Sifat- Sifat Allah

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz B Harjin

Disediakan Oleh:
Shufa Shareena Binti Mohd Shukri
2014291928

Pendahuluan

Dalam Esei Ini Saya Akan Menyatakan Beberapa Sifat Allah Beserta Dalil Dan Preuve Hasil Kajian Saya Selama 4 Minggu. Perlulah Kita Ketahui Bahawa Persoalan Iman Atau Persoalan Tauhid Adalah Merupakan Ajaran Yang Terpenting Atau Yang Terpokok Di Dalam Islam. Ibarat Sebatang Pokok, Iman Dan Tauhid Adalah Merupakan Akar Tunjang Baginya. Di Dalam Kitab Dikatakan “Awaluddin Makrifatullah” Iaitu Ertinya “Awal –Awal Mengenal Allah”. Kalau Seseorang Itu Tidak Mengenal Allah, Segala Perintah Suruh Yang Dibuatnya Serta Segala Perintah Larangan Yang Dijauhkannya tidak akan sampai kepada Allah. Kemudian kita juga perlu ingat bahawa segala perintah yang kita buat samada berbentuk fardhu mahupun yang sunat dan segala larang yang kita jauhi samada yang berbentuk haram ataupun makruh, semua itu adalah amal baki yang hendak kita sampaikan kepada Allah SWT. Segala amal bakti itu tidak akan sampai sekiranya kita tidak mengenali Allah. 

 Kerana itulah, mengenal Allah ini amat penting kepada kita. Dan untuk kita mengenal Allah melalui sifat – sifat yang wajib bagiNya iaitu sebanyak dua puluh sifat adalah dengancara dalil-dalil aqli dan naqli. Dalil aqli adalah bersumberkan akal. Manakala dalil naqli bersumberkan al – Quran dan Sunnah. setelah kita dapat mengenal Allah, untuk mengesahkan pengenalan itu, kita mesti menempuh empat syarat iaitu percaya kepada Allah, jazam yang qati’i iaitu keyakinan kita kepada Allah, setentangan dengan yang benar yakn selaras yang sebenarnya dan mesti ada dalil. 

Demikianlah empat syarat yang mesti ada pada kita untuk mengesahkan pengenalan kita kepada Allah. di sini saya sertakan 20 sifat sifat Allah. 

1. Wujud
2. Qidam 
3. Baqa’
4. Mukhalafatuhu taala lalhawadis
5. Qiamuhu binafsihi 
6. wahdaniah
7. Qudrat 
8. Iradat
9. Ilmu 
10. Hayat
11. Sama’
12. Basar
13. Qalam
14. Kaunuhu qadiran
15. Kaunuhu muridan
16. Kaunuhu aliman
17. Kaunuhu Haiyan
18. Kaunuhu samian 
19. Kaunuhu basiran
20. Kaunuhumutakaliman

SIFAT- SIFAT ALLAH

1.1 WUJUD
Apabila kita berbicara mengenai Allah, pencipta kita, kita mestilah yakin terlebih dahulu tentang kewujudan Allah. Berdasarkan sumber ilmiah, sebelum Nabi Isa dan Nabi Muhammad dilahirkan, sudah banyak ahli falsafah (philsophers) yang menggunakan akal dan fikiran mereka untuk membenarkan wujudnya Tuhan dengan berbagai cara. Terdapat empat preuve yang digunakan oleh mereka untuk menetapkan adanya Tuhan.  (Bey Ariffin, 2005)

Prevue yang pertama ialah Preuve Metaphisique. Preuve ini adalah berdasarkan akal. Menurut akal, mustahil bagi alam yang luas yang terdiri daripada matahari, bulan dan berjuta-juta bintang tercipta dengan sendirinya. Jangankan bumi atau matahari, seekor nyamuk sekalipun tidak mungkin akan terjadi dengan sendirinya. Pasti ada yang menjadikan atau menciptanya iaitu Tuhan. Alam ini ada kerana dicipta, maka alam ini bersifat tidak smpurna kerana dia dicipta. Adapun Tuhan kerana dia meencipta alam, maka dia bersifat sempurna kerana dia tidak dicipta sesiapa. Kita merupakan mnusia yang tidak sempurna maka kita tidak dapat mengetahui atau melihat Tuhan yang sempurna. Sebab itu Tuhan ghab bagi kita. Maka tidak hairan kalau masih ada manusia yang masih belum percaya adanya Tuhan. (Bey Ariffin, 2005)

Seterusnya ialah Preuve Phisique iaitu berkaitan alam (Fizik). Ini adalalah prevue yang mula mula sekali dipakai oleh Abul Hussein Al – Allaf, seorang ahl dalam mazhab Mu’tazillah, pengikut Wasil bin Atha. Dia memulakan prevue ini dengan teori atom. Alam ini samaada benda padar, benda cair, atau benda gas dapat dibahagikan kepada bahagian yang terkecil yang dinamakan molekul. Molekul- molekul ini Tarik- mmenarik sesame sendiri kerana kekuatan magnetik inilah maka terjadinya benda. Setiap molekul itu terjadi dar atom – atom. setiap atom itu berputar di sekeliling atom yang lain. Dari putaran atom inilah timbul kekuatan magnetik antara molekul- molekul. Kalau atom tidak berputar, tidak ada kekuatan magnetik maka tidak akan ada satu benda pun di alam ini. Sekarang timbul pertanyaan: Siapakah yang memutarnya(trimier motuer- atau penggerak utamanya) ? iaitu Tuhan. Jadi Tuhan pasti ada.  (Bey Ariffin, 2005)

Terdapat juga preuve yang diambil dari susunan dan keindahan alam. Secara ringkasnya alam ini tersusun indah dan dalam keadaan amat baik sekali. Bumi mengelilingi matahari dalam waktu 365hari 5 jam 49 minit dan 3 saat dengan teratur. Tentu ada yang mengatur dan menjalankan semua itu. Bulan, bintang, matahari pasti ada Dieu Organisatuer, Yang Maha Pengatur iaitu Allah. Jadi Tuhan past ada. (Bey Ariffin, 2005)

Akhir sekali ialah Preuve Morale iaitu dali moral atau akhlak. Alam besar atau kosmos begitu indah dan teratur tetap kenapa tiada kesempurnaan dalam kehidupan alam kecil(manusia di dunia ini), kenapa ada manusia yang hidupnya senang dan ada yang menindas orang lain. Pasti aka nada Pengadilan Tertinggi di kemudian hari yang akan menyelesaikan segala yang tidak selesai itu. Hal ini kerana Allah itu Maha Adil. Apabila berbicara mengenai Tuhan, di sampingmembicarakan tentang kesulitan dan kebahagiaan hidup yang kita alam sekarang. Ketahuilah sahabat sekalian, kita akan memperoleh ketenangan jiwa dengan mengingati Allah. Apalagi di dalam suasana serba susah dan sulit di mana semua orang menghadapi berbagai kesusahan dan kesulitan.  (Bey Ariffin, 2005)

Firman Allah :Maksudnya :Iaitu orang orag yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram. ”(Surah Ar Ra’du : 28)

Berdasarkan sumber yang ada, wujud merupakan sifat wajib bagi Allah. Wujud ertinya ada. Sifat ini merupakan sifat lawan bagi Adam iaitu tidak ada. Misalnya, tiada Allah maka tiadalah wujudnya makhluk. Hal ini demikian kerana Allah lah yang mencipta makhluk dan alam semsta ini. Sifat wujud juga disebut sifat nafsiyah sebab, menyangkut kepada zat Allah semata. (Noraine Abu, Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari, 2000)

Firman Allah : Maksudnya :“Allah Tuhan yang menciptkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara  keduanya….. ” (Surah As Sajdah : 4) 

Disini sekali lagi saya sertakan dali bagi wujud. Dalil bagi wujud ialah Allah SWT ialah baharunya alam ini, sebab jika tidak ada yang menciptakannya tetapi tercipta sendiri, beerti salah satu dari dua hal yang lainnya, tanpa sebab. Dan itu adalah mustahil. (Nor' Afifah Sabhan, 2002)    

Bagi sesiapa yang tidak mempercayai kewujudan Allah maka rosaklah akidahya. Ditegaskan di sini bahawa wujudnya Allah SWT itu tidak seperti makna pada istilah. Hal ini kerana kalau kita ambil erti wujud atau erti ada pada makna istilah atau makna bahasanya, maka adanya Allah SWT atau wujudnya Allah SWT itu sama pula seperti adanya atau wujudnya Allah SWT itu sama pula seperti adanya atau wujudnya benda-benda atau makhluk. Kita harus memahami perkara ini secara mendalam supaya kita tidak menyamakan Allah dengan makhluk – makhluk lain. Tidak sekali – kali Allah SWT itu menyerupai segala sesuatu. (Abdul Aziz Ismail, 2007)  

“ Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat. ” (Surah Syuura : 11)   

 Di sinilah letaknya perbezaan antara sifat makhluk dengan sifat Allah SWT. Bila kita katakan yang sifat kita ini ada, adanya kita kerana ada yang menjadikan tetapi bila dikatakan yang sifat Allah SWT itu ada, adanya Alllah SWT, tidak ada sesiapa yang menjadikan- Nya. Sebagai contoh, kalaulah kita dan lain lain makhluk seperti jin, malaikat, haiwan, tumbuh- tumbuhan, langit dan bumi, bulan dan bintang, matahari, sungai, lautan dan lain- lainnya, tidak ada yang menjadikan, maka kita dan lain lain makhluk itu tidak akan ada.  (Abdul Aziz Ismail, 2007) 

Wujudnya makhluk seperti kita manusia, jin, haiwan dan lain lainnya itu ada di atas sebab- sebab. Tetapi wujudnya Allah itu tidak ada sebab. Barang siapa yang mengatakan bahawa wujudnya Allah SWT kerana ada sebab – sebabnya, dia telah melakukan satu kesalahan besar iaitu telah menyamakan Allah SWT dengn makhluk. Dia juga telah melakukan satu kesesatan dalam akidah. (Abdul Aziz Ismail, 2007)             

Wajib pada Allah Ta’ala sifat hayat iaitu beerti hidup. Sifat ini merupakan sifat yang sedia ada pada zat Allah Taala. Sifat ini mengesahkan sifat Allah dengan sifat ilmu dan sifat lainnya seperti sifat qudrat, iradat, sama’, basar dan kalam. Hal ini kerana kalau zat atau orang yang mati, hilang ilmu, kehendak, kekuasaan, penglihatan, pendengaran dan pembicaraannya. (Noraine Abu, Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari, 2000) 

Kita perlu mengetahui bahawa cara hidup Allah berbeza dengan cara hidup makhluknya. Bahkan kita dapat lihat cara hidup makhluk – makhlukya juga berbeza- beza. Di sini saya kemukakan contoh iaitu carahidupnya manusia di dunia berbeza dengan hidup haiwan, tumbuh- tumbuhan, malaikat, batu dan lain – lainnya. Berdasarkan dalil akal, seandainya Allah mati, tetu Ia tidak berkuasa, tidak berkehendak, dan tidak mengetahui. Keadaan yang demikian itu mustahil bagi Allah. (Noraine Abu, Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari, 2000)

 Dalil tersebut berbunyi:  Firman Allah Ta’ala : Maksudnya :“ Dialah yang hidup kekal, tiada Tuhan selain Dia…”  (Al- Mukmin : 65)  

 Sifat lawan bagi sifat ini ialah mati. Hidup Allah Ta’ala bukan dengan roh. Berbeza dengan manusia kerana manusia hidup dengan roh. Maka tidak harus diiktiqadkan bahawasanya ada bagi Allah Ta’ala roh walaupun roh yang qadim. Di bawah saya sertakan terjemahan dalil naqli yang terkandung di dalam al- Quran. (Noraine Abu, Sifat 20 Ke Arah Memahami Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah, 2010)

Firman Allah Ta’ala : Maksudnya : “ Allah tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan ( sekalian makhluk-Nya ). ” ( Al – Baqarah : 255 )  

Maksudnya : “ Dan ketahuilah sesungguhnya Allah itu dengan segala sesuatu  mengetahui. ” ( Al – Baqarah : 231) 

Berdasarkan sumber yang lain, hidupny Allah SWT ialah hidup yang tidak bernafas. Ini bermaksud tidaklah dengan anggota seperti hidung, jantung, paru-paru dan sebagainya. Malahan Allah tidak menyedut udara dan melepaskannya. Kemudian, hidupnya Allah SWT itu tidak dengan berjuzuk-juzuk seperti terdiri dari juzuk api, air, angin dan tanah. Tamsilnya, makhluk yang terdiri dari berjuzuk- juzuk demikian ialah seperti kita. Jasad kita yang demikian iaitu yang dijadikan daripada tanah, air, api dan angin. (Abdul Aziz Ismail, 2007)  

Akhir sekali, hidup bagi Allah SWT tidak memerlu kepada makan dan minum. Yang makan dan minum adalah makhluk sperti kita. Apabila hidup yang dijadikan ia ada permulaan dan ada kesudahan. Jadi itulah perlunya kepda makan dan minum bagi meneruskan kehidupan. Bukan itu sahaja, kita sebagai manusia perlu manfaatkan hidup kita dengan perkara yang berfaedah khususnya amalan yang bakal dibawa kelak. (Abdul Aziz Ismail, 2007)               

BAQA’
Sifat Allah yang seterusnya ialah Baqa’. Baqa’ di sini membawa maksud kekal. Sesungguhnya Allah tidak ada penghujungnya seperti mati. Sebagai contoh, Allah tidak hilang atau lenyap, tidak mengalami perubahan, tidak muda, setengah umur, lalu tua dan mati seperti manusia. Berbeza dengan wujud makhluk, semua mengalami perubahan mati atau kehancuran sebab Allah membuat semua makhluk. Allah tidak boleh sama sekali disamakan dengan kita. (Noraine Abu, Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari, 2000)

Dalil bagi sifat baqa’ ialah sesungguhnya kalau Allah bersifat fana iaitu rosak atau mati atau 
hancur, tentu Allah seperti makhluknya, yang demikian itu mustahil baginya. (Noraine Abu, Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari, 2000)

Firman Allah Ta’ala :Maksudnya : “kekallah zat Tuhanmu yang mempunyai sifat keagungan dan kemuliaan. ”(Ar- Rahman : 27 )

Berdasarkan sumber ilmiah, yang dimaksudkan dengan kekal Allah Taala iaitu ketiadaan akhir ada Allah Taala atau ketiadaan kesudahan ada- Nya atau menafikan ketiadaan yang menghubungi ada-Nya. Maka ketiga- tigga sebutan ini meksudnya sama sahaja. Maksud di sini kekal Allah taala walaupun binasa sekalian makhluk apabila ditiup sangkakala, kecuali yang tiada biasa ialah 10 perkara :
Sekalian nikmat syurga
Azab neraka 
Ajbul Zanbi
Jasad sekalian nabi-nabi a. s. 
Sekalian yang mati syahid. 
Sekalian roh
Arasy
Kursi 
Luh Mahfuz
Qalam

ILMU
Wajib pada hak Allah Ta’ala sifat ilmu, ertinya ; mengetahui segala perkara. Sifat ilmu 
adalah sifat qadim yang berdiri pada zat Allah Ta’ala. Dengan sifat ilmunya itu, Allah mengetahui 
segala perkara dengan jelas, lahir dan btinnya sama sahaja menurut pengetahuan Allah. Baik yang 
berada di atas langit, mahu pun yang berada di atas bumi. Tiada satu perkara pun yang terlepas dari pengetahuanNya dari sejak zaman azali (dahulu kala sebelum terwujud alam dunia ini ) dan sesudahnya sama sahaja menurut ilmu Allah. (Noraine Abu, Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari, 2000)

Dengan demikian ilmu Allah adalah mutlak, tidak didahului oleh tidak tahu atau samar, seperti pengetahuan kita yang didahului dengan kesamaran dan kebodohan. Allah mengetahui akan semua makhlukNya dengan yakin bukan dengan ragu. Allah Maha Mengetahui getaran hati kita setiap detik tidak diselangi oleh lalai. Allah mengetahui akan segala hukum yang wajib, yang mustahil dan yang jaiz. (Noraine Abu, Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari, 2000)
Perlu diketahui pula, bahawa Allah mengetahui semua makhlukNya itu dengan satu sifat ilmunya yang menyeluruh, menerangi keseluruhannya sekaligus, tidak beransur- ansur atau sebahagian- sebahagian. Tidak seperti ilmu pengetahuan kita yang dimulai dari sedikit – sedikit atau dicampuri dengan lupa; ilmu Allah tidak dicampuri oleh lupa. Lawan bagi sifat ilmu ialah sifat jahil, ertinya ; bodoh. Ini mustahil bagi Allah. (Noraine Abu, Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari, 2000)

 Firman Allah Ta’ala :Terjemahannya : “Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata. Dialah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”. 
( Surah Al- Hasyr: 22 )

Terjemahannya : “Dan Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. ” ( Surah At – Tahriim : 2 ) Terjemahannya : “Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. ” (Surah Asy- Syura : 50 )     

 Apabila kita mengatakan bahawa Allah SWT bersifat ilmu, ertinya Allah itu Maha Mengetahui. Manakala mengetahui yang disandarkan kepada sifat Allah SWT ialah mengetahui yang meliputi segala- galanya sama ada pada perkara- perkara yang nyata, dan terang atau pun perkara- perkara yang tersembunyi dan terselindung. Begitu juga pada perkara yang ada mahu pun perkara- perkara yang tidak ada dan yang belum ada. (Abdul Aziz Ismail, 2007)

Perkara – perkara yang ada ialah perkara- perkara yang sedang berlaku dan yang sudah berlaku. Seperti jerebu yang berlaku dan yang sudah berlaku, seperti jerebu yang melanda tempat kita, Allah mengetahui nya. Sewaktu jerebu melanda, hujan mungkin tidak turun di tempat kita, tidak berlakunya hujan itu pun dalam pengetahuan Allah jua. Ertinya, hujan yang belum berlaku itu adalah dalam pengetahuan Allah SWT. Demikianlah pengetahuan Allah dalam perkara- perkara yang sudah berlaku, yang tidak berlaku dan yang belum berlaku. (Abdul Aziz Ismail, 2007)

Seterusnya, bila dikatakan yang Allah mengetahui semua perkara yang nyata dan terang, ertinya apa saja perkara tidak kira kecil atau besar, tinggi atau rendah, kurus atau gemuk, dekat atau jauh, semuanya Allah tahu dan bila dikatakan yang Allah mengetahui perkara yang tersembunyi dan terselindung, ertinya tiada apa apa yang boleh membataskan pengetahuan Allah. Apa yang berlaku di dalam gelap pun Allah tahu dan keadaannya sama saja seperti dalam keadaan terang. Begitu juga apa yang berlaku di bumi, di sebalik dinding, di dalam lautan dan di mana saja, semuanya Allah tahu. Seekor semut hitam yang merayap di dalam gelap pun Allah tahu. Begitu juga sebiji zarah seni yang bertebaran di angkasa pun Allah tahu. (Abdul Aziz Ismail, 2007)

Ini menampakkan perbezaan sifat mengetahui Allah dengan sifat mengetahui makhluk seperti kita. Sifat mengetahui kita amat terbatas. Yang dekat kita boleh mengetahuinyayang jauh kita tak dapat mengetahuinya. Kalau pun kita dapat mengetahui perkara yang jauh itu, namun pengethuan kita adalah terbatas. Pengetahuan kita dengan pengetahuan Allah tidak sama. Inilah yang mesti kita yakini dan pegang sungguh – sungguh. Yakni, Allah SWT itu Maha Mengetahui segala- galanya. Kalau Allah tidak mengetahui, beerti Allah lemah. Bila Allah lemah, samalah Allah dengan makhluk yang bersifat lemah maka dia bukanlah Tuhan. Sedangkan Allah 
Adalah Maha Gagah, Maha Perkasa, dan Maha Hebat. Sebab itu, mustahil Allah tidak mengetahui. (Abdul Aziz Ismail, 2007)

Firman Allah SWT, Terjemahan : Demi Tuhan yang mengetahui segala yang ghaib, tiada terlindung daripada yang ghaib, tiada terlindung daripada pengetahuan Allah walaupun sebesar zarah ataupun habuk, sama ada yang ada di tujuh petala langit mahupun di tujuh petala bumi, dan tidak ada yang lebih kecil daripada zarah dan tidak ada yang lebih besar daripadanya melainkan semuanya ada ditulis di dalam Luh Mahfuz. 

PENUTUP
Hasil kajian saya, saya dapat mengenal Allah melalui sifat sifatNya. Sifat sifat terbahagi kepada empat bahagian iaitu Sifat Nafsiyah. Nafsiyah bermaksud satu keadaan atau satu hal yang wajib bagi zat selama zat itu tidak disebabkan dengan satu sebab. Contoh sifat nafsiyah ialah wujud. 

Seterusnya Sifat Salbiyah. Sifat ini bermaksud tiap tiap sifat yang menolak atau menafikan perkara – perkara yang tidak patut dan tidak layak bagi zat Allah dan sifat – sifatNya. Contohnya, qidam, baqa’, mukhalafatuhu taala lilhawadis, qiamuhu binafsihi, wahdaniyah. 

Selain itu terdapat Sifat Ma’ani. Sifat Ma’ani. Bermaksud tiap- tiap sifat yang Maujud pada Zihin dan yang Maujud pada Kharji yang berdir atau yang ada pada zat Allah Taala dan mewajibkan bagi zat itu satu hukum. Contohnya ialah, qudrat, iradat, ilmu, hayat, sama’, basar dan qalam. 

Akhir sekali iala Sifat Maknawiyah. Sifat ini membawa maksud tiap- tiap hal yang wajib bagi zat selama ada zat itu disebabkan dengan satu sebab. Contohnya, Kaunuhu qadiran, Kaunuhu muridan, Kaunuhu aliman, Kaunuhu Haiyan, Kaunuhu samian, Kaunuhu basiran, Kaunuhumutakaliman. 

Bibliography

  1. Abd Aziz Ismail. (2007). Mengenal 20 Sifat Allah SWT. Kuala lumpur: Progressive Publishing House Sdn Bhd. 
  2. Bey Ariffin. (2005). Mengenal Tuhan. Kuala Lumpur: Pustaka Jima Sdn Bhd. 
  3. Nabilah Hassan. (2007). Ibu, Benarkah Tuhan itu Ada? Selangor: PTS PUBLICTIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD. 
  4. Nor' Afifah Sabhan. (2002). Sifaat 20 Pnduan Lengkap Menuju Akidah Yang Benar. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. 
  5. Noraine Abu. (2000). Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari. Kuala Lumpur: Al- Hidayah Publishers. 
  6. Noraine Abu. (2010). Sifat 20 Ke Arah Memahami Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Selangor: Pustaka Ilmu. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 30/01/2015