Syariat Kelahiran

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz B Harjin
Pensyarah Pendidikan Islam

Disediakan Oleh:
Muhammad Harith Syahmi Bin Muhamad Haderi
2014435302

ABSTRAK
Bismillahir-rahmanir-rahim
``Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW. Baginda menamakanya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma. ’’
Hadis Riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r. a. Tangisan bayi bergema memecah kehiningan suasana kehadiran ahli keluarga baru itu memang dinanti-nantikan khususnya oleh si ibu juga si bapa. Kelahiran bayi sebagai penghubung jambatan kasih suami isteri adalah suatu rahmat Allah SWT yang tidak ternilai harganya.
Kesempurnaan Islam tergambar dengan jelas dari peringkat awal kelahiran insan. Kegembiraan menimang cahaya mata yang sekian lama ditunggu seharusnya disempurnakan menurut lunas-lunas yang Islam tentukan.
 Kelahiran bayi merupakan salah satu khabar gembira bagi setiap insan. Justeru, orang-orang Islam yang mendengar khabar gembira ini perlu bersegera meraikan kegembiraan tersebut.
Jika kita menyoroti peribadi agung nabi Nabi Muhammad SAW, kita akan mendapati bahawa ketika baginda dilahirkan, Thuwaibah telah memberi khabar gembira kepada Abu Lahab yang ketika itu menjadi majikannya dengan mengatakan.
 ``Telah lahir seorang anak lelaki daripada keturunan Abdullah’’
Maka Abu Lahab ketika itu dengan serta merta memerdekakanya kerana terlalu gembira. Ucapan tahniah terhadap pasangan yang baru menimang cahaya mata merupakan salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut. Tujuan menyampaikan khabar gembira ini adalah untuk menanamkan perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat Islam.

PENGHARGAAN
Assalamualaikum w. b. t bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan lancar. Ribuan terima kasih juga kepada pensyarah CTU151 saya kerana memberi peluang dan kesempatan kepada saya untuk membuat analisis tentang topic yang telah saya pilih iaitu `Syariat Kelahiran`
Tidak lupa juga kepada bapa sya Muhamad Hadei Bin Samsudin serta kepada ibu saya Siti Aisyah Binti Awang Kechik yang tidak henti-henti memberi sokongan dan dorongan agar saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengn baik. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sedikit sebanyak telah membantu saya dan memberikan pendapat dan maklumat yang berguna didalam tugasan ini.
Dengan menjalankan ini dapat memberikan saya lebih pengetahuan yang lebih mendalam tentang topik yang yang dikaji oleh saya. Akhirkata, saya berharap tugasan ini dapat mengajar dan memberi saya nilai-nilai yang baik kepada saya dan juga rakan-rakan saya.

PENDAHULUAN
`Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi Muhammad SAW. Baginda menakannya Ibrahim, lalu mentahnikkanya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma. (Hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r. a). Memberi khabar gembira dan tahniah atas kelahiran bayi. Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan. Justeru orang-orang Islam yang mendengar khabar gembira ini perlulah segera meraikan kegembiraan tersebut. Seterusnya, azan dan iqamat di laungkan ditelinga kanan dan iqamat ditelinga kiri bayi. Tahnik, isi buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan dimasukkan ke dalam mulutnya menggunakan jari telunjuk dan diratakan ke kiri dank e kanan mulut. Memberikan nama yang baik. Tuntutan umat Islam memilih nama-nama yang elok dan mempunyai makna yang baik amat dianjurkan oleh Islam. Sebenarnya, pemilihan nama-nama yang baik ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seorang muslim. Akikah dan bercukur rambut. Menamakan anak yang baru lahir sering dilakukan dengan amalan akikah dan jugak muncukur rambut bayi, menyembelih kambing atau ternakan lain seperti. Berkhitan ``khitan`` atau berkhatan (dalam istilah melayu bermakna memotongulit (kulup) yang menutupi kepala zakar (bagi lelaki) dan memotong sedikit hujung kelentit (clintoris) bagi perempuan.
MEMBERI KHABAR GEMBIRA DAN TAHNIAH ATAS KELAHIRAN BAYI
Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan. Justeru itu, orang-orang Islam yang mendengar khabar gembira ini perlu bersegera meraikan kegembiraan tersebut. (Dato ‘Ismail Kamus. 2009 : 2)
Jika kita menyoroti sirah peribadi agung Nabi Muhammad SAW, kita akan mendapati bahawa ketika Baginda dilahirkan, Thuwaibah telah memberi khabar gembira kepada Abu Lahab pada ketika itu dengan serta-merta memerdekakannya kerana terlalu gembira. (Dato `ismail kamus, 2009 : 2)
``Maka kami berikan khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat lemah lembut’’
 (surah As-Shaffat 37:101)

Ucapan tahniah terhadap pasangan yang menerima cahaya mata merupakan salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut. Tujuan meyampaikan khabar gembira ini adalah untuk menanamkan perasaan kasih sayang dan membina kesatuan umat Islam. (Muhammad Khairul Nizam. 1975:3)

AZAN DAN IQAMAT
Islam mensyariatkan agar azan dilaungkan di telinga kirinya, sesuai dengan hadis Rasulullah SWA yang diriwayat oleh ibn Abbas r. a, :

Maksudnya:`` Aku bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan, sungguh sempurna kekuasaan-Nya dan kamu telah mendapat anugerah kebaikan-Nya’’. (Mohd Khairul Nizam, 2011:5)
``Bahawasanya Nabi Muhammad SAW melaungkan azan pada telinga al-Hassan bin Ali (sebelah kanan) ketika dilahirkan dan menyuarakan iqamat pada telinga kirinya’’.
Begitu juga dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Rafi berkata `` Saya melihat Rasulullah membacakan azan pada telinga kanan Hasan bin Ali yang baru dilahirkan oleh Fatimah. (ibid, 2011:5)
Menurut ibn Qayyim al-Jauziyah antara rahsia ``azan’’ dan ``iqamal’’ adalah seperti berikut. Pertama rahsia azan dan iqamat, kalimah –kalimah memuji kebesaran ilahi yang disifatkan sebagai ucapan pertama yang meresap kedalam hati sanubari insan yang baru lahir. Yang kedua pula, satu penyataan syariat Islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat. (Muhd Fuad, 1996 :6)


TAHNIK
Ada anjuran Islam untuk melaksanakan tahnik iaitu membuka atau memecahkan mulut bayi yang baru lahir dengan dengan sesuatu yang manis seperti buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan diatas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya. Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi. (Indahnya hidup bersyariat, 2009:3)
Ini bersesuain dengan hadis Abu burdah daripada Abu Musa, :

Maksudnya : Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW baginda mentahnikkannya(memecahkan mulut-nya) dengan sebiji kurma’’. (ibid, 2009:3)
Diriwayatkan daripada Asma’ bahawa beliau mengandungkan Abdullah bin Zubier di Makkah selepas itu beliau datang ke Madinah dan tinggal di Quba ‘ Semasa Abdullah dilahirkan beliau dibawa kepada Rasulullah SAW lalu diletakkan di atas ribaan Baginda. Baginda selepas itu berdoa dan mengunyah sebiji kurma lalu dimasukkan kedalam mulut Abdullah. (ibid, 2009:3)
Antara hikmah amalan tahnik ialah untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan bagi menghisap susu dengan sempurnanya. Seandainya kurma sukar didapati bolehlah diganti denagn manisan lain seperti gula dan madu lebah. (menyambut bayi, 1996:7)

MEMBERIKAN NAMA YANG BAIK
Tuntutan memilih nama-nama yang elok dan mempunyai makna yang baik amat dianjurkan dianjurkan oleh Islam. Sebenarnya, pemilihan nama-nama yang baik ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seorang muslim. Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r. a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

Maksudnya : Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia akan dipanggil menghadap Allah SWT dengan nama masing-masing dan nama dan nama bapa masing-masing (seperti nama di dunia). Oleh itu, pilihla nama yang baik-baik untuk kamu sekalian. (Dato’Ismail Kamus, 2009:4)
Ini beerti Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak-anak masing dengan nama-nama yang tercela yang membawa makna yang tidak baik. Lebih-lebih lagi hal ini amat penting dalam usaha untuk menjaga kehormatan anak tersebut daripada cemuhan masyarakat. (Muhammad Khairul Anuar, 1975:5)
Sunat memberikan nama yang baik dan mencukurrambut pada hari kejutuh kelahiran bayi. (Aqid Azraai, 2010:7)

AKIKAH DAN BERCUKUR
Menamakan anak yang baru lahir sering dilakukan dengan amalan akikah dan juga mencukur rambur bayi. Akikah dan juga mencukur rambut bayi. Akikah dari segi Bahasa ialah ‘memutus’. Dari segi syarak pula menyembelih binatang ternakan. Khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewat lewatnya sebelum anak itu baligh. Seekor lembu atau kerbau boleh diakikahkan untuk 7 bahagian atau 7 orang bagi anak lelaki dianjurkan 2 bahagian tetapi memadai satu bahagian jika tidak berkemampuan. (ibid, 2009:7)
Rasulullah SAW menganjurkan supaya anak lelaki diakikahkan dengan dua ekor kambing atau seekor juga memadai (kibas, biri-biri dan sebagainya) yang sempurna sifat dan syarat-syaratnyadan syarat syaratnya sedangkan anak perempuan memadai diakukahkan denga seekor kambing sahaja. (ibid, 2009:7)
Yang pertama umur binatang sembelihan ; unta berumur 5 tahun lebih. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun lebih. Kambing 2 tahun atau telah bersalin gigi. Kedua binatang sembelihan sihat dan tidak cacat. Ketiga, daging akikah dipotong mengikut sendinya dengan tidak memecahkan tulangnya. Keempat disembelih diatas di atas nama anak yang dilahirkan. Kelima tidak boleh berkongsi misalnya beberapa ornag berkongsi seekor kambing untuk mngakikahkan anak-anak mereka. Keenam sebaiknya berakikah dengan kambing, tetapi dibolehkan juga berakikah dengan unta, lembu, dan kerbau (ibid, 2009:8)

AMALAN MENCUKUR RAMBUT
Anjuran mencukur rambut bayi semasa majlis akikah ini mengandungi hikmah khususnya dari segi kesihatan menurut ibn al-Qayyim. Amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak tadi, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu (ibid, 2009:9)
Hikmah berakikah melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu jiwa muslim baru yang sujud menyembah Allah SWT didunia. Kedua mendekatkan diri anak itu kepada Allah atas akikah yang dilakukan. Ketiga mengukuhan tali persaudaraan sesame muslim apabila majlis tersebut dihadiri oleh kaum keluarga, saudara- mara dan jiran tetangga. Keempat, sebagai tebusan anak tersebut dapat memberikan syafaat kepada ibu bapanya. Kelima, menunjukkan tanda syukur kepada Allah SWT atas kurniaanya. Keenam menjauhkan anak tersebut daripada segala bahaya dan bencana (Muhammad Khairul Anuar, 1975:8)
“Sembelihan binatang itu atas nama anak yang dilahirkan dan ucapkanlah: `Dengan nama Allah, Ya Allah, bagi-Mu dan kepada-Mu kupersembahkan akikah si Fulan atau sifulanah ini. ” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

BERKHITAN
``Khitan atau berkhatan (dalam istilah melayu) bermakna memotong kulit (kulup) yang menutupi kepala zakar bagi lelaki dan memotong sedikit hujung kelentit (clitoris) (bagi perempauan)
Terdapat hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah, daripada Nabi SAW sabdanya:

Maksudnya: ``Fitrah itu lima perkara, ataupun lima bentuk fitrah ialah :berkhatan mencukur bulu kemaluan (lelaki ataupon wanita) mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan mengambil misai’’.

KHITAN WANITA

Disebutkan oleh imam Ahmad daripada ummu `Athiyyah bahawa Rasulullah SAW pernah menyuruh seorang wanita yang menghitan seseorang supaya tidak memotong keterlaluan sabdanya:Maksudnya : ``jika kamu mengkhitan maka janganlah kamu berlebih-lebihhan kerana yang demikian akan lebih baik bagi wanita dan lebih disukai oleh suami’’.
Berdasarkan hadis ini dapa kita melihat bahawa khitan bagi wanita adalah dengan memotong sedikit mungkin bahagian kulit yang terdapat pada klitoris.
Hikmah berkhitan, boleh membawa kepada kesempurnaan beragama. Kedua membezakan Antara orang Islam dan bukan orang Islam. Ketiga, menjaga kesihatan dan mengawal syahwat. Keempat, pemiliharaan diri daripada sebarang penyakit.

PENUTUP
Kesimpulanya, daripada tajuk yang sya kali ini terdapat banyak perkara dapat kita lakukan untuk mendapat keredaan jika sentiasa mengamalkan perkara-perkara yang disukai oleh Allah SWT. Wahai saudara-saudari, sambutlah anak-anakmu mengikut syariat yang ditetapkan sunnah yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW agar anak-anak anda menjadi insan yang berguna dan diredhai Allah


RUJUKAN

Mohd Khairul Nizam(2011). Motivasi Gaya Rasulullah. Sungai Jawi, Pulau Pinang. Penerbitan Murni

Muhd Fuad(1996). Menyambut Bayi. Dungun, Kuala Terengganu. Percetakan Aina Sdn Bhd.

Muhammad Khairul Anuar(1975). Kelahiran Bayi. Kuala Lumpur. Penerbitan Nazri.

Aqid Azraai(2010). Amalan Sunat. Silk, Kedah. Bestread Sdn Bhd.

Dato Hj Ismail Kamus. (2009)Indahnya Hidup Bersyariat. Penerbitan Telaga Biru Sdn bhd.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
URL: abdazizharjin. blogspot. com
Email: abdazizharjin@perlis. uitm. edu. my
HP: 013-4006206
PJ: 04-9882701
R: 04-9882597

Last update 27/01/2015