Keistimewaan Nabi Muhammad SAW

Tajuk: 
Keistimewaan Nabi Muhammad S.A.W

Disediakan Untuk
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh
Nama: Nurzaliah Binti Mohd Fadzil

Pendahuluan

Alhamdulillah , syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya, kerja kursus ini telah berjaya disempurnakan dengan segala upaya saya dalam mempelajari ilmu agama di dalam matapelajaran ini. Dalam kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah saya telah memilih untuk membuat artikel tentang keistimewaan-keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w.

Muhammad insan kamil merupakan salah satu kajian sejarah terhadap kehidupan Rasullullah s.a.w. Namun biografi yang dikemukankakan ini lebih menekankan perbincangan tentang aspek kerohanian dan makna-makna dalaman yang terpancar daripada episod-episod kehidupannya. Karya ini ialah hasil kajian Prof Seyyed Hassein Nasr yang ditunjukkan khas kepada pembaca muda muslim untuk mendekatkan mereka dengan insan yang digelar oleh Allah s.w.t sebagai rahmat bagi seluruh alam, Muhammad s.a.w.

Nama ialah lambang identiti seseorang, dengan nama itulah ia dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan shingga kehari akhirat. Muhammad yang membawa maksud yang terpuji benar-benar terzahir pada aspek luaran dan dalaman Baginda. Sehinggakan tiada siapa yang dapat menidakkan layaknya Rasullullah s.a.w menerima pujian tersebut walaupun musuh yang menentangnya. Tambahan pula, sebelum lahirnya baginda kedunia ini, namanya telah terlebih dahulu diberikan dan diletakkan oleh Allah s.w.t. Hal ini jelas menunjukkan ketinggian dan keagungan individiu disebalik nama itu.

Antara perkara yang difokuskan adalah pernyataan yang menunjukkan Nabi Muhammad adalah rasul akhir zaman yang terdapat di dalam kitab-kitab terdahulu iaitu kitab perjanjian lama,perjanjian baru, vedas purana,beliau dikenali sebagai maitreya. Adakah gelaran-gelaran ini berkaitan dengan peribadi yang sama? Mungkinkah peribadi itu sebenarnya adalah Nabi Muhammad? Inilah antara isi penting yang difokuskan.

Sunnah Rasullullah s.a.w merupakan sumber asas kedua islam. Ia terkandung segala perjalanan hidup Rasullullah s.a.w termasuk setiap detail amalannya, perbuatan dan sikap baginda samada dalaman atau luaran.setiap aspek kehidupan dan perbuatan telah dilapurkan kepada kita didalam hipunan hadis yang amat luas. Sebagai tambahan kepada Al-Quran. Setiap muslim percaya akan sunnah Rasullullah s.a.w sebagai satu model petunjuk dan hikmah. Al-Quran menetapkan bahawa sunnah Rasullullah s.a.w adalah diwahyukan dan dipertunjukkan oleh Allah s.w.t.
Konsenkuasi dari diutusnya Muhammad s.a.w sebagai khataman nabiyyin adalah berakhirnya kenabian dan kerasulan di tangan beliau s.a.w begitu pula risalah yang dibawanya menjadi “maharkaya” yang menyempurnakan dan menutup risalah-risalah sebelumnya. Namun, bagaimana logiknya sehingga Muhammad s.a.w mesti menjadi pelaku pemuncak yang risalahnya dinyatakan sebagai penuntas dioalog diantara langit dengan ummat manusia,padahal problema kemanusiaan sepeninggalan beliau s.a.w senantiasa terus berkembang dan kian kompleks? Belum lagi perkembangan ilmu dan teknologi yang apriori, dijadikan dalih untuk menunjukkan kekadarluasan dan kemandulan islam dalam menjawab tantangan zaman. Apa peranan nabi-nabi yang muncul di antara para nabi pembawa risalah, dan mengapa mereka mesti ada? Celakanya, tidak jarang para ulama gagap ketika menjawab, bahkan tidak jarang terpojok, sehinggakan kian menjafikasikan serangan mereka.       

1. SUNNAH BERKENAAN JANGGUT,RAMBUT,MISAI DAN KUKU

Janggut nabi s.a.w yang mulia sangat tebal dan panjang hingga memenuhi dadanya yang mulia.(syamail tirmidzi)memotong janggut yang lebih daripada segenggam supaya ia menjadi kemas dan cantik. (syarah syamail). Menjaga janggut panjang segenggam. (tirmidzi). Hendaklah mengemaskan janggut, berminyak dan menyikat rambut. (Muata’ imam malik). Potonglah misai (bulu misai hendaklah jangan dibiarkan sampai ke bibir. Hendaklah mencabut bulu daripada hidung dan ketiak dan memotong bulu-bulu ari-ari. Adalah berdosa jika dibiarkan selama 40 malam tanpa melakukan perkara ini.hendaklah mewarnakan rambut dengan inai (warna merah) atau wasma (warna biru) atau biarkan rambut putih. (Muata’imam Ahmad). Wanita boleh mewarnakan kuku mereka dengan inai (warna merah). (abu Daud). (tadak dinasihatkan menggunakan pewarna kuku atau gloss walaupun ia diperbuat daripada bahan halal kerana ia menghalang air sampai ke kuku mereka iaitu yang wajib dibasuh semasa berwudhu’ dan mandi wajib.) Nabi s.a.w memotong kuku baginda samada hari khamis atau jumaat.(Tirmidzi).semasa memotong kuku jari tangan, Nabi s.a.w melakukan menurut turutan berikut.(tangan kanan:jari telunjuk,jari tengah,jari manis, dan kelingking. Tangan kiri:kelingking,jari manis,jari tengah,jari telinjuk, ibu jari dan akhirnya ibu jari tangan kanan).

Aturan berikut telah dilakukan oleh Nabi kitas.a.w apabila memotong kuku jari kaki;
Bermula pada anak jari kaki kanan dan berakhir pada anak jari kaki kiri baginda. Apabila Nabi Muhammad s.a.w ingin meletakkan minyak zaiton di atas rambutnya, baginda biasanya meletakkan jarinya,baginda akan melumurkan sedikit diatas tapak tangan kirinya. Kemudian dengan jari-jarinya, baginda akan melumurkan sedikit di atas bulu keningnya dan kemudian di atas bulu matanya dan akhirnya meletakkan minyak diatas kepalanya. Apabila baginda ingin meletakkan minyak diatas janggutnya, Nabi s.a.w biasanya melumurkan sedikit minyak di atas bulu matanya kemudian ke atas janggutnya.(zaadul Maad).

2. POTENSI AL-QURAN DAN SUNNAH YANG TIDAK TERBATAS

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam... Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.
“sesungguhnya Al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan)yang lebih lurus.”
Pada kesempatan lalu, pembahasan kita adalah tentang berbagai sisi yang ada pada pilar keempat dari penutupan kenabian. Al-Quran adalah salah satu kitab samawi yang merupakan mukjizat ilmiah Nabi penutup s.a.w. Kitab ini amat berbeza dengan berbagai kitab samawi yang lain, kerana kitab ini adalah sebuah mukjizat. Penjelasannya, adalah ,para nabi yang terdahulu mukjizatnya bukan kitab samawi yang mereka bawa, tetapi mukjizatnya adalah sesuatu yang lain. Hanya Nabi penutup s.a.w saja yang kitab samawinya adalah juga mukjizat-Nya. Rahsia cukup jelas, kerana agama yang beliau bawa mesti tetap abadi maka mukjizatNya pun mesti abadi pula. Batu kerilkil bertasbih, tongkat berubah menjadi seekor binatang raksasa, semua itu adalah kejadian yang hanya dapat disaksikan oleh mereka yang hidup ditempat dan masa tertentu saja, dan setelah itu hanya berupa kisah sejarah. Siapa diantara mereka yang beriman dan sesiapa diantara mereka yang tidak beriman. Tetapi sebuah mukjizat yang ilmiah akan tetap kekal dan abadi.

3. PERANAN DAN WATAK NABI MUHAMMAD S.A.W

Di dalam beberapa ayat di kitab suci Al-Quran seperti ayat surah Saba’ 34:50, surah al_Mu’min 40:45 dan surah Muhammad 47:19, rujukan dibuat menyatakan bahawa nabi terakhir itu adalah seorang manusia bias adan bukan Tuhan dari kaca mata penjelmaan Tuhan dalam dirinya atau sebagai Tuhan yang lahir ke dunia. Tetapi ayat-ayat tersebut tidak menolak keunggulan dan keistimewaan Nabi sebagai manusia yang paling sempurna, ibarat ‘intan diantara batu’ seperti yang tercatat dalam peribahasa arab tentang Nabi. Jika tidak demikian hakikatnya, betapa Al-Quran dapat  menyatakan bahawa Nabi dipilih sebagai contoh termulia (uswa) untuk diteladanani. Disebabkan kesempurnaan dari segala segi yang ditunjukkan Nabi maka baginda dapat menjadi contoh terbaik kepada manusia dari satu generasi ke generasi yang lain. Tidak dapat disangkalkan yang baginda dikurniakan Tuhan dengan sifat mulia tidak terdapat pada mana-mana manusia sekalipun. Tidak ada bukti yang lebih nyata tentang sifat mulia dan utamanya selain sifat bebas daripada dosa (ismah) atau maksum.

Tentang fungsi-funsi kemasyarakatan yang asa, baginda Rasullullah s.a.w sekali lagi ditakdirkan Tuhan mengisi setiap satu daripadanya. Baginda ialah seorang murshid, ketua keluarga, pedangang, pemimpin politik dan masyarakat, kepala tentera,hakim dan pemerintah teragung. Lebih daripada itu semua, baginda menjawat fungsi kenabian dan kerasulan dengan mengutus peraturan Allah s.w.t dan firman Allah kepada manusia, mengajar manusia ilmu zahir dan batin dan diberi anugerah memahami tabii manusia dan psikologi manusia pada masa dan peristiwa yang berbagai-bagai.sebagai seorang ketua keluarga, Baginda Rasullullah s.a.w membentuk satu masyarakat kecil atau satu dunia kecil dimana jalinan dan susunannya menarik minat yang mendalam di kalangan kaum muslimin hingga ke hari ini. Sikap baginda bergaul dengan isteri, anak dan cucu yang masih kecil iaitu Hasan dan Husain, tugas dan tanggungjawab dalam urusan rumah tangga, sikap bertanggunggjawab yang ditujukkan terhadap keluarga, kasih sayang yang diberi dan keyakinan yang di tanami di sanubari anggota keluarga dan banyak lagi elemen lain merupakan sebahagian daripada sunnah dan elemen perwatakan baginda contoh dan ikutan bukan saja kepada orang persorangan tetapi juga dalam hubungan hidup berkeluarga. Sesuatu yang membawa rasa sayu apabila kita mengenangkan betapa seseorang kepala tentera medan badar dan seseorang pemerintah sebahagian besar penduduk dunia boleh merangkak di lantai rumahnya yang serba sederhana supaya cucu-cucunya dapat menunggang belakangnya mengelilingi ruang rumah. Rasullullah s.a.w sentiasa bersikap keras terhadap kemahuan dan kehendak dirinya supaya memenuhi yang asa sahaja. Baginda sentiasa menitik beratkan sikap rendah diri walaupun baginda merupakan manusia yang paling tinggi kedudukannya di antara sekalian manusia dan menyedari pula akan hakikat tersebut. Sifat rendah diri (tawadu’atau khusyu’). Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai sifat yang mulia dari segi murah hati dan mudah menunaikan permintaan (kiramah atau syaraf).

Akhirnya, Nabi Muhammad s.a.w bersifat dengan sifat keikhlasan dalam erti kata yang sebenar. Tidak ada pelakuan atau tutur katanya melainkan dengan ikhlas sepenuhnya. Lebih daripadanya yang lain, keikhlasannya tertumpu dengan ikhlas akan Allah s.w.t dan keikhlasannya ini sama seperti sifat benar (sidq) yang juga merupakan sifat utama baginda. Baginda digelar al-amin, atau yang sangat dipercayai sejak remaja menunjukkan bahawa sifat ini sudah kukuh dalam dirinya sejak ia masih kecil dan disempurnakan apabila baginda dilantik menjadi rasul Allah. Nabi tidak pernah berbohong sejak kecilnya lagi,. Sifat-sifat diri baginda menghindar setiap subjektif dan gangguan-gangguan kepentingan diri sendiri dalam pertimbangan dan pengadilan. Yang terpenting sekali Nabi Muhammad ditentukan Allah boleh menilai hakikat kebenaran dan menerima kebenaran tanpa merubah isi, makna dan keaslian hakikat tersebut dan tidak tertakluk kepada fenomena alamiah dalam menerima sesuatu yang bersifat illahiah. Dengan sebab sifat dirinya yang demikian, maka Nabi diberkati ilmu hakikat tertinggi iaitu La illahailla’LLah, dan dipilih untuk menyebarkan hakikat yang asas dan utama ini ke seluruh pelusuk muka bumi.

4. KEJUJURAN MUHAMMAD DIAKUI MUSUH-MUSUHNYA

Musuh sentiasa mencari jalan menjatuhkan lawannya. Satu cara popular yang sering dilakukan adalah mendedahkan kelemahan lawan daripada sudut peribadinya. Namun dalam konteks Nabi Muhammad, musuh-musuh beliau pada zamanya tidak dapat menonjolkan kelemahan-kelemahan itu. Mereka yang menentang Nabi Muhammad dengan keras pada peringkat awal islam mungkin melakukannya kerana kejutan yang tidak dapat dikawal walaupun pada ketika yang sama, mereka mengakui kejujuran beliau. Akhirnya, seorang demi seorang beriman dan memeluk agama islam. Mereka ini termasuklah omar ibn Khattab, Khalid al-walid,Abu Sufyan ibn Harb,Hindun bin Utbah,Amru ibn ai-as dan ramai lagi. Adapun tokoh-tokoh lain yang terus menentang,mereka melakukannya kerana kepentingan diri, status pangkat, kaum dan kabilahnya. Walaupun demikian, kesemua mereka mengakui Nabi Muhammad adalah benar dan tidak pernah berdusta. Sebagai kesimpulan, antara perkataan dan komen musuh-musuh mengenai Nabi muhammad adalah:” inilah dia Al-Ameen dan kami redha dengannya.” pernyataan wakil kabilah arab ketika hendak memindahkan Hajarul Aswad.
“demi Allah aku mengetahui apa yang dikatakan Muhammad adalah benar.” pernyataan Abu Jahal, pemuka kafir Quraisy. “kami tidak mendustakan  kamu tetapi kami mendustakan apa yang kamu bawa.” pernyataan Abu Jahal pembuka kafir Quraisy.”demi Allah dia bukan ahli sihir,bukan juga pendusta.” pernyataan abu Sufyan, seorang lagi pemimpin Quraisy. “sekiranya dia tidak pernah berdusta sebelum ini aku berpendapat, orang yang tidak sanggup berdusta kepada manusia, tidak mungkin sanggup berdusta kepada Allah s.w.t.” kata-kata heraclius, maharaja Rom ketika berdialog dengan Abu Sufyan.
“ya kami mempercayaimu kerana kami tidak pernah mengenalimu melainkan sebagai orang yang benar.”
Pernyataan kabilah-kabilah Arab daripada bani Fahr, bani Adi dan lain-lainnya di bukit safa.
“apabila aku merenungi wajahnya, aku menyedari wajah ini bukannya wajah pendusta.” pernyataan Abdullah ibn Salam, seorang pendeta yahudi ketika pertama kali melihat Nabi Muhammad s.a.w. “demi Allah, aku mendengar daripadanya suatu bacaan yang tidak pernah aku dengar seindah itu.” pernyataan Utbah bin Rabiah, wakil Quraisy yang diutus supaya berdialog dengan nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengupah sesiapapun bagi menguji dan mentaati beliau. Keikhlasan dan kejujuran beliaulah yang menawan hati-hati manusia supaya mengikut kebenaran yang beliau bawa dan seterusnya memperjuangkannya.

5. MUHAMMAD HIDUP TANPA KEPURA-PURAAN

Orang yang memasukkan racun ke dalam makanan orang lain tidak akan menyentuh makanan itu sama sekali. Dalam erti kata lain, sekiranya Nabi Muhammad berbohong dengan risalahnya, beliau tidak akan serius mengamalkan ajaran-ajaran yang dibawanya sehingga mengatasi orang lain. Apatah lagi tanpa mengharapkan sebarang keghairahan bagi mengejar kemewahan dunia. Sikap dan kesungguhan beliau ialah , bengkak kakinya kerana ibadah,menggantikan solat sunat yang tertinggal, berpuasa setiap bulan, iktikaf pada akhir bulan ramadhan,sentiasa memohon keampunan, harta peninggalan yang tidak seberapa,pemimpin yang sederhana, nabi tidak mencintai emas dan perak, nabi tidak pernah kenyang, nabi tidak pernah merasai makanan lazat, nabi menjahit kasut dan baju sendiri, anti nepotisme, seksaan digandakan keatas keluarga nabi,tiada pengecualian dalam hukuman, nabi muhammad dan keluarganya haram menerima zakat.

Manusia yang berbohong tidak akan yakin dengan pembohongannya walaupun dipercayai oleh orang lain. Pembohongan tidak mungkin serius dengan perkataannya sendiri kerana dia tahu semuanya adalah pembohongan. Begitu juga dengan orang yang berpura-pura dia akan menampakkan dirinya sebagai orang yang baik dikalayak ramai dan berperangai sebaliknya di belakang mereka. Dia pasti akan brgembira dengan kesenangan dan kemegahan yang dimiliki hasil kepura-puraanya itu.

Namun semua ini tidak berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w. Benarlah kata-kata montgeometry Watt ketika beliau berkata di dalam bukunya Mohammad at Mecca yang bermaksud, “pada pendapat saya pekerti  Muhammad yang mulia dan kebenaran yang diajarnya adalah sebab utama beliau mendapat sokongan dan kesetiaan Abu Bakar dan Omar serta kekuatan dan keberanian Khalid Bin Al-Walid dan Amru ibn As. Tersebarnya islam dengan begitu pantas sekali gus mengangumkan dan memeranjatkan dunia kristian, sudah cukup dijadikan bukti kebenaran Muhammad dan kebenaran kitab Tuhan yang disampaikan kepada pengikut-pengikutnya.”

6.BUKTI-BUKTI SAINS DAN SEJARAH KERASULAN MUHAMMAD, LANGIT DAN BUMI BERASAL DARIPADA  ASAP.

Di dalam surah al-Fussilat ayat II Allah menatakan yang bermaksud, “kemudian dia menuju ke langit dan langit ketika itu berbentuk asap, lalu dia berkata kepadanyadan bumi, “datanglah kamu berdua dengan tunduk ataupun terpaksa.”keduanya menjawab,’kami datang dengan tunduk’.

Di dalam kitab A-Asas fit Tafsir, syeikh said Hawa berkata, “sesungguhnya, memang sudah ada keyakinan, sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan di angkasa adalah dalam bentuk gas nebula seperti asap. Pandangan seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan maksud kalimat dukhan di dalam Al-Quran.”

Kajian yang dijalankan dalam bidang ilmu astrofizik adalah mengenal pasti keadaan alam selepas berlakunya peristiwa Big Bang. Kajian menunjukkan, pengembangan alam berlaku dalam keadaan suhu yang tinggi pada peringkat awal kejadian alam diikuti dengan penyejukan.

Diperingkat awal itu, proton bercantum dengan neutron dan proses ini melahirkan gas deutarium iaitu hidrogen berat atau heavy hydrogen, di samping gas-gas ringan yang lain terutamanya helium dan sedikit litium, berilium dan boron. Gas-gas ini dikenali juga sebagai primary nebula. Akhirnya, dalam jangka masa yang singkat, angkasa didominasi oleh gas hidrogen dan helium. Selepas lebih kurang 1juta tahun, gas-gas membeku dan kemudiannya bercantum mengikut proses-proses tertentu sebelum menjadi galaksi,bintang-bintang dan bumi. Penemuan ini selari dengan pernyataan yang terdapat di dalam Al-Quran.

7.NAMA-NAMA NABI MUHAMMAD S.A.W

Nama “Muammad” ialah nama paling agung bagi nabi Muhammad s.a.w. Nama ini yang wajib dituturkan oleh seorang kafir yang memeluk islam dalam ucapan syahadahnya (yakni wajib ia menuturkan “Muhammad Rasullullah” setelah ‘Lailahaillah’), nama ini wajib disebut dalam tasyahud atau tahiyat ketika solat dan khutbah dimana tidak harus diganti dengan nama lain termaksuk nama ‘Ahmad’.

Dari segi maksud, kalimah “Muhammad” adalah isim maf’ul daripada kata kerja dalam bahasa arab berbunyi “hamida” yang memberi makna “seorang yang terpuji” atau “seorang yang sentiasa dipuji” atau “orang yang paling berhak dan paling layak dipuji.”

Ada dua pandangan ulama dalam menerangkan kenapa Nabi Muhammad s.a.w diberi nama Ahmad. Pandangan pertama, baginda diberi nama Ahmad kerana Baginda ialah orang yang paling banyak memuji Allah berbanding manusia-manusia lain yang memuji Allah. Jadi, maksud Ahmad itu ialah orang yang paling banyak memuji Tuahnnya. Pandangan kedua, baginda diberi nama Ahmad kerana baginda ialah orang yangf paling layak dipuji kerana baginda ialah manusia-manusia lain. Jadi, makna Ahmad mengikut pandangan kedua ini ialah orang yang paling layak dipuji.

Menurut ulama Muhaqqin (yang luas dan mendalam ilmu mereka), makna yang paling menepati maksud ialah yang kedua. Imam Ibnu al-Qayyim berkata, “Nabi Muhammad s.a.w diberi nama Muhammad dan juga Ahmad kerana baginda dipuji di sisi Allah, dipuji para malaikat, dipuji disisi para nabi dan dipuji di sisi sekalian penduduk bumi.



Walaupun ada dalam kalangan penduduk bumi yang mengkufuri baginda, namun sifat-sifat kesempurnaan (sebagai manusia) yang baginda miliki menyebabkan baginda akan dipuji  oleh setiap orang yang berakal walaupun mereka enggan mengakuinya kerana sombong dan angkuh atau kerana kejahilan mereka tentang sifat-sifat Baginda.”

PENUTUP

Kesimpulannya, daripada tajuk yang saya kaji ini terdapat banyak perkara yang dapat kita lakukan untuk mendapatkan keredhaan jika kita sentiasa mengamalkan perkara-perkara yang disukai Allah s.w.t serta mengikut sunnah Rasullullah s.a.w,wahai saudara saudari , hindarkanlah diri kita daripada melakukan kemungkaran,hindarlah diri kita dari menjadi penghuni neraka. Oleh itu, sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkan hidayah Allah s.w.t demi kesejahteraan di dunia dan akhirat.

RUJUKAN

Salejee, Mufti E.M.H, (2003). Sunnah Harian, bahagian 1 dan 2. Johor Bahru: Abdul Rahman Radhi Al-Khudri.

Fadzil, Ahmad Adnan, (2013). 101 Nama Nabi Muhammad. Kuala Lumpur.

Nasr, Seyyed Hossein, (2001). Muhammad Insan Kamil. Kuala Lumpur: Baharuddin Ahmad.

Muthahhari, Murtadha, (2001). Kenabian Terakhir. Jakarta: Muhammad Jawad Bafaqih.

Zainal Abidin, Dr Danial,(2011). Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad. Kuala Lumpur: Hassan Daud.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com