Sistem Islam

Topik : 
Sistem-Sistem Islam. 

Disediakan Untuk :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin. 

Disediakan Oleh :
Siti Nur Solehah Binti Shaikh Azahari. 
2014277372. 

PENDAHULUAN
Bismillahirrahmanirahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda dan Para sahabat radiyallahu’anhum yang telah dipayungi lembayung keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. Semoga pemeliharaan Allah diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh kepada Islam. 

Islam adalah agama yang syumul, lengkap, dan meliputi segala aspek kehidupan manusia duniawi dan ukhrawi. Islam akan tetap utuh, tak lekang dek zaman dan sinarannya takkan pernah lenyap daripada menjadi pedoman dan panduan buat manusia sepanjang zaman. 

Kata “Islam” yang menjadi nama ad-Din anutan kita ini barasal daripada perkataan “saalima” iaitu selamat. Peringkat pertama daripada langkah-langkah menghayati Islam sebagai cara hidup adalah melalui perletakkan asas yang kukuh dalam diri setiap individu muslim. Kita dibentuk daripada kepercayaan atau pandangan hidup berdasarkan rukun iman. Membina Islam dengan mengenalkan prinsip-prinsip rukun Islam. Disamping itu, mengawal serta memperteguhkannya dengan akhlak yang mulia. Peringkat pertama ini merupakan penyediaan individu atau orang perseorang yang akan bertindak balas dan berpadu diantara satu sama lain bagi membentuk masyarakat dan seterusnya Negara Islam. 

Sehubungan itu, perbincangan topik ini adalah berdasarkan beberapa asas pemikiran yang menjadi teras didalam ketamadunan Islam. Antara teras pemikirannya ialah pemikiran sistem-sistem politik Islam, sistem ekonomi Islam dan sistem sosial Islam menurut perspektif asal Islam. 

Antara objektifnya ialah menerangkan perkembangan mengenai sistem-sistem Islam dalam pelbagai aspek. Akhir sekali, saya berharap agar tugasan saya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan memberi iktibar dan pengetahuan serta pangajaran kepada para pembaca. Terima kasih. 
Wallahu’alam. 

SISTEM SOSIAL DALAM ISLAM

1. DEFINISI SISTEM SOSIAL ISLAM
 Islam tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat kerana sistem kemasyarakatan Islam adalah agak unik dan haruslah berpaksikan kepada ad-din ( agama/cara hidup). Ad-din adalah satu sistem hidup yang lengkap dan menyeluruh. Misalnya, elemen kemasyarakatan. 


Perkataan sosial bererti setiap aktiviti atau kegiatan manusia dalam masyarakat. Selain itu, istilah ini juga membawa maksud sebarang kelakuan atau sikap yang dipengaruhi oleh pengalaman-pengalaman dan tingkahlaku manusia terdahulu dan semasa. Tidak kiralah secara langsung atau tidak langsung.

Manusia terdahulu sehingga hari ini telah mewujudkan kehidupan bermasyarakat menurut berbagai-bagai teori. Antaranya mengikut teori Islam sebagai ad-din; yang bersifat rabbani iaitu meletakkan asas-asas utama kehidupan sosial/kemasyarakatan yang bersih daripada keterlaluan dan ketidak seimbangan. 

Misalnya, dapat dilihat contoh daripada pembentukan keluarga yang bermula dengan perkahwinan (nikah). Menurut bahasa nikah ialah berkumpul dan bercampur. 

Manakala, menurut istilah pula ialah ijab kabul (akad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan, yang diucapkan dengan kata-kata yang menunjukkan nikah menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. 
 (Asas-asas Islam ad-Din, akidah dan syariat)

Masyarakat atau society menurut Islam adalah satu penggabungan manusia yang diwujudkan melalui ikatan undang-undang harmoni bagi mencapai tujuan kehidupan masyarakat yang aman dan damai. Ia merupakan satu peraturan hidup yang berdasarkan pada Tauhidullah dan kepatuhan terhadap Ilahiyyah-Nya. 

Sistem sosial Islam merangkumi keseluruhan hubungan kemasyarakatan yang saling berkait antara satu sama lain. Oleh itu, kekuatan sistem ini adalah terletak pada undang-undang yang mengendalikan sistem tersebut; iaitu undang-undang Allah SWT. 

 Dalam peraturan sosial Islam, undang-undang Allah mendahlui masyarakat dan menguasainya. Peraturan-peraturan Allah tersebut digubal untuk memenuhi kepentingan. Selain itu, undang-undang sistem bukan Islam berubah menurut perubahan masyarakat. Manakala, undang-undang rabbani tetap dan tidak membenarkan perjalanan masyarakat menyimpang daripada apa yang telah ditetepkan oleh Allah.

Allah SWT telah mencipta alam ini dengan pelbagai jenis kehidupan untuk saling berkenalan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Begitu juga dengana manusia yang dicipta dengan pelbagai keturunan, etnik, bangsa, warna kulit, dan sebagainya untuk saling memenuhi keperluan masing-masing. 

Sebagai mana firman Allah SWT, yang bermaksud: “wahai manusia, sesungguhnya kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu disisi Allah SWT ialah orang-orang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya(akan keadaan dan amalan mu)”  

2. ASAS-ASAS SISTEM SOSIAL ISLAM. 

Al-Qur’an dan al-Sunnah telah menggariskan beberapa asas utama kehidupan sosial bagi manusia. Antaranya;

I. Bekerjasama untuk kebaikkan. 
II. Hubungan sesama manusia adalah satu ibadah. 
III. Tujuan membina masyarakat ialah menegakkan akidah tauhid. 
IV. Tidak merosakkan dan tidak membantu dalam merosakkan masyarakat. 

Asas-asas kepada sistem sosial Islam ialah supaya saling bekerjasama untuk melakukan kebaikkan dan kebajikan. Disamping itu, tidak pula bekerjasama untuk melakukan kezaliman dan dosa-dosa. 

 Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud ; “ Dan tolong-menolonglah kamu daalm (mengerjakan) kebajikan dan taqwa dan janganlah tolong-menolong dalam membuat dosa dan pelanggaran” (al-Ma’idah : 2)

“ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’aruf, mencegah daripada yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya… ” (at-Taubah : 71) 

 Selain itu, segala bentuk perhubungan diantara manusia dalam Islam adalah bertujuan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah dengan cara mencari keredhaan-Nya. 

 Firman Allah SWT yang bermaksud ;“ Mereka ditimpa kehinaan dimana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang pada tali (ad-Din) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia” (ali-Imran : 112)

“ Hai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya ; dan janganlah sesekali kamu mati melainkan dalam keadaan sebagai muslim. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (ad-Din) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai. ” (ali-Imran : 102 – 103) 

 Berdasarkan ayat-ayat di atas, menjaga perjanjian dengan manusia dan bersatu padu didalam masyarakat adalah diantara perintah Allah. Tambahan pula, mentaati perintah Allah adalah satu ibadah kepada-Nya.  

 Seterusnya, dasar kehidupan bermasyarakat adalah untuk menegakkan kepemimpinan Islam yang menyeru dan menegakkan asas-asas aqidah tauhid kepada seluruh masyarakat. Firman Allah SWT yang bermaksud ; “ (Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, dimuka bumi, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan kepada Allah kembali segala urusan. ” 


Akhir sekali, asas sistem Islam ialah tidak merosakkan dan tidak membantu dalam merosakkan masyarakat. Dasar kehidupan bermasyarakat ialah untuk menghindarkan sebarang kerosakkan terhadap sesiapa didalam masyarakat sama ada dari segi Iq’tiqad, akal, keturunan, dan harta benda. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud ;“ Janganlah kamu berbuat kejahatan dipermukaan bumi sesudah ia menjadi baik. ”  (al-A’raf : 56) 





3. CIRI-CIRI SISTEM SOSIAL ISLAM

 Sistem Islam yang bersifat rabbani dan berteraskan perancangan Allah untuk hamba-hambaNya mempunyai ciri-ciri khusus untuk membezakannya dengan sistem sosial yang diasaskan oleh pemikiran manusia. 

 Antaranya, perhubungan sesama manusia dan alam berdasarkan ketaqwaan Allah SWT. Yang membawa maksud, segala perlakuan dan tingkah laku manusia adalah berpaksikan kehendak dan keredhaan Allah SWT. Oleh sedemikian, setiap perbuatan manusia mestilah berdasarkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan mengikuti segala perintah dan menjauhi laranganNya. 

Seterusnya, pergaulan dalam kelompok manusia mestilah berpandukan lunas-lunas syarak iaitu al-Qur’an dan al Hadith. Setiap pergaulan antara manusia hendaklah berpandukan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW. Hal ini demikian kerana, segala sesuatu adalah diciptakan oleh Allah SWT. Maka, wajarlah mengikuti segala perintahNya agar mendapat kebahagiaan dalam hidup.  

Perhubungan sesama manusia tanpa mengira keturunan, bangsa, agama dan pangkat dengan syarat mengikut hukum syarak. Perbezaan tersebut adalah perkara tabi’i dalam proses pembentukan tamadun manusia. Setiap pergaulan antara muslim dengan bukan muslim mestilah ada batasan yang bertujuan untuk menjaga kehormatan, dan kamuliaan akhlak manusia itu sendiri. 

Islam tidak bertujuan untuk melenyapkan perbezaan-perbezaan atau mengenepikannya kerana ada kebaikkan dalam perbezaan tersebut. Iaitu memudahkan manusia mengenali satu sama lain. Firman Allah SWT yang bermaksud ; 
“ Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal-mengenali. ” (al-Hujurat : 13) 

Di samping itu, Islam juga menolak sikap membeza-bezakan darjat. Ketinggian kumpulan manusia berdasarkan bangsa, warna kulit, bahasa dan kewarganegaraan. Islam menjelaskan bahawa sifat tersebut adalah sebagai menifestasi jahiliyyah yang menyesatkan.  
Menurut sistem sosial Islam, semua manusia adalah sama dan yang membezakan mereka adalah dari segi akidah dan keimanan sahaja. Sebagaimana firman Allah swt :

“ Sesungguhnya, orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang   yang paling bertakwa di antara kamu” (Al-Hujurat : 13)  (Sistem-sistem Islam dan Target Bestari)

 Seterusnya, mengamalkan akhlak yang mulai dan nilai yang tinggi dalam perhubungan. Misalnya, semasa bergaul sesama manusia, mereka perlu mengamalkan akhlak yang mulai seperti saling bantu-membantu, saling menghormati, sayang menyayangi dan saling menghargai agar seseorang itu dipandang tinggi oleh orang lain. 

Selain itu, mengutamakankepentingan umum sepenuhnya. Setiap anggota masyarakat perlu mengutamakan kepentingan umum daripada kepentingan individu dalam pergaulan. Hal ini demikian kerana, Islam amat mementingkan kesejahteraan secara menyeluruh berbanding faedah minoriti. 

Dalam pergaulan, akidah Islamiyah juga memainkan peranan penting dalam mengatur kehidupan seseorang dan sebagai perisai daripada sebarang gejala sosial yang tidak diingini. Oleh sebab itu, hubungan manusia dengan Allah swt perlu diutamakan terlebih dahulu berbanding hubungan manusia dengan makhluk.   

Akhir sekali, sistem sosial Islam juga menekankan kebebasan manusia, kebebasan bersuara, kebebasan beragama dan kebebasan mendapatkan pendidikan serta mencari dan memilih perkerjaan. Namun demikian, dasar yang ditetapkan oleh sistem sosial Islam ialah tanggungjawab dan tugas menjaga keselamatan sosial lebih didahulukan daripada menuntut hak dan kebebasan. Dasar ini ditetapkan agar penyelewengan terhadap kebebasan yang disalah ertikan oleh mana-mana anggota masyarakat boleh menggugat kepentingan awam serta keselamatan masyrakat dapat dihindarkan. 

Menerusi dasar ini, Islam mengharapkan akan wujudnya satu masyarakat yang mempunyai kesedaran yang penuh untuk mendahulukan kepentingan Negara dan masyarakat berbanding kepentingan individu. Ringkasnya, Islam melindungi kebebasan manusia yang bersifat tanggungjawab kolektif terlebih dahulu berbanding tanggungjawab individu.  

4. MATLAMAT SISTEM SOSIAL ISLAM. 

Matlamat sistem sosial Islam ialah menghubungkan manusia dengan penciptanya iaitu Allah SWT, perhubungan sesama manusia dan alam. Perhubungan manusia dengan Allah SWT merupakan kewajipan mentaati dan mematuhi segala peraturan dan perintah-perintahnya serta tempat pergantungan hidup manusia. 

Perhubungan sesama manusia dan alam juga merupakan suatu keperluan yang saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Allah SWT juga telah mengatur dan menyediakan peraturan lengkap dalam sistem sosial manusia; agar mereka dapat hidup dengan aman dan sejahtera. 

Antara matlamat sistem sosial Islam ialah mendapatkan keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. Selain itu, mentadbir dan memakmurkan dunia menurut Islam, dan merealisasikan keadilan sosial dalam komuniti. Akhir sekali, mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup serta menunaikan hak dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya kepada semua lapisan masyarakat.  

5. KESAN PERLAKSANAAN SISTEM SOSIAL
Terdapat banyak kesan sistem sosial Islam. Antaranya melahirkan insan rabbani iaitu insan yang dapat meyakini dan menghayati keEsaan, kebesaran, kekuasaan, keadilan dan keagungan Allah. 

Selain itu, manusia akan merasai dirinya kerdil. Justeru itu, ia akan berusaha dengan sepenuh tenaga untuk melaksanakan segala syariah-Nya sama ada berbentuk suruhan atau larangan seperti termaktub dalam al-Qur’an dan as-Sunnah. Dengan tindakan sedemikian sahajalah ia akan memperolehi keredhaan Allah didunia dan akhirat. 

Seterusnya, melahirkan individu yang mempunyai sahsiah yang unggul yang mampu melihat dan memahami konsep hidup manusia secara syamil. Kesemuanya beroperasi mengikut syariah yang telah ditetapkan oleh Allah. 

Disamping itu, dapat melahirkan insan yang seimbang iaitu manusia yang dapat mengimbangkan antara tuntutan rohani dan jasmani, akal dan hati, dunia dan akhirat, teori dan praktikal, kebebasan dan tanggungjawab, diantara tuntutan individu dan kumpulan masyarakat. Misalnya, ketika membantah keazaman 3 orang sahabatnya untuk menumpukan sepenuh tenaga untuk beribadat kepada Allah SWT, salah seorang daripada mereka berhasrat untuk berpuasa seumur hidup tanpa berbuka, yang seorang lagi berhasrat untuk beribadah sepanjang malam dan ketiga-tiga bercita-cita untuk hidup bujang seumur hidup. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ; 
“Tidakkah saya orang yang paling takut kepada antara kamu kepada Allah SWT, dan paling taqwa antara kau kepada-Nya, saya berpuasa tetapi saya berbuka, saya bangun pada waktu malam, tetapi saya tidur, dan saya berkahwin; maka sesiapa sahaja yang tidak suka akan sunnahku, maka dia bukan dari pengikutku. ” (Riwayat Bukhari)

Selain itu, dapat menghindari dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan masyarakat seperti jenayah dan sebagainya. Berbanding dengan peraturan yang diciptakan oleh manusia yang hanya berlandaskan akal semata-mata. Yang jelas tidak sempurna, kerana kemampuannya yang terbatas dan sentiasa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran. 

Kesan seterusnya ialah, dapat melahirkan insan yang bersikap positif dalam seluruh tindakannya. Sebagai contoh, berani mempertahankan syariah Islam dalam kehidupan sehari-hari. 

Akhir sekali, dapat melahirkan insan yang yakin bahawa syariah Islam tidak mengabaikan fitrah semulajadi manusia, bahkan dapat menjamin keselamatan hidup dunia dan akhirat. 

SISTEM EKONOMI DALAM ISLAM

1. DEFINISI EKONOMI DALAM ISLAM

 Ekonomi merupakan segala kegiatan yang bersangkutan dengan usaha-usaha yang bertujuan kea rah memenuhi keperluan-keperluan. Misalnya, menusia berusaha mengerahkan daya, tenaga dan juga fikirannya untuk memenuhi keperluan-keperluan hidup. Seumpama makanan, pakaian, dan tempat tinggal. 

Sistem ekonomi Islam merupakan dasar-dasar ekonomi yang meliputi pelbagai bidang. Sebagai contoh, pertanian, perniagaan dan perusahaan ; seperti perbankan Islam, dan takaful Islam.  

Daripada pengertian ini, dapat difahami bahawa ekonomi ialah setiap satu yang memberi khidmat kepada kehidupan manusia. Lantaran itu, kekayaan pertanian, kekayaan hasil penternakkan, kekayaan hasil galian dan kekayaan daripada hasil perusahaan dan perindustriaan adalah aspek-aspek ekonomi yang penting bagi manusia. (Asas-asas Islam ad-Din, akidah dan syariat)

 Dalam pengertian masa kini, ekonomi ialah satu pengkajian berkenaan dengan kelakuan manusia dalam menggunakan sumber-sumber untuk memenuhi keperluan mereka. Semua harta yang dimiliki oleh manusia dapat memberi manfaat kepada pemiliknya. Contohnya, wang boleh digunakan untuk keperluan. Manakala, kenderaan boleh memberi kemudahan kepada pemilik untuk bergerak bagi meneruskan aktiviti harian.  

Dalam pengertian Islam pula, ekonomi merupakan satu sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi manusia, berdasarkan asas-asas dan nilai-nilai Islam. 

Ekonomi Islam merupakan sebahagian daripada asas masyarakat dan negara Islam. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan dan pada dua asas inilah terhubungnya jalinan sistem sosial Islam, dan membezakan antara pengertian sistem Islam dan pengertian sistem-sistem sekular.  

2. ASAS-ASAS EKONOMI ISLAM. 

Terdapat beberapa asas ekonomi Islam iaitu ; 
i. Allah pemilik segala sesuatu. 
ii. Bahagian dunia tidak boleh diabaikan dalam mendapatkan akhirat. 
iii. Bahagian dunia tidak boleh diabaikan dalam mendapatkan akhirat. 
iv. Tetap berlaku adil kepada sesama manusia. 
v. Tidak boleh melakukan sebarang kerosakkan. 

Asas-asas ekonomi Islam ini terbit daripada firman Allah yang bermaksud ; 
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagian daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakkan diatas bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakkan. ”

i. Allah pemilik segala sesuatu :

Allah merupakan pemilik sebenar kepada segala kekayaan. Dialah yang telah memberi kekayaan dan kemuliaan kepada manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud ; 
“ Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan) kamu apa yang dilangit dan apa yang dibumi dan menyempurnakan nikmat-Nya untukmu zahir dan batin. ” (Luqman : 20)

“ Kepunyaan-Nya semua yang ada dilangit, semua yang ada dibumi, semua yang ada diantara keduanya dan semua yang dibawah tanah. ” (Taha : 6)


ii. Kekayaan dunia adalah untuk mencari kehidupan akhirat :

Manusia mestilah menggunakan kekayaan yang diperolehinya didunia untuk mendapatkan kehidupan yang baik dan sejahtera diakhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ;
“Ahli peniaga yang jujur lagi amanah adalah bersama para nabi, para saddiqin, dan para syuhada’. ” (Riwayat Bukhari)

iii. Bahagian di dunia tidak boleh diabaikan dalam mendapat akhirat :

Manusia tidak boleh mengabaikan bahagiannya di dunia ini. Manusia hendaklah bekerja sekuat-kuatnya untuk mendapatkan kebaikan di dunia ini dengan cara-cara yang paling adil dan dibenarkan oleh undang-undang. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Katakanlah : Siapakah yang mengharamkan perhiasan daripada Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapakah pula yang mengharamkan) rezeki yang baik?. ” Katakanlah : “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang yang mengetahui. ” (al-A’raf)

“ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya. ” (al-Ma’idah : 87 – 88)


iv. Tetap berlaku adil kepada sesama manusia :

 Manusia mestilah berlaku baik terhadap sesama manusia. Hendaklah mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat dan membantu orang-orang yang berada dalam kesusahan dan kesempitan. Firman Allah SWT yang bermaksud ;
“Sesungguhya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kami agar kamu dapat mengambil pangajaran. ” (an-Nahl : 90)

“Maka berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haknya, demikian (pula) kepada fakir miskin dan orang-orang yang mencari keredhaan Allah, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. ” (Ar-Rum : 38) 

v. Tidak boleh melakukan sebarang kerosakkan :

 Manusia tidak dibenarkan untuk melakukan kerosakkan dimuka bumi. Ia mesti mrnggelakkan dirinya daripada melakukan perbuatan-perbuatan dosa termasuk didalamnya kegiatan-kegiatan mencari kakayaan yang tidak adil, membazirkan sumber-sumber dan hasil-hasil kekayaan serta malakukan penipuan dalam perniagaan. 

 Firman Allah SWT yang bermaksud ;“Makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. ” (al-An’am : 142)

 “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah disetiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. ” (al-A’raf : 188)

“ Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain diantara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui. ” (al-Baqarah : 188) 

3. PRINSIP-PRINSIP UTAMA EKONOMI ISLAM

 Terdapat beberapa prinsip dalam ekonomi Islam, iaitu ;

i. Hak milik peribadi. 

Islam memperakui pemilikan hak perseorangan dan menempatkan hak ini ditempat yang paling sesuai dengan fitrah manusia. Malah, Islam menetapkan bahawa harta dan milik peribadi adalah diantara 5 perkara yang wajib dilindungi syariatnya. 

 Firman Allah SWT yang bermaksud ; 
“Telah dihiaskan bagi manusia itu mencintai hawa nafsu terhadap wanita, anak-pinak, kekayaan yang melimpah ruah daripada emas dan perak, kuda yang tangkas, binatang-binatang ternakan dan sawah serta lading. Itulah kesenangan kehidupan dunia. ” (ali-Imran : 14)

Menurut pandangan Islam, manusia adalah makhluk yang memiliki dorongan dan manyukai harta benda. Dorongan yang bersifat fitri ini mampu menggerakkan manusia untuk berusaha membangun dan bersungguh-sungguhnuntk Berjaya. 

Namun demikian, perakuan Islam terhadap hak milik peribadi tidaklah bererti ia membiarkan manusia bebas tanpa sebarang ikatan dan peraturan. Untuk meletakkan perakuan terhadap hak milik peribadi diatas jalan yang sentiasa dengan fitrah manusia yang baik dan bukan pula mengikut hawa nafsu yang buruk. Maka, syariat Islam menetapkan peraturan-peraturan yang kukuh dan berkesan. 


ii. Kebebasan mencari sumber pendapatan ;
Islam memberikan kepada setiap orang hak dan kebebasan dalam menentukan corak kehidupan. Ia bebas memilih kerja-kerja yang ia minati asalkan tidak bertentangan dengan syariat Islam. Dengan adanya berbagai-bagai minat didalam menentukan pekerjaan dan sumber pendapatan masing-masing maka, timbullah kepelbagaian didalam hasil negara dan keperluan masyarakat. 

Dalam Islam, pekerjaan mempunyai taraf kemuliaan yang besar yang tidak ada tolok bandingnya dalam agama dan kebudayaan yang lain. Terdapat kebebasan dalam memilih sumber pendapatan dan membina kerjaya. Hal ini jelas terbukti dalam firman Allah SWT yang bermaksud ; 
“Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurniaan Allah SWT. ” (al-Jumu’ah : 10)

“Dialah yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya dan kepada-Nya kamu (kembali setelah) dibangkitkan. ” (al-Mulk : 15)


iii. Keadilan sosial ;

Kegiatan ekonomi adalah sebahagian daripada ruang lingkup Islam yang syumul. Oleh itu, apa sahaja yang hendak ditegakkan oleh Islam maka itu jugalah yang ditegakkan oleh mana-mana bahagian daripadanya. Islam bertujuan untuk menegakkan keadilan. Oleh sedemikian, salah satu asas utama sistem ekonomi Islam ialah menegakkan keadilan. 

 Keadilan sosial adalah bersih daripada slogan kosong dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Hal ini kerana, keadilan dalam Islam mempunyai asasnya yang tersendiri, iaitu, diatasdasar taqwa dan makruf. 


iv. Hak perwarisan ;

Hak perwarisan adalah berdasarkan kepada fitrah manusia, keadilan, dan penghormatan terhadap kehendak dan cita-cita pemilik. Setiap pemilik harta berhajat untuk menjamin kehidupan ahli keluarga, dan akan berusaha keras agar kuantiti harta tersebut tidak kehabisan malah meningkat hari demi hari. Oleh sedemikian, hak perwarisan adalah satu prinsip yang tinggi nilainya dalam sistem ekonomi Islam. 

 Malahan Islam berpendapat bahawa, hak pewarisan merupakan salah satu alat utama bagi mencapai keadilan sosial dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, pewarisan Islam menjadi suatu undang-undang yang unik dan tidak terdapat dalam sistem-sistem agama lain.  

4. CIRI-CIRI UTAMA SISTEM EKONOMI ISLAM

i. Sistem ekonomi Islam adalah sebahagian daripada sistem Islam yang syumul. 
 Salah satu cirri yang menonjol dalam sistem ekonomi Islam ialah kegiatan ekonomi mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem Islam yang syumul sama ada dari segi aqidah mahupun syariatnya. Sistem ekonomi Islam tidak boleh dipisahkan daripada dasar-dasar aqidah dan nilai-nilai syariat Islam. 

Dari segi akidah, sistem ekonomi Islam dilandaskan kepada hakikat bahawa Allah SWT adalah pencipta dan pemilik alam semesta. 

 Firman Allah SWT yang bermaksud ;“Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan) kamu apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi dan menyempurnakan nikmat-Nya untukmu zahir dan batin. ” (Luqman : 20)

“Kepunyaan-Nya semua yang ada dilangit, semua yang ada dibumi, semua yang ada diantara keduanya dan semua yang dibawah tanah. ” (Taha : 6)

 Sementara dari segi syariatnya pula, ia menghubungkan sudut-sudut muamalah sesama manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud ; “Supaya harta-harta itu jangan beredar diantara orang-orang kaya dikalangan kamu. ” (al-Hasyr : 7)

 Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud ; “Semua muslim atas muslim yang lain haram kehormatannya, hartanya dan darahnya. ” (Riwayat Tirmizi) (Sistem-sistem Islam Satu Analisis Dan Perbandingan)

ii. Mewujudkan keseimbangan diantara kepentingan individu dengan kepentingan masyarakat. 
 Sistem ekonomi Islam juga mewujudkan keseimbangan antara kepentingan individu dan kepentingan masyarakat. Dalam sistem ekonomi Islam, kepentingan individu dan kepentingan masyarakat adalah sehaluan dan selari, bukannya bertentangan diantara satu sama lain sebagaimana yang dirumuskan oleh sistem-sistem lain. 

Untuk mewujudkan keseimbangan itu, sistem ekonomi Islam memberi kebebasan bagi anggota masyarakat untuk terlibat dalam berbagai-bagai jenis kegiatan ekonomi yang halal disamping menyelaraskan beberapa bidang kegiatan tersebut menerusi kekuasaan undang-undang dan pemerintahan. 


5. INSTITUSI EKONOMI ISLAM

 Berikut adalah beberapa contoh institusi kewangan Islam. Misalnya, perbankan Islam dan takaful Islam. 

i. Perbankan Islam ;
Bank Islam Malaysia Berhad menjadi peneraju di dalam dunia perbankan Islam. Ia mula beroperasi sebagai Bank Islam Malaysia yang terulung pada 1 Julai 1983, penubuhannya pada asasnya adalah khusus untuk memenuhi keperluan kewangan orang Islam dan masyarakat amnya di negara ini, Malaysia. 

Bank Islam turut membabitkan diri dalam perkembangan sektor kewangan Islam yang berkaitan dengan perbankan, insuran (takaful), pelaburan saham, penyewaan beli, penyelidikan dan latihan serta perkhidmatan perbankan Islam yang berkaitan. Kerjasama sinegistik diantara Bank Islam dan anak syarikatnya telah memajukan sistem kewangan tanah air. 

ii. Takaful ;
 Takaful bermaksud saling bantu-membantu. Konsep ini bertujuan untuk menggalakkan semangat tolong-menolong dan persepaduan dalam kalangan peserta selari dengan konsep ta’awun. Pemahaman daropada maksud takaful ini penting kerana merupakan agenda penting dalam usaha menerapkan sikap dan niat yang ikhlas bagi menjamin mereka yang ditimpa musibah. 

 Terdapat beberapa syarikat yang menjalinkan sistem takaful iaitu ;
Syarikat Takaful Malaysia Sdn Bhd. 
Takaful Ikhlas. 
Maybank Takaful Berhad. 
Commerce Takaful Berhad. 
Prudential BSN Takaful Berhad. 

 Antara cirri utama yang membezakan sistem Takaful dengan insurans konvensional ialah ;
Sistem Islam. 
Sumbangan al-Tabarru’at (menderma secara ikhlas). 
Pelaburan halal. 
Ada majlis pengawasan syariah. 
Tiada unsur riba’. 
Tiada unsur maisir (judi). 
Tiada unsur gharar (tidak jelas). 
Al-mudharabah (perkongsian untung). 



6. TUJUAN EKONOMI MENURUT ISLAM. 

i. Menunaikan sebahagian daripada tuntutan ibadah ;
Mengambil kira asas-asas dan ruang lingkup ciri-cirinya nyatalah tujuan ekonomi Islam adalah bersifat ibadah dan melaksanakannya bererti melaksanakan sebahagian daripada tuntutan ibadah yang menyeluruh. Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud ;
“Sesungguhnya kamu tidak keluarkan satu nafkah pun yang kamu cari dijalan Allah SWT, melainkan kamu diberi pahala kerananya, sekalipun nafkah yang kamu berikan untuk isterimu. ” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Roh disebalik semua kegiatan ekonomi Islam ialah ta’awun atau berkerjasama. Oleh sedemikian, sesiapa yang membantu saudara-mara mahupun masyarakat semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah, maka ianya merupakan satu ibadah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ; 
“Seseorang muslim adalah seseorang muslim yang lain. Tidak boleh ia menganiayainya dan menghinanya. Barangsiapa memenuhi hajat saudaranya, Allah sentiasa menolong hajatnya. Dan barangsiapa membukakan satu kesusahan daripada seseorang muslim. Allah akan membukakan daripadanya satu daripada kesusahan-kesusahan kelak pada hari akhirat. ” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

ii. Menegakkan keadilan sosial dan ekonomi didalam masyarakat ;

 Kegiatan ekonomi yang berteraskan kepada kesaksamaan serta menghapuskan penindasan dan penipuan adalah satu sistem yang benar-benar dapat menegakkan keadilan sosial dan ekonomi dalam masyarakat. Berdasarkan dasar inilah Islam membenarkan jual beli dan mengharamkan riba dan sebarang penipuan. 

Sistem ekonomi yang berteraskan kepada kerjasama dan kesaksamaan akan mewujudkan rasa kasih sayang, sifat bertanggungjawab dan tolong-menolong diantara satu sama lain. Hasilnya, dapat menunjukkan individu dan masyarakat serta Negara yang saling bantu-membantu dalam memenuhi kemashlalatan seluruh umat Islam. 
 (sistem-sistem Islam satu analisis perbandingan)

iii. Menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadaan guna tenaga penuh serta kadar perkembangan ekonomi yang optimum. 

Kegiatan ekonomi mempunyai kesan terhadap kerohaniandan keimanan kaum muslim. Melaluinya tuntutan-tuntutan ibadah yang lain dikembangkan, dan diperlaksanakan kegiatan ekonomi sendiri adalah natijah daripada tuntutan ibadah-ibadah yang lain. 

Dalam pengertian ekonomi sebagai 1 amanah Allah keatas kaum muslimin, maka diantara tujuan ekonomi dalam Islam ialah :
i. menghapuskan / mengatasi kemiskinan 
ii. mewujudkan peluang pkerjaan 
iii. mengekalkan kadar pertumbuhan yang optimum dan sesuai menurut perkembangan kebendaan dan kerohanian masyarakat. 

Manakala, kemiskinan adalah musuh kaum muslimin kerana ia boleh membawa kekufuran. Ekonomi Islam merupakan cara untuk mengatasi kemiskinan dan menggelakkan pengangguran. Hal ini kerana, menggelakkan daripada berlakunya penggabaian fardhu ain seseorang terhadap masyarakat.  (Asas-asas Islam ad-Din, akidah dan syariat)

iv. Mewujudkan kestabilan barangan sejajar dengan nilai matawang. 
Sistem ekonomi mewujudkan kestabilan pasaran melalui sikap setiap anggota masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri serta sentiasa bersedia membantu dan berkorban demi kepentingan anggota-anggota masyarakat yang lain. 

Islam tidak menolak kemungkinan harga sesuatu barang meningkat atau dinaikkan kerana kekurangan sumber-sumber bahan ataupun kerana disebabkan bertambahnya permintaan. Namun, berkurangnya sumber-sumber bahan mestilah disebabkan oleh perkara yang betul, sementara dasar kenaikkan harga disebabkan oleh permintaan hendaklah atas dasar yang makruf dan munasabah. Tidak bersifat mengongkong dan menyempitkan kehidupan masyarakat. 

Perlaksanaan sistem ekonomi Islam yang merupakan kesatuan terhadap asas-asas sosio-ekonomi dan politik ini bertujuan mengimbangkan nilai matawang dengan pulangan barangan dan perkhidmatan yang diperolehi oleh setiap anggota masyarakat, malah diantara negara-negara didunia. 

v. Mengekalkan keamanan dan kepatuhan terhadap undang-undang. 

Rasa tidak puas hati manusia hidup dalam sesebuah masyarakat lantaran pengagihan ekonomi yang tak seimbang dan aktiviti-aktiviti yang diarahkan hanya untuk menguntungkan pihak-pihak tertentu, akan akan membawa berbagai-bagai gejala yang bahaya kepada manusia. 

Asas-asas ekonomi Islam bersandarkan kepada tuntutan-tuntutan iman dan akhlak serta sedikit kuatkuasa undang-undang. Namun, dalam pengertian sistem akhlak, tuntutan akhlak tidak dapat dilaksanakan secara teguh tanpa bernaung dibawah sistem perundangan Islam. 


vi. Mewujudkan keharmonian hubungan antarabangsa dan memastikan kekuatan pertahanan negara. 

Menurut Islam, keharmonian hubungan antarabangsa wujud diatas dasar kerjasama sosial dan ekonomi. Oleh sedemikian, Islam menganggap bahawa pertahanan negara tidak hanya pada keimanan dan bilangan tentera yang ramai, tetapi juga bergantung kepada kekuatan ekonomi, sama ada produktivitinya ataupun pandangan musuh-musuh itu sendiri. 

Atas dasar ini, Allah memerintahkan kaum muslimin supaya bersiap-sedia. Firman Allah SWT yang bermaksud ; “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. ” (al-Anfal : 60) 




SISTEM POLITIK ISLAM

1. DEFINISI POLITIK MENURUT ISLAM. 
 Negara Islam ialah negara yang mengamalkan pemerintahan secara Islam yang berteraskan al-Qur’an dan hadis Rasulullah SAW dalam semua aspek pentadbirannya. Menurut Dr. Abdul Karem Zaidan dalam bukunya Usul ad-Dakwah;
“Negara Islam ialah negara yang mengarahkan segala urusan pemerintahan dan pentadbirannya tunduk kepada hukum Islam yang bersumberkan al-Qur’an dan Hadis serta Ijtihad yang benar. ”


Syariah Islam meletakkan kuasa mutlak dalam sistem politik dan pemerintahan hanya kepada Allah SWT semata-mata. Semua pemerintahan dari kalangan jin dan manusia adalah tertakluk dibawah kekuasaan dan keagungan-Nya. Kedaulatan didalam kerajaan Islam bukanlah berada pada orang yang memerintah. Pemerintah hanyalah seorang individu dari kalangan rakyat tetapi dia lebih berat menanggung beban dan tanggungjawab.  (Asas-asas Islam ad-Din, akidah dan syariat)
 Politik bermaksud ilmu (pengetahuan) berkenaan cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan), ilmu sahsiah atau ilmu kenegaraan. Ia juga bermaksud segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain.  

 Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orang-orang yang bukan Islam. Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syariat bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai sahsiah untuk menerajui dan melaksanakan undang-undang. 

 Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud ;“Dan katakanlah : Ya Tuhanku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolongku. ” (al-Isra’ : 80)
 Para ulama’ juga menyatakan bahawa ;“Allah menghapuskan sesuatu perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan-Nya melalui al-Qur’an. ”  

2. ASAS-ASAS SISTEM POLITIK ISLAM. 

1)Hakimiyyah Ilahiyyah :
Hakimiyyah Ilahiyyah bermaksud kuasa pengadilan dan kedaulatan hokum tertinggi hanyalah hak mutlak Allah SWT. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud ;
“Tuhan menguasai pemerintahan dilangit dan dibumi, dan tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sekutu dalam pemerintahan-Nya, dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuannya takdir yang sempurna. ” (al-Furqan : 2) 

“ Bagi-Nya segala puji didunia dan diakhirat dan bagi-Nya segala penentuan (hukum) dan kepada-Nya kamu dikembalikan. ” (al-Qasas : 70)

“ Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah SWT. ” (al-An’am : 57)

 Hakimiyyah Ilahiyyah juga membawa maksud-maksud berikut ;
i. Bahawasanya Allah adalah pemelihara alam semesta yang pada hakikatnya adalah Tuhan yang menjadi Pemelihara manusia, dan tiada jalan lain bagi manusia kecuali patuh dan tunduk kepada sifat Ilahiyyah-Nya Yang Maha Esa. 


ii. Bahawasanya hak untuk menghakimi dan mengadili tidak dimiliki oleh seiapapun kecuali Allah. Oleh sedemikian, manusia wajib taat dan beribadah serta patuh pada pemerintahan-Nya. 


iii. Allah sahajalah yang berhak mengeluarkan hukum ; kerana dialah Pencipta dan Pemilik yang Agung. 


iv. Hukum Allah adalah benar kerana Dia Maha Mengetahui dan pada tangan-Nyalah penentuan hidayah dan penentuan jalan yang selamat. 


Hakimiyyah Ilahiyyah bereti bahawa teras utama kepada sistem politik Islam ialah mentauhidkan Allah dari segi rububiyyah dan uluhiyyah. 


2) Risalah : 

Jalan kehidupan para Rasul diiktiraf oleh Islam sebagai susunan al-Huda atau jalan-jalan hidayah. Jalan kehidupan mereka berlandaskan kepada segala wahyu yang diturunkan kepada mereka dan umat-umat mereka.  

Risalah bererti kerasulan. Sejak nabi Adam a. s sehinggalah nabi Muhammad SAW, kerasulan adalah satu asas penting dalam politik Islam. Melalui landasan risalah inilah maka para rasul mewakili kekuasaan tertinggi (Allah SWT) dalam bidang perundangan dalam kehidupan manusia. Allah SWT memerintahkan supaya manusia menerima segala perintah dan larangan Rasulullah SAW.  

Firman Allah SWT yang bermaksud ; “ Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulllah SAW kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya maka kamu patuhilah laranganNya, dan bertaqwalah kamu kepada Allah ; sesungguhnya Allah amatlah berat seksaanNya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya). ” (al-Hasyr : 7) 

“ Dan Kami tidak mengutuskan seorang Rasul melainkan untuk ditaati dengan seizin Allah SWT. ” (an-Nisa’ : 64)

“Dan barang siapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, akan Kami biarkan mereka bergelumang dengan kesesatan yang telah mereka datangi, dan Kami masukkan ia ke dalam jahannam dan jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. ” (an-Nisa’ : 115)

“Maka demi Tuhan mu, mereka pada hakikatnya mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. ” (an-Nisa’ : 65) 

3) Khilafah : 

 Khalifah bererti perwakilan. Dengan pengertian ini, ia bermaksud bahawa kedudukan manusia di atas muka bumi ialah sebagai wakil Allah swt. Di atas kekuasaan yang diamanahkan oleh Allah, manusia dikehendaki melaksanakan undang-undang Allah dalam batas-batas yang ditetapkan.  

 Manusia bukanlan penguasa atau pemilik tetapi sebagai khalifah atau wakil Allah yang menjadi Pemilik sekalian alam. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:
 “Ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada malaikat: “ Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi “. ” (al-Baqarah : 30) 

“ Kemudian Kami jadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi sesudah mereka supaya Kami memperhatikan bagaimana kamu berbuat. ” ( Yunus : 14) 

 Seseorang khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama ia benar-benar mengikuti hukum-hukum Allah swt. Oleh itu khalifah mestilah memenuhi syarat-syaratnya iaitu:
i. Ia mestilah terdiri daripada orang-orang yang benar-benar boleh menerima dan mendukung prinsip-prinsip tanggungjawab yang terangkum di dalam pengertian khalifah. 
 (Target Bestari)
ii. Mereka tidak terdiri daripada orang-orang yang fasik, zalim, fajir dan lalai terhadap Allah serta bertindak melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Allah swt. 

iii. Mereka mestilah terdiri daripada orang-orang yang berilmu, berakal sihat, cerdas, arif serta berkemampuan intelek dan fizikal yang tinggi. 

iv. Mereka mestilah amanah, sehingga dapat dipikulkan kepada mereka tanggungjawab yang besar dengan aman dan tanpa keraguan. 
 (Sistem-sistem Islam Satu Analisis Perbandingan


3. PRINSIP-PRINSIP UTAMA SISTEM POLITIK ISLAM. 

Dalam negara Islam, Allah SWT adalah pemilik kuasa dan perundangan yang mutlak. Manakala, manusia adalah khalifah yang diberikan amanah untuk menjaga dan melaksanakan segala perintahNya sahaja. 

 Prinsip-prinsip Islam terdiri daripada beberapa perkara. Di antaranta ialah : 
i. Musyawarah (perbincangan). 
ii. Al-‘adalah (keadilan). 
iii. Al-huriyyah (kebebasan). 
iv. Al-musawah (persamaan). 
v. Hak menghisab pihak pemerintah. 

i. Musyawarah (perbincangan) :

Prinsip pertama dalam sistem politik Islam ialah musyawarah. Asas utama musyawarah ialah berkenaan pemilihan ketua negara dan orang-orang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam pemtadbiran ummah. Misalnya pemilihan perdana menteri dan exko-exkonya. 


Asas musyawarah kedua pula adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara pelaksanaan undang-undang yang telah dimaktubkan dalam al Quran dan as-sunnah. Misalnya, perbincangan di dewan parlimen mengenai hukuk-hukum Allah seperti hudud. 


Asas musyawarah seterusnya ialah berkenaan dengan jalan-jalan bagi menentukan perkara-perkara atau hukum-hukum baru yang timbul dalam kalangan masyarakat. Misalnya, melalui proses ijtihad. 


Dalam pemgertian Islam segala keputusan dan masaalah yang dihadapi mestilah diselesaikan dengan cara perbincangan melalui sistem syura. Hal ini dijelaskan oleh Allah swt melalui firmannya yang bermaksud :
“… dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. ” (ali-Imran 159)

Melalui sistem syura ini setiap keputusan sama ada kecil mahupun besar akan mendapat persetujuan ahli majlis syura atau suara majoriti terlebih dahulu. Kemudian, setelah persetujuan di capai, barulah keputusan di ambil oleh pihak pemerintah Islam. 

Situasi ini jelas akan menimbulkan rasa puas hati semua pihak terhadap suatu perkara atau pun keputusan yang dilakukan oleh pihak kerajaan.  

ii. Al-‘Adalah (keadilan) :

Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan. Ini adalah menyangkut dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dansistem ekonomi Islam. Keadilan di dalam bidang sosio-ekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengenbangkannya. 


Islam telah mensyariatkan keadilan dan kesaksamaan apabila menjatuhkan sesuatu hukuman kepada seseorang manusia. Hal ini dinyatakan oleh Allah swt melalui firmanNya yang bermaksud : 
“ Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau terhadap ibu bapa dan kaum kerabatmu. ” (an-Nisa : 135)


Di dalam pelaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan dia antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan antara ibu bapa dan anak-anaknya. Ianya merangkumi pentadbiran, pemerintahan, kehakiman, hak asasi dan tanggungjawab mempertahankan nyawa, harta dan maruah. 

Oleh sebab kewajipab berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut. 


Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai-nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspek. 

iii. Al-Huriyyah (Kebebasan) :
Prinsip ketiga dalam sistem politik Islam ialah kebebasan. Kebebasan yang dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan kepada makruf dan kebajikan. 


Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar ialah antara tujuan-tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta asas-asas bagi undang-undang perlembagaan negara Islam. 

Konsep kebebasan ini bukanlah secara mutlak tetapi dibatasi dengan peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Contohnya, kebebasan bersuara, memberikan pandangan, mencari harta, mendapat jaminan keselamatan dan menganut suatu kepercayaan. 

iv. Al-Musawah (persamaan) :

 Prinsip keempat dalam sistem politik Islam ialah persamaan atau musawah. Persamaan disini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak-hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat-peringkat yang telah ditetapkan oleh undang-undang perlembagaan dan persamaan berada dibawah taklukkan kekuasaan undang-undang. 

Islam mengiktirafkan semua manusia adalah sama disisi Allah SWT. Tanpa mengira etnik, keturunan, bangsa, dan pangkat. Namun, Allah sangat memuliakan orang yang bertaqwa kepadaNya. 

Seseorang yang menjadi rakyat dalam sesebuah negara Islam akan dijamin hak dan tanggungjawab mereka sama ada muslim ataupun tidak. Konsep persamaan inilah yang menjadikan Islam sebagai sebuah negara yang unik dan ramai rakyat suka bernaung dibawah sistem pemerintahannya. 

v. Hak menghisab pemerintah :

Prinsip kelima dalam sistem Islam ialah hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya. Prinsip ini berdasarkan pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal-hal berkaitan pentadbiran negara dan ummah. 

Hak rakyat untuk disyurakan (dimesyuaratkan) berarti kewajipan terhadap setiap anggota dalam masyarakat untuk mengelakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkinan. Hak ini dalam pengertian yang luas juga bererti hak untuk mengawasi dan menghisab tindak- tanduk dan keputusan-keputusan pemimpin. 

Firman Allah SWT yang bermaksud ;
“ Dan apabila ia berpaling (daripada kamu), ia berjalan dibumi untuk mengadakan keroskkan padanya, dan merosakkan tanam-tanaman dan binatang ternakan, dan Allah tidak menyukai kabinasaan. ” 

“ … maka berilah kepurusan antara manusia yang adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhintungan. ” (Sad : 26)



4. CIRI-CIRI UTAMA SISTEM POLITIK NEGARA ISLAM. 

Ciri-ciri negara berpolitik Islam terdiri daripada beberapa perkara. Antaranya ialah ;

i. Berdasarkan al-Qur'an dan Hadis Rasulullah SAW :

Asas pemerintahan Islam mestilah merujuk kepada 2 sumber primer yang menjadi tunjang dalam merangka dan melaksanakan sesuatu dasar iaitu al-Qur’an dan Hadis. 

Hal ini demikian kerana, kedua-dua sumber ini merupakan wahyu Ilahi yang benar dan qat’ie daripada Allah SWT menerusi pesuruhNya. Sumber-sumber tersebut mengandungi pelbagai panduan kepada manusia untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan isu-isu negara. 

 Pada Rasulullah SAW, Baginda merujuk kepada wahyu Allah SWT. Namun, selepas kewafatan Baginda SAW, amalan ini diteruskan dengan hadis-hadis daripada Rasulullah SAW. Malahan, diperluaskan dengan ijtihad sahabat, ulama’ dan qias. 
 (Asas-asas Islam ad-Din, akidah dan syariat)

ii. Melaksanakan prinsip ammar ma'ruf nahi mungkar : 

Dalam Islam, konsep amar ma’ruf dan nahi mungkar tidak boleh dipisahkan dalam masyarakat dan negara. Konsep menegakkan kebenaran dan keadilan serta mencegah segala bentuk kemaksiatan dan kemungkaran merupakan intipati kepada keharmonian sesebuah negara. 

Jika terdapat pemimpin yang hanya menyuruh rakyat melaksanakan prinsip amar ma’ruf nahi mungkar namun dalam masa yang sama membiarkan kemungkaran berleluasa. Maka, negara tidak akan dapat mencapai kegemilangan dan kejayaan. Misalnya, arak, dadah, dan judi. 

Oleh yang sedemikian, pemimpin Islam wajib menggunakan segala sumber yang ada dalam negaranya bagi menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. 


iii. Wajib memastikan keamanan dan kesejahteraan :

Agama Islam merupakan ajaran yang mencintai keamanan dan kesejahteraan ummah. Setiap ketua negara / pemimpin Islam wajib memastikan keamanan dan keharmonian adalah terjamin bagi seluruh rakyat dibawah pemerintahannya. 

Jika berlaku kekacauan atau huru-hara dalam masyarakat majmuk, maka khalifahlah yang perlu menyelesaikannya sehingga hak dan tanggungjawab rakyat terbela. 

Hal seperti ini memberikan suatu gambaran yang positif bahawa, agama Islam pada hakikatnya adalah suatu ajaran yang tidak suka akan keganasan. 

iv. Jaminan kebebasan hak dan asasi :

Negara Islam juga menjamin kebebasan bagi setiap rakyat sama ada dari segi kebebasan bersuara, memberi pandangan, beragama dan mengamalkan budaya serta adat masing-masing serta menegur pemimpin dan sebagainya. 

Selain itu, rakyat juga dijamin hak asasi mereka. Iaitu, mereka tidak boleh dicabul, diceroboh, dirampas, dan sebagainya. Hal ini bermaksud, umat Islam yang berada dibawah pemerintahan Islam akan terbela hak-hak mereka dalam semua perkara. 

v. Ketua negara yang adil dan bertaqwa (beriman) :

Pemikiran ketua negara atau khalifah merupakan suatu amalan yang penting bagi memastikan perlaksanaan syariat Allah SWT dan pemerintahan negara Islam berjalan dengan baik dan lancar. Ketua negara juga mestilah dilantik melalui Majlis Syura setelah mendapat persetujuan ramai. 

Beberapa kriteria perlu diambil berat dalam memilih ketua negara. Misalnya, beliau mestilah seorang lelaki, beriman dan bertaqwa serta adil. 

Disamping itu, pemimpin tersebut juga hendaklah seorang yang mampu menunaikan amanah Allah SWT, berilmu pengetahuan, sentiasa merujuk pentadbirannya kepada al-Qur’an dan As-Sunnah serta dapat membuat keputusan yang bijaksana dalam menyelesaikan permasalahan negara. 

vi. Majlis Syura sebagai asas pemerintahan negara Islam :

Majlis Syura bermaksud sekumpulan cerdik pandai (ulama’) yang bermuafakat dan bermesyuarat dalam hal-hal berkaitan dengan kepentingan ummah dalam sesuatu perkara berdasarkan ketaqwaan kepada Allah SWT. 

Setiap pemerintah Islam wajib bermesyuarat dalam sesuatu perkara bagi mendapatkan suatu keputusan yang terbaik untuk kepentingan masyarakat. 

Setelah keputusan dibuat, hal ini adalah muktamad dan semua pihak mestilah akur dengan keputusan Majlis Syura tersebut. 

5. MATLAMAT SISTEM POLITIK ISLAM 

 Antara matlamat sistem politik Islam ialah ; 
i. Menegakkan perundangan dan hukum Allah SWT :

Hukum-hukum Allah SWT terdiri daripada undang-undang jenayah muamalat, munakahat, dan sebagainya. Hukum Allah SWT bermaksud undang-undang atau hukum syariat yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mengatur kehidupan manusia agar mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. 

Hukum Allah SWT dapat ditegakkan dalam sistem pemerintahan Islam atau sebuah negara Islam. Sistem pemerintahan negara Islam adalah berlandaskan kepada al-Qur’an dan as-Sunnah. 
 (Asas-asas Islam ad-Din, akidah dan syariat)

ii. Merealisasikan keadilan ; 

Melalui kepimpinan / politik negara Islam, prinsip-prinsip keadilan dapat ditegakkan dengan sempurna kerana bersifat sarwajagat. 

Dengan penubuhan negara Islam, segala kezaliman dapat dihapuskan dan keadilan dapat ditegakkan dengan terlaksananya undang-undang Islam yang adil. Hal ini demikian kerana, sekiranya pemimpin tidak melaksanakan amanahnya, akan dimurkai Allah SWT dan akan mendapat balasan buruk diakhirat kelak. 

iii. Mempunyai kebajikan kepada rakyat ; 

Dalam negara Islam, Islam mewajibkan keatas setiap pemimpin agar menunaikan tanggungjawabnya kepada semua rakyat. Supaya keamanan dan kemakmuran negara dapat digapai dan dijamin. 

Oleh itu, setiap pemimpin Islam perlu memastikan sebarang penindasan, kezaliman, dan kekejaman tidak berlaku dalam negara yang diperintahnya. Bahkan, memberi khidmat terbaik kepada rakyatnya. Misalnya, menjamin dan meningkatkan taraf hidup, pendidikan, perlindungan, dan keamanan dalam negara. 

iv. Mencapai kebahagiaan ; 

Setiap pemerintah Islam bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan semua rakyatnya menikmati kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat. Hal ini bertepatan dengan konsep negara Islam ; iaitu : 
“Negara yang makmur dan mendapat keredhaan Allah SWT. ”

6. TUJUAN POLITIK ISLAM

Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak diatas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syariat Islam. Tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. 

Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syariah, maka akan tertegaklah ad-Din dan berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan-tuntutan ad-Din tersebut. 

Para fuqaha’ Islam telah menggariskan 10 perkara penting sebagai tujuan kepada sistem-sistem politik dan pemerintaha Islam ;
1) Memelihara keimanan menurut prinsip-prinsip yang telah disepakati oleh ulama’ salaf daripada kalangan umat Islam. 

2) Melaksanakan proses pengadilan dikalangan rakyat dan menyelesaikan masalah dalam kalangan orang-orang yang berselisih. 

3) Menjaga keamanan daerah-daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. 

4) Melaksanakan hukuman-hukuman yang telah ditetapkan syarak demi melindungi hak-hak manusia. 

5) Menjaga pembatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak luar. 

6) Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam. 

7) Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat, dan sedekah sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak. 

8) Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros atau secara kikir. 

9) Melantik pegawai-pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal kekayaan negara dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara. 

10) Menjalankan pengawalan dan pemeriksaan yang rapi didalam hal ehwal awam demi untuk memimpin negara dan melindungi ad-Din. 

KESIMPULAN 
Kesimpulannya, Islam adalah ad-Din iaitu satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Ia meliputi seluruh aspek kehidupan manusia secara kepimpinan, sosial, ekonomi, dan politik. Sistem-sistem dan pengajaran yang dibawa oleh Islam merupakan sistem yang sesuai dan kena dengan fitrah manusia dan alam serta diredhai Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud ; 
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu agama untuk kamu. ”

Ajaran yang lengkap dan sempurna ini telah diturunkan oleh Allah SWT sebagai panduan hidup untuk untuk manusia mencapai kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. 

Sistem-sistem yang hadir dalam agama Islam amatlah bersistematik dan kemas. Buktinya, zaman Rasulullah SAW merupakan zaman kegemilangan sistem sosial, ekonomi, dan politik. 

Prinsip kejayaan Rasulullah SAW dalam membina sebuah negara Islam yang gemilang terletak pada kegigihan baginda membentuk masyarakat yang teguh iman serta peribadinya. Disamping itu, sifat kepimpinan baginda yang teguh dan berlandaskan kitab suci al-Qur’an. 

Sistem-sistem Islam merupakan sistem yang lahir berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah. Disamping itu, sistem-sistem Islam merupakan sistem yang adil, selamat dan praktikal. Perlaksanaan seluruh ajaran Islam dalam setiap aspek kehidupan akan menjamin keamanan dan kesejahteraan hidup manusia secara keseluruhannya. Hubungan sesama manusia dan manusia dengan Pencipta juga akan berlangsung dengan penuh keserasian dan harmoni. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com