Tamadun Islam (Turki Uthmaniyyah)

Tajuk :
Tamadun Islam (Turki Uthmaniyyah)

Disediakan Untuk :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh :
Aiman Hafizah Bt Abudllah

PENDAHULUAN
Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah ditubuhkan pada abad ke-13 oleh sultan yang pertama iaitu Sultan Uthmani. Nama kerajaan Uthmaniyyah diambil sempena nama nenek moyang mereka yang pertama iaitu Sultan Uthmaniyyah Ibn Sauji Ibn Artugrul Ibn Sulaiman Shah Ibn Kla Alp yang merupakan kepala kabilah kabl di asia. Pada abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk Yunani dan Bulgaria. Kejayaan yang terbesar dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah ialah dengan menakluki Kota Constantinople pada tahun 1453 (kemudian ditukar nama kepada Istanbul). Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungary telah dikuasai oleh kekuasaan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Turki Uthmaniyyah juga melanjutkan perluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yang lain

Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan kerajaan Turki Uthmaniyyah merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah ekoran daripada masalah dalaman seperti kelemahan pemerintah, masalah birokrasi, ketenteraan, kemerosotan ekonomi, dan pemberontakan, serta faktor luaran seperti pengaruh luar, dan peperangan dengan kuasa luar. Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah memberi kesan kepada negara-negara umat Islam. 

Turki Uthmaniyyah

1. 1 Sejarah kerajaan dan pemerintah Turki Uthmaniyyah
Pada abad pertengahan, muncul kerajaan Islam yang berpusat di Turki dan merupakan salah satu daripada tiga kerajaan besar pada masa itu. Selain Safawiyah dan Moghul. Kerajaan tersebut ialah Uthmaniyyah. Kerajaan Uthmaniyyah pernah menjadi Negara terkuat dan berkuasa setelah mengalahkan Constantinople(Instabul) dan kerjaan Rom Timur (Byzantium). Kerajaan itu memainkan peranan penting bagi Islam terutamanya dalam meluaskan wilayah Islam.  

Kerajaan Uthamniyyah berkuasa selama lebih kurang tujuh abad (1300-1922) dan dipimpin oleh 36 sultan. Puncak kejayaan Uthmaniyyah adalah pada zaman Sulaiman 1. Namun setelah itu, ia semakin lemah kerana berlakunya pemberontakan dan kalah dalam peperangan dengan bangsa Eropah shingga akhirnya kerajaan Uthmaniyyah dihapuskan dan digantikan dengan penubuhan Republik Turki. Setelah ditubuhkan oleh Uthman 1, sultan kerajaan Uthmaniyyah terus berusaha untuk meluaskan wilayah kekuasaan mereka
Sultan merupakan kuasa tertinggi dalam sistem pemeritahan yang dilantik mengikut sistem feudal. Sultan berkuasa dalam bidang agama, politik, sosial dan pentadbiran. Pada awalnya, sultan-sultan ini terdiri daripada para amir yang menjadi tuan- tuan tanah dalam kerajaan Saljuk yang berpusat di Kenya. Urkhan salah seseorang daripada amir itu kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Setelah itu, Bayazid diiktiraf oleh khalifah Abbasiyah di Kaherah sebagai ‘Sultan Al-Rum’ iaitu pemimpin Negara Islam Murad 11 pula menggunakan gelaran Sultan Al-Barrain wa al-Bahrain 1 (sultan di dua benua dan dua lautan). Murad 1 telah menggelarkan dirinya sebagai “khalifah Allah SWT di muka bumi” setelah Berjaya menawan kota Adrianople. Namun begitu, setelah orang kristian berkuasa sejak perjanjian Kuchuk Kainarji (1174 masihi). Ahli ahli diplomat Turki Uthmaniyyah memperolok-olokkan orang Eropah dengan mengatakan bahawa sultan seperti juga paus hanya berkuasa dalam hal ehwal agama dan tidak lebih dari itu.

Sultan dibantu oleh wazir besar yang merupakan ketua pentadbiran dan penasihat sultan. Tugas beliau dinyatakan dengan jelas dalam Kanuname iaitu buku perlembagaan yang digubal pada zaman Muhammad 11. Kadi ialah ketua agama bagi setiap daerah yang berkuasa menjalankan hukum jenayah dan sivil menurut syariah Islam berdasarkan al Quran dan as-sunnah. Selepas Salim 1, diwujudkan pula jawatan Sheikh al-Islam (mufti) yang berpejabat di Istanbul. Tugas beliau adalah untuk memberikan fatwa. Kadangkala sultan turut campur tangan dalam soal fatwa misalnya ketika ajaran syiah bagi menjaga keamanan Negara. Mufti juga diberikan hak melantik pengawai-pengawai istana di ibu Kota Istanbul. 

1. 2 Perluasan Kuasa Uthmaniyyah 

Imarah Osman ialah satu-satunya imarah yang masih julang panji gazi (jihad) menentang Byzantium. Galipoli (di eropah) berperanan sebagai pangkalan untuk meluaskan kekuasaan Uthmani di Balkan. Pada tahun 1361M, kota Adrinople (Edrine) jadi ibu negeri pada zaman Murat b Orhan Berjaya menguasai bandar –bandar lain seperti Macedonia, Bulgria, Sofia, Nis. Bayazid b. Murat Berjaya berhadapan dengan pemberontakan dalaman dan luaran. Beliau berjaya kalahkan pakatan Kristian Hungary di Sungai Danube

Namun Bayazid kalah teruk dengan Timur Lang pada tahun 1402M (petemuran Ankara). Kekalahan kuasa osmani tidak diambil kesempatan oleh pihak Eropah kerana sibuk bercakaran sesama sendiri. Anak –anak Bayazid mula berkuasa semula tapi bersaing antara satu sama lain. (Suleyman, Mehmet, Musa dan Isa). Mehmet digantikan oleh anaknya Murat 11. Mucul perebutan kuasa dalam kerajaan Uthmaniyyah antara golongan bangsawan Turki dengan golongan devisme dan Yeniceri. Murat 11 digantikan oleh anaknya, Mehmet 11 (Muhammad Al-Faith)

Pada 22Mei 1453M, kota Constantinople ditakluki oleh tentera Mehmet 11, dinamakan Istanbul. Pengaruh dan kuasa golongan bangsawan Turki sudah berakhir manakala pengaruh dan kuasa golongan devsirme mula meningkat. Mehmet 11 membangunkan semula Istanbul dengan menjemput penduduk dari semua kalangan bangsa datang ke Istanbul dengan menjemput penduduk dari semua kalangan bangsa datang ke Istanbul. Mereka diberi gerakan dan kemudahan. Cukai dikurang atau dihapuskan, kebebasan agama, budaya dan bahasa serta keselamatan dijamin 

1. 3 Zaman Kegemilangan Uthmaniyyah

Kerajaan Turki Uthmaniyah mencapai tahap kegemilangan dan keagungannya sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh / Muhammad II Bin Sultan Murad II telah menakluk Kota konstantinopel yang menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Byzantine (Rom Timur) dan di anggap sebagai kota suci bagi penganut agama kristian sewaktu ketika dahulu.  

Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh dan bala tentera di dorong oleh keimanan dan ketaqwaan yang tinggi kepada Allah, semangat juang dan kerjasama, patuh pada ajaran agama, patuh pada pemerintah dan juga keberkesanan strategi dan kebijaksanaan para pemimpin. Kejayaan penaklukan Kota Konstantinopel yang jatuh ke tangan Sultan Muhammad Al-Fateh juga di dorong oleh Sebuah Hadis Baginda Nabi SAW tentang kejatuhan Kota Konstantinopel 

Selepas ketiadaan beliau, tempatnya digantikan oleh anak Sultan Beyazid 11. Semasa pemerintahan, beliau banyak membangunkan banggunan-bangunan awam, jalan raya dan jambatan untuk kegunaan kententeraan, tetapi pada masa yang sama ianya digunakan oleh orang awam dan para peniaga. Sumbangan beliau yang bermakna di dalam bidang keagamaan ialah dengan pembinaan Masjid Istanbul. Masjid ini dinamakan semperna nama nya yang telah dibina pada tahun1497-1503M. Pembangunan, kejayaan, pembaharuan yang agak pesat di capai dari zaman Sultan Uthman 1 sehinggalah zaman Sultan Sulaiman Al-Qununi/Sulaiman 1. Pada tahun 1550M, sewaktu beliau mencapai mercu kejayaan dan keagungan, beliau telah mendirikan sebuah masjid di Istanbul yang begitu hebat dari segi reka bentuk dan ukirannya sehingga boleh membayangi kehebatan sebagai bangunan terindah pada zaman Turki Uthmaniyyah. Selain daripada masjid, beliau membangunkan 47 buah madrasah, 7 buah institusi pengajian Al Quran, 7 buah institusi pengajian Al Quran, 7 buah hospital, 7 buah jejambat, 5 buah gedung perniagaan, 27 buah istana, 8 buah rumah tumpangan, 31 kolam renang, 18 buah rumah mandi mayat telah pun dibina dan di bangunkan olehnya. Ini adalah satu sumbangan yang cukup besar bagi seseorang pemerintah. Kenaikan Sultan Salim 11 dianggap oleh ahli-ahli sejarawan sebagai titik permulaan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah dan pengakhiran zaman keagungan Turki. Sehinggalah sampai ke kejatuhan empayar Islam Turki yang terakhir dengan peristiwa pemecatan Sultan Abdul Al-Majid 11 

1. 4 Zaman kejatuhan kerjaan Uthmaniyyah

Di akhir kurun ke-18M, kerajaan Uthmaniyyah mula menjadi lemah dan sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah timur dan utara Afrika terlepas daripada penguasaan mereka kepadakuasa Eropah atau kepada serpihan kerajaan Islam lain. Kerajaan Uthmaniyyah yang berdiri teguh selama 637 tahun akhirnya runtuh apabila sultan terakhir, Sultan Abdul Hamid telah digulingkan daripada pemerintahannya oleh Kumpulan Belia Turki pimpinan Janeral Mustaffa Kamal Artuk yg sterusnya dilantik menjadi Presiden Turki seumur hidup.  

Antara faktor-faktor yang berkaitan kemerosotan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah ialah pertama masalah dalaman dan luaran. Semasa zaman kemerosotan, Empayar Uthmaniyyah lemah kerana masalah dalaman dan luarannya disebabkan peperangan yang amat mahal terutamanya menentang Parsi, Persekutuan Poland-Lithuania, Rusia, Austria –Hungary. Perang Rusia-Turkey ialah peperangan antara Rusia dan Empauar Uthmaniyyahsemasa kurun ke-17, ke-18, dan ke-19 Masihi (kesemuanya 10 peperangan). Ia merupakan di antara konflik yang paling lama dalam sejarah Eropah yang berlarutan selama 241 tahun. Sebelum ini, Empayar Uthmaniyyah tewas dalam Perang Lepanto pada tahun 1571M 
Kejatuhan Turki Uthmaniyyah juga disebabkan oleh perjanjian Passarowits. Penrjanjian ini menghasilkan satu era yang aman di antara tahun 1718-1703. Pentadbiran Uthamaniyyah mula berubah dengan memajukan kota-kota sekitar Balkan yang akan menjadi benteng pertahanan mereka sekiranya peperangan meletus dengan kuasa Eropah. Pelbagai perubahan dilakukan seperti mendapat pandangan rakyat, mengurangkan cukai, memperbaiki kemudahan awam, dan berbagai-bagai lagi perubahan. Walau bagaimanapun, Empayar Uthmaniyyah gagal bersaing dalam bidang teknologi dengan musuhnya di Eropah, terutamanya Rusia. Pada penghujung kurun ke 18M menyaksikan Empayar Uthmaniyyah ketinggalan jauh berbanding kuasa barat.  

Peperangan yang berlaku telah mengakibatkan Uthmaniyyah kehilangan banyak wilayah kepada Rusia dan Austria. Kawasan seperti Mesir juga mencapai kemerdekaan. Semasa zaman ini, bermula dengan pemerinthan Sultan Selim 111 terdapat usaha-usaha untuk memodenkan sistem-sistem di Turki. Banyak reformasi yang dilakukan oleh pemerintah dihalang oleh golongan-golongan konservatif di dalam Turki Uthmaniyyah sendiri sama ada oleh golongan keagamaan atau golongan Janissari. Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dibentuk oleh pengstrukturan semula dan transformasi dalam setiap aspek Empayar Uthmaniyyah. Satu perubahan yang signifikan hanyalah apabila Empayar Uthmaniyyah mula menjadi sekutu kuasa-kuasa Eropah. Kebangkitan nasionalisme etnik mengancam kestabilan Uthmaniyyah kerana rakyatnya yang berbilang bangsa. Banyak peristiwa pemberontakan atas nama nasionalisme muncul dan mengugat Empayar Uthmaniyyah. Kebangkitan nasionalisme memaksa empayar Utmaniyyah untuk bertindak. Terdapat sekumpulan individu daripada Uthmaniyyah yang berpendidikan Barat berpendapat bahawa konsep raja berpelembagaan dapat mengurangkan tekanan di dalam Negara. Menerusi sebuah pengggulingan kententeraan, Ittihat ve Cemiyeti memaksa Sultan Abd Aziz unutuk menyerahkan takhta kepada Murad V. Bagaimanapun, Murad v mempunyai masalah mental. Sultan Abd Aziz terpaksa dipanggil semula dengan syarat baginda akan mengubah sistem politiknya. Baginda mengubah nama perlembagaan baru ini kepada Kanun-I Esasi. Perlembagaan ini bertahan sehinggakah bermulannya Perang rimea 

aripada sudut sosial, kebangkitan semangat nasionalisme dan perubahan untuk demokrasi menjadikan rakyat semakin tidak tenteram. Hal ini akhirnya menyebabkan beberapa siri perebutan kuasa yang mengakibatkan konsep raja berpelembagaan ditubuhkan yang mana sultan mempunai sedikit kuasa manakala Parti Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan, lebih dikenali sebagai Turki Muda, memerintah keseluruhan Empayar Uthmaniyyah. Mustaffa Kamal Pasha, yang memperolehi reputasi yang baik semasa kempen di Gallipoli dan Palestin dengan rasmi dihantar dari Istanbul untuk memerintah dan membubarkan tenaga Uthmaniyyah di Caucasus. Pada awalnya pihak Uthmaniyyah hanya mengikuti arahan sahaja. Walau bagaimanapun dalam masa beberapa tahun kemudian, berlaku perang kemerdekaan Turki (1918-1923) menentu]ang kuasa asing. Perjuangan mereka ini mengakibatkan penggulingan kuasa Sultan Mehmet v1 oleh Perhimpunana Baru Turki. Republik Turki Uthamaniyyah diasaskan pada 29 Oktober 1923. Kejayaan Turki yang selalu dibanggakan kaum muslimin tidak bertahan lama. Semakin lama bangsa Turki mulai mengalami masa keruntuhannya sedikit demi sedikit. Penyakit lama yang pernah berjangkit di setiap umat telah menjangkitidi antara mereka. Penyakit saling bermusuhan, kebiadaban moral, korupsi, membiarkan rakyat tetap malas dan pasif dan lain-lain. Semuanya ini berjangkit secara meluas dalam kalangan rakyat Turki Uthmaniyyah 

Sejak tahun 1920, Mustafa Kamal Pasha menjadikan Ankara sebagai pusat aktiviti politiknya. Setelah menguasai Istanbul, Inggeris cuba mencari pengaruh politik. Ketidakstabilan dalam negara berlalu. Suasana ini dimanfaatkan oleh Mustafa Kamal Pasha untuk membentuk Dewan Perwakilan Nasional dan ia menobatkan diri sebagai ketuanya - sehingga ada 2 pemerintahan; pemerintahan khilafah di Istanbul dan pemerintahan Dewan Perwakilan Nasional di Ankara. Walau kedudukannya tambah kuat, Mustafa Kemal Pasha tetap tak berani membubarkan khilafah. Dewan Perwakilan Nasional hanya mengusulkan konsep yang memisahkan khilafah dengan pemerintahan. Namun, setelah perdebatan panjang di Dewan Perwakilan Nasional, konsep ini ditolak. Pengusulnyapun mencari alasan membubarkan Dewan Perwakilan Nasional dengan melibatkannya dalam berbagai kejadian pertumpahan darah. Setelah memuncaknya krisis, Dewan Perwakilan Nasional ini diusulkan agar mengangkat Mustafa Kamal Pasha sebagai ketua parlimen, yang diharapkan mampu menyelesaikan krisis yang berlaku. Setelah dipilih secara rasmi sebagai ketua parlimen, ia telah mengubah sistem khalifah dengan republik yang dipimpin oleh seorang presiden. Pada 29 November 1923, ia dipilih oleh parlimen sebagai presiden pertama Turki. Walaubagaimanapun, rakyat masih mendokong Sultan Abdul Majid II, serta berusaha mengembalikan kekuasaannya. Mustafa Kamal Pasha mengadakan sidang Dewan Perwakilan Nasional, dengan keputusan sudah ada di tangan. Maka pada 3 Mac 1924 M, ia memecat sultan Abdul Hamid II sebagai khalifah, membubarkan sistem khalifah, dan menghapuskan sistem Islam dari negara.  

Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khalifah:
 "Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khalifa dan Islam"
 Terhadap peristiwa pemecatan ini, Sultan Abdul Hamid II menuding kelompok Yahudi sebagai pihak yang bertanggungjawab. Hal ini terungkap dalam surat Sultan Abdul Hamid II kepada salah seorang gurunya Syekh Mahmud Abu Syamad yang berbunyi:
"... Saya meninggalkan kekhalifahan bukan karena suatu sebab tertentu, melainkan kerana tipu daya dengan berbagai ancaman dari tokoh-tokoh Organisasi Persatuan yang dikenal dengan sebutan Cun Turk (Jeune Turk), sehingga terpaksa saya meninggalkan kekhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini telah mendesak saya berulang-ulang agar menyetujui dibentuknya sebuah negeri nasional bagi bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan berulang-ulang yang memalukan ini. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebanyak 150 juta pounsterling emas. Saya tetap dengan tegas menolak tawaran itu. Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawaban saya itu, mereka dengan kekuatan rahsia yang dimiliki memaksa saya meninggalkan kekhalifahan, dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka. Saya banyak bersyukur kepada Allah, karena saya menolak untuk menconteng Daulah Uthmaniah, dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negeri Yahudi di tanah Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulang rasa syukur kepada Allah Ta'ala, yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu. Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang mulia, mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, Anda beserta jama'ah yang anda bina mampu memaklumi semua itu” 

Prestasi Mustafa Kamal Attaturk seorang agen Freemason Yahudi dalam menghapuskan Khilafah ini, sangat dibanggakan oleh Freemason Yahudi yang disebutkan dalam Ensiklopedia Freemasonry:
"Revolusi Turki (yang dimulai) pada tahun 1918 yang dipelopori oleh saudara yang mulia Mustafa Kamal sangat menguntungkan rakyat, melenyapkan kekuasaan Sultan, membenteras khalifah, menghilangkan Mahkamah Syari'at, menyingkirkan peranan agama Islam dan menghapuskan kementerian wakaf. Bukankah semua ini merupakan pembaharuan yang dikehendaki oleh Freemasonry dalam setiap bangsa yang sedang bangkit? Siapa di antara tokoh Freemasonry yang dapat menandingi Attaturk, baik dulu maupun sekarang?" 

1. 5 Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyyah kepada dunia Islam

Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan salah satu kerajaan Islam yang telah berjaya membentuk sebuah empayar yang luas dan ia merupakan sebuah kerajaan yangmenyatukan umat Islam global. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah banyak menyumbangkepada dunia Islam dalam pelbagai aspek. Ia termasuk aspek perundangan, ekonomi, sosial, pendidikan, dan seni bina. Dalam aspek perundangan, Suleiman I telah memperkenalkan Kanun Suleimanuntuk mempertahankan dan membela nyawa, harta, serta kehormatan individu pelbagai bangsa dan agama.  

Selain itu, jawatan Kadi dan Mufti dijadikan sebahagian daripadaorganisasi dan pentadbiran perundangan Islam. Jawatan Sheikh-ul-Islam ( ketua ulama’ )telah diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa dan fatwa-fatwa tersebut telah menjadiaspek penting dalam perundangan Islam masa kini. Dari segi aspek ekonomi, kerajaan Turki Uthmaniyyah berjaya membentuk JalinanPerdagangan Dunia Islam yang besar berpusat di Istanbul. Hal ini demikian kerana, kedudukan Istanbul yang strategik menjadikan bandar itu sebuah bandar perdaganganantara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam. Jalinan perdagangan Kerajaan TurkiUthmaniyyah meliputi pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, LautHindi, dan Laut Mediterranean.  

Tambahan juga, dalam aspek sosial, kerajaan Turki Uthmaniyah telahmemperkenalkan pembaharuan di kawasan Balkan di Eropah. Sebelum kedatanganIslam, sistem bangsawan yang berasaskan keturunan dalam susun lapis masyarakat telahdiamalkan. Di Eropah, kerajaan Turki Uthmaniyah telah memperkenalkan sistem yangmenggalakkan kecemerlangan individu dan kesannya, pembahagian masyarakat Eropah bergantung kepada hasil usaha individu. Fenomena ini telah mewujudkan mobiliti sosialyang lebih luas dalam masyarakat Eropah. Di samping itu, dalam bidang pendidikan, Turki Uthmaniyah banyak memberisumbangan kepada Dunia Islam. Antaranya ialah pengenalan sistem madrasah. Sistem pendidikan lain ialah seperti sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktabtentera, maktab teknik, dan kolej perubatan. Kerajaan Turki Uthmaniyah juga banyak menyumbangkan kemajuan dalam bidang seni bina Islam terutamanya dalam seni bina masjid. Antara tokoh seni binaterkenal adalah Mimar Sinan. Beliau sememangnya terkenal dengan hasil beliau yang paling terkenal iaitu Masjid Biru ataupun lebih dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmedyang terletak di Istanbul 

PENUTUP
Dengan ini dapat saya simpulkan bahawa betapa pentingnya pengetahuan tentang tamadun terdahulu dalam membangkitkan serta meluaskan pengaruh ajaran Islam. Dalam tamadun ini kita dapat lihat cara pemerintahan tokoh terdahulu. Segala pencapaian yang telah dicapai zaman dahulu menjadi titik permulaan dalam memajukan sebuah Negara. Kita dapat melihat sendri kegemilangan yang telah tercapai oleh Tamadun Uthmaniyyah. Kegemilangan yang diperolehi boleh dijadikan untuk Malaysia untuk membangunkan Negara seiring dengan negara maju yang lain. Manakala zaman kejatuhan boleh dijadilan iktibar supaya pisang tidak berbuah dua kali. 

RUJUKAN
Tamadun Islam Prinsip dan sumbangan terhadap peradaban dunia, Jitra Kedah 2009 Mohamad Khadati Hj Rotie Pepustakaan Dato Jaafar Hassan, Pure Honey Enterprise. 

Pengantar Tamadun dan Sejarah Pemikiran Islam, Ramawan bin Ab Rahman 2011, 2012, Penerbitan Alambaca Sdn Bhd

Tamadun Islam, Mahayudin Hj Yahya, Shah Alam, 1999, Pepustakaan Dato Jaafar Hassan, Fajar Bakti

Tamadun Islam dan Asia, Nadiah Bt Abdul Rahmanm, 2006 Kuala Lumpur: McGraw-Hill

Tamadun Islam, Mustafa Haji Daud, Kuala Lumpur 1991 Utusan Publication 

Tmadun Islam, Abdul Rahman Nwas, 1995

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com