Mukjizat-Mukjizat Rasulullah Saw

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh:
Najiha Jasmin Binti Mohd Roza’ai
2014602668

Pendahuluan
Rasulullah Adalah Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muthalib Bin Hasyim Bin Abdu Manaf Bin Qushai Bin Kilaab Bin Murrah Bin Ka’ab Bin Luai Bin Ghaalib Bin Fihr Bin Malik Bin Annadlar Bin Nizaar Bin Mu’ad Bin Adnan Sampai Kepada Nabi Ibrahim Al-Khaliil Alaihissalam. Rasulullah Saw Dilahirkan Pada Hari Isnin Bulan Rabiul’awal Tahun Gajah. Sebelum Diutuskan Sebagai Rasul, Rasulullah Saw Telah Memeluk Agama Dan Melaksanakan Peribadatan. Baginda Membenci Berhala Dan Barang-Barang Haram. Baginda Bekerja Sebagai Pengembala Kambing Dan Mengurus Barang Dagangan Siti Khadijah. Empat Belas Abad Sudah Berlalu Sejak Kewafatan Baginda Meninggalkan Alam Fana Ini, Namun Keagungan Peribadinya Tetap Menawan Hati, Memenuhi Telinga Dan Kenangan Tentang Dirinya, Merupakan Sumber Inspirasi Yang Berpanjangan Dan Baginda Tetap Sebagai Teladan Tertinggi Yang Penuh Idealisme. Kebesaran Nabi Muhammad Saw Bukan Bersumberkan Kedudukan Dan Harta, Bukan Pula Kemuliaan Salasilah Keturunannya, Tetapi Keagungan Serta Keperibadian Yang Luhur Akhlaknya. Dialah Insan Kamil Yang Hidup Dan Matinya Untuk Allah Swt Semata-Mata. Dialah Rasul Yang Terpilih Di Antara Semua Makhluknya Untuk Menyampaikan Panggilannya Kepada Seluruh Manusia. Maka, Risalah Terakhir Yang Dibawa Oleh Nabi Penutup Dan Rasul Terakhir Itu, Dikehendaki Agar Menjadi Agama Illahi Bagi Setiap Insan, Kerana Agama Yang Satu Ini Benar-Benar Senafas Dengan Fitrah Dan Naluri Kita Semua. 

Takrif
Terdapat Mukjizat Kubra Yang Telah Dialami Sendiri Oleh Rasulullah Saw Yang Tidak Dapat Disaksikan Oleh Manusia Lain, Di Mana Baginda Dianugerahkan Mukjizat Al Quran. Al- Quran Adalah Mukjizat Allah Yang Terbesar. Ia Mencabar Semua Orang Musyrikin Pada Bila-Bila Masa Supaya Mendatangkan Suatu Surah Seumpamanya Jikalau Mereka Orang-Orang Yang Benar. 

Mukjizat Seterusnya Adalah Baginda Diangkat Naik Ke Tempat Yang Paling Tinggi Lagi Mulia Iaitu ‘Sidratul Muntaha’, Supaya Baginda Dapat Menyaksikan Tanda-Tanda Kebesaran Allah Ta’ala. Baginda Juga Telah Sampai Ke Tempat Yang Paling Tinggi Yang Mana Jibril Sendiri Sebagai Malaikat Terdekat Dengan Allah, Tidak Pernah Sampai Ke Tempat Tersebut. 

 Tanda-Tanda Kenabian Yang Pertama Sekali Dapat Dketahui Dari Nabi Junjungan Iaitu Nabi Muhammad Saw Adalah Pembelahan Dada. Pertama Sekali, Semasa Baginda Baru Berusia Empat Tahun Manakala Kali Keduanya Pula Semasa Berusia Sepuluh Tahun. Pada Kali Ketiga, Tatkala Baginda Didatangi Oleh Malaikat Jibril Yang Membawa Wahyu Ketika Baginda Diangkat Menjadi Nabi, Manakala Kali Keempat Pula Adalah Pada Malam Baginda Diisra’kan. Simbol Kenabian Dan Mimpi Yang Baik Serta Selalu Menjadi Kenyataan Juga Tanda-Tanda Kenabian. 
Allah Ta’ala Telah Menguatkan Lagi Bukti Kenabian Baginda Dengan Pelbagai Peristiwa Luar Biasa. Sebahagian Daripadanya Merupakan Mukjizat Yang Berbentuk Material, Di Mana Peristiwa Yang Berlaku Dapat Disaksikan Sendiri Oleh Manusia. Contohnya, Peristiwa Terbit Air Dari Celah-Celah Jari Rasulullah Dan Telah Membuatkan Seekor Kambing Yang Kurus Kering Mengeluarkan Susu. Mukjizat Ini Dikatakan Agung Kerana Dilihat Sendiri Oleh Umatnya Dan Telah Membantu Mereka. 

 Perjalanan Naik Hingga Ke Langit Ketujuh Turut Termasuk Dalam Mukjizat Kubra Rasulullah. Walaupun Tidak Dapat Disaksikan Oleh Manusia Lain, Peristiwa Isra’ Dan Mikraj Ini Tetap Mendapat Keyakinan Segelintir Umat Yang Berpegang Kepada Agama Islam Ketika Itu. Perjalanan Naik Ke Langit Ketujuh Hanya Mengambil Masa Yang Singkat Sahaja Atas Kekuasaan Yang Maha Esa. 

 Akhir Kata, Para Nabi Dan Rasul Yang Lain Mencari Dan Berusaha Untuk Tercapainya Martabat Dan Kesempurnaan Bagi Diri Mereka Sendiri. Walaubagaimanapun, Nabi Kita Iaitu Nabi Muhammad Saw Diberi Anugerah Oleh Allah Akan Martabat Dan Kesempurnaan Tanpa Diminta. Maka, Tidak Hairanlah Dengan Mukjizat-Mukjizat Rasulullah Saw, Allah Swt Ingin Memperlihatkan Kekuasaan Dan Kebenarannya Terhadap Semua Hambanya. 

Mukjizat Dari Al Quran
Mukjizat Nabi Muhammad Saw Terlalu Banyak Dan Yang Terbesar Ialah Al Quran Al-Karim.. Kehadiran Al Quran Ketika Mana Masyarakat Arab Terlalu Mengagungkan Bahasa, Kecantikan Fasahah, Balaghah Dan Al-Bayan. Mereka Menentang Al Quran Dengan Kesenian Bahasa. Lalu Rasulullah Saw Meminta Mereka Untuk Mendatangkan Sesuatu Yang Setanding Dengan Al Quran. Mereka Bersetuju Kerana Mereka Menyangka Bahawa Al Quran Itu Adalah Barisan Kata-Kata Ilham Muhammad. Mereka Gagal Kerana Al Quran Sebenarnya Ada Kuasa Sendiri Yang Dipanggil ‘ I’jaazulquran’ Yang Boleh Melemahkan Hujah Selain Al Quran. Sebenarnya Orang-Orang Musyrikin Percaya Dengan Kehebatan Al Quran, Akan Tetapi Mereka Sengaja Mencari Alasan Bahawa Al Quran Itu Adalah Ciptaan Nabi Muhammad Saw. Ini Adalah Satu Cabaran Yang Tidak Dapat Dihasilkan Oleh Seluruh Manusia Untuk Menghasilkan Satu Surah Seperti Yang Terdapat Di Dalam Al Quran Dan Seandainya Mereka Gagal Untuk Menyahut Cabaran Ini, Dan Pastinya Mereka Tidak Dapat Melakukannya Maka Bersedialah Mereka Menghadapi Api Yang Bahan Bakarnya Terdiri Daripada Manusia Dan Batu. Oleh Itu, Sesungguhnya Al Quran Sesuai Untuk Semua Zaman Kerana Di Dalam Al Quran Terkandung Perkara Yang Telah Berlaku, Yang Sedang Berlaku, Dan Yang Akan Berlaku. Ia Merupakan Panduan Manusia Hidup Di Dunia Dan Yang Bakal Menuju Akhirat. Ia Menceritakan Keadaan Orang Yang Terdahulu Untuk Panduan Dan Ikutan Kita 
Sepanjang Zaman. Pernah Berlaku Satu Peristiwa Seorang Ulama’ Diuji Dengan Kehebatan Al Quran Oleh Seorang Nasrani Dimana Ulama’ Diminta 

Menjawab Soalan Berkenaan Berapa Keping Roti Yang Dapat Dihasilkan Jika Secupak 
Gandum Digunakan. Maka, Ulama’ Tersebut Pun Menjawab Dua Puluh Keping Roti. Ulama’ Ditanya Lagi Bagaimanakah Beliau Mendapat Jawapan Lalu Dijawabnya, Beliau Telah Mendapatnya Daripada Tukang Pembuat Roti. Nasrani Tadi Pun Mempertikai Jawapan Ulama’ Dan Mengatakan Dalam Ayat Yang Meragukan Berkenaan Kesahihan Al Quran Kerana Orang Itu Menyangkakan Ulama’ Tersebut Akan Mendapatkan Jawapan Tersebut Daripada Al Quran. Ulamak Itu Mengiyakan Lalu Membacakan Sepotong Ayat Al Quran Yang Menyatakan Jika Kita Tidak Mengetahui Sesuatu Perkara, Tanyalah Pada Yang Mahir. Akhirnya Nasrani Tadi Mengaku Kehebatan Al Quran Dan Terus Menerima Islam Sebagai Agama. Al Quran Juga Mempunyai Kehebatan Yang Mampu Melemahkan Akal Fikiran Semata-Mata Tetapi Akal Dapat Dikuatkan Dengan Bantuan Al Quran. Al Quran Merupakan Mukjizat Yang Kekal Hingga Hari Ini,. 

Peristwa Isra’ Dan Mikraj
Mukjizat Agung Yang Hanya Dikhususkan Kepada Rasulullah Saw Ini Ialah Peristiwa Isra’ Dan Mikraj, Di Mana Tiada Seorang Nabi Pun Yang Telah Naik Ke Langit Sehingga Sampai Ke Sidratul Muntaha Dan Memasukinya, Kemudian Kembali Semula Ke Bumi Pada Malam Yang Sama Melainkan Nabi Muhammad Saw, Nabi Dan Rasul Pilihan Allah Swt Yang Terakhir. Dalam Suatu Riwayat Diceritakan Bahawa Perjalanan Nabi Dari Masjidil Haram Ke Masjidil Aqsa Tersebut Adalah Dengan Mengenderai Sebuah Pesawat Yang Dinamakan Buraq. Rasulullah Saw Memulakan Perjalanannya Yang Amat Bersejarah Itu. Tidak Lama Kemudian, Sampailah Baginda Di Suatu Negeri Bernama Thaibah. Negeri Thaibah Ini Pada Zaman Para Nabi Terdahulu Adalah Merupakan Tempat Sumber Pengetahuan Dan Ilmu. Baginda Meneruskan Perjalanannya Sehingga Sampailah Di Sebuah Tempat Yang Bernama Baitul Lahmi, Iaitu Tempat Kelahiran Nabi Isa As. Perjalanan Diteruskan Dan Tidak Lama Kemudian Sampailah Ke Baitul Maqdis. Demikianlah Sekilas Mengenai Isra’ Nabi Muhammad Saw, Dari Masjidil Haram Ke Masjidil Aqsa Berseorangan. Mikraj Adalah Perjalanan Nabi Dari Masjidil Aqsa Di Palestin Naik Ke Langit Tertinggi Untuk Menghadap Allah Swt Di Sidratul Muntaha. Dalam Perjalanan Naik Ke Langit Itu, Telah Disediakan Sebuah Kenderaan Yang Dinamakan Sulam Jannah, Iaitu Sebuah Tangga Dari Syurga Yang Bergerak 
Secara Sendiri, Boleh Naik Turun Dan Kecepatannya Seperti Kilat. Perjalanan Mikraj Dengan Segala Yang Dilihat Nabi Di Dalamnya Adalah Kebenaran Yang Membawa Pelajaran Yang Amat Berharga Dan Bukanlah Mimpi Yang Tiada Erti. Beberapa Petunjuk Dan Solat Lima Waktu Yang Diwajibkan Atas Seluruh Umat Islam
Terjadi Melalui Perstiwa Mikraj Ini. Inilah Salah Satu Cara Bagi Kebenaran Allah Swt Dalam Menyatakan Dirinya Dan Memperlihatkan Kekuasaannya Kepada Hambanya Yang Terpilih. Ketika Itu Dapatlah Hamba Itu Iaitu Rasulullah Saw, Berhubungan Dengan Penciptanya Hingga Teguh Keyakinannya Kepada Yang Maha Esa Dalam Menjalankan Kewajipan Yang Suci Menjadi Utusan Allah. Keesokan Harinya, Datanglah Malaikat Jibril Kepada Nabi Muhammad Saw Mengajarkan Cara Mengerjakan Solat Yang Lima Kali Dalam Sehari Semalam Itu Di Mana Sebelumnya Baginda Solat Dua Rakaat Pada Waktu Pagi Dan Dua Rakaat Pada Waktu Petang, Sebagaimana Nabi Ibrahim As Lakukan Terlebih Dahulu. Berita Tentang Peristiwa Isra’ Dan Mikraj Rasulullah Saw Itu Ternyata Telah Menggemparkan Masyarakat Mekah. Kebanyakan Umat Islam Pada Waktu Itu Tetap Mempercayai Baginda. Mereka Selalu Yakin Akan Kebenaran Setiap Perkataan Nabi Muhammad Saw. 

Pembelahan Dada
Mukjizat Seterusnya Adalah Pembukaan Atau Pembelahan Dada Nabi Muhammad Saw. Peristiwa Ini Berlaku Ketika Baginda Masih Kanak-Kanak. Suatu Ketika, Sedang Baginda Bermain-Main Dengan Kanak-Kanak, Maka Turunlah Dua Malaikat Yang Berpakaian Serba Putih Lalu Membuka Dadanya. Mereka Mengeluarkan Beberapa Ketul Daging Hitam Daripadanya. Kemudian Mereka Mencuci Hati Dan Bahagian Dalam Dada Dengan ‘Air Putih Salju’ Yang Mereka Bawa Daripada Syurga. Mereka Juga Diriwayatkan Telah Menandakan Satu Cop Mohor Kenabian Pada Masa Yang Sama Di Antara Bahunya Di Sebelah Belakang Lalu Mereka Pun Pulang. Melihatkan Ini, Kanak-Kanak Lain Yang Sama-Sama Bermain, Terkejut Lalu Lari Memberitahu Halimatun Sa’adiah Tetapi Kedua-Dua Malaikat Itu Telah Lenyap Sebaik Sahaja Mereka Sampai Di Situ. Walau Bagaimanapun, Rasulullah Saw Yang Digelar Muhammad Ketika Kecil, Memberitahu Bahawa Mereka Telah Memasukkan Sejenis Cahaya Illahi Tetapi Sama Sekali Tidak Memudaratkan Dirinya. Pada Kali Kedua, Baginda Dibelah Dadanya Ketika Berumur Sepuluh Tahun. Pada Kali Ketiga Pula, Tatkala Baginda Didatangi Malaikat Jibril Yang Membawa Wahyu Ketika Baginda Diangkat Menjadi Nabi. Pada Kali Keempat Iaitu Yang Terakhir, Adalah Pada Malam Baginda Diisra’kan, Sebagaimana Yang Diriwayatkan Di Dalam Dua Kitab Hadis Yang Sahih. Serba Sedikit Huraian Tentang Hikmat Pembelahan Dada Rasulullah Saw Adalah Dari Ibnu Munier. Ibnu Munier Berkata, Dibelahnya Dada Dan Kesabaran Baginda Menghadapi Peristiwa Itu Serupa Dengan Ujian Allah Swt Kepada Nabi Ismail As Tatkala Ayahnya Diperintahkan Untuk Menyembelihnya Tetapi Rasulullah Saw Berat Lagi, Kerana Hal Itu Terjadi Ketika Beliau Masih Kecil, Yatim Piatu Dan Jauh Dari Keluarganya. Ulama’ Lain Berkata, Sekiranya Allah Swt Menjadikan Susunan Tubuh Nabi Muhammad Saw Dalam Keadaan Seperti Yang Ditanyakan Itu, Sudah Tentu Tiada Seorang Pun Akan Mengetahui Hakikat Yang Baginda Sebenarnya, Allah Melalui Malaikat Jibril, Hendak Memperlihatkan Kekuasaannya Serta Membuktikan Kesempurnaan Batiniah Rasulullah Saw Seperti Yang Mereka Nampak Kesempurnaan Lahiriahnya. Oleh Itu, Rahmat Yang Menyeluruh Ni Adalah Berasal Dari Rahmat Allah Yang Meliputi Segala Sesuatu. Justeru Itu, Allah Mengeluarkan Syaitan Dan Konco-Konconya Serta Sesiapa Sahaja Yang Tidak Berhak Memperoleh Rahmat Itu. Kelemahan Yang Dapat Dimanfaatkan Oleh Syaitan Ini, Telah Dikeluarkan Dari Dada Baginda Agar Mereka Tidak Memperoleh Sedikitpun Jaya Daripada Rahmatnya Yang Luas Mencakup Segala Sesuatu Itu. 

Mukjizat Air
Rasulullah Saw Juga Telah Diturunkan Mukjizat Yang Berkaitan Dengan Air. Jabir Ra Meriwayatkan Bahawa Pada Hari Hudaibiyah, Orang Ramai Di Dalam Keadaan Yang Sangat Dahaga. Mereka Datang Kepada Rasulullah Saw Untuk Mendapatkan Air. Air Di Dalam Bekas Sangat Sedikit. Rasulullah Saw Pun Mengambil Wuduk Menggunakan Air Yang Sedikit Itu Kemudian Baginda Memasukkan Tangannya Ke Dalam Bekas Air Tersebut. Air Mula Memancar Keluar Daripada Celah-Celah Jarinya Seumpama Air Pancutan. Oleh Itu, Orang Ramai Pun Minum Dan Turut Mengambil Wuduk. Air Mencukupi Walaupun Bilangan Mereka Ramai. Mukjizat Ini Turut Dilihat Semasa Pada Suatu Ketika, Air Memancar Keluar Daripada Jari-Jari Rasulullah Saw Sedangkan Di Dalam Bekas Kepunyaan Baginda Sendiri Hampir-Hampir Tidak Ada Air. Baginda Membaca Sesuatu Dan Menyuruh Air Itu Dicurahkan. Apabila Baginda Menarik Tangannya Keluar Darpada Bekas Tersebut, Masih Banyak Lagi Air Di Dalam Bekas Itu. Semasa Di Dalam Suatu Perjalanan, Rasulullah Saw Menyuruh Abu Qatadah Ra Menyimpan Sedikit Air Yang Ada Padanya Untuk Wuduk Baginda. Maka Rasulullah Saw Meminta Air Yang Disimpan Tadi Selepas Suatu Ketika. Abu Qatadah Ra Membawa Air Tersebut Yang Kemudiannya Cukup Diberikan Kepada Orang Ramai. Mereka Semua Merasa Puas Meminumnya. Di Dalam Satu Lagi Perjalanan, Rasulullah Saw Telah Memberi Sedikit Air Kepada Habban Ra Daripada Sebuah Bekas Untuk Berwuduk. Kemudian Rasulullah Saw Memasukkan Jari-Jarinya Ke Dalam Bekas Air Tersebut Lalu Mulalah Air Itu Keluar Berbuih-Buih Melalui Jari-Jari Baginda. Orang Ramai 
Pun Dipanggil Untuk Berwuduk Dengannya. Abdullah Bin Mas’ud Ra Meriwayatkan Bahawa Pada Suatu Ketika, Rasulullah Saw Memberikannya Sedikit Air Untuk Disimpan. Beliau Pun Menyimpannya Tanpa Bantahan. Apabila Para Sahabat Meminta Air Untuk Minuman Dan Berwuduk, Maka Baginda Pun Meyuruh Abdullah Membawa Air Yang Disimpannya. Beliau Menurutinya Dan Air Tersebut Pula Mencukupi Sahaja Untuk Keperluan Ramai. Berdasarkan Bukti Dan Riwayat Di Atas, Maka Tidak Disangkal Lagi, Nabi Muhammad Saw Mempunyai Mukjizat Yang Agung. Bukan Itu Sahaja, Rasullulah Saw Turut Banyak Membantu Rakan-Rakan Serta Umat-Umatnya Ketika Mereka Memerlukan Baginda. Rasulullah Saw Telah Membuktikan, Mukjizat Yang Diturunkan Allah Swt Kepadanya Hanyalah Untuk Menolong Dan Memenuhi Keperluan Umat Islam Pada Ketika Itu. 

Baginda Yang Diberkati
Nabi Muhammad Saw Juga Dikatakan Seorang Pemuda Yang Diberkati Allah Swt. Mukjizat Ini Tampak Dilihat Oleh Ummu Ma’bad. Ummu Ma’bad Mensifati Baginda Sebagai Seorang Lelaki Yang Nampak Bersih Putih Bercahaya, Indah Rupawan, Bentuk Tubuhnya Tidak Bercela, Kerana Baginda Tidak Kurus Dan Tidak Gemuk. Rasulullah Saw Tampan Ceria, Matanya Hitam Dengan Bulu Alisnya Yang Panjang. Suaranya Bersih Bagus, Lehernya Jinjang Dan Janggutnya Lebat. Alisnya Pula Panjang Menyambung Dan Melengkung Bagaikan Bulan Sabit. Jika Diam Atau Tidak Berbicara, Baginda Tenang Penuh Wibawa Dan Bila Bicara, Terang Serta Jelas. Sebagus-Bagusnya Manusia, Paling Indah Dan Paling Tampan Nampak Rupawan Jika Dekat. Manis Tuturnya, Terang Dan Tidak Bercakap Kosong. Kata-Katanya Sentiasa Tersusun, Seakan-Akan Untaian Permata Yang Menyeluruh Berjatuhan. Perawakannya Tidak Terlalu Tinggi Dan Tidak Rendah, Sedap Mata Memandang. Dia Mempunyai Kawan Yang Amat Memuliakannya. Jika Baginda Berkata Dan Memerintah, Mereka Diam Mendengarkannya, Dan Segera Memenuhinya. Mereka Begitu Taat Kepadanya. Wajahnya Tidak Masam Berkerut Dan Ucapannya Tidak Mengandungi Khurafat Serta Khayalan. Apa Yang Disifatkan Oleh Ummu Ma’bad Bukanlah Palsu. Beliau Telah Menceritakan, Semasa Baginda Dan Sahabat Keluar Dari Mekah, Baginda Terlihat Seekor Kambing. Sebelum Itu, Ummu Ma’bad Telah Ditanya Daging Atau Kurma Untuk Dibeli Tetapi Tiada. Jadi, Baginda Meminta Izin Untuk Memerah Susu Kambing Tersebut Walhal Kambing Itu Lemah, Kurus Kering Lagi Tidak Hamil Dan Ummu Ma’bad Yakin Ia Tidak 
Dapat Mengeluarkan Susu. Baginda Mengambil Kambing Itu Lalu Mengusap Anggota Perahan Susunya Sambil Membaca Bismillah. Kambing Tu Pun Merentang Kakinya Siap Untuk Diperah Susunya. Baginda Meminta Bekas Besar, Kemudian Memerahnya Sampai Penuh. Sebahagian Diberi Kepada Ummu Ma’bad Dan Selebihnya Diminum Bersama Sahabat Sehingga Kenyang. Abu Ma’bad Iaitu Suami Ummu Ma’bad Terkejut Lalu Ditanyakan Kepada Isterinya Tentang Susu Tersebut. Ummu Ma’bad Menyatakan, Telah Datang Seorang Lelaki Yang Diberkati Allah Swt Dan Menceritakan Sedikit Tentang Perawakan Baginda Kepada Suaminya. Jadi, Bagi Keseluruhan Huraian Mengenai Rasulullah Saw, Berdasarkan Kata-Kata Dari Ummu Ma’bad Tersebut, Tidak Disangkal Lagi, Mukjizat Rasulullah Saw Bukan Sahaja Dianugerahkan Allah Swt Agar Dapat Digunakan Kepada Manusia Sahaja Malah Kepada Seluruh Hidupan Alam Termasuk Haiwan. 

Perjalanan Naik Ke Langit
 Akhir Sekali, Mukjizat Rasulullah Saw Turut Tampak Jelas Ketika Dalam Perjalanan Naik Ke Langit. Baginda Merupakan Rasul Terpilih Yang Berpeluang Menemui Beberapa Orang Nabi Di Setiap Tingkat Hingga Ke Langit Yang Ketujuh Hanya Pada Satu Malam Sahaja Melalui Peristiwa Isra’ Dan Mikraj. Baginda Telah Disediakan Kenderaan Yang Dinamakan Sulam Jannah. Kedua Kaki Tangga Itu Terletak Di Atas Sebuah Batu Besar Yang Terdapat Di Halaman Masjidil Aqsa. Tangga Tersebut Dikatakan Mempunyai Sepuluh Anak Tangga. Anak Tangga Pertama Adalah Melambangkan Langkah Untuk Sampai Ke Langit Pertama, Tangga Kedua Untuk Sampai Ke Langit Kedua Dan Begitulah Seterusnya. Di Langit Pertama, Rasulullah Saw Berjumpa Dengan Nabi Adam As, Baginda Memberi Hormat Kepadanya. Di Tempat Ini, Semua Makhluk Memuja Dan Memuji Allah Swt. Nabi Muhammad Saw Lalu Naik Ke Langit Kedua Dan Berjumpa Dengan Nabi Isa As Dan Nabi Yahya As. Kedua-Duanya Memberi Doa Restu Untuk Keselamatan Baginda. Baginda Naik Pula Ke Langit Ketiga. Di Langit Ketiga, Nabi Muhammad Saw Berjmpa Dengan Nabi Yusuf As. Kemudian Baginda Naik Ke Langit Keempat. Di Sini, Rasulullah Saw Berjumpa Dengan Nabi Idris As Yang Telah Memperolehi Kurnia Yang Tinggi Dari Allah Swt. Di Langit Kelima, Baginda Berjumpa Dengan Nabi Harun As Dengan Penuh Hormat. Di Langit Keenam, Nabi Muhammad Saw Menyaksikan Satu Keanehan. Nabi Musa As Tiba-Tiba Menangis Tersedu-Sedu. Ketika Ditanya, Beliau Menjawab, Kerana Dia Tidak Menyangka Bahawa Ada Seorang Nabi Yang Diutus Allah Swt, Umatnya Lebih Ramai Masuk Syurga Berbanding Umatnya 
Sendiri. Langit Terakhir Iaitu Di Langit Ketujuh, Nabi Muhammad Saw Berjumpa Dengan Nabi Ibrahim As. Nabi Ibrahim As Memberi Nasihat Kepada Rasulullah Agar Menyuruh Umatnya Untuk Meperbanyak Tanaman Syurga Dengan Ucapan ‘La Haula Walaa Quwwata Illaa Billaahil ‘Aliyyil ‘Azhimm’. Mukjizat Ini Dikatakan Agung Kerana Tidak Ada Seorang Nabi Pun Yang Telah Naik Ke Langit Sehingga Sampai Ke ‘Sidratul Muntaha’ Dan Memasukinya, Kemudian Kembali Semula Ke Bumi Pada Malam Yang Sama Melainkan Rasulullah Saw Sendiri, Nabi Dan Rasul Pilihan Yang Terakhir. Oleh Itu, Sebagai Kesimpulannya, Kita Sebagai Umat Islam Tidak Perlu Meragui Mukjizat-Mukjizat Yang Diturunkan Allah Ta’ala Kepada Rasul Pilihannya Itu Kerana Semuanya Adalah Semata-Mata Untuk Membuktikan Kewujudan Serta Kekuasaannya Kepada Semua Hambanya Di Atas Muka Bumi Ini. 

Penutup
 Sebagai Penutupnya, Kebanyakan Mukjizat Para Nabi Berlaku Di Depan Mata Kaum Mereka. Contohnya, Nabi Ibrahim As Yang Telah Dicampakkan Ke Dalam Api, Nabi Musa As Membelah Laut Dan Lain-Lain Lagi. Walau Bagaimanapun, Nabi Muhammad Saw Turut Mempunyai Mukjizat Yang Ghaib. Contohnya, Sesungguhnya Allah Ta’ala Telah Memilih Satu Malam, Dan Tiada Disaksikan Oleh Sesiapa Pun Dengan Hikmah Yang Tersendiri Iaitu Menerima Wahyu Al Quran Dan Juga Peristiwa Isra’ Mikraj. Hanya Malaikat Jibril Yang Diutuskan Dan Diperintahkan Untuk Menemani Baginda. Oleh Itu, Permasalahan Yang Timbul Di Sini Ialah Masalah Keimanan Dengan Perkhabaran Ghaib, Bukannya Masalah Penyaksian Rasulullah Saw Mempunyai Banyak Mukjizat Lain Yang Dapat Disaksikan Oleh Pancaindera Mereka. Antaranya, Mengalir Air Dari Celah-Celah Jari Baginda, Peristiwa Pembelahan Dada Dan Sebagainya. Bahkan Pernah Orang-Orang Kafir Meminta Agar Allah Ta’ala Membelah Bulan, Maka Rasulullah Saw Meminta Kepada Yang Maha Esa Sehingga Bulan Benar-Benar Terbelah Dua. Biarpun Terdapat Golongan Yang Tidak Mempercayai Baginda, Pengiktirafan Allah Swt Kepada Baginda Yang Dirakamkan Dalam Firmannya ‘Abdihi’ Merupakan Satu Pengiktirafan Yang Telah Meletakkan Baginda Pada Martabat Yang Amat Tinggi. Sesungguhnya, Pengabdian Kepada Allah Swt Adalah Satu Kemuliaan Manakala Pengabdian Kepada Makhluk Adalah Satu Kehinaan Kerana Setiap Tuan Akan Mengambil Kesempatan Ke Atas Hambanya Dan Akan Membiarkan Mereka Tanpa Menerima Hak-Hak Yang Sepatutnya, Tetapi Pengabdian Kepada Allah Ta’ala 
Merupakan Satu Pemberian Dan Anugerah Darinya. Akhir Kata, Sebenarnya Setiap Sesuatu Yang Ditakdirkan Allah Ta’ala Seperti Mukjizat-Mukjizat Yang Diberikan Kepada Rasulullah Saw Ini, Mempunyai Hikmah Dan Pengajaran Tersendiri. Jadi, Tidak Hairanlah Kadang-Kadang Terdapat Beberapa Perkara Tidak Dapat Dicapai Oleh Akal Manusia Sendiri Tetapi Sebagai Umat Islam, Kita Tetap Perlu Mempercayai Semua Itu. 

Rujukan
Badr Azimabadi, (2000). 300 Mukjizat Nabi Muhammad Saw, Terjemahan Abd. Aziz Abd. Hamid, Kuala Lumpur : Penerbitan Darul Nu’man. 
Muh. Alwy Al-Maliki, (2002). Insan Kamil ( Muhammad Saw), Terjemahan Hasan Baharun, Kuala Lumpur: Penerbitan Victory Agencie. 
 Muhammad Abdul Wahhab, (2004). Kisah Hidup Nabi Muhammad Saw, Kuala Lumpur : Penerbitan Jasmine Enterprise
Muhammad Mutawalli Asy- Sya’rawi, (2001). Mukjizat Yang Teragung, Kuala Lumpur : Penerbitan Jasmine Enterprise 
Rusydi Ramli Al- Jauhari, (2012). Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam, Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Must Read Sdn. Bhd


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
URL: abdazizharjin.blogspot.com
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
HP: 013-4006206
PJ: 04-9882701
R: 04-9882597

Last update 27/01/2015