Wanita Islam

Tajuk:
Wanita Islam

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam

Disediakan Oleh:
Nadia Afifa Binti Murod
2014695158

ABSTRAK
Wanita menurut ajaran Islam, adalah manusia yang utuh dalam segala aspek kehidupan, sebagaimana halnya dengan lelaki, baik dari kejadiannya, amal perbuatannya, nilai dan ganjarannya serta sangsi hukum, bertanggungjawab menuju kepada satu realiti kehidupan yang ideal dan serba serasi dan seimbang berdasarkan moral kehidupan yang dibimbing oleh agama seperti moral kemandirian, berfikiran logik, bertanggungjawab kepada Penciptanya atas segala amanat yang diberikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik baik perhiasan adalah seorang wanita muslimah yang mempunyai akhlak yang mulia. Wanita Islam pada zaman kini harus mengambil teladan dalam sejarah-sejarah Islam supaya mereka mengetahui betapa indahnya menjadi seorang wanita yang beragama Islam. Berbanding dengan wanita-wanita pada zaman Jahililiyyah yang pada masa itu dipandang hina, wanita-wanita Islam ibarat mutiara yang dilindungi dan dijaga rapi setelah bertapaknya agama Allah yang adil ini. 

PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim. 
Alhamdullillah, bersyukur keatas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. 
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah yang saya hormati, En. Abd Aziz bin Harjin kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. 
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudah cara untuk meyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan segala kemudahan dan sokongan moral yang konsisten sehingga saya telah berjaya menghabiskan tugasan ini. 
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka. 
Akhir madah ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. 

PENDAHULUAN
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, berkat dan salam diberikan kepada Rasul-Nya dan keluarganya, sahabat dan sesiapa yang mengikuti petunjuk-Nya. Ia adalah pengetahuan umum bahawa wanita merupakan separuh daripada masyarakat dan masyarakat tidak harus mengabaikan mereka, menganiaya mereka dan tidak membubarkan hak-hak mereka. (Status Of Woman in Islam, 1997)
Anggapan ramai selama ini bahawa wanita sebagai insan Kelas Dua (Secondary) berbanding dengan lelaki : dari segi kecerdasan, akhlak, kemampuan tenaga fizikal, adalah ternyata tidak tepat. Kaum wanita muslimat telah memainkan peranan terpenting dalam bidang yang sesuai dengan mereka serta dibenarkan syarak, demi membangunkan ummah dan negara; baik di bidang akademik, mahupun di bidang bukan akademik. (Kebangkitan Wanita Islam, 1998)
Selain itu, agama Islam telah memelihara mereka dari kehidupan yang begitu hina. Semua perintah dan larangan Allah, pastinya membawa kebaikan kepada pelakunya. Wanita yang sentiasa mentaati dan patuh akan perintah dan sumber Allah SWT, akan selamat dari berbagai perkara buruk. Sebaliknya, mereka yang mengabaikan dan tidak mengendahkan, pasti akan terjerumus ke dalam lembah penghinaan. (40 perkara dibenarkan dan dilarang wanita mengikut syarak, 2003)
Di sini juga kita akan membuka topik tentang tanggungjawab yang harus dipikul kaum wanita yang telah diamanahkan oleh Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi ini. Lelaki dan wanita mempunyai tugas tugas yang tertentu untuk berjuang di jalan Allah. Kaum wanita telah dikurniakan wasiat dari seruan-seruan yang pernah dilaksanakan Rasulullah SAW yang ditujukan kepada wanita. 

WANITA ISLAM
Islam memerintahkan supaya kita memuliakan wanita, baik sebagai anak, sebagai isteri atau sebagai ibu. Islam melarang kita bersikap sedih di atas kelahiran anak-anak perempuan serta mengancam keras perbuatan menguburkan anak-anak perempuan hidup-hidup. Islam juga menganjurkan supaya wanita diberikan peluang untuk mendapatkan pelajaran sama seperti kaum lelaki. Pendidikan yang baik akan menjadikan wanita Islam berperanan sebagai tenaga pembantu yang penting dalam membangunkan ummah bersama-sama kaum lelaki. (Perjuangan Wanita Kini, Halatuju dan Peranan Wanita Islam: 1994)
Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan wanita. Dalam sistem ini, wanita yang belum dewasa dilindungi di bawah penjagaan walinya. Islam menetapkan undang-undang nikah kahwin dengan memberikan kebebasan kepada wanita untuk memilih bakal suaminya menurut ketetapan-ketetapan syarak. Kaum wanita juga mempunyai hak untuk menetapkan mahar, hak di atas mahar yang telah diberikan oleh suaminya dan hak untuk mendapat nafkah dari suaminya sesudah diadakan akad nikah. (Perjuangan Wanita Kini, Halatuju dan Peranan Wanita Islam: 1994)
Islam mengatur undang-undang rumah tangga; hak-hak suami dan hak-hak isteri ditetapkan secara jelas. Poligami dibolehkan agar tidak berlaku kecurangan suami di belakang isteri. Poligami hanya dibataskan kepada empat orang isteri diizinkan dengan syarat suami berlaku adil di antara isteri. Adil dalam hal ini adalah adil dari segi kebendaan; seperti tempat tinggal, pakaian, makanan, minuman dan waktu bermalam dan segala apa yang berhubungan dengan pergaulan suami isteri yang mungkin dituntut padanya. (Perjuangan Wanita Kini, Halatuju dan Peranan Wanita Islam: 1994)
Islam juga mengatur masalah talak demi mencegah perbuatan sewenang-wenang dari pihak lelaki. Wanita juga diberikan hak untuk menuntut penceraian sekiranya rumah tangga tidak bahagia melalui khuluk dan fasakh. Wanita mempunyai hak untuk mengasuh anaknya yang masih kecil apabila menjadi haknya untuk mendapat pembiayaan dari bekas suaminya terhadap pengasuhan anaknya. (Perjuangan Wanita Kini, Halatuju dan Peranan Wanita Islam: 1994)
Islam memberikan hak wanita dalam harta warisan, baik sebagai ibu, sebagai isteri, sebagai anak, baik sudah dewasa atau masih kecil, malahan yang masih dalam rahim ibunya. Islam mengiktirafkan hak wanita untuk mewarisi harta dalam apa bentuk sekalipun. Wanita mewarisi harta dari bapa, suami, anak-anak, dan kaum kerabat mereka. (Perjuangan Wanita Kini, Halatuju dan Peranan Wanita Islam: 1994)
Wanita juga diizinkan syarak untuk melaburkan hartanya menurut apa-apa cara yang difikirkan paling baik. Dalam hal ini, wanita bebas dan tidak terikat dengan sesiapa dalam urusan pentadbiran hak miliknya. Menurut undang-undang Islam, tidak sesiapapun di dalam institusi keluarga yang berhak untuk menghalang kebebasan wanita dalam melaburkan dan mengembangkan hartanya. (Perjuangan Wanita Kini, Halatuju dan Peranan Wanita Islam: 1994)

TANGGUNGJAWAB WANITA MENURUT SYARIAT ISLAM
(1) Tanggungjawab sebagai hamba Allah
Kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalam tugas-tugas Din, sama ada mengenai iktiqad, ibadat dan muamalah. Tugas-tugas ini hanya berbeza dari beberapa segi bersesuaian dengan sifat dan tabi’i kaum wanita, atau kerana memang wanita tidak dapat melaksanakan tugas tersebut, seperti jihad yang hanya dibebankan kepada kaum lelaki. Namun demikian apabila kaum wanita ingin pergi bersama-sama kaum lelaki ke medan perang tidaklah dihalang. Dalam keadaan ini mereka bolehlah melaksanakan tugas tugas yang bersesuaian dengan sifat mereka seperti merawat orang yang sakit dan luka, menyediakan makanan dan sebagainya. (Perjuangan Wanita Kini, Halatuju dan Peranan Wanita Islam: 1994)
(2) Tanggungjawab sebagai isteri
Di antara tanggungjawab sebagai hamba Allah adalah dengan melaksanakan ketaatan kepada kedua ibu bapa sebelum mereka berumah tangga. Apabila wanita telah berumah tangga, ketaatan mereka yang paling utama adalah kepada suami. Kaum wanita diwajibkan mentaati suami dalam batas-batas yang telah digariskan oleh syarak dan menunaikan hak suami mereka. Jika wanita telah mentaati suami mereka dengan baik maka bererti mereka telah menunaikan hak suami dan mereka termasuk wanita-wanita yang baik. (Perjuangan Wanita Kini, Halatuju dan Peranan Wanita Islam: 1994)
(3) Tanggungjawab sebagai pemimpin urusan rumah tangga
Wanita bertanggungjawab terhadap pengurusan rumah tangga dan sentiasa berusaha menunaikan tugas dan kewajipan ini dengan sebaik-baiknya dan sekali-kali tidak boleh melalaikannya. Pengurusan rumah tangga bukanlah tugas yang mudah. Ia menjadi asas kebahagiaan sesuatu perkahwinan. Tugas ini sesuai dengan tabiat wanita, tugas ini cuma dapat dilaksanakan dengan sempurna oleh kaum wanita, Tugas ini merangkumi urusan-urusan untuk menjaga kepentingan dan keperluan suami serta mengurus hal ehwal anak-anak. (Perjuangan Wanita Kini, Halatuju dan Peranan Wanita Islam: 1994)
(4) Tanggungjawab sebagai pendidik generasi yang akan datang. 
Allah telah menciptakan semua makhluk dengan tujuan agar masing-masing dapat menunaikan fungsi kejadiannya menurut ketentuan yang telah ditetapkan oleh Penciptanya. Wanita telah diciptakan untuk menjadi isteri, menjadi ibu kepada anak-anaknya dan kepada mereka telah ditanamkan rasa kasih sayang terhadap anak-anaknya. Wanita juga telah dikurniakan kesanggupan dan kemampuan untuk mendidik anak-anak serta telah sabar menghadapi telatah anak-anak. (Perjuangan Wanita Kini, Halatuju dan Peranan Wanita Islam: 1994)
Dengan sifat yang memang telah ditanam pada wanita ini, jelaslah bahawa salah satu tanggungjawab pokok bagi wanita adalah dalam pendidikan anak-anak. Wanita sebagai ibu hendaklah bersungguh sungguh mendidik anak-anak mereka agar mereka menjadi manusia yang bermanfaat bagi penerusan generasi masa depan yang bertaqwa. (Perjuangan Wanita Kini, Halatuju dan Peranan Wanita Islam: 1994)
Pendidikan anak-anak bermula di rumah. Tugas pendidikan ini pula memerlukan waktu yang secukupnya. Oleh kerana itu, Islam memberikan kesempatan yang seluas-luasnya kepada kaum wanita untuk menunaikan kewajipannya. Untuk ini, mereka dibebaskan dari kewajipan untuk memenuhi kepentingan hidupnya dan tugas ini dibebankan kepada kaum lelaki. (Perjuangan Wanita Kini: Halatuju dan Peranan Wanita Islam, 1994)

TOKOH
Pada awal abad keenam Hijiriyyah, terdapat beberapa orang wanita Islam yang mempunyai keistimewaan dari segi menduduki majlis-majlis ilmu dan sastera, majlis perbincangan (munaadzarah), pembukuan (musajjilah: penulisan) dan majlis diskusi. Pada pandangan saya, wanita-wanita Islam ini dapat dijadikan sebagai tokoh yang harus kita junjungi, kerana mereka telah berusaha dalam menuntut ilmu justeru memberikan mereka kelebihan untuk membuka suara dalam memberi keputusan antara kalangan ‘ulama dan satera. Tokoh-tokoh wanita ini dapat memberikan pendapat dan menghulurkan bantuan apabila tercetusnya peperangan. Mereka keluar untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi oleh tentera-tentera lelaki, seperti membalut luka-luka dan juga menyanjungi serta member semangat agar mereka tidak berputus asa dalam membela kebenaran. (Kebangkitan Wanita Islam: 2003)
Di sini saya ingin menyebutkan sedikit sebanyak contoh-contoh daripada beberapa orang pemimpin wanita Islam yang telah memberikan impak dalam perjuangan di Zaman-zaman Keagungan Islam. Antara salah seorang daripadanya ialah Sayiddah Khadijah. Sayiddah Khadijah Bt Khuwailid ini adalah merupakan wanita yang pertama sekali memberikan perangsang dan saranan yang berharga kepada Nabi Muhammad SAW dalam tugas dan perjuangan dakwah Islamiyyah. Beliau sentiasa bersama-sama melibatkan diri dalam kegiatan dakwah atau tabliigh Nabi Muhammad SAW. Beliau telah menjadi tulang belakang Rasulullah kerana sentiasa berada disisinya dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Sayiddah Khadijah tidak berputus asa memberi sumbangan dari segi moral, dengan menghiburkan hati Nabi dengan sikapnya yang lemah lembut dan tidak kurang pula sumbangan fikiran dan kewangan (harta benda). Beliau adalah orang yang paling banyak menolong Nabi SAW dalam menghadapi orang-orang Musyrik yang memperolok-olokkan beliau. (Kebangkitan Wanita Islam: 2003)
Selain Sayiddah Khadijah, antara wanita Islam yang memberikan peranan dalam perkembangan Islam ialah Sayiddah Aisyah. Beliau ialah puteri Abu Bakar As-Siddiq, seorang isteri Rasulullah yang dipercayai di mana beliau adalah menjadi wanita contoh bagi seluruh wanita Islam Arab malahan Bukan Arab. Jasa beliau terhadap perkembangan Fiqh dan Undang-undang Islam terlalu banyak; juga dalam kehidupan sosial dan politik bagi seluruh orang Islam. Pada zaman beliau, Sayiddah Aisyah telah menjadi tempat bertanya dalam aspek rujukan hadith-hadith Nabi SAW; di mana Rasulullah sendiri pernah bersabda: “Ambillah (pelajarilah) separuh Agama kamu daripada Si Putih ini. ” (Kebangkitan Wanita Islam: 2003)
Di samping itu, Sayiddah Aisyah adalah seorang pakar kesusasteraan (Arab) dan seorang penyair dan pemidato. Beliau juga merupakan orang yang paling alim dan lebih faham di kalangan orang-orang Islam dan orang-orang yang mempunyai pendapat dan pandangan yang lebih baik. Sesungguhnya ‘Urwah B. Az-Zubair r. a. pernah menyifatkan Aisyah dengan kata-kata: “Tidaklah pernahku lihat seseorang yang lebih alim mengenai Fiqh, Syair dan Hadith lebih daripada Aisyah; dan beliau mempunyai kebolehan berpidato yang menakjubkan. ” (Kebangkitan Wanita Islam: 2003)

KERINGANAN DAN LARANGAN
Dengan bertapaknya agama Islam di muka bumi ini, tentunya sangat menggembirakan kaum wanita, kerana selama ini mereka adalah sebagai tempat pemuas nafsu berahi kaum lelaki dan tidak mempunyai harga diri serta kedudukan mereka begitu hina di hadapan kaum lelaki. Perintah Allah yang tersebut di atas dimaksudkan untuk memberikan perlindungan dan memelihara secara menyeluruh terhadap semua aspek kehidupan kaum wanita dan mencegah dari berbagai perkara negatif mahupun fitnah yang mungkin berbangkit bagi diri mereka. Selain itu juga, agama Islam telah memelihara mereka dari kehidupan yang begitu hina. (40 Perkara Dibenarkan dan Dilarang Wanita Mengikut Syarak:1998)
Wujudnya keringanan dan larangan wanita muslimat dimaksudkan agar kaum muslimat yang beriman kepada Allah dan hari akhir dapat benar-benar memahami erti kehidupan; mereka dapat membezakan dan mengetahui ana perkara yang diperbolehkan oleh hukum syarak untuk dilakukan dan mana perkara yang tidak diperkenankan oleh agama untuk mereka lakukan. (40 Perkara Dibenarkan dan Dilarang Wanita Mengikut Syarak:1998)
Antara perkara yang diberikan keringanan oleh Allah SWT adalah menuntut ilmu yang dituntut syarak. Allah SWT dan RasulNya telah memerintahkan kita untuk menuntut ilmu yang telah ditetapkan oleh hukum syarak yang kita perlukan supaya kita dapat beribadah kepada Allah SWT dengan benar mengikut cara yang Rasulullah ajarkan kepada kita sekalian umat sehingga benar-benar diredhai Allah SWT. Sama seperti orang lelaki, orang wanita juga diberi tugas untuk menuntut ilmu, yakni belajar perkara yang berkenaan dengan selok belok agama, misalnya thaharah, solat, zakat, haji dan lain-lainnya yang diperlukan dalam memahami masalah agama. (40 Perkara Dibenarkan dan Dilarang Wanita Mengikut Syarak:1998)
Selain itu, sebagai seorang wanita, kita tidak perlu mengqadha solat selama tempoh haid. Para wanita Muslimah mestilah mengetahui bahawa Allah Azza wa Jalla telah mengetahui betapa kesusahan dan kesulitan yang akan dialami oleh wanita pada saat haid atau datang bulan, maka Dia tidaklah memerintahkan mereka untuk mengqadhakan solat yang ditinggalkan selama dalam keadaan haid tersebut sebagai rahmat-Nya. Dan Dia tidak memerintahkan kaum wanita untuk mengqadha solat adalah sebagai keringanan dan sekaligus rahmat bagi mereka. (40 Perkara Dibenarkan dan Dilarang Wanita Mengikut Syarak:1998)
Di dalam keringanan yang diberikan oleh Allah Azza wa Jalla, terdapat juga larangan yang harus kita elak. Antaranya adalah melakukan perbuatan berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim. Hal ini didasarkan pada sebuah hadith daripada Abdullah bin Abbas r. a., di mana beliau mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak diperbolehkan bagi seorang lelaki berkhulwah (menyendiri berdua-duaan tanpa dikawani oleh mahramnya) dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya. ” (40 Perkara Dibenarkan dan Dilarang Wanita Mengikut Syarak:1998)
Hadith di atas secara jelas mengharamkan khulwah (duduk berdua-duan tanpa dikawani oleh mahramnya) bagi seorang lelaki dengan wanita bukan mahramnya. Banyak kaum wanita yang menganggapnya remeh temeh, di mana mereka seringkali mengizinkan dan membenarkan orang lelaki yang bukan mahramnya menemuinya di rumah dan duduk bersama dengan alasan bahawa lelaki itu adalah sahabat keluarga. Dengan alasan dari pengakuan tersebut mereka telah banyak merosakkan kehormatan dan menghancurkan harga diri sebagai seorang wanita. (40 Perkara Dibenarkan dan Dilarang Wanita Mengikut Syarak:1998)

WASIAT RASULULLAH
Bekalan Takwa, Lemah Lembut Penghias Segala Sesuatu
“Dan Aisyah radhiyallahu anha, dia berkata: Rasulullah sallallahu alaihiwa sallam pernah bersabda kepadanya: “Wahai Aisyah, hendaklah engkau bertakwa kepada Allah Azza wa Jalla dan lemah lembut. Kerana lemah lembut itu sama sekali tidak berada pada sesuatu melainkan menghiasinya, dan lemah lembut itu sama sekali tidak terlepas dari sesuatu melainkan ia memburukkannya. ” (50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita:2001)
Wasiat yang sangat bernilai ini merupakan salah satu alasan penting yang membantu dalam kehidupan asas orang Mukmin di dunia. Dasar takwa, hendaklah engkau menciptakan satu perlindungan antara dirimu dan yang engkau takuti agar dapat menjaga dirimu. Takwa wanita Muslimah kepada Tuhannya, hendaklah ia menjadikan antara dirinya dan apa yang ditakutinya dari Tuhan perlindungan yang menjaganya dari kemarahan, kemurkaan dan seksaNya. Caranya ialah dengan melaksanakan ketaatan dan menjauhi kederhakaan kepadaNya. (50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita:2001)
‘AR-Rifq’ ertinya sikap lemah lembut, wajah berseri dan lapang dada. Selagi seorang wanita Muslimah memiliki sifat ini, maka akan terjalin persatuan antara sebahagian muslimah dengan sebahagian yang lain. Lemah lembut memiliki satu kelebihan dari akhlak-akhlak lain. Maka Allah memberikan pujian yang baik kepada orang yang memiliki sifat lemah lembut di dunia dan pahala yang melimpah di Akhirat, jauh lebih banyak dari pahala yang diberikan kerana sifat yang lain. Sifat lemah lembut mempercantik orangnya dan memperindahnya di mata manusia dan disisi Allah. (50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita:2001)

Sabar Menghadapi Cubaan
“Dari Ummu Al-Ala’, dia berkata: ‘Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu beliau berkata: “Gembiralah wahai Ummu Al-Ala’. Sesungguhnya sakit orang Muslim itu membuat Allah menghilangkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana api yang menghilangkan kotoran emas dan perak. ” (50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita:2001)
Saudari muslimahku, sudah barang tentu engkau akan menghadapi cubaan di dalam kehidupan dunia ini. Boleh jadi cubaan itu menimpa langsung pada diri atau anak ataupun anggota keluarga yang lain. Tetapi justeru di situlah akan nampak kadar iman kita. Allah menurunkan cubaan kepada kita, agar Dia dapat menguji iman kita, apakah kita akan sabar ataukah akan kita marah-marah, dan adakah kita redha terhadap takdir Allah? (50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita:2001)
Wasiat yang tertera di atas ini disampaikan oleh Rasulullah sallalahu alaihi wasallam, tatkala menasihati Ummu Al-Ala’ radiyallahu anha, seraya menjelaskan kepadanya bahawa orang mukmin itu diuji oleh Tuhannya agar Dia menghapuskan kesalahan dan dosa-dosanya. (50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita:2001)
Kita juga akan mendapatkan bahawa Allah memuji orang-orang yang sabar dan menyanjung mereka. Kita akan tahu bahawa orang yang sabar adalah orang-orang yang dicintai Allah. Allah memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan balasan yang lebih baik daripada amalnya dan melipatgandakannya tanpa terhitung. (50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita:2001)

PENUTUP
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana kerja kursus CTU 151 saya ini telah pun berada di penghujung. Setelah beberapa minggu saya telah melaburkan masa bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah berjaya memberikan sedikit sebanyak informasi tentang Wanita Islam. Terdapat beberapa kesimpulan yang boleh dipetik, antaranya adalah peranan seorang wanita muslimah, tokoh wanita yang boleh dijadikan inspirasi, tanggungjawab yang harus dipikul seorang wanita, wasiat Rasulullah kepada wanita dan keringanan serta larangan yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada kaum Hawa ini. 
Tugasan ini memberikan pencerahan kepada saya untuk mendalami ilmu yang berkenaan dengan wanita muslimah. Banyak yang telah saya pelajari dan harapan saya adalah agar semua wanita memainkan peranan dalam pembangunan Islam di muka bumi ini agar menjamin masa depan yang dirahmati Allah SWT. 

RUJUKAN
Majdi As-Sayyid Ibrahim (1998). 50 Wasiat Rasulullah SAW Untuk Wanita. (Hanifah Binti Uthman, Trans.) Kuala Lumpur : Pustaka Syuhada
Saari Sungib, Aliza Jaafar (1994). Perjuangan Wanita Kini, Halatuju dan Peranan Wanita Islam. Kuala Lumpur : Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Prod. Dr. M. Atiyyah Al-Abraasyi (1998). Kebangkitan Wanita Islam. Kuala Lumpur : Al-Hidayah
Dr. Yusuf Al-Qaradawy (1998). The Status of Woman In Islam. (Sheikh Mohammed Gemla’ah, Trans.) Cairo : Egypt
Harun Arrasid Tuskan (2003). 40 Perkara Yang Dibenarkan & Dilarang Wanita Mengikut Syarak. Kuala Lumpur : Al-Hidayah

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com