Sejarah Hidup Khalifah Abu Bakar Ash Shiddiq

Disediakan Untuk :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah Pendidikan Islam

Disediakan Oleh :
Ainil Basirah Binti Rosli
2014226542

Abstrak

Khalifah Abu Bakar Ash Shiddiq Adalah Seorang Tokoh Yang Harus Diingati Oleh Umat Islam Zaman Kini. Beliau Merupakan Salah Seorang Sahabat Karib Nabi Muhammad Saw. Abu Bakar Ra Telah Banyak Berkorban Demi Agama Islam. Kisah Hidup Beliau Begitu Banyak Memberi Tauladan Dan Pengajaran Untuk Generasi Kini. Antara Kisah Hidup Tokoh Terdahulu Yang Wajar Dipelajari Oleh Generasi Kini Ialah Khalifah Abu Bakar Ra. Beliau Merupakan Tokoh Seorang Pemimipin Yang Agung Pada Zaman Nabi Muhammad Saw.

Abu Bakar ra berketurunan Bani Tamim iaitu salah satu suku kaum Quraisy. Beliau telah menjadi sahabat baik Nabi Muhammad SAW oleh kerana kerjaya yang sama iaitu pedagang. Ajakan Nabi Muhammad SAW kepada Abu Bakar ra untuk memeluk agama Islam telah diterima dengan baik. Abu Bakar ra terpaksa melalui pelbagai tekanan dan fitnah daripada kaum Quraisy, namun ini tidak menghalang Abu Bakar ra untuk terus berdakwah. Nabi Muhammad SAW telah meminta para sahabat termasuk Abu Bakar ra untuk berhijrah ke Habsyah untuk mengelak daripada tekanan kaum Quraisy. Abu Bakar telah berhijrah ke Habsyah, tetapi beliau kembali semula ke Mekah setelah Ibnu Daghinnah memberi jaminan keselamatan kepada beliau. Abu Bakar ra telah megembalikan jaminan keselamatan kepadanya supaya beliau dapat terus berdakwah.

 Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar ra telah berhijrah ke Madinah kerana rancangan membunuh Nabi Muhammad SAW. Abu Bakar ra telah menyetujui keputusan Nabi Muhammad SAW untuk melakukan Perang Badar yang telah dimenangi oleh kaum Muslimin. Penyakit yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW semakin memburuk, sehingga baginda wafat di rumahnya. Oleh disebabkan itulah, Abu Bakar telah dilantik menjadi Khalifah oleh para sahabat dan para pembesar melalui musyawarah. Beliau telah menghadapi pelbagai masalah setelah memegang jawatan khalifah, dengan kebijaksanaan yang dimiliki beliau dan para sahabat, beliau dapat menyelesaikannya dengan mudah. Abu Bakar ra juga telah memperluaskan Islam dengan menakluk Syam yang ketika itu kawasan jajahan bangsa Romawi. Tidak lama kemudian Abu Bakar ra wafat dan dimakamkan di sebelah makam Nabi Muhammad SAW di Mekah.

Kesimpulannya, banyak yang kita pelajari daripada sejarah-sejarah tokoh terdahulu. Kita dapat melihat sifat tauladan, kebijaksanaan serta keberanian yang dipaparkan oleh Abu Bakar Ash Shiddiq. Pengajaran yang kita peroleh ini dapat diaplikasikan didalam hidup kita untuk berjaya. Sebagai bakal pemimpin untuk akan datang remaja-remaja generasi ini patut menjadikan beliau sebagai idola. Hal ini dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri mereka.

PENDAHULUAN
Khalifah Abu Bakar Ash Shiddiq merupakan seorang tokoh yang harus diingati oleh umat Islam zaman kini. Beliau adalah salah seorang sahabat yang disayangi oleh Nabi Muhammad saw. Beliau telah banyak berkorban demi agama Islam dalam pelbagai cara atau tindakannya. Abu Bakar merupakan seorang pedagang yang berjaya, hal ini menyebabkan hubungan beliau dengan Nabi Muhammad saw sangat akrap. Setelah memeluk agama Islam, Abu Bakar sentiasa membantu Nabi Muhammad saw berdakwah namun ia tidak begitu mudah kerana sering diganggu oleh kaum Quraisy. Abu Bakar telah berhijrah ke Habsyah tetapi kembali ke Mekah dan seterusnya berhijrah ke kota Madinah bersama Nabi Muhammad saw kerana cubaan membunuh baginda oleh kaum Quraisy. Abu Bakar telah dilantik menjadi menteri utama oleh Nabi Muhammad saw di Madinah. Abu Bakar seorang yang sangat pemurah kerana sentiasa member bantuan kewangan kepada umat Islam yang memerlukan. Ketika di Madinah kesihatan Nabi Muhammad saw tidak begitu baik sehingga baginda meninggal dunia. Dengan ini Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah melalui musyawarah dan beliau telah menghadapi pelbagai masalah ketika menjadi khalifah. Oleh disebabkan kebijaksanaan Abu Bakar, beliau dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan lancar. Abu Bakar juga Berjaya menakluk Syam daripada tentera Romawi. Walaubagaimanapun, pemerintahan beliau berakhir apabila beliau wafat pada pada 21 Jamadil Akhir tahun 13 Hijrah di kota Madinah dan dimakamkan sebelah makam Nabi Muhammad saw.

SEJARAH HIDUP KHALIFAH ABU BAKAR ASH SHIDDIQ

Biografi Ringkas
Salma binti Shakhr berasa sangat bersyukur kepada Allah swt kerana telah dikurniakan seorang putera yang dinamakan Abdul Ka’bah. Nama itu diberikan kepada anaknya untuk memohon keberkatan Baitullah yang telah mendapat perlindungan Allah swt. Ibu Salma juga memberi nama samara kepada puteranya iaitu “Abu Bakar”. Abu Bakar dilahirkan dua tahun selepas kelahiran Rasulullah saw di Mekah. Namanya juga telah diubah kepada Abdullah oleh Nabi Muhammad saw yang bermaksud “Hamba Allah swt”. Abu Bakar berketurunan Bani Tamim, salah satu suku kaum Quraisy. Beliau telah mendapat beberapa gelaran antaranya ialah Syeikh Akhbar, Al’atiq dan Ash Shiddiq kerana sikapnya. Beliau diberi gelaran Ash Shiddiq (yang amat membenarkan) kerana sentiasa mengakui kebenaran Rasulullah saw iaitu peristiwa Isra’ Mi’raj. Abu Bakar seorang yang jujur, berbudi pekerti, mulia, berkarakter lunak, baik tutur - tuturnya, lemah lembut pergaulanya, disegani oleh para kaumnya.

Hubungan Abu Bakar Dengan Nabi Muhammad saw.

Abu Bakar termasuk dalam kelompok pertama yang beriman kepada Nabi Muhammad SAW. Abu Bakar dan Nabi Muhammad SAW mempunyai ikatan persahabatan yang tidak dapat dipisahkan. Bagaimanakah asal mulanya persahabatan yang sangat akrab ini? Mereka boleh dikatakan sama pekerjaan, Abu Bakar adalah seorang pedagang dan Nabi Muhammad SAW juga seorang pedagang. Hal ini menyebabkan mereka tidak berjauhan pendapat. Juga boleh dikatakan mereka dididik dan dibesarkan dalam linkungan yang sama, bahkan di dalam satu kota yang sama.

Usia yang hampir sama dan pekerjaan yang sama itulah yang telah mengikat kedua-keduanya menjadi saudara yang merupakan sahabat karib. Di samping itu, persamaan budi yang mereka miliki juga dapat menambah rasa kasih saying. Selain itu, rasa benci Abu Bakar terhadap adat kebiasaan orang-orang Quraisy dapat mengukuhkan lagi hubungan mereka. “Burung-burung sejenis pun akan bersatu”. Begitulah pepatah Arab menghuraikan hubungan antara Abu Bakar dan Nabi Muhammad saw.

Abu Bakar Memeluk Agama Islam.

Ketika Abu Bakar sedang duduk di ruang muka rumahnya, tiba-tiba datanglah Nabi Muhammad SAW dan mengetuk pintu rumahnya. Maka Abu Bakar memperkenankan beliau untuk masuk ke dalam rumahnya. Setelah Nabi Muhammad SAW masuk dan duduk di sebelahnya, maka mulailah Nabi Muhammad SAW berbincang dengannya dan memberi khabar bahawa beliau telah menerima wahyu lantaran beliau mengajaknya agar ia beriman kepada Allah SWT.

Ajakan Nabi Muhammad SAW diterima tanpa rasa ragu-ragu. Maka Abu Bakar adalah lelaki yang pertama masuk Islam, dan beliau jugalah yang menerima dakwah Rasul dengan cepat. Tetapi isteri Abu Bakar Qutaylah binti Abdul Uzza tidak menerima agama Islam lalu telah diceraikan oleh Abu Bakar. Isterinya yang lain telah masuk Islam, termasuk anak-anaknya kecuali Abdur Rahman bin Abu Bakar sehingga mereka berpisah.

Pemurah Dalam Dakwah Islam
Setelah hati Abu Bakar terbuka memeluk Islam, beliau sentiasa bersama dengan Rasulullah saw dalam mendakwah Islam. Abu Bakar telah mengajak sahabatnya untuk memeluk agama Islam. Maka dengan ajakan Abu Bakar terdapat beberapa orang rakannya yang telah memeluk agama Islam. Mereka ialah Usman bin Affan, Sa’ad bin Abi Waqqash, Abdul Rahman bin Auf, Thalhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam, Abu Ubaidah dan Amir bin Al-Jarrah serta penduduk Mekah.

Selain itu, Abu Bakar juga menggunakan hartanya untuk menyelamatkan golongan hamba dan kanak-kanak yang diseksa kerana memeluk agama Islam. Antaranya ialah Bilal Al-Habasyi, beliau diseksa oleh tuannya dengan diletakkan di atas padang pasir yang panas. Amir bin Fuhairah juga diselamatkan oleh Abu Bakar dan dijadikan penggembala kambing. Abu Bakar juga membeli ramai kanak-kanak yang diseksa oleh tuannya dan dimerdekakan. Sesungguhnya Abu Bakar merupakan seorang yang amat pemurah dan tidak kedekut untuk menggunakan hartanya di jalan Allah swt.

Cabaran Abu Bakar Setelah Memeluk Islam.
Terdapat pelbagai masalah yang diterima oleh Abu Bakar. Abu Bakar mendapat gangguan dan tekanan daripada kaum Quraisy. Mereka amat memusuhi Abu Bakar, beliau pernah dipukul sehingga parah. Namun ketika itu terdapat Bani Tamim iaitu golongan yang membela Abu Bakar yang telah menyelamatkannya. Selain Abu Bakar, Rasulullah saw juga tidak selamat dari gangguan kaum Quraisy. Setiap kali Abu Bakar melihat Rasulullah saw diganggu dan disakiti, beliau sentiasa menolong dan sanggup menyerahkan nyawanya demi menyelamatkan Rasulullah saw. Abu Bakar pernah menyelamatkan Rasulullah saw dari cubaan bunuh di Masjidil Haram, iaitu ketika Rasulullah saw sedang mengerjakan solat, Uqbah bin Abu Mu’ith telah datang lalu mencekik Rasulullah saw dengan pakaiannya. Abu Bakar berasa amat sedih akan kejadian tersebut.

Hijrah Ke Habsyah (Ethiopia)

Oleh kerana Rasulullah saw mengetahui pelbagai dugaan yang telah diterima oleh sahabat -sahabatnya, maka Rasulullah saw telah membuat keputusan supaya para sahabatnya berhijrah ke Habsyah. Mereka telah menerima nasihat Rasulullah saw dan telah pergi ke Habsyah untuk mengelak tekanan, fitnah dan menyelamatkan agama Islam. Ini merupakan Hijrah yang pertama dalam sejarah Islam. Abu Bakar telah meminta izin Rasulullah saw supaya beliau dibenarkan menyertai hijrah ke Habsyah dan Rasulullah saw telah membenarkannya. Dalam perjalanan ke Habsyah, Abu Bakar telah bertemu dengan Ibnu Daghinnah iaitu salah seorang pemimpin dari suku bangsa Al-Ahbasy dari daerah Mekah. Beliau bertanya kepada Abu Bakar ke mana arah tujunya. Abu Bakar telah menceritakan segalanya kepada Ibnu Daghinnah. Lalu Ibnu Daghinnah telah meminta beliau kembali ke Mekah dan akan menjamin keselamatan Abu Bakar.

Setelah kembali ke Mekah, Ibnu Daghinnah telah memerintahkan suku kaum Quraisy supaya tidak mengganggu Abu Bakar, maka suku Quraisy menjawab Abu Bakar perlulah beribadah kepada Tuhannya di dalam rumah kerana takut ia akan mempengaruhi wanita dan para pemuda. Abu Bakar telah menerima dengan baik dan melakukan ibadatnya di dalam rumah. Namun ketika Abu Bakar membaca Al Quran dengan lunaknya, datanglah para pemuda, anak-anak, golongan hamba dan wanita ke rumahnya. Hal ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kaum Quraisy. Ibnu Daghinnah telah menemui Abu Bakar lalu meminta Abu Bakar memilih satu pilihan, iaitu kembali ke rumahnya untuk beribadat atau kembalikan jaminan keselamatan kepada Ibnu Daghinnah. Abu Bakar telah memilih untuk mengembalikan jaminan keselamatan kepada Ibnu Daghinnah. Setelah itu Abu Bakar kembali tenang melawan kejahatan kaum Quraisy.

Datangnya Kegembiraan Setelah Menderita Kesusahahan.
Rasulullah saw berusia lima puluh tahun ketika isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid wafat. Setelah itu, Rasulullah saw telah meminang Aisyah binti Abu Bakar ra dan telah diterima baik oleh Abu Bakar. Hal ini telah menyababkan hati Abu Bakar dan kesemua keluarganya merasa senang dan gembira.

Suku kaum Quraisy telah merancang untuk membunuh Rasulullah saw, maka Abu Bakar telah bersiap-siap untuk berhijrah bersama-sama Rasulullah saw. Pemuda-pemuda suku Quraisy mengepung rumah Rasulullah saw, namun Rasulullah saw telah mengetahui lebih awal dan telah meminta Ali bin Abu Talib menggantinya. Setelah itu, Abu Bakar dan Rasulullah saw menuju ke Gua Tsur untuk bersembunyi. Ketika mereka berada di dalam gua itu, labah-labah telah membuat sarangnya di mulut gua itu, dan dua ekor burung merpati juga datang dan bertengger di situ. Setelah sedar mereka telah ditipu, pemuda suku Quraisy itu telah mencari Rasulullah saw di sekitar gua namun Allah swt telah melindungi mereka.

Abu Bakar telah menyewa Abdullah bin Uraiqith untuk menjadi petunjuk jalan ke Madinah bersama puterinya Asma’. Setelah tiba, Abu Bakar telah berkenalan dengan Kharijah bin Zaid, mereka sangat akrab sehingga Abu Bakar berkahwin dengan puterinya iaitu Habibah dan mendapat seorang puteri yang dinamai Ummi Kultsum. Rasulullah saw telah melantik Abu Bakar sebagai menteri utama di kota Madinah.

Perang Badar
Abu Bakar dan para sahabat telah menyetujui keputusan Rasulullah saw untuk melakukan perang Badar. Rasulullah saw memberitahu bahawa beliau akan berada pada pasukan perang yang pertama ketika berperang. Tetapi sahabatnya, iaitu Sa’ad bin Mu’adz telah memberi pendapat, mereka akan milindungi Rasulullah saw. Abu Bakar sentiasa melindungi Rasulullah saw ketika berperang. Didalam peperangan ini kaum Muslimin telah memperoleh kemenangan dan mereka kembali ke Madinah dengan tahanan perang dari orang Quraisy. Dalam musyawarah, Umar bin Khatthab berpendapat tahanan perang itu harus dibunuh kerana mereka merupakan pemimpin –pemimpin orang kafir. Tetapi Abu Bakar berpendapat agar mereka diberi peluang untuk hidup. Setelah itu, tahanan perang diberi peluang menebus dirinya dengan wang. Rasulullah saw juga telah membebaskan tahanan yang lemah.

Perang Badar telah menyebabkan kaum Quraisy menerima penghinaan sehingga mereka kembali untuk berperang. Mereka bertemu dengan kaum Muslimin di Bukit Uhud. Abu Bakar sentiasa mengikut Rasulullah saw dalam segala pertempuran. Tetapi kaum Muslimin menjadi kacau-bilau apabila tidak mengenal musuh atau kawan sehingga ada diantara mereka membunuh sama sendiri.

Bantuan Kewangan
Abu Bakar merupakan seorang yang pemurah. Beliau mendermakan wang dan hartanya dengan ikhlas. Bantuan ini digunakan untuk membeli kanak-kanak yang telah memeluk Islam dan sering diseksa tuannya. Seterusnya, beliau menolong kaum Muslimin yang fakir, bekalan angkatan tentera dan jamuan untuk para tetamu serta amal sosial. Sabda Rasulullah saw:

“Sungguh manusia yang paling banyak memberikan kesentosaan kepadaku dalam persahabatannya dan hartanya adalah Abu Bakar. Seandainya saya (diperintah) menjadikan kekasih, tentulah saya menjadikan Abu Bakar sebagai kekasih, tetapi (yang ada) hanyalah persaudaraan dalam Islam. ”

Oleh disebabkan, ibadah haji itu merupakan kesempurnaan rukun Islam, maka Rasulullah saw meminta Abu Bakar untuk menunaikan ibadat haji bersamanya. Pada tahun 10 Hijrah Rasulullah saw menunaikan ibadat haji. Ketika melakukan wukuf di Bukit Arafah Rasulullah saw telah menyampaikan pidato yang sempurna dan wahyu yang terakhir diturunkan.

Nabi Muhammad saw Sakit.
Setelah Rasulullah saw pulang, beliau menyiapkan bala tentera untuk ke Syam, antara sahabatnya ialah Abu Bakar dan Umar. Panglima perangnya ialah Usamah bin Zaid. Namun mereka tidak dapat bergerak kerana sakit yang dideritai Rasulullah saw bertambah buruk. Rasulullah saw meminta Abu Bakar untuk menunaikan solat berjemaah bersama umat Islam. Rasulullah saw telah dibawa oleh Ali bin Abi Talib dan Al-Fadhal bin Abbas untuk solat secara berjemaah. Rasulullah saw duduk disebelah kiri Abu Bakar dan bersembahyang. Setelah selesai bersembahyang lalu Rasulullah saw kembali ke rumahnya. Penyakit Rasulullah saw semakin memburuk dan tidak lama kemudian beliau wafat. Hal ini menyebabkan seluruh umat Islam berada dalam keadaan sedih dan menyesal. Abu Bakar berasa sedih akan kewafatan sahabatnya iaitu Rasulullah saw.

Musyawarah
Para sahabat Anshar telah berkumpul di sebuah balai Bani Sa’idah untuk bermusyawarah tentang pengganti jawatan khalifah daripada Rasulullah saw. Setelah Abu Bakar mengetahui pertemuan ini, cepat-cepat Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah menuju ke tempat tersebut. Mereka telah mendengar ucapan sahabat Anshar, dan para Muhajirin dan mengetahui secara jelas tentang pandangan para Anshar.

Setelah berlaku pertukaran pendapat, Abu Bakar telah menyampaikan pidato. Dengan pidato Abu Bakar yang sangat menarik, maka mereka berasa sangat kagum dan tenteram. Umar bin Al-Khatthab maju dan membai’ahan Abu Bakar sebagai khalifah dan telah diikuti oleh Abu Ubaidah, kemudian suku Aus dan suku Khazraj. Lalu Abu Bakar ra menjadi Khalifah. Tetapi golongan terbesar Muslimin merasa ragu-ragu untuk memberi jawatan tersebut kepada Abu Bakar. Maka Abu Bakar telah menyampaikan pidato. Ia menjelaskan tentang politik dan kebijaksanaan yang akan dilakukan.

Cabaran Pemerintahan Khalifah Abu Bakar.
Setelah dilantik menjadi Khalifah Abu Bakar menerima pelbagai masalah. Bagi Abu Bakar sendiri kesulitan dan masalah yang diterima sangat sukar. Antaranya ialah menghadapi pembangkang zakat. Meraka adalah golongan yang salah mentafsirkan ayat-ayat Al Quran atau salah dalam memahaminya. Mereka telah mengutus utusan ke Madinah untuk menyerahkan pandangannya terhadap zakat. Untuk menyelesaikan masalah ini Abu Bakar telah bertemu dengan pembesar-pembesar untuk bermusyawarah tentang memerangi golongan pembangkang zakat. Abu Bakar telah bertekad untuk memerangi golongan pembangkang. Utusan kaum pembangkang kembali ke kaum masing-masing dan telah merancang untuk pergi ke kota Madinah setelah pasukan Usamah berangkat. Tetapi Abu Bakar tetap memerangi mereka, beliau menyerang dan membersihkan tempat-tempat mereka. Berkat usaha Abu Bakar Madinah telah menjadi lebih aman. Para suku pembangkang zakat kemudian datang sendiri menyerahkan harta zakat.

Seterusnya, masalah yang dihadapi ialah golongan kaum murtad. Abu Bakar telah memimpin bala tentera sendiri untuk menghadapi kaum murtad. Abu Bakar diminta berada di Madinah dan tidak mengikut bala tenteranya oleh para pembesar. Maka Abu Bakar telah membahagi pasukannya kepada sebelas. Setiap pasukan diketuai oleh seorang panglima iaitu Khalid bin Khuwailid, Ikrimah bin Abu Jahal dan Syurahbil bin Hasanah. Dengan pimpinan Abu Bakar, kekuatan kaum Muslimin dapat berjalan dengan mantap

Seterusnya menghadapi orang-orang yang mengaku nabi. Setelah kewafatan Nabi Muhammad saw, terdapat segelintir bangsa Arab telah mengambil kesempatan untuk mengaku sebagai nabi. Antaranya ialah Musailimatul Kazzab, berketurunan Bani Hanifah di Al-Yamamah. Beliau mengaku menjadi nabi sejak Nabi Muhammad saw masih hidup, dan pernah mengutus surat kepadanya. Musailimah telah mengahwini seorang wanita yang turut mengaku sebagai nabi, bernama Sajah dari keturunan Bani Tamim. Mereka telah bergabung dan mendapat lebih banyak pengikut. Ancaman ini semakin meningkat apabila terdapat orang lain yang mengaku sebagai nabi iaitu Al Aswad al Ansi di Yaman dan Thulaihah ibnu Khuwailid dari Bani Asad. Abu Bakar telah bertindak dengan memerangi golongan nabi palsu ini dengan berani.

Perluasan Islam
Perluasan Islam amat penting ketika pemerintahan Abu Bakar, iaitu perluasan ke Syam atau Syria yang ketika itu menjadi kawasan jajahan bangsa Romawi. Abu Bakar berasa bangsa Romawi merupakan ancaman besar terhadap kaum Muslimin. Maka Abu Bakar telah membahagi pasukannya kepada empat untuk memasuki negeri Syam. Taktik tentera Islam ini telah diketahui oleh tentera Romawi, dan telah membahagi pasukannya kepada empat. Tentera Islam menghadapi kesukaran untuk meruntuhkan banteng, dan hal ini telah diketahui oleh Abu Bakar. Kemudian Abu Bakar telah mengubah strategi peperangan iaitu pasukan telah disatukan untuk menghadapi tentera Romawi di Jamuk. Seterusnya, Khalid bin Khuwailid yang bertempur di Iraq diperintah ke Syam untuk membantu tentera Islam. Pertempuran ini dikenali sebagai Ajnadain. Tentera Islam telah memperoleh kemenangan yang gemilang. Kekalahan ini telah menyebabkan pemimpin Romawi iaitu Heraklius meninggalkan Himsh dan melarikan diri ke Anthakia.

Setelah peperangan dimenangi oleh tentera Islam, Khalid bin Khuwailid telah menerima sepucuk surat yang menyatakan Khalifah Abu Bakar telah meninggal dunia dan telah diganti oleh Umar bin Al Khatthab. Abu Bakar telah menyerahkan jawatannya kepada Umar bin Al Khatthab setelah beliau mengadakan musyawarah bersama para pembesar. Dan piagam penetapan itu ditulis sendiri oleh Abu Bakar sebelum beliau meninggal dunia. Setelah memerintah dua tahun tiga bulan, Abu Bakar meninggal dunia pada 21 Jamadil Akhir tahun 13 Hijrah di kota Madinah. Beliau telah dimakamkan sebelah makam Rasulullah saw. Pelbagai kejayaan telah dilakukan oleh Abu Bakar ketika memegang jawatan Khalifah.

PENUTUP
Kesimpulannya, banyak yang dapat kita pelajari daripada sejarah-sejarah tokoh terdahulu. Mempelajari sejarah, mempelajari perjalanan hidup umat Islam terdahulu sangat penting ertinya bagi generasi sekarang. Ungkapan yang mengatakan “jangan sekali-kali melupakan sejarah” adalah benar dan penting maknanya. Contohnya saya telah mempelajari perjalanan hidup Khalifah Abu Bakar Ash Shiddiq. Beliau merupakan antara sahabat baik Nabi Muhammad saw. Beliau termasuk dalam golongan yang pertama memeluk agama Islam dan telah menerima pelbagai cabaran. Tetapi cabaran ini tidak dapat menghalang Abu Bakar ra daripada berdakwah bersama Nabi Muhammad saw kepada umat Islam. Abu Bakar ra telah menyertai pelbagai peperangan bersama dengan Nabi Muhammad saw. Setelah Nabi Muhammad saw wafat, Abu Bakar ra telah dilantik menjadi khalifah oleh para pembesar melalui musyawarah. Beliau juga sanggup menghabiskan wang dan hartanya untuk membantu umat Islam. Beliau telah menerima pelbagai dugaan ketika memegang jawatan khalifah, namun dengan kebijaksanaan dan keberanian beliau serta para sahabat beliau dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan sebaiknya. Abu Bakar ra juga telah memperluaskan Islam dengan menakluk kawasan jajahan bangsa Romawi di Syam. Namun pada 21 Jamadil Akhir tahun 13 Hijrah Abu Bakar ra telah wafat di kota Madinah. Pada pendapat saya, Abu Bakar ra wajar dijadikan contoh dan idola kepada pemimpin umat Islam zaman sekarang. Beliau merupakan seorang pemimpin agung yang harus diingati jasa dan pengorbanannya.

RUJUKAN

1 Faisal Ismail, Dr (1984). Sejarah Dan Kebudayaan Islam Dari Zaman Permulaan Hingga Zaman Khulafa Arrasyidin, Edisi Pertama. Yogyakarta:CV Bina Usaha.
2 Ismail Hamid, Dr (1985). Pengantar Sejarah Umat Islam. Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia) Sdn Bhd.
3 Ja’farian, Rasul ( 2003 ). Sejarah Islam;Sejak Wafat Nabi saw Hingga Runtuhnya Dinasti Bani Umayah. (11 – 132 H ), History of The Caliphs;From The Death of The Messenjer (s) to the Decline of The Umayyed Dynasty (11-132 AH), Jakarta:PT Lentera Basritama.
4 Rusyidi Ramli Al Jauhari, ( 2012 ). Biografi Agung Rasulullah sallallahu Alayhi Wasallam, Kuala Lumpur : Must Read Sdn. Bhd.
5 Muhammad Ali Quthub, (1984 ). Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga, Edisi PN 1984, Kuala Lumpur:Pustaka Nasional Pte Ltd.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 30/01/2015

MOTIVASI