Tanggungjawab Suami Dan Isteri

Tajuk
Tanggungjawab Suami Dan Isteri

Disediakan Untuk 
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah Ctu 151

Disediakan Oleh 
Akmal Atifah Binti Dzayaolakmal
2014275264

PENDAHULUAN
Masyarakat mula memberi pemerhatian terhadap institusi keluarga sebagai institusi terpenting dalam pembentukan masyarakat dan pembinaan negara. Menyedari hakikat ini maka, kerja kursus ini yang bertajuk “Tanggungjawab Suami dan Isteri” ini diusahakan untuk penambahbaikan isi kandungan dan huraiannya berdasarkan beberapa buah buku yang dirujuk bagi memantapkan lagi kefahaman para bembaca khususnya kepada pasangan suami isteri. 

Dalam sesebuah rumah tannga muslim, setiap anggota mestilah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah STW dan mematuhi perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. setiap ahli keluarga mempunyai peranan yang tertentu terhadap keluarga mereka. konsep kebahagiaan dan kesejahteraan tidak akan dicapai sekiranya pasangan suami isteri tidak memahami tujuan perkahwinan dan tanggungjawab mengenainya. 

Oleh itu, kerja kursus ini telah diusahakan bagi menggambarkan tentang keindahan Islam dari sudut pembentukan keluarga. Selain itu, diharapkan dapat menjadi iktibar kepada pasangan suami dan isteri untuk mencorakkan hala tuju kehidupan rumah tangga sebagai institusi keluarga yang unggul, bahagia dunia dan akhirat. Semoga sumbangan ini akan dapat dimanfaatkan bersama. 
  
TANGGUNGJAWAB SUAMI

Suami hendaklah bertanggungjawab memimpin keluarganya kearah keredhaan Allah dan memberi kebahagiaan kepada mereka seperti berikut:memberi nafkah. Suami hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya seperti menyediakan tempat tinggal, makan minum, pakaian, rawatan dan perubatan mengikut kemampuan suami. 

Selain itu, memberi layanan yang baik. Suami hendaklah menggauli isterinya secara baik mengenai layanan, tutur kata, perbuatan, dan pergaulan hidupnya atau hubungan kelamin antara keduanya dengan penuh kasih sayang. 

Seterusnya, memberi didikan. Suami hendaklah mengajar dan mendidik isteri supaya menjadi isteri yang solehah dan taat beribadah kepada Allah serta faham ajaran-ajaran agama. 

TANGGUNGJAWAB ISTERI

Isteri adalah pembantu utama suami untuk membentuk keluarga bahagia yang diredhai Allah dan sentiasa melaksanakan tanggungjawab seperti taat kepada suami. Isteri yang beriman kepada Allah dia taatkan suami terhadap perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam. 

Di samping itu, memberi layanan yang baik. Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan yang baik kepada suami sama ada ketika senang ataupun susah, kerana suami berusaha mencari nafkah sementara isteri menjaga rumah tangga dan mendidik anak, suami bertanggungjawab menjaga keselamatan daripada pencerobohan dan musuh-musuh yang ingin menghancurkan rumah tangga. 

Selanjutnya, menjaga maruah. Isteri hendaklah menjaga maruah dirinya mengikut tuntutan-tuntutan syarak, menjaga aurat ketika berdepan dengan bukan muhrim, menjaga dirinya semasa ketiadaan suami di rumah, isteri juga berkewajipan menjaga tingkah lakunya, percakapannya dan maruah suaminya. Segala keburukan suaminya dan rumah tangga tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Allah sangat memurkainya. 

Berikutnya, seseorang isteri itu tidak boleh melakukan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami dan tidak dibenarkan menceritakan hubungan kelamin suami isteri kepada orang lain. 

TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Iaitu suami dan isteri sama-sama bertanggungjawab membina rumahtangga bahagia, mengekalkan kerukunan, bertolak ansur, sama-sama beribadat kepada Allah seperti solat berjemaah di rumah dan masjid, menghadiri kuliah-kuliah ilmu dan sebagainya. Sekiranya terdapat kesalahan atau menyinggung perasaan sama-samalah memohon maaf. 

Selain itu, memelihara dan mendidik anak-anak. Suami dan isteri sama-samalah bertanggungjawab memelihara dan memberi pendidikan agama serta ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka supaya terjamin masa depan mereka, mereka memberi kasih sayang dan layanan yang baik serta melakukan keadilan terhadap anak-anak. 

Seterusnya, mensyukuri nikamat Allah. Suami dan isteri hendaklah mensyukuri nikmat Allah atas perkahwinan mereka serta penganugerahan anak dan kerukunan hidup berumah tangga, kerana kahwin adalah ibadah, segala pengurusan dan pentadbiran rumahtangga adalah ibadah. 

Berikutnya, menghormati kedua-dua ibu bapa mereka sama ada ibu bapa suami atau ibu bapa isteri. Kedua-dua mereka adalah sama tarafnya sebagai ibu bapa dan sama-sama perlu dijaga dan dihormati sebagaimana firman Allah SWT.  Ertinya: “… dan tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNYa semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, meningkat umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah” dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)” 

Di samping itu, masalah rumah tangga. Setiap rumah tangga yang dibina itu tidak akan sunyi daripada menghadapi keretakan atau krisis sama ada kecil atau besar dan ini adalah bergantung kepada kedua-dua suami isteri adakah bolehbertolak ansur dan saling maaf memaafi atau terus terang yang tidak ada cara lain kecuali berpisah. 

CABARAN PASANGAN YANG BARU BERKAHWIN. 

Iaitu ekonomi yang tidak stabil. Pada kebiasaannya yang baru berkahwin akan menghadapi masalah kewangan kerana kedudukan ekonomi yang belum stabil. Suami isteri perlu membuat penyesuaian dan mempertingkatkan kemahiran mengenai pengurusan kewangan. Suami perlu mempertingkatkan usaha bagi menambah pendapatan keluarga serta berbelanja dengan berhemat. Isteri juga di galakkan untuk membentu meringankan beban suami dengan menyumbang pendapatan.  

Selain itu, kesukaran menyesuaian diri. Pasangan yang baru berkahwin mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pasangannya. Dalam proses penyesuaian ini, kerap berapa kali timbul konflik dan tekanan apabila pasangan tidak memahami kehendak dan keperluan dan citarasa pasangan. Oleh itu, pasangan perlu banyak berbincang, bertoleransi dan memberi sokongan serta dorongan antara satu sama lain. 

Berikutnya mengutamakan keluarga sendiri. Sikap terlalu mengutamakan keluarga sendiri boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kepada suami atau isteri. Lantaran itu, suami isteri perlu memberi layanan secara saksama kepada kelurga kedua-dua belah pihak. Dengan cara ini ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturrahim antara kedua-dua belah pihak. 

PERGAULAN DALAM KELUARGA

Kehidupan suami isteri bukan sahaja melibatkan hubungan antara mereka berdua, malah ia juga melibatkan hubungan dengan anggota keluarga yang lain. Anggota keluarga yang lazimnya berhubungan dengan suami isteri terdiri daripada:
-Ibu bapa
- Mentua
- Datuk nenek
- Adik-beradik
- Ipar duai
- Pembantu rumah

Islam menetapkan batasan aurat dan cara layanan suami isteri terhadap ibu bapa, mentua, datuk nenek dan adik- beradik adalah berasaskan aurat anatara mahram. Bagi membolehkan suami isteri bergaul mesra dengan keluarga, mereka hendaklah mengenali keluarga pasangan masing-masing. Mereka juga perlu menerima ahli keluarga pasangan sebagai sebagai sebahagian daripada ahli keluarga sendiri, tetapi tetap menjaga batas-batas pergaulan dalam keluarga seperti yang ditetapkan oleh syarak. 

KAEDAH MEMANTAPKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Kaedah tersebut ialah melahirkan suami isteri yang cemerlang. Suami isteri yang menguruskan rumahtangga mereka dengan baik merupakan suami isteri yang Berjaya dalam perkahwinan. Suami isteri yang cemerlang sentiasa menjaga ibadah mereka. Mereka akan memastikan perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam tidak berlaku di dalam rumah tangga mereka dan melakukan perkara-perkara yang digalakkan oleh agama. 

Selain itu, mengurus kelemahan diri. Setiap manusia mempunyai kelemahan baik dari segi fizikal, kemahiran dan mengawal tingkah laku. Tidak semua kelemahan tersebut terdapat pada diri seseorang oleh itu, suami atau isteri yang mengetahui kelemahan masing-masing hendaklah mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasi kelemahan tersebut kepada keretakkan dan kehancuran. Selain itu, dengan kelemahan masing-masing akan menghindarkan diri daripada memandang rendah terhadap pasangan. 

Selanjutnya, memperkasa mempertingkatan kekuatan diri. Seseorang itu perlu mengenali kekuatan yang ada pada dirinya. Suami atau isteri yang ingin dikasihi dan dihormati oleh pasangan hendaklha memiliki sifat-sifat seperti berfikiran positif, memberikan sesuatu yang baik kepada pasangan bersedia menerima dan menghargai pemberian, bersifat penyayang, rajin dan suka membantu. 

ADAB KEHIDUPAN KELAMIN

Islam tidak membenarkan suami isteri melakukan hubungan kelamin mengikut sesuka hati tetapi mereka terikat dengan adab yang perlu dipelihara dan diikuti. Islam mempunyai adab yang I mengandungi nilai-nilai akhlak yang luhur bahkan mengandungi kebaikan dari segi kesihatan dan hubungan baik suami isteri. Terdapat banyak petunjuk dari Al Quran dan hadisyang membicarakan adab perhubungan kelamin suami isteri. Antaranya ialah, membersih diri dan berwuduk. sebelum suami isteri melakukan hubungan kelamin, mereka disunatkan membersihkan diri dan berwuduk. Mereka juga digalakkan menghias diri, memakai wangian dan pakaian yang bersesuaian. Dalam firman Allah maksudnya: Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai kebaikan : (Allah) bersih dan menyukai kebersihan. 

Selain itu, mewujudkan kemesraan. Ransangan melalui cumbuan, ucapan mesra, sentuhan dan gurauan perlu dipraktikkan sebagai permulaan bagi membangkitkan keghairahan dan kemesraan pasangan suami isteri sebelum melakukan hubungan kelamin. Proses ini penting untuk mengurangkan kesakitan, perasaan gemuruh, gementar, malu, takut dan rasa tertekan. 

Berikutnya, brsedia dan berkeadaan selesa. Sebelum melakukan hubungan kelamin, suami isteri hendaklah memastikan pasangan masing-masing dalam keadaan bersedia, tempat yang selesa dan masa yang sesuai. Suami isteri juga hendaklah mengambil kira dan tidak melakukan hubungan kelamin ketika pasangan berada dalam keadaan berikut:

-sedang sakit yang memudaratkan
-keletihan
-kesedihan
-kekenyangan /kelaparan
Sekiranya suami isteri berada dalam keadaan di atas, maka pasangan dinasihatkan tidak memaksa pasangannya untuk melakukan hubungan kelamin kerana ia boleh mengakibatkan perasaan benci, kecewa, marah, sedih dan tekanan. 

Selanjutnya, membaca doa. Suami isteri disunatkan memulakan hubungan kelamin dengan membaca doa bagi melindungi mereka dan zuriat yang bakal dilahirkan daripada gangguan syaitan iaitu: maksudnya: dengan nama Allah wahai tuhan kami jauhilah kami daripada syaitan dan hindarilah anak yang Engkau anugerahi kepada kami daripada gangguan syaitan. 

Seterusnya, dalam keadaan bertutup. Suami isteri hendaklah melakukan hubungan kelamin dalam keadaan bertutup, contohnya suami isteri ditutupi kain atau selimut, sabda Rasullullah saw : Maksudnya: Apabila ada diantara kamu menyetubuhi isterinya maka hendaklah mereka (suami isteri) berselimut dan janagnlah bertelanjang seperti keldai.  (Riwayat Ibn Majah) 

Suami isteri disunatkan mencuci kemaluan dan berwuduk selepas melakukan hubungan kelamin. Bagi pasangan rugi melakukan hubungan kelamin kali kedua dan seterusnya dan disunatkan mencuci kemaluan dan berwuduk. Suami isteri wajib mandi junub apabila hendak melakukan ibadah seperti solat, baca Al Quran, membaca khutbah dan tawaf.  

Di samping itu, bersederhana. Hubungan kelamin yang baik adalah yang dilakukan secara sederhana mengikut keperluan dan kemampuan suami isteri sama ada dari segi kekerapan atau teknik yang digunakan. Suami isteri dilarang melakukan hubungan kelamin yang boleh memudaratkan kesihatan dan emosi seperti memukul dan menyeksa pasangan sebelum melakukannya. Islam menyarankan hubungan kelamin sebanyak dua kali dalam seminggu iaitu malam isnin dan malam jumaat kerana mengandungi hikmah seperti: 
-menjamin kepuasan yang maksima kepada kedua-dua belah pihak. 
-melatih mendidik suami isteri mengawal nafsu. 
-memberi kerehatan kepada tubuh badan. 
-memastikan kualiti sperma lelaki. 
Akhir sekali, tidak menyebarkan rahsia. Suami isteri haram menyebarkan rahsia hubungan kelamin kepada orang lain walau dengan apa cara sekali pun. 

PENUTUP
Hasil daripada pembacaan saya terhadap beberapa buah buku sebagai rujukan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan, dapatlah saya simpulkan bahawa dalam institusi perkahwinan, Allah SWT telah memberikan amanah kepada suami isteri untuk membina sebuah keluarga yang harmoni. Tanggungjawab ini merupakan suatu ibadah yang mesti dilaksanakan berlandaskan syariat Islam bagi memastikan ia membawa kebahagiaan kepada keluarga. 
Kebahagiaan dalam rumah tangga memerlukan kerjasama daripada kedua-dua belah pasangan. Bagi merealisasikan pengharapan tersebut, rumahtangga mesti diurus dengan baik. Iaitu suami isteri perlu bijak mengurus rumahtangga kerana ianya adalah tujang kepada kestabilan dan keharmonian sesebuah rumahtangga. Bukan itu sahaja, suami isteri juga perlu memberi penekanan kepada pengurusan kewangan, masa, kesihatan, dan hubungan dalam keluarga. 
Akhir sekali, pendekatan terbaik yang dapat diperolehi ialah kejayaan baginda Rasulullah SAW bersama para isteri baginda dalam memimpin rumahtangga sehingg baginda dinobatkan sebagai uswah hasanah atau “role model” oleh masyarakat dunia. Oleh itu, sewajarnyalah kita mencontohi kerjasama dan persefahaman yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW dan Ummul Mukminin, mudah-mudahan kita juga turut merasi kemanisan hidup berumahtangga dalam erti kata yang sebenar. 

RUJUKAN

  1. Jamal Ahmad Muhammad, (1990). “Wanita Bertanya Islam Menjawab”, Cetakan Pertama. Perpustakaan ITM, Cawangan Perlis: H. I. Press. CV. 
  2. Habsah MD. Nor, (1999). “Wanita Solehah :Kedudukan Personaliti dan Ciri-Cirinya”, Cetakan Kedua. Kuala Lumpur. Darul Nu’man. 
  3. Abu Bakar Mohamad Ali, (2000). “Kewajipan Muslim”, Cetakan Pertama. Jalan Dato’Pati, 1500 Kota Bharu, Kelantan: Syarikat Jaftar Rawas. 
  4. AB. Latif b Muda, (2000). “Huraian Hadis-Hadis Hukum”, Cetakan Pertama. Kawasan Perindustrian Mukim Batu, Fasa 4 68100 Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. 
  5. Jawatankuasa Penulis dan Penyemak atau Jawatankuasa Kerja Teknikal dan Penilaian, (2008). “Memasuki Gerbang Perkahwinan”, Cetakan Pertama. No. 389, Lebuh Chulia, 10200 Pulau Pinang: Sinaran Bros Sdn. Bhd. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com