, Perdana Menteri (Hajib) Bougie dan Ketua Hakim di Mesir. 

Keperibadian lain Ibn Khaldun ialah beliau merupakan seorang yang pentingkan pengajian al Quran. Sebagai seorang yang hafiz al Quran, beliau begitu menyanjung tinggi akan kehebatan al Quran. Beliau telah menyatakan “ ketahuilah bahawa pendidikan al Quran termasuk syiar agama yang diterima oleh umat Islam seluruh dunia Islam dapat meresap ke dalam hati dan memperkuat iman, pengajaran al Quran pun patut diutamakan sebelum mengembangkan ilmu-ilmu yang lain”. 

2.4 KARYA IBN KHALDUN
Ibn Khaldun telah menghasilkan beberapa karya yang sangat bermutu dan diterima pakai sehingga hari ini. Karya-karya ibn Khaldun telah dikaji dan diterjemah dalam pelbagai lidah bahasa. Kitab “ Al-Ibar Wa Diwan Al-Mubtada Wa Man Asarahum Min Zawi Al-Sultan Al-Akhbar”. Kitab ini terdiri dari muqadimah dan bab satu kepada kitab ini dimuatkan di dalam satu jilid yang dikenali sebagai “ Muqadimah Ibn Khaldun”. Kitab ini dikarang oleh Ibn Khaldun sekitar tahun 779 Hijrah/1377 Masihi semasa beliau tinggal di benteng ibnu Salamah di Aljazair, Algeria. Ibn Khaldun mengambil masa selama lima bulan untuk menyiapkan kitab Muqadimah. Kitab ini dikarang berdasarkan catatan-catatan Ibn Khaldun dan rujukan-rujukan di benteng Ibn Salamah. Melalui kitab ini, Ibn Khaldun telah menganalisis mengenai gejala-gejala social yang berlaku. Kitab ini mengandungi pendahuluan dan enam bab yang membincangkan mengenai pelbagai aspek. Pendahuluan buku ini terkandung dalam tujuh muka surat yang membicarakan mengenai kajian-kajian yang dilakukan oleh ilmuan-ilmuan sebelumnya. Manakala, bahagian terakhir kitab ini ialah mengenai sejarah kehidupan kaum barbar dan kehidupan masyarakat pesisir barat. 

Karya-karya lain yang bernilai sangat tinggi di antaranya “Lubab al-Muhasal fi Ushul ad-Diin” yang merupakan sebuah kitab permasalahan dan pendapat-pendapat teologi. Ibn Khaldun juga telah mengarang sebuah buku matematik. Bagaimanapun, buku matematik ini sudah tidak wujud lagi. 

3. 0 SUMBANGANIBN KHALDUN
3. 1 PENGASAS ILMU SOSIOLOGI
Dunia telah mengiktiraf ibn Khaldun sebagai bapa sosiologi kerana dia telah melakukan revolusi terhadap pengkajian sejarah yang sedia ada. Dalam kajian sejarah beliau, beliau telah memperluaskan bidang pengkajian sejarah dengan memfokuskan sesuatu peristiwa sejarah kepada dua kategori asas. Kategori pertama ialah akal dan kategori kedua pula undang-undang social dan fizikal keadaan setempat. Beliau merupakan orang pertama yang menganalisis sesuatu peristiwa dengan menekankan sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku. Ahli – ahli sosiologi dunia kini menggunakan kaedah yang ditinggalkan oleh Ibn Khaldun dalam mengkaji sesuatu peristiwa sejarah. 

Selain itu, Ibn Khaldun telah meninggalkan teori yang amat berguna dalam mengkaji usia sesebuah kerajaan. Beliau membuat teori bahawa purata usia sesebuah kerajaan bertahan dalam tiga generasi dan usia satu generasi bertahan selama 40 tahun. 

Di samping itu, ideanya yang menarik dalam kitab Al-Muqadimah mendorong para penkaji dan pemikir untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan sebelumnya seperti Al-Tabori dan Al-Mas’udi. Tulisan-tulisan sosial dan sejarah dari Ibn Khaldun hanya satu-satunya dari tradisi intelektual yang diterima dan diakui di barat, terutama ahli-ahli sosiologidalam bahasa Inggeris. 

3. 2 EKONOMI
Ibn Khaldun merupakan seorang tokoh ekonomi Islam yang unggul mendahului tokoh ekonomi barat. Beliau telah membahagi sektor ekonomi kepada tiga bahagian iaitu sektor pengeluaran, pertukaran dan khidmat awam. Menurut Ibn Khaldun ekonomi yang baik dan makmur dapat memberi kesenangan hidup kepada rakyatdisamping dasar-dasar pemerintahan yang baik. Beliau juga member panduan tentang bidang percukaian. Pendapat beliau dalam bidang percukaian mempengaruhi Presiden Amerika Syarikat, Presiden Reagar untuk menggunakan pandangan percukaian Ibn Khaldun dalam pemerintahannya. Ibn Khaldun sempat memajukan beberapa perkara penting dalam bidang ekonomi dan teori kewangan. 

3. 3 PENULISAN
Ibn Khaldun telah membawa satu penulisan yang baru diikuti oleh penulis-penulis buku ini. Iaitu penulisan autografi pengarang pada akhir buku ini. Ibn Khaldun melalui kitab agungnya Al-Ibar telah menuliskan autografi dirinya pada jilid tujuh, jilid terakhir daripada kitabnya itu. Beliau telah menceritakan sejarah hidupnya secara terperinci dan setiap peristiwa dalam hidupnya. Penulis-penulis buku telah meniru cara Ibn Khaldun ini. Cuba kita lihat buku-buku di pasaran. Di luar bahagian buku-buku pasti ada autografi si pengarang buku itu. Inilah antara perubahan yang dibawa oleh Ibn Khaldun, si pemikir agung. 

4. 0 PENUTUP
Ibn Khaldun merupakan seorang yang berpendidikan tinggi serta berfikiran luas dalam membentuk tamadun Islam yang berdarjat tinggi. Beliau banyak menghasilkan karya-karya agung yang menjadi panduan pada kita semua. Ini terbukti melalui penghasilan karyanya yang telah berkembang dan terkenal di Negara luar. Malah, penulisannya telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa contohnya, Inggeris. Negara luar juga menjadikan karyanya sebagai panduan. Ibn Khaldun juga menitik beratkan budaya-budaya orang Islam. Dalam karyanya juga banyak disebut tentang budaya Islam. Kita boleh jadikan beliau sebagai ikon untuk meluaskan cara-cara pemikiran yang lebih baik tentang sesuatu perkara kerana beliau merupakan seorang yang bijak dalam berfikir. 

5. 0 RUJUKAN

  1. Ahmad, Jamaluddin. (1998). Seratus Muslim Terkemuka. Kuala Lumpur : Syarikat S. Abdul Majid. 
  2. Ismail Yaakob. (1983). Muqadimah Ibn Khaldun. Shah Alam, Selangor : Must Read Sdn. Bhd. 
  3. Khalid Haddad. (2012). 12 Tokoh Pengubah Dunia. Batu Caves, Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Sdn. Bhd. 
  4. Mahadi Shuid, Rumaizudin Ghazali, Haslina Mansor. (2006). Teks Pra-U STPM :Tamadun Islam. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 
  5. Ustazah Fatimah Binti Daud, (2008) Jan. Nota Pendidkan Islam Tingkatan 5. Sungai Petani, Kedah : Jejak Jaya Interprise. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
URL: abdazizharjin. blogspot. com
Email: abdazizharjin@perlis. uitm. edu. my
HP: 013-4006206
PJ: 04-9882701
R: 04-9882597

Last update 6/02/2015