Perniagaan Dalam Islam

Disediakan untuk:
Ustaz Abd Aziz B. Harjin

Disediakan oleh:
Nur Alia Bt. Ariffn

PENGENALAN
Firman Allah SWT yang bermaksud; “... sesetengah pihak ada yang berkata bahawa jual-beli itu sama dengan riba, padahal Allah menghalalkan jual-beli (perniagaan)dan mengharamkan riba... ”(Al-Baqarah:275) 

Sabda Nabi SAW maksudnya; “mencari yang halal adalah fardhu atas setiap muslim”(Riwayat ibnu abdil bar dari mas’ud) 

Sabda Nabi SAW lagi yang bermaksud; “Hati seseorang iti ditempa (dibentuk)oleh makan minum. 

Intisari daripada Al Quran dan hadis di atas menjelaskan bahawa perintah mencari nafkah dari sumber halal dan berniaga sebagai salah satu rezeki yang digalakkan oleh Islam. Islam adalah agama yang memerintahkan umatnya bekerja dan melarang menggangur. Bahkan bekerja ialah tujuan mencari nafkah yang halal untuk keluarga dan orang yang di bawah tanggungannnya adalah wajib. 

Perniagaan merupakan pekerjaan tradisi para nabi dah sahabat bahkan Islam amat enggalakkan umatnya berniaga. perniagaan ialah pertukaran barang dengan barang atau pertukaran barang dengan perkhidmatan. syed sabiq pula mendefinasikan perniagaan sebagai satu proses iaitu apabila perniagaan itu berfungsi melalui pertukaran harta dengan harta di atas persetujuaan penjual dan pembeli mengikut cara-cara yang diizinkan. 

PERNIAGAAN SEBAGAI KERJAYA 
Dalam Islam terdapat banyak bidang kerjaya antaranya ialah, sektor pertanian dan penternakan, sektor perikanan, sektpr tekstil dan pakaian, sektor pertukangan, seni bina dan pembangunan dan sebagainya. Di antara banyak bidang kerjaya itu, bidang perniagaan ialah bidang yang banyak diperkatakan di dalam Islam. Di dalam bab muamalah peraturan jual-beli adalah paling banyak diperkatakan. Di dalam Al Quran Allah SWT telah berfirman yang bermaksud; “... wahai orang beriman, janganlah kamu makan harta orang dengan cara yang batil melainkan dengan perniagaan yang dilakukan di atas dasar suka sama suka di antara kamu... ”(An-Nisa:29) 

Bahkan Nabi SAW menjamin rezeki terbanyak sekali ialah diperoleh mwlaui perniagaan. Sabda Nabi SAW maksudnya; “... sesungguhnya 90% rezeki adalah di dalam perniagaan... ”(Riwayat said bin mansor) 

Dalam hadis yang lain Nabi SAW ditanya tentang apakah bidang pekerjaan yang paling baik, lalu baginda menjawab dengan sabdanya yang bermaksud; “... pekerjaan yang paling baik ialah hasil usaha sendiri(bekerja sendiri)dan setiap perniagaan yang bersih dari riba dan penipuaan.   Malah kedudukan ahli perniagaan dan tokoh koperat yang jujur dan amanah di akhirat nanti disebut Nabi SAW dalam hadis riwayat At-Tarmizi dan juga Ad-Dailami sebagai sama taraf mereka dengan para syuhada dan orang-orang soleh yang mendapat naungan Arasy. Demikian kedudukan bidang-bidang pekerjaan pada pandangan Islam. Oleh itu, umumnya didapati orang dahulu dikaang apara sahabat, mereka terdiri daripada para pengusaha dan ahli perniagaan, tidak ada antara mereka yang menganggur.   

KEUTAMAAN BIDANG PERUSAHAAN DAN PERNIAGAAN
Islam ialah agama praktikal, bukan semata-mata teori. Oleh sebab itu di dalam Al Quran Allah memerintahkan supaya beramal iaitu bekerja kerana Allah dan Rasul. Orang-Orang beriman menilai kerja kita bukan menilai cakap atau teori kita. Firman Allah yang bermaksud; “... Bekerjalah, nanti Allah dan Rasul serta orang-orang mukmin akan melihat iaitu menilai apa yang kamu kerjakan... ”(At-Taubah:105) 

Sesungguhnya bekerja adalah tradisi para mukminin para nabi dan rasul. Tidak ada seseorang pun yang diutus oleh Allah menjadi penggangur, semuanya mereka bekerja dan menjadi pengusaha, peniaga, petani dan sebagainya.  Dalam Al Quran terdapa banyak sekali ayat-ayat berkaitan dengan pengusaha dan kemuliaan orang berusaha serta sejarah hidup mereka. Firman Allah maksudnya ; “... kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat yang manusia boleh perolehi daripadanya... ”(Al-Hadid:25) Dalam sebuah kisah yang lain pula, Nabi SAW memegang tangan seorang pekerja dan didapati tangannya kasar kerana bekerja kuat, lalu nabi SAW mencium tangan orang itu dan bersabda ;”... inilah tangan orang yang disayangi oelh Allah dan Rasul-Nya... ” 

Dalam hadis yang lain Nabi SAW ditanya tentang apakah bidang pekerjaan yang paling baik, lalu baginda menjawab dengan sabdanya yang bermaksud;... ”pekerjaan yang paling baik ialah hasil uasaha sendiri (bekerja sendiri)dan setiap perniagaan yang bersih daripanya riba dan penipuaan... ”(Riwayat Al-Bazar) 

Malah kedudukan ahli perniagaan dan tokoh koperat yang jujur dan amanah di akhirat nanti disebut oleh Nabi SAW dalam hadis riwayat At-Tarmizi sebagai sama taraf mereka dangan para syuhada dan orang-orang soleh. dalam hadis lain riwayat Annas bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya,... ”Ahli perniagaan yang jujur di akhirat kelak akan mendapat naungan Arasy... ”(Riwayat Ad-Dailami dan Al-asybaharil)  

NABI MUHAMMAD SAW SELAKU TOKOH KOPERAT
Nabi Muhammad SAW semasa muda bekerja sebagai gembala kambing. Setelah dewasa menjadi saudagar dan setelah dilantik oleh siti khadijah selaku pengarah urusan kepada syarikat perdagangan. Sewaktu itu umur baginda berusia lingkungan 24 tahun. Kepercayaan siti khadijah kepada Nabi Muhammad setelah mendapati beliau mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan sejak umur 12 tahun lagi.  

Sewaktu datuk nabi saw, Abdul Mutalib meninggal dunia baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Abu Talib ialah seorang tokoh koperat dan ahli perniagaan yang trkenal di Jarzirah Arab. Beliaulah melatih nabi saw di bidang perniagaan, membawa ke Syria, Iraq dan lain-lain negara di Timur Tengah. Sejak itulah baginda saw membina pengalaman selaku seorang peniaga sehingga berusia 24 tahun siti khatijah menawarkan menjadi pengarah urusan kepada syarikatnya.  

Tercatit di dalam sejarah, oleh kerana Nabi saw didapati pandai menguruskan perniaaan. Beberapa orang bapa saudaranya yang terdiri daripada tokoh-tokoh korperat jahiliah seperti Abu Lahab, Abu Sufian dan beberapa orang lagi ahli lembaga pengarah syarikat keluarga Bani Hashim telah bermensyuarat dan memutuskan menawarkan modal kepada Nabi saw. Apabila tawaran itu dikemukakan, baginda menolaknya kerana tawaran iti mempunyai moif eksploitasi dan mensyaratkan nabi mengakui Latta dan Uzza. Penolakan itu kerana nabi saw tidak mahu diperalatkan oleh para koperat feudalis untuk keuntungan peribadi dan mensyaratkan Bgainda saw menyembah berhala.  

Tetapi siti khadijah memberi kebebasan kepada Baginda saw mengurus perniagaan tanpa syarat. Nabi saw jujur dan mempunyai tanggungjawab kemanusiaan. Lantaran kejujuran baginda dengan dengan dasar kemanusiaan itulah, baginda saw terkenal bukan sahaja di tanah Arab, bahkan di peringkat antarabangsa selaku tokoh keperat Al-Amin.  

PARA SAHABAT DAN ULAMA DENGAN BIDANG PERUSAHAAN DAN PERNIAGAAN
Para sahabat nabi saw pula mempunyai pelbagai profesyen. Di antaranya, khubab bin Al-Arath sebagai tukang besi. Abdullah bin Mas’ud sebagai gembala kambing. Saad Abi Waqas sebagai tukang buat anak panah. Zubir Awwam sebagai tukang jahit dan Bilal bin Rabbah sebagai pembantu tukang jahit kepada Zubir. Salman Al-Farisi sebagai tukang gunting dan pengeluar tali. Ali bin Abi Talib sebagai penjaga(penyiram)kebun tamar.  

Para ulama besar pula umumnya diriwayatkan sebagai pengusaha dan peniaga. Contohnya seperti Imam Ahmad Hambal sebagai tukang membuat tali pinggang. Al-Faqeh Abu Hassan Ahmad bin Muhammad Al-Qaaduri bekerja sebagai pembuat kuali. Al-Faqeh Ahmad bin Umar Al-kassaf, pengarah kitab Al-kharaj, menyara hidupnya dengan membuat tapak kasut. Demikian dengan lain-lain ulama besar yang kitab mereka terkenal hingga sekarang ini umumnya mereka bekerja untuk mencari nafkah hidup.  

PASAR-PASAR TEMPAT NABI SAW BERNIAGA
 Muhammad Bin Habib Al Baghdadi dalam Al-Muhabbir telah menyenaraikan sebanyak 13 pasar yang mana nabi saw pernah berniaga sewaktu muda sbellum dilantik sebagai rasul. Di antaranya ialah;

PASAR ZAMATUL JANDAL
Pasar yang terkenal ini terletak di utara Hijjaz bersempadan dengan Syiria. Pasar tersebut dbukakan setahun sekali, selama sebulan pada bulan Rabi’ul Awwal. Ia didatangi oleh para peniaga antarabangsa membawa pelbagai jenis barangan negara masing-masing.  

PASAR MUSYAQQAR 
Pasar ini bukan sahaja terkenal sebagai shoping centre, tetapi terkenal juga sebagai pekan Tahunan Hijr(Bahrain)yang dibuka setiap tahun sepanjang bulan Jamadil Awwal. Juga menjadi tumpuan para pedagang antarabangsa.  

PASAR SUHAR 
Ia merupakan sebuah pusat membeli belah di Oman. Masa perniagaanya selama 15 hari setiap bulan rejab.  

PASAR DABA 
Terletak di kawasan pantai Oman. Masanya setiap penghujung Rejab. Pasar itu banyak dikunjungi oleh para peniaga Arab seperti India, China dan bangsa-bangsa Timur.  

PASAR SYIHR(MAHARAH) 
Terletak di kawasan pantai di antara Aden dengan Oman. Pekan ini terkenal dengan perniagaan minyak wangi (Al-Ambar). Perniagaan dijalankan pada 1 hingga 15 sya’ban.  

PASAR ADEN  
Pasar pekan Aden ini didapati banyak para peniaga dari timur dan selatan. Musim pasarnya bermula pada 1 hingga 10 Ramadhan.  

PASAR SAN’A  
San’a ialah ibu kota Yaman. Musim pasarnya pada 10 hingga akhir Ramadhan. Para peniaga kebanyakannya dari Pasar Aden berpindah jadualnya ke sini.  

PASAR RABIYYAH 
Sebuah pasar di Hadramaud. Musimnya selama sebulan bermula pada 15 Zulkaedah.  

PASAR UKAZ
Terletak di Najd. Musim pasarnya serentak dengan pasar Rabiyyah. Para peniaga dan pengunjungnya terdiri dari pelbagai kafilah seperti seperti Qurish, Kawazin, Ghatafan, Aslam, Ahabish, Adl, Ad Haya dan Mustaliq. Kemasyuran pasar ini bukan di segi aktiviti perniagaan sahaja, tetapi meliputi kegiatan kebudayaan dan keseniaan. 

PASAR ZUL’MAJAZ
Ia sebuah pasar kecil terletak berhampiran pasar ukaz. Musim pasarnya selama seminggu dari 1 hingga 7 zulhijjaz. 

PASAR MINA
Pasar kecil yang diguna ketika musim haji sahaja

PASAR NAZAT 
Terletak di Pekan Khaibar dan musim pasarnya selain 20 hari tanggal 10 hingga akhir muharam. 

PASAR HIJR 
Sebuah pasar di pekan kecil Yamamah. Musim pasarnya sama dengan Nazat. 

Demikian di antara pasar-pasar yang pernah menjadi tempat nabi saw berniaga. Semuan pasar-pasar tersebut terletak di semenanjung tanah Arab yang menjadi tumpuan para peniaga antarabangsa. Pengibatan baginda di tempat2 tersebut merupakan salah satu jadual Allah terhadap peribadi baginda sebelum dilantik menjadi rasul. Dari situlah nama, keturunan dan peribadi baginda saw terkenal dan mendapt gelaran bintang selaku “Al-Amin”Orang yang berwatak aman dan menyenangkan semua phak. Setelah dilantik sebagai Rasul, lalu menjadi mudahlah masyarakat dunia menerima dan mengakui kebenaran yang dibawa.  

Demikianlah antara hikmah nabi saw menjadi tokoh koperat sebelum dilantik sebagai rasul dan pemimpin. Setelah dilantik sebagai rasul dan pemimpin ummah dunia, baginda saw tidak lagi berniaga, kerana tugas memimpin dan mengurus nasyarakat lebih utama daripada perniagaan. Sama juga dengan para sahabat yang lain apabila dilantik sebagau khalifah mereka tidak berniaga lagi. Kerana perniagaan boleh menggangu tugas kepmpinan dan boleh menghilangkan kepercayaan rakyat. Oleh sebab itu, di dalam Islam golongan umarak(pemimpin), koperat, petadbir, dan lain-lain adalah golongan yang mempunyai tugas yang berlainan dan tidak boleh dicampur-adukkan, namun semuanya untuk berkhidmat kepada masyarakat.  

Oleh kerana itu terdapat keterangan di dalam kitab “Tafsir An Naisaburi”bahawa tegaknya sebuah negara Islam adalah oleh lima golongan ini iaitu, kebijaksanaan para ulamak, kadilan para penguasa(pemimpin), Do’a orang yang iklas(para ahli sufi dan tarikat), kejujuran para pengusaha atau ahli koperat dan kejujuran para pentadbir jabatan kerajaan. Jadi, para ahli perniagaan dan tokoh koperat merupakan salah satu golongan yang menjadi tunggak kepada negara.  

PERNIAGAAN SEBAGAI JALAN MENCAPAI TAKWA 
Setiap manusia mempunyai dorongan nafsu atau keinginan untuk menjadi kaya, mereka yang ada kesempatan dan kemampuan akan turun sendiri ke gelanggang nya. Gelanggang keduniaan yang cepat mencapai kejayaan ialah berniaga. Perniagaan adalah salah satu bidang kerja yang baik dan dianjurkan oleh Islam. Keterangan tentangnya telah disebut pada bab lalu sehingga Rasulullah menjamin “ sembilan persepuluh daripada rezeki adalah dalam perniagaan(Riwayat saied bin mansor)  

Suatu pekerjaan yang baik mesti dimulakan dan dilaksanakn dengan hal yang baik supaya menghasilkan hal atau natijah yang baik pula. Oleh sebab itu para ahli perniagaan disebut sebagai orang yang mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia di akhirat dengan syarat mereka beriman dan bertakwa serta jujur. Demikian kurniaan yang Allah letakkan kepada para ahli perniagaan dengan syarat mereka bertakwa, jujur, dan menepati janji(tidak menipu).  

Tapi hakikat yang berlaku kini ialah mereka melakukan sedkit kesilapan kerana ada diantara mereka melaksanakn aktiviti perniagaan bukan atas dorongan mencari keredhaan Allah da mendapat takwa. Sebaliknya mereka berniaga semata-mata untuk mencari kekayaan untuk bermegah-megah dan mengumpul kekayaan tanpa melaksanakan tanggungjawab terhadap sosial. Dorongan seumpama inilah yang mesti kita hindari. Sepatutnya kita berniaga kerana ingin membantu agar terwujudnya sistem ekonomi slam dalam masyarakat atau sekurang-kurangnya kita dapat membantu diri dan keluarga dan setelah itu membantu masyarakat Islam.  
Jika kekayaan sudah menjadi matlamat, maka apa cara pun orang akan gunakan untuk mencapainya sama ada menerusi syariat atau tidak. Bahkan maruah diri pun sudah tidak dihiraukan lagi. Demi “INTERTAIMENT” dengan rakan-rakan peniaga mereka sanggup bergaul bebas, belum lagi penglibatan mereka dengan perkara-perkara haram lainnya seperti riba dan segala unsur-unsur penipuan dalam perniagaan. Sebenarnya, jikalau dorongan berniaga benar-benar kerana Allah maka perkara-perkara seumpamanya dapat dihindari. Malah kalau kita pandai mengendalikannya tidak mustahil kita boleh mendapat keuntungan berkali-kali ganda. Perniagaan itu pula boleh menjadi ibadah sebagai saham akhirat di samping sebagai sumber kekayaan yang dapat memudahkan kehidupan didunia.  

SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI KOPERAT MUSLIM 

Berikut adalah syarat-syarat menjadi ahli koperat muslim.  

1)Perniagaan mestilah tidak berhubung-kait dengan riba untuk mendapatkan modal. Tidak berurusan dengan bank yang mensyaratkan pinjaman secara segala secara segala modal hendaklah diperoleh dengan mengadakan kerjasama secara muslim.  

2)Barang-barang yang diperniagakan itu bukanlah barang yang diharamkan seperti inuman yang memabukkan. Pakaian yang tidak sesuai dngan syariat, patung-patung dan lain-lain jenis yang dilarang,  

3)Tidak meluoakan tugas-tugas asa sebagai hamba Allah seperti sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain lagi. Demikian pula bagi peniaga wanita hendaklah tidak meninggalkan tgas-tugas asas sebagai wanita, isteri dan sebagainya.  

4)Apabila mendapat keuntungan lebih, tidaklah menunjukkan gembira yang keterlaluan. Kerana segala nikmat hanyalah titipan sementara daripada Allah. Sebaliknya bila kerugian tidak terlalu bersedih dan menderita sehingga hilang pertimbangan. Anggaplah harta itu diambil kembali oleh pemilinya iaitu Allah. Dengan demikian hati akan selaui tenang dan terus giat berniaga tanpa rasa ada gangguan. Keuntungan yang diperoleh mesti disyukuri dengan membelanjakan di jalan Allah dan mmbersihkannya dengan zakat. Firman Allah maksudnya... ”Jika engkau bersyukur atas nikmat-Ku nescaya akan aku tambah. Dan jika kamu kufur maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih. (Ibrahim) 

BENTUK OPEARSI EKONOMI ISLAM  
Islam adalah agama yang datang daripada Allah dan mempunyai bentuk tersendiri dan berbedza dalam semua hal dengan agama lain. Jadi ekonomi Islam juga berbeza dengan bentuk ekonomi jahiliah, sama ada dari kalangan ekonomi sosialis atau kapitais. Antara ciri-ciri ekonomi Islam ialah seperti berikut; 

1)Bersih daripada riba 
Riba al-fadl iaitu menukarkan dua barang yang sejenis dengan tidak sama 
Riba al-qirad iaiu meminjam dengan syarat ada keuntungan bagi yang mempiutang 
Riba al-yad iaitu berpisah dari tempat akad sebelum timbang terima 
Riba al-Nasi’ah iaitu penukaran yang disyaratkan terlambat salah dua barang 

2)Bersih daripada benda-benda haram  
3)Bersih daripada monopoli dan penindasan 
4)Bersih daripada spekulasi harga. Iaitu tidak menyorok barang-barang untuk tujuan menaikkan harga dan bersih daripada hutang.  

ADAB-ADAB PENGUSAHA PENIAGA ISLAM 

Berikut merupakan adab-adab pengusaha peniaga Islam;

1)Niat
Niat betul ialah niat keana menuani perintah Allah. Bekerja mencari nafkah atau melaksanakan perintah fardhu kifayah adalah dituntut oleh Allah. Orang muslim dilarang menggangur atau dilarang meminta-meminta. Jadi, siapa yang niat bekeeja keran tujuan dn tuntutan tersebut makan dianggap berniat kerana Allah. 

2)Tidak melanggar perintah Allah
Contohnya berniaga dengan modal yang halal, bercucuk tanam atas tanah sendiri atau menyewa tanah bukan menceroboh. Mengambil upah tidak secara menipu. Selain itu, tidak termasuk dalam suasana maksiat, percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram, berlaku pendedahan aurat, rasuah dan sebagainya. 

3)Hasil daripada pekerjaan benar-benar digunakn ke jalan yang halal. 
Benar-benar membelanjakan kepada keluarga, srkiranya ada kelebihan hendaklah diderma atau diblanjakan kepada fakir miskin atau ke jalan kebajikan. Selain iti, kita dapat menggunakan hasil itu ke jalan yang benar dengan mengerjakan ibadah haji. Tambahan pula dikira natijah yang betul juga jika mempunyai kekayaan serta pangkat tapi lantaran semua itu tidak menjadi sombong dan tidak dan tidak bakhil. 

4)Tidak meninggalkan tuntutan wajib atau fardhu ain. 
Walaupun sibuk bekerja tetapi tidak mengabaikan perkara wajib seperti, solat 5 waktu, menuntut ilmu fardhu ai, menunaikan zakat dan sebagainya. Selain itu, tidak mengabaikan hal-hal syariat batin seperti ikhla, jujur, kasih sayang, tawaduk dan lain-lain lagi. 

ADAB-ADAB AHLI PERNIAGAAN
Merujuk kitab Al Adab Fiddin oleh imam AL-Ghazali iaitu tentang adab-adab selaku ahli perniagaan Islam yang patut dijaga dan diamalkan oleh para peniaga Islam iaitu;

1)Janganlah membolot dan menindas perniagaan orang lain. 

2)Janganlah mengurangkan sukatan atau timbangan sesuatu barang

3)Layanilah pembeli mengikut keadaan masing-masing

4)Hendaklah menjual barangan dengan harga berpatutan

5)Selalulah berusaha memperbaiki mutu barangan. 

PERATURAN DAN HUKUM-HAKAM BERNIAGA SECARA ISLAM
Dalam membicarakan tentang perniagaan, dijelaskan tentang peraturan dan hukum-hakam berniaga di dalam Islam mnurut sepertimana yang telah digariskan oleh Allah dan Rasulullah di dalam Al Quran dan hadis. Walaupun Islam menggalakkan umatnya berniaga, tetapi bukan secara sesuka hati. Allah dan Rasul-Nya sekaligus memberi panduan dan mengadakan peratuan yang lengkap agar per niagaan umat Islam berbeza dengan sistem perniagaan agama lain. Agama Islam melarang menjalankan operasi ekonomi atau berniaga secara batil yang mengandungi unsur penipuan, perampasan, riba dan rasuah serta lan-lain lagi. Berdagang atau berniaga ialah segala usaha atau proes tukar menukar dengan perantaran wangdan barangan di antara orang yang menghasilkan barangan dengan para peniaga atau pembeli. Jual-beli ialah menukar barang dengan barang dengan barang atau barang dengan wang dengan jalan melepaskan hak milik daripada seorang kepada seorang lain atas dasar rela merelai sama ada tujuan mancari untung atau untuk membantu sesama Islam. 

SYARAT BERNIAGA DAN BERJUAL-BELI
Syarat berniaga dalam Islam ada empat iaitu;
1)Ada barangan atau wang
2)Ada penjual
3)Ada pembeli
4)Ada ijab dan qabul atau persetujuan jualan dan belian secara suka sama suka, sama ada secara tunai atau berhutang. 

RUKUN BERNIAGA DAN BERJUAL-BELI
Rukun berniaga pula ada tiga iaitu;
1)Ada akad atau ijab qabul
2)Ada orang yang mengakad
3)Ada barangan yang diakadkan. 

AKAD DAN SYARATNYA
Akad ertinya ikatan kata di antara penjual dan pembeli. Contohnya, penjual berkata “Aku jual barangan aku ini kepada kamu dengan harga sekuan”lalu pembeli menyambut “Aku membeli barangan kamu itu dengan harga sekian”Apabila berlaku dua dialog itu, maka tertunailah “AKAD” atau berlakulah ijab dan qabul iaitu penyerahan jualan dan penerimaan belian secara rela merelai di antara penjual dan pembeli. Jual beli yang tidak ada “akad” hukumnya tidak sah, kerana ijab kabul menunjukkan berlakunya proses tukar menukar secara rela. Pada dasarnya ijab kabul dilakukan dengan lisan. Selain itu, ijab dan qabul dibolehkan dengan bahasa atau isyarat tertentu yang menggambarkan maksud adanya persetujuan dua pihak. Khususnya dalam hal membeli barangan kecil dan murah serta barangan harian. Tetap jika barangan besar dan harganya mahal maka akad secara lengkap serta bersaksi dengan dokumen perjanjian diperlukan. 

SYARAT IJAB KABUL

1) Jangan ada batas atau keadaan yang memisahkan di antara ucapan ijab penjual denga kabul si pembeli, seperti pembeli diam sahaja(tidak mengucapkan kabul)setelah si penjual menyatakan ijab atau penjual diam tidak menyatakan ijab, pembeli menyatakan qabul cara ini sah. 

2)Tidak dicelah oleh kata-kata lain di antara perkataan ijab penjual dengan qabul pembeli. 

3)Tidak ada taklik atau kaitan, seperti kata penjual “jika bapa aku mati, maka aku jual barangan ini”lalu pembeli menjawab”Aku beli barangan itu”. Atau penjual berkata “Aku jua barang itu dengan harga sekian”lalu pembeli menjawab. ”jika aku dapat duit, aku beli barang ini. atau”jika isteri aku setuju aku beli barang ini”. Jadi suasana dan keadaan ijab qabul seperti ini tidak sah. 

4)Jangan dibatasi oleh waktu. 

DARIHAL ORANG YANG BERAKAL 

1)Berakal dan baligh
Iaitu sudah cukup umur dan mampu bezakan samada perkara baik atau buruk

2)Tidak gila dan tidak bodoh
Tidak sah berakad jual-beli oleh orang atau bodoh sebab mereka diangga golongan ahli dalam mengendalkan harta dan juga dalam berjual-beli. Oleh itu hata benda yang walau pun dimiliki oleh golongan itu, mereka tidak boleh menjua dan tidak boleh pila diserahkan harta untuk mereka beli. 

3)Beragama Islam
Syarat ini hanya untuk pembeli sahaja, iaitu hkusus untuk jual-beli seperti sesuatu yang mengandungi ayat Al Quran atau kitab-kitab hadis dan agama Islam dan juga membeli hamba yang Islam serta lain-lain barangan yang berhubungan dengan agama Islam seperti masjid, musallah dan sekolah agama serta lain-lainagi yang boleh menghina dan merendahkan martabat Islam, jika dijual kepada orang bukan beragama Islam. 

Dari hal barangan yang diakad dan diperjual-belikan
Diantara syarat yang diakadkan ialah:

1)Barang-barang suci atau mungkin boleh disucikan 
Barang-barang yang najis seperti anjing dan babi serta arak dan lain-lain tidak sah diperjual-belikan oleh itu sumber perniagaan daripada perkara tersebut adalah haram. 
Barang-barang suci atau boleh disucikan. 
Ada pun binatang haram atau najis yang kulitnya boleh disucikan secara samak, sah diperjual-belikan seperti ular, buaya, harimau dan lain-lain. Itu pun termasuk untuk tujuan kegunaan dan manfaat ke arah jalan lurus. 

2)Barang-barang yang memberi manfaat. 
Segala barangan atau binatang yang tidak bermanfaat tidak sah diperjual-belikan. Contohnya, seperti berhala, alat muzik yang diharamkan, barangan curi. Selain itu, binatang yang tidak mendatangkan manfaat tidak sah dijual melainkan kuitnya boleh dimanfaatkan oleh manusia seperti kulit buaya, ular dan harimau. 

3)Barangan yang diserahkan kepada pembeli
Tidak sah diperjualkan-belikan barang yang belum atau sulit untuk mendapatkannya atau masih di dalam usaha membuat atau barang yang sdang dicari kecuali menempah sahaja dibolehkan tapi belum sah sebagai berjual-beli. 
Tidak sah juga diperjual-belikan ikan yang masih dilautan dan buah yang masih di pokok. 

4)Barangan milik sendiri
Tidak sah diperjual-belikan barangan milik orang lain tanpa izin atau setelah diwakilkan. 
Tidak sah juga diperjual-belikan barangan milik bersama. 

5)Barangan yang tidak jelas dan tidak diketahui. 
Tidah sah diperjual-belikan barangan yang belum jelas akan jumlahnya, jenisnya, bentuk dan keadaanya. Contohnya ikan didalan kolam, galian di dalam tanah dan sebagainya, adalah semuanya tidak sah kecuali secara pajak untuk keseluruhan mengikut tempoh yang telah dipersetujukan. 

6)Jual beli yang dilarang dan tidak sah. 
Terdapat beberapa barangan yang dilarang diperjual-belikan oleh Islam, antaranya ialah;
Barangan yang diharamkan oleh agama seperti arak, babi dan anjing, setiap barangan yang dilarang diperjual-belikan maka ijab kabulnya tidak sah dan tebatal. 
Anak binatang yang masih di dalam kandungan ibu atau anak yang akan diakandungkan. Sebab dilarang ialah kerana ia belum nampak dan belum ada lagi. 

7)Jual-beli yang dilarang, tapi sah akadnya. 
Penggunaan orang tengah. perbuatan itu menyulitkan pengguna, lebih –lebih lagi barangan itu adalah barang keperluan asas. Jual beli cara ini sah tetapi perbuatannya haram dan dilarang. 
Menawar untuk membeli barangan yang telah ditawar untuk dibeli oleh orang lain. Perbuatan itu dilarang bahkan diharamkan kerana menyakitkan hati orang lain. 

8)Jual-beli secara spekulasi
Khususnya barangan keperluan asas atau keperluan harian Islam amat melarang disimpan atau disorok atau dibeli secara banyak kemudian disimpan untuk tujuan menjual semula ketika harga mahal atau ketika barang tidak ada dipasaran. Sebab dilarang ialah menimbulkan kesulitan kepada masyarakat. Walau pun jual-beli itu sah, tetapi perbuatan itu adalah haram dan berdosa kerana menyusahkan masyarakat dan dianggap mencari kesempatan untuk mengaut keuntungan berlebihan. 

9)Jual-beli secara lelong
Jual-beli secara lelong atau dalam istilah syariah disebut sebagai jual-beli muzayadah. Jual-beli cara demikian diharuskan kerana Rasulullah juga pernah melakukan. Jualan demikian tidak sama dengan membeli di atas belian atau tawaran orang lain, kerana tawaran dipasaran lelong tidak ditentukan harga oleh penjual dan belum dilakukan akad jual-beli dan belum dilakukan serahan kerana belum dipindah milik. 

10)Jual-beli secara murabahah
Jual-beli secara murabahah ialah penjual menyebut harga yang dbelinya dan jika ia hendak menjualnya ia meminta sedikit keuntungan. Contohnya, katanya “barang ini aku beli dengan harga RM10. 00, tetapi aku nak jual dengan harga RM 12. 00”syarat dan harganya itu diterima oleh pembeli. Maka sah jual-beli demikian. 

11)Jual-beli secara pesanan atau tampahan
Jual-beli demikian dibolehkan di dalam Islam dengan menemui beberapa rukun dan syaratnya, berikut adalah rukun pesana dan tempahan. 
1)Ada dan pasti orang yang memesan dan menempah 
2)Ada dan pasti orang tempat memesan dan menempah
3)Ada barang yang dipesan atau ditempah
4)Ada wang untuk pembayaran tunai
5)Ada ijab dan qabul atau perjanjian di antara si pemesan atau penempah dengan penerima pesanan dan penempahan. 
Perantaran atau wakil dalam jual-beli
Maksud perantaran atau wakil dalam jual-beli ialah seorang yang dilantik atau diwakilkan bagi menjual barangan orang lain, sama ada dibayar upah atau diberi komesyen atau diambil faedah daripada lebihan harga yang ditentukan. Contohnya, lebihan harga daripada harga asal yang ditentukan oleh wakil penjual. Sebagai contoh, yang empunta barang menetapkan harga jualan sebanyak RM 100. 00. Tetapi ganjaran untuk tukang jual, maka diserahkan kepada budi-bicara wakil penjual menetapkan beberapa harga jualannya yang difikirkan patut diambilnya dan yang lebih daripada harga asal itulah untuk wakil penjual. Lalu wakil penjual menetapkan harga jualan sebanyak RM110. 00 jadi lebihan RM 10. 00 itu adalah hak wakil penjual. 

KESIMPULAN
Kesimpuannya perniagaan merupakan salah satu pekerjaan yang digalakkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Hal ini demikian kerana telah tertulis di dalam Al Quran. Malah rasulullah sendiri merupakan ahli perniagaan dan menjadi tokoh perniagaan yang terkena dan disegani oleh serata dunia. Rasulullah telah meletakkan garis panduan yang harus dipatuhi sekiranya kita ingin menjadi ahli perniagaan, supaya rezeki yang diperoleh nanti menjadi halal dan dapat digunakan ke jalan yang diredai Allah SWT. Akhir sekali kita sewajarnya segala perintah Rasullullah untuk menjalankan perniagaan dan menjadikan rasulullah sebagai role model untuk kita berjaya dalam perniagaan. 

Rujukan
Salleh, ustaz. Jaafar(2001). Ekonomi dan perniagaan secara Islam, Kuala Lumpur:Al-Hidayah. 

Muhammad Nejatullah siddiqi(1989). Pemikiran ekonomi Islam, terjemahan, Kuala Lumpur:Skim nadi. 

Haron, Dato’. Dr. Din(2007). Islam agama bisnes dan pengurusan, Kuala Lmpur:PTS Mellennia

Muhammad Nejatullah Siddiqi(1989). Perusahaan ekonomi dalam Islam, terjemahan, Kuala Lumpur:zizi press

Abulhassa, Dr. Muhammad Sadeq(2003). Pembangunan ekonomi dalamIslam, terjemahan, Kuala Lumpur:Institut terjemahan negara. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com