Perkahwinan Dalam Islam

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz B Harjin
Pensyarah Pendidikan Islam

Disediakan Oleh:
Nasuha Bt Abd Ghani
2014640732

Pendahuluan

Pensyariatan Perkahwinan Dalam Islam Adalah Untuk Memenuhi Kehendak Fitrah Manusia Yang Memerlukan Kasih Sayang Dan Perhatian. Iman, Kasih Sayang, Dan Pergaulan Yang Baik Adalah Asas Yang Perlu Ada Dalam Kehidupan Berkeluarga.

Suami Bertindak Sebagai Ketua Keluarga Yang Bertanggungjawab Memberi Nafkah. Isteri Pula Wajib Mentaati Suami Dan Mendidik Anank-Anak. Mereka Ini Adalah Golongan Yang Berjaya Melaksanakan Amanah Yang Diberi Iaitu Sebagai Khalifah Allah Yang Mempertahankan Peradaban Dan Tamadun Manusia.

Orang Berkahwin Bertanggungjawab Secara Keseluruhannya Terhadap Rumah Tangga Dan Ahli Keluarga. Segala Perbuatan Yang Dilakukan Demi Kesejahteraan Dan Kebahagian Keluarga Mendapat Pahala Daripada Allah. Perkahwinan Merupakan Suatu Sunnah Rasulullah Saw Bagi Meneruskan Dakwahnya Mengatasi Masalah Sosial Dalam Masyarakat, Mewujudkan Generasi Yang Soleh.

Rasulullah Juga Turut Menerangkan Dan Menjelaskan Dalm Hadis. Di Sini Menunjukkan Bahawa, Perkahwinan Itu Bukanlah Sebagai Satu Ikatan Sahaja, Malah Sebagai Satu Sunnah Nabi Dan Sebagai Satu Perintah Dari Allah Swt.

Takrif Perkahwinan

Perkahwinan Atau Nikah Menurut Bahasa Ialah Berkumpul Dan Bercampur. Menurut Istilah Syarak Pula Ialah Ijab Dan Qabul(‘Aqad) Yang Menghalalkan Persetubuhan Antara Lelaki Dan Perempuan Yang Diucapkan Oleh Kata-Kata Yang Menunjukkan Nikah, Menurut Peraturan Yang Ditentukan Oleh Islam. Perkataan Zawaj Digunakan Di Dalam Al Quran Bermaksud Pasangan Dalam Penggunaannya Perkataan Ini Bermaksud Perkahwinan Allah Swt Menjadikan Manusia Itu Berpasang-Pasangan, Menghalalkan Perkahwinan Dan Mengharamkan Zina. (Khairunnisa’ Yusoff:2012)

Hukum-Hukum Perkahwinan

Menurut Syariat Islam, Hukum Perkahwinan, Jika Dirumuskan, Terdiri Atas Beberapa Bahagian. Ada Perkahwinan Yang Berhukum Wajib, Sunah, Makruh, Harus Dan Bahkan Ada Yang Haram. Perkahwinan Yang Dikategorikan Wajib Ialah Orang Yang Mempunyai Kesanggupan Dan Kemampuan Serta Memenuhi Syarat Untuk Berkahwin, Wajib Melangsungkan Perkahwinan Jika Dikhuatirkan Jatuh Dalam Penzinaan. Imam Al-Qurtubi Mengatakan, Orang Yang Mampu Tetapi Tidak Segera Berkahwin Padahal Ada Kesedaran Bahawa Hal Itu Cukup Membahayakan Diri Dan Agamanya, Sedangkan Cara Untuk Mengatasinya Hanya Melalui Perkahwinan, Maka Ia Wajib Menikah. Ulama Tidak Memperselisihkan Kewajipan Itu. (Fatimah Haji Omar:1997)

Rasulullah Saw Mengingatkan Yang Maksudnya:
“Hai Kaum Muda, Barangsiapa Di Antara Kamu Telah Mampu Berkahwin, Maka Beristerilah. Kerana Dengan Beristeri Lebih Menjaga Pandangan Dan Lebih Memelihara Kemaluan. ”
(Al-Jemaah Dari Ibnu Mas’ud R. A)

Perkahwinan Yang Dikategorikan Sunnah Pula Ialah Suatu Perkahwinan Bagi Seseorang Dikategorikan Sunah, Apabila Ia Dapat Menjaga Diri(Menjamin Dirinya)Tidak Akan Tergelincir Ke Perbuatan Yang Dilarang Allah. Perbuatan Yang Dimaksudkan Adalah Fakhisyah. Perbuatan Fakhisyah Dalam Hal Seksual Tidak Hanya Dengan Lawan Jenis, Tetapi Termasuk Homoseks, Lesbian Dan Sebagainya. Orang Yang Mampu Menjaga Diri Tanpa Berkahwin, Justeru Itu Lebih Utama Jika Waktu-Waktunya Digunakan Beribadah Kepada Allah. Demikian Menurut Sayid Sabiq. (Fatimah Haji Omar:1997)

Perkahwinan Yang Dikategorikan Makruh Ialah Orang Yang Tidak Mampu Memberi Nafkah Zahir Dan Batin Kepada Isterinya, Tetapi Tidak Menimbulkan Kekecewaan Pihak Isteri Kerana Suatu Alasan Tertentu, Maka Perkahwinan Itu Termasuk Makruh. Contohnya Wanita Yang Dikahwininya Itu Orang Kaya Dan Minimum Sekali Hasratnya Untuk Melakukan Aktiviti Seks. Bahkan Lebih Dimakruhkan Lagi Jika Perkahwinan Itu Hanya Mengganggu Kesibukannya Terhadap Suatu Amal Ibadah, Atau Penumpuan Di Bidang Keilmuannya. (Fatimah Haji Omar:1997)

Perkahwinan Yang Dikategorikan Harus Ialah Seseorang Yang Seimbang Perasaannya Jika Tidak Berkahwin Tidak Akan Melakukan Zina. Jika Berkahwin Dia Tidak Akan Menzalimi Isterinya. Manakala Perkahwinan Yang Dikategorikan Haram Ialah Orang Yang Tidak Berkemampuan Untuk Memberi Nafkah Batin Dan Lahir Dan Ia Sendiri Tidak Berkuasa(Lemah) Tidak Punya Keinginan Berkahwin Serta Akan Menganiayai Isterinya Jika Dia Berkahwin. (Fatimah Haji Omar:1997)

Hikmah Perkahwinan
Bermula Dengan Perkahwinan Nabi Adam A. S Dengan Siti Hawa Maka Zuriat Manusia Berkembang Biak Melalui Perkahwinan. Biarpun Hukum-Hukum Perkahwinan Berubah Dari Keturunan Terawal Itu Sehingga Kepada Syariat Islam Yang Diturunkan Kepada Umat Muhammad Saw, Namun Perkahwinan Tetap Mempunyai Hikmah Yang Cukup Besar, Yang Memberi Manfaat Kepada Kehidupan Manusia Sendiri. Apakah Hikmah Allah Mensyariatkan Perkahwinan?Antaranya Ialah Sunnah Para Nabi Dan Rasul

Firman Allah Yang Bermaksud:”Demi Sesungguhnya Kami(Allah) Telah Mengutus Rasul Sebelum Kamu Dan Kami Jadikan Untuk Mereka Isteri-Isteri Dan Juga Keturunan. ”(Al-Rad:38). Allah Mengutuskan Para Nabi Dan Rasul Sebagai Pemimpin Umat Manusia Ke Jalan Kebenaran. Mereka Adalah Model Yang Mesti Diikuti Demi Keamanan, Kebahagiaan Dan Kedamaian Dalam Kehidupan. Dengan Mencontohi Sunnah Rasul Yakni Membina Keluarga Melalui Perkahwinan, Kita Akan Memperolehi Kebaikan Dan Keselamatan Yang Berpanjangan Bukan Sahaja Di Dunia Malah Berlanjutan Di Akhirat.

Rasulullah Amat Menggalakkan Umatnya Supaya Berkahwin. Daripada Aisyah R. A Berkata, Bersabda Nabi Saw:Perkahwinan Itu Adalah Sunnahku, Sesiapa Yang Tidak Suka Mengikut Sunnahku Maka Bukanlah Dia Daripada Golongan Umatku. ”(Riwayat Ibn Majah). (Rizky Banjary:2013)

Selain Itu, Zuriat(Mengekalkan Keturunan Manusia Dengan Jalan Yang Benar). Rasulullah Saw Amat Berbangga Dengan Umatnya Yang Ramai Di Akhirat Nanti. Justeru Menerusi Perkahwinan Akan Lahirlah Zuriat Umat Islam Yang Beriman Dan Bertakwa. Daripada Ma’qal Bin Yasar, Bersabda Rasulullah Saw:
“Berkahwinlah Kamu Denagan Wanita Pengasih Dan Subur, Kerana Aku Akan Berbangga Denagan Jumlah Kamu Yang Ramai. ”(Riwayat Abu Daud).

Allah Swt Berfirman Yang Bermaksud:”Wahai Sekalian Manusia!Bertakwalah Kepada Tuhan Kamu Yang Telah Menjadikan Daripada(Adam) Itu Pasangannya(Isterinya-Hawa), Dan Juga Yang Membiakkan Daripada Kedua-Duanya-Zuriat Keturunan-Lelaki Dan Perempuan Yang Ramai. Dan Bertakwalah Kepada Allah Swt Yang Kamu Selalu Meminta Dengan Menyebut-Nyebut Namanya, Serta Peliharalah Hubungan Silaturrahim Kaum Kerabat;Kerana Sesungguhnya Allah Swt Sentiasa Mengawasi Kamu.
(Surah An-Nisa:Ayat:1). (Rizky Banjary:2013)

Di Samping Itu Dapat Memelihara Iman. Al-Baihaqi R, A Meriwayatkan Daripada Rasulullah Saw. ”Apabila Telah Berkahwin Seseorang Hamba Itu, Maka Ia Telah Memenuhi Separuh Agamanya. Maka Bertakwalah Ia Kepada Allah Pada Separuh Yang Belum Disempurnakan Lagi. Hadis Ini Menjelaskan, Apabila Seseorang Itu Telah Berkahwin, Maka Ia Akan Terselamat Daripada Perkara-Perkara Dosa, Terutama Yang Berkaitan Dengan Nfsu Syahwat.

Rasulullah Saw Bersabda Yang Bermaksud:”Barangsiapa Yang Mampu, Hendaklah Dia Berkahwin Kerana Dengan Sedemikian Dapat Menundukkan Penglihatan Dan Dapat Memelihara Kehormatannya. Dan Barangsiapa Yang Tidak Mampu Berkahwin, Hendaklah Ia Berpuasa Kerana Puasa Dapat Menghalang Keinginan Nafsunya. ”(Riwayat Ibn Mas’ud). (Rizky Banjary:2013)

Seterusnya, Tenang Dan Tenteram. Melalui Perkahwinan, Seseorang Akan Berasa Bahagia, Aman Dan Tenteram Dengan Adanya Ikatan Kasih Sayang Antara Suami Isteri. Allah Berfirman Bermaksud:”Dan Antara Tanda-Tanda Membuktikan Kekuasaan Dan Rahmatnya, Bahawa Ia Menciptakan Untuk Kamu(Wahai Kaum Lelaki)Isteri-Isteri Daripada Jenis Kamu Sendiri Supaya Kamu Bersenang Hati Dan Hidup Mesra Bersamanya, Dan Jadikanlah Antara Kamu Perasaan Cinta Dan Kasih Sayang. ”(Ar-Rum:21). (Rizky Banjary:2013)

Berikutnya Dapat Mendisiplinkan Hidup. Melalui Perkahwinan Akan Wujud Kehidupan Teratur Dan Berdisiplin Dalam Kehidupan Berumah Tangga. Akan Berlaku Rasa Tanggungjawab Dan Pengagihan Tugas Antara Suami Dan Isteri, Ibu Bapa Dan Anak-Anak Dan Abang/Kakak Dengan Adik-Adik. Perkahwinan Akan Mewujudkan Asas Cara Hidup Yang Tersusun Dan Teratur, Seterusnya Membawa Kepada Masyarakat Yang Demikian Juga. (Rizky Banjary:2013)

Akhir Sekali, Yakin Rezeki Daripada Allah. Dengan Berkahwin, Akan Mengikis Kebimbangan Tidak Mampu Memikul Tanggungjawab Kepada Isteri Dan Anak-Anak Disebabkan Kemiskinan. Ini Selalunya Berlaku Kepada Golongan Yang Hidup Miskin. Ada Kalanya Berasa Takut Untuk Menempuh Perkahwinan. Seterusnya Allah Yang Menjamin Rezeki Setiap Hambanya. Sabda Nabi Saw:”Sesiapa Yang Meninggalkan Berkahwin Kerana Takut Miskin, Maka Dia Bukanlah Daripada Golonganku. ”(Riwayat Abu Daud).

Rezeki Adalah Dalam Kekuasaan Allah. Manusia Hanya Perlu Berusaha Mendapatkan Rezeki. Selain Bekerja Untuk Menyara Kehidupan, Usaha Lain Yang Boleh Diamalkan Ialah Dengan Bersolat Dhuha Setiap Hari, Insyaallah Akan Dikurniakan Allah Murah Rezeki.
Dari Aisyah R. H. A Sabda Nabi Saw, ”Berkahwinlah Kamu Kerana Perempuan Itu Juga Boleh Menolong Kamu Mencari Harta Dan Boleh Menjimatkan Harta. ”(Riwayat Imam Al-Bazzar). (Rizky Banjary:2013)

KHAIFIAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Kaifiat perkahwinan mempunyai beberapa cara iaitu, pemilihan calon suami dan isteri, peminangan dan batas-batas pergaulan, rukun nikah serta mahar dan walimatulurus.

Pertama sekali ialah pemilihan calon suami dan isteri. Islam menyuruh umatnya memilih bakal suami atau isteri yang baik agama dan akhlaknya, berharta dan berketurunan baik. Daripada Abu Hurairah r.  berkata, bersabda Nabi SAW:
“Perempuan itu dikahwini kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama, bahagialah engkau. (Khairunnisa’ Yusoff:2012)

Terdapat beberapa ciri-ciri suami yang baik. Antaranya adalah yang berkemampuan. Mampu yang dimaksudkan berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Selain itu, bertanggungjawab. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang ti dak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Di samping itu, berilmu pengetahuan supaya dapat membina keluarga yang bahagia. Seterusnya, datang membina keluarga yang bahagia. Seterusnya, datang daripada keturunan orang yang baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua, berpegangan agama dan tidak berpenyakit keturunan. (Khairunnisa’ Yusoff:2013)

Terdapat juga ciri-ciri isteri yang baik. Rasulullah SAW menggariskan sebaik-baik wanita yang soleh ialah seorang isteri apabila suami melihatnya, akan menjadikan riang dan suka. Apabila menyuruh berbuat sesuatu dia tetap mematuhi suruhan. Apabila disuruh bersumpah mengenai dirinya, dia tetap berpegang dengan sumpahnya. Sekiranya berjauhan dia menjaga kehormatan dan harta suaminya. Selain itu, sifat yang perlu diberi keutamaan mencakupi raut wajah yang menyenangkan, akhlak baik terhadap suami, amanah dan setia. Di samping itu akhlak yang baik terhadap suami turut dititikberatkan dalam Islam ketika memilih calon isteri. Faktor ini bagi menjamin kerukunan rumah tangga. Isteri yang baik ialah isteri yang mentaati perintah dan suruhan suami sejauh mana ia tidak bertentangan dengan apa yang digariskan oleh suami. Satu lagi ciri ialah amanah dan setia. Pada pandangan Islam, isteri yang amanah dan setia bolehlah disifatkan sebagai isteri yang baik dan solehah. Mereka dapat menjaga kehormatan diri dan harta suami sekalipun ketika ketiadaan suami di rumah. Akhir sekali, wanita yang boleh melahirkan zuriat, adalah wanita yang menjadi pilihan untuk dijadikan isteri, kerana dalam sesebuah perkahwinan anak yang dilahirkan itu dapat menjadi pengikat atau penambat kasih sayang dan kerukunan rumahtangga. (Khairunnisa’ Yusoff:2012)

PEMINANGAN DAN BATAS PERGAULAN
Merisik adalah bertanya kepada seseorang atau melihat sendiri bakal isteri yang sesuai atau menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Merisik adalah langkah awal dalam proses memilih calon. Meminang merupakan lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Ia juga merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarkh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumah tangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.

Hadis Rasulullah berkenaan untuk merisik dan meminang. ”Daripada Abu Hurairah r. a berkata, sabda Rasulullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan:Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasulullah). Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan. ”(Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

Hadis Rasulullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:”Daripada Ibnu Umar r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:”Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia memutuskannya. ”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). (Khairunnisa’Yusoff:2013)

Batas pergaulan dalam tempoh pertunangan juga perlu dititikberatkan. Perhubungan antara pasangan yang bertunang dikira sebagai orang asing(ajnabi). Mereka diharamkan bergaul bebas dan berdua-duaan tanpa mahram. Pergaulan mereka hendaklah dibataskan mengikut batasan syarak. (Khairunnisa’Yusoff:2013)

RUKUN NIKAH DAN SYARAT-SYARATNYA


Rukun nikah mempunyai lima iaitu bakal suami, bakal isteri, wali, dua orang saksi, dan sighah(ijab dan qabul). Setiap rukun nikah tersebut mempunyai syarat-syarat tertentu. Di bawah ini akan membincangkan syarat-syarat bagi setiap rukun tersebut. Lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin mesti memenuhi syarat seperti yang dinyatakan ini iaitu syarat untuk bakal suami ialah Islam, lelaki, tidak beristeri empat dalam satu masa, bukan dalam ihram haji atau umrah, serta bukan mahram kepada isteri seperti mahram nasab, persemendaan atau penyusuan. Manakala syarat bagi bakal isteri pula ialah Islam atau ahli kitab, perempuan bukan isteri orang dan bukan dalam talak raji, bukan dalam ihram haji atau umrah dan bukan mahram kepada isteri seperti mahram nasab, persemendaan atau penyusuan. (Khairunnisa; Yusoff:2012)

WALI NIKAH
Wali nikah merupakan orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan. Terdapat beberapa syarat menjadi seorang wali dalam perkahwinan iaitu Islam, lelaki, baligh, berakal, merdeka, tidak dalam ihram haji serta tidak ditegah kuasanya daripada membelanjakan harta. Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat wajib menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak salah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak diambil kira, kita akan hidup di lembah zina. (Khairunnisa’Yusoff:2012)

Bahagian Wali
a)Wali nasab iaitu mereka yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan mengikut keturunan. Terbahagi kepada dua iaitu wali mujbir dan wali bukan mujbir. Wali mujbir ialah bapa dan datuk yang berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa persetujuannya terlebih dahulu dengan syarat bakal suami sekufu dengannya. Wali mujbir pula ialah mereka yang selain bapa dan datuk seperti saudara lelaki seibu sebapa atau seibu.
b)Wali hakim iaitu mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemrintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganannya atau wali nasab hilang kelayakan untuk mengahwinkan. (Khairunnisa’Yusoff:2012)

Susunan wali nikah pula ialah Bapa, datuk, saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, anak saudara lelaki daripada adik beradik lelaki seibu sebapa dan ke atas, anak saudara lelaki daripada adik beradik lelaki sebapa dan ke atas, bapa saudara seibu sebapa dan ke atas, bapa saudara daripada sebelah bapa, sepupu daripada bapa saudara seibu sebapa dan ke atas, sepupu daripada bapa saudara sebapa serta wali hakim. (Khairunnisa Yusoff:2012)

Antara sebab perpindahan kuasa wali nasab kepada wali hakima ialah tidak terdapat wali nasab mengikut susunan;wali nasab tidak dapat dikesan, tidak diketahui sama ada hidup atau mati;wali tinggal jauh melebihi dua marhalah;wali akrab dalam tahanan dan tidak dihubungi;wali sedang dalam ihram haji atau umrah;wali menyembunyikan diri;wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan; wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang
setaraf dengannya; dan wali enggan mewalikan perempuan itu. (Khairunnisa;Yusoff:2012)

SAKSI NIKAH

Perkahwinan memerlukan dua orang saksi yang melihat akad nikah itu berlangsung. Saksi diperlukan untuk menjamin sesuatu perkahwinan itu sah dan dapat mengelak daripada berlaku unta fitnah. Mereka boleh memberi keterangan sekiranya berlaku pertikaian berhubung dengan kesahan majlis akad nikah tersebut. Seseorang yang ingin menjadi saksi mestilah memenuhi syarat tersebut iaitu Islam, lelaki, baligh, berakal, adil, iaitu tidak melakukan dosa besar, sempurna pancaindera iaitu tidak buta, pekak atau bisu dan memahami lafaz ijab dan qabul. (Khairunnisa’Yusoff:2012)


Hikmah saksi boleh memberi keterangan sekiranya berlaku pertelingkahan. Selain itu, dapat memuliakan perkahwinan dan majlis akad nikah. Seterusnya, dapat menjamin suatu perkahwinan itu sah. Malah ia juga dapat mengelakkan berlakunya fitnah. (Khairunnisa Yusof:2012)

SIGHAH NIKAH (IAJB DAN QABUL)

Ijab dan qabul adalah aqad nikah. Perkahwinan dianggap sah apabila diakadkan oleh wali atau wakilnya dan dipersetujui oleh bakal suami atau wakilnya.
Ijab adalah lafaz yang diucapkan oleh wali seperti katanya, ’Aku nikahkan engkau dengan fulan bin fulan denagan anakku fulan binti fulan dengan mas kahwin RM6000 tunai’.
Qabul ialah jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami seperti katanya, ’Aku terima nikahnya fulan binti fulan dengan mas kahwin RM6000 tunai. ’(Khairunnisa Yusoff:2012)

Terdapat beberapa syarat sighah nikah. Ijab iaitu dilafazkan oleh wali atau wakilnya, ijab dan Qabul berlaku dalam satu majlis, tidak dilafazkan dengan bahasa sindiran, lafaz ijab jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan saksi dan tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan. Qabul pula ialah tidak menyalahi ijab, tidak diselangi oleh diam yang lama, dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya, menyebut nama bakal isteri atau ganti namanya, tidak dengan lafaz taklik dan tidak dibataskan dengan tempoh masa. (Khairunnisa Yusoff:2012)

MAHAR DAN WALIMATULURUS

Mahar
Mahar ialah suatu pemberian wajib diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk wang atau sutu yang bernilai selepas akad nikah. Pemberian mahar adalah wajib. Firman Allah SWT maksudnya:Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mahar kahwin mereka sebagai pemberian wajib. (Surah An-Nisak:Ayat 4)

Antara jenis mahar ialah mahar Musamma iaitu mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Seterusnya mahar Misl ialah mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri. (Khairunnisa’ Yusoff:2012)

Kadar mahar bergantung kepada persetujuan dan budi bicara kedua belah pihak. sebaik-baikn mahar ialah yang sederhana kadarnya. Syarat mahar ialah semua yang bermanfaat yang boleh dijadikan bayaran atau upah seperti wang, emas dan pekerjaan halal. (Khairunnisa Yusoff:2012)

WALIMATULURUS

Walimatulurus ialah kenduri atau jamuan bagi meraikan sesebuah perkahwinan. Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan duniawi. Hukum mengadakan walimatulurus adalah sunat muakkad. (Khairunnisa’Yusoff:2012)

Terdapat beberapa adab walimatulurus. Antaranya, adalah diadakan secara sederhana dan mengikut kemampuan. Selain itu, tiada unsur khurafat atau maksiat. Seterusnya, tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan. Akhir sekali, mendoakan pengantin dengan ucapan tahniah dan selamat. (Khairunnisa’ Yusoff:2012)

Terdapat juga beberapa hikmah. Antaranya adalah dapat melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT. Selain itu, menunjukkan tanda tahniah dan selamat kepada pengantin. Seterusnya, mengishtiharkan perkahwinan kepada umum. Akhir sekali, kerana mengikut ajaran Islam dan sunnah Rasulullah SAW. (Khairunnisa Yusoff:2012)

TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN ISTERI

Tanggungjawab Suami
Antara tanggungjawab suami ialah memberi nafkah zahir dan batin iaitu menunaikan keperluan seks isteri dan menyediakan keperluan asas dalam rumah tangga. Selain itu, memberi didikan agama yang cukup meliputi ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Malah memberi layanan yang baik iaitu bersikap lemah lembut, pengasih dan ramah mesra terhadap isteri. (Ismail Syafiee:2002)

Tanggungjawab Isteri
Antara tanggungjawab isteri ialah dengan mentaati suami. Selain itu memelihara maruah dan kehormatan diri. Seterusnya, menjaga harta suami dengan baik serta memberi layanan yang baik kepada suami. Akhir sekali, perlulah tinggal bersama suami di rumahnya(tidak tinggal berasingan). (Ismail Syafiee:2002)

Tanggungjawab Bersama
Antara tanggunggjawab bersama ialah memelihara dan mendidik anak-anak dengan baik. Selain itu, menghubungkan silaturrahim antara keluarga suami dengan isteri. Seterusnya, memenuhi keperluan dan hak masing-masing serta saling menghormati dan menjaga keaiban. Akhir sekali, nasihat-menasihati dengan lembut dan berhikmah. (Ismail Syafiee:2002)

PENUTUP


Konklusinya, daripada tajuk yang saya kaji terdapat banyak perkara yang kita perlu lakukan dalam mengikuti syariatIslam. Perkahwinan adalah cara hidup semula jadi manusia dan asas perkembangan masyarakat secara tersusun dan teratur. Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Islam adalah menjamin penerusan perkembangan masyarakat secara sihat dan tersusun demi kesejahteraan ummat. Dalam hal ini keharusan yang diberikan oleh Islam bukan bermakna galakan atau kebenaran yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

RUJUKAN
  1. Ismail Syafiee Al-Bakabi. (2002). Wanita dan hak kewajipannya di sisi Islam. Sungai Jawi, Pulau Pinang. Penerbitan Bakabi.
  2. Rizky Banjary. (2013). Cara Terindah Hidup Bersyariat. Batu Caves, Selangor. Mustread Sdn Bhd.
  3. Md. Isa Selamat. (1998). Lelaki Soleh. Kuala Lumpur. Darul Nu’man.
  4. Fatimah Haji Omar. (1997). Soal Jawab Bakal Pengantin Khusus Untuk Wanita. Kuala Lumpur. Al-Hidayah Publisher.
  5. Khairunnisa’ Yusoff. (2012). Pendidikan Islam SPM. Kuala Lumpur. Percetakan Rina Sdn Bhd.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
URL: abdazizharjin.blogspot.com
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
HP: 013-4006206
PJ: 04-9882701
R: 04-9882597

Last update 27/01/2015