Islam Di Malaysia

Islam Di Malaysia

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh:
Melur Asmida Binti Mohd Hassan
2014642826

PENDAHULUAN
Berasaskan bahan-bahan bertulis yang ada pada sejarahwan, sejarah Negara bermula lebih kurang disekitar tahun 802 H 1399/1400M. Secara kasarnya, ia merupakan tempoh penyebaran dengan pesatnya agama Islam di Tanah Melayu. Sebelum itu, seperti sedia maklum Malaysia meruupakan sebuah negara yang berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai bangsa agama dan perbezaan warna kulit. Malaysia merupakan negara ynag majority penduduknya beragama Islam, dan secara tidak langsung Malaysia juga digelar sebuah negara Islam di mata dunia. Menurut bancian pada tahun 2000, kira kira 60. 4 peratus penganut agama Islam di negara kita, selebihnya adalah penganut agama lain. Lazimnya, tarikh kedatangan Islam di Malaysia berkait rapat dengan tarikh ketibaan saudagar Arab muslimin di gugusan pulau-pulau Melayu, bangsa Arab merupakan kaum yang terawal sekalai memeluk Islam kerana Nabi Muhammad SAW khasnya di Asia Tenggara. Bangsa Arab dan berdakwah buat pertama kali di dalam masyarakat Arab di Makkah. Ketika itu empayar Islam semakin menaik dan terus menaik. masyarakat Islam dahulunya kukuh dan pesat dengan adanya aktiviti pelabuhan, perniagaan dan berlayar. Bilangan saudagar Islam yang tiba di Asia Tenggara bertambah ramai di pertengahan tahun kedua dari Abad ke 7M iaitu setelah tentera Arab muslimin membuka negeri parsi pada tahun 650M dan ramai orang parsi memeluk Agama Islam. Setelah perlakunya pembunuhan beramai –ramai keatas orang Arab dan parsi, mereka pindah ke selat Melaka pada tahun 878 M. Pendek kata, pada abad ke 9 boleh dikatakan keseluruhan org arab telah memeluk Islam dan saudagar-saudagar Arab dan parsi menguasi perniagaan di Lautan China Setelah. process perkembangan Islam di gugusan pulau-pulau melayu berjalan semakin licin. Oleh itu, pada abad ke 9M maka bermulalah titik permulaan bagi perkembangan Islam diselat Malaka. Kelahiran Islam di persisiran pantai timur itu memberi kesan kepada perkembangan Islam di semenanjung tanah melayu. Anggapan ini dikuatkan oleh sejarah iaitu satu batu insan yang bertulisan dgn berbunyi Arab. Selain itu, batu nisan itu bertarikh pada 29 H iaitu bersamaan dengan tahun 903M di Tanjung Inggeris, Kedah dan ini terbukti bahawa disana terdapat sebuah perkampungan Islam. Setelah berkembang ke Tanah Melayu maka lahirlah masyarakat Islam terutamanya di pusat pusat perniagaan, samada di Pantai Timur mahupun di Pantai Barat. Berikutsn itu maka wujudlah kampong –kampung muslimin disana sini apabila orang-orang yang berpengaruh di salah satu daerah itu memeluk Islam dan secara tidak langsung ianya menjadi sebuah negeri Islam yang pertama di sana iaitu pada hari selasa, 1 Muharram 225H(840M). Raja yang pertama memerintah ialah seorang peranakan Quraisy dari ibunya Puteri Meurah Perlak. Namanya ialah Sultan Alaidin Sayid Maulana Abd Aziz. semenjak perkembangan Islam meluas, Islam turut mengorak langkah berkembang secara aman dan damai sehinggalah lahir kerajaan Islam di negeri negeri Melayu. Implikasi daripadanya perkembangan Islam selepas Malaysia merdeka turut memberi impak positif bukan itu sahaja malah boleh dirasai oleh rakyat jelata. Sebagai contoh dari segi pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia memasukkan matapelajaran agama Islam sebagai subjek yang wajib diambil, tidak kira sekolah kerajaan mahupun sekolah swasta. bukan itu sahaja malah perlembangaan negara juga turut di masukkan unsur – unsur agama persis system perlembangan negara yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika mentadbir kerajaan Mekkah dan Madinah. Malah terdapat juga perancangan dan projek yang dirangka oleh kerajaan berunsurkan keIslaman seperti Masjid Negara, Perbadanan Tabung Haji, Majlis Hal Ehwal Agama dan sebagainya. Sebenarnya Kedatangan Islam ke Malaysia adalah satu rahmat yang tersembunyi dan harus kita mengerakkan kan iman dan agama ke jalan yang lurus, iaitu ke jalan Allah. Seterusnya, melalui tulisan jawi, hasil-hasil sastera dahulu kala ditulis dalam tulisan jawi yang dibawa oleh Agama Islam. Ada beberapa hasil-hasil kesusasteraan Melayu Tradisional yang telah dikanunkan sehingga ke hari ini. 

2. 0) TEORI KEDATANGAN ISLAM

a) DARI NEGARA ARAB
Mengikut pandangan ini, dakwah Islamiah dating secara langsung dari negara Arab, antara meraka yang berpendapat ialah John Crowford yang menyebut bahawa orang-orang Arab yang telah tiba di Gugusan Pulau-pulau Melayu pada zaman pelayaran laut membawa agama Islam. Teori ini disokong oleh sandaran sandaran di bawah :
Catitan-catitan orang China yang berkata bahawa Mu’awiyah, pengasas armada(angkatan laut) Islam, telah merancang hendak menyerang Gugusan Pulau –pulau melayu pada 674 M tetapi beliau terpaksa membatalkan rancanganya itu apabila di ketahui bahawa kawasan tersebut berada di dalam keadaan tenteram dan pemerintahnya adil di bawah pentadbiran seorang ratu yang bernama Siam. Catitan tersebut juga menunjukkan bahawa orang Arab telah mengetahui Gugusan pulau Melayu dan benar-benar mengambil berat dan tidak syak lagi, sebagaimana yang dikatakan oleh T. W Arnold telah bergerak dengan cergas dan meluas di lapangan perniagaan. Sebenatrnya sejarah telah mencatitkan bahawa saudagar Arablah yang menjadi orang tengah di dalam perhubungan diantara India dengan negeri-negeri Arab sebelum kelahiran Nabi Isa. Mereka lebih banyak membuat perhubungan dengan India disebabkan oleh negeri mereka berdekatan dengan india, terletak di lautan Arab dan juga kapal-kapal merekalah yang banyak mengangkut barang dagangan antara Indi dengan negeri negeri Arab. Oleh itu sudah menjadi perkara biasa bagi saudagar-saudagar dan pelaut Arab menumpu lebih banyak kepada perhubungan dengan orang India. Apatah lagi, mereka itu sangat mengetahui dimana letaknya Bandar-bandar yang penting di persisiran pantai India, bahkan mereka itu lebih telah pergi jauh merantau hingga ke Teluk Benggala, Negeri-negeri Melayu, Pulau Indonesia dan lain lain sehingga mereka itu dapat membentuk keluarga Arab. Melaka juga merupakan persisiran pantai di Malaysia Barat yang pernah menjadi tumpuan saudagar-saudagar dari deluruh pelusok dunia. mengikut setengah ahli sejarahwan, Melaka berasal dari perkataan Arab yang malaqah yang bererti Asuq atau “pusat perniagaan” kerana Melaka merupakan tempat yang paling penting sebagai pusat perniagaan Arab sebelum ketibaan Parameswara iaitu pengasas dinasti di Melaka lebih kurang pada 1400M. Melaka dan Pasai telah berkembang majunpada tahun 757M setelah berlaku kebakaran ke atas perkampungan ornag Parsi dan Arab di Canton, China. Kapal perniagaan China terpaksa berlayar ke melakadan Pasai untuk berhubung dengan saudagar Arab Melaka. Kini Melaka lahir menjadi sebuah perlabuhan yang berkembang maju sejak petengahan abad ke 8H(758M). Menurut kajian M. J Djamil, seorang pengkaji sejarah Acheh, sebuah kerajaan Islam telah lahir di Perlak. Sultan yang pertama memerintah kerajaan itu ialah ‘Sayid Maulana Abd Aziz Syah ‘ dan bergelar Sultan Alaiddin Syayid Maulana Abd Aziz. Pengaruh Islam di Perlak telah sampai ke Semenanjung Tanah Melayu terutamanya pada zaman pemerintahan Makdum Alaidin Malik Muhammad Amin Syah II yang memerintah Perlak telah sampai di Semenanjung Tanah Melayu terutama sekali pada zaman pemerintahan Makdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II yang memerintah Perlak di antara 622-662H(1225-1263M). Ini menunjukan Islam dating ke Gugusan Pulau-Pulau Melayu, termasuklah Tanah Melayu atau lebih spesifik lagi Malaysia dari negara Arab. 

B )DARI INDIA 
Selepas tahun 1883M, seorang ahli sejarah Belanda yang bernama Snouch Hurgronje telah mengemukakan satu teori yang mengatakan bahawa Islam di Gugusan Pulau-Pulau Melayu datangnya daripada India. Walaupun teori itu tidak banyak namun ia diterima oleh ramai orang terpelajar. Teori Snouch Hurgronje itu di ringkaskan oleh Brian Harrison dengan katanya bahawa Asia Tenggara sentiasa memandang kepada India-tidak kepada Arab dan Parsi untuk mendapatkan ilham pengetahuan disamping perniagaan. oleh yang demikian, penerimaan Gugusan Pulau-pulau Melayu kepada Islam bergantung kepada penerimaan India kepadanya terlebih dahulu kerana ada perhubungan perniagaan antara india Asia Tenggara. Suasana yang sesuai telah lahir pada abad ke13M pada masa Islam telah bertapak di Barat Daya dan di Timur Laut India dibawah sultan-sultan Turki. Pada masa itulah ramai orientalis Barat yang menyokong teori ini. Antara mereka itu adalah Marrison, Dr Ria, Kern, C. A. O van Wenhuize dan Van Ronkel. Sokongan mereka berasaskan pada tiga perkara. Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintah Alauddin Khilji di India. Menerusi aktiviti pedagang-pedagang Islam dating menyebarkan Islam kepada pedangan atau masyarakat di rantau Asia Tenggara. Selain itu, terdapat juga batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa, dan batu nisan Malik Al-salih uang dijumpai di Pasai itu mempunyai ciri-ciri buatan India. Dengan itu, kata mereka wajarlah dikatakan Islam telah tersebar di Kepulauan Melayu oleh pedangan India. Masyarakat Asia Tenggara mempunyaiperkaitan yang rapat dengan Islam dari degi budaya. Kewujudan unsur kebudayaan Hindu di Asia Tenggara menunjukkan ada perhubungan yang rapat antara kedua-dua negara sejak dahulu lagi. Namun, ada pelbagai pendapat mengenai kedatangan Islam ke Malaysia, namun sejarahwan bersetuju bahawa kedatangan Islam di sini di bawa oleh pedagang Islam. Ianya terdiri daripada pedagang China, Arab serta India. Ada kebenarannya pedagang ini menyebarkan Islam semasa melakukan perniagaan kerana berdakwah sangat dituntut oleh Islam. Usaha awal penyebaran Islam pleh pedagang terhad di kawasan perlabuhan dan pedagang. Penyebaran Islam seterusnya telah dikembangkan oleh para ulama sehingga Islam menjadi salah satu agama yang diambil oleh sebahagian besar masyarakat Asia Tenggara. Sebagai masyarakat rantau ini, kita harus menghargai dan menghormati nilai-nilai yang dibawa oleh Islam. 

C) DARI CHINA
Seorang saintis Sepanyol yang masyhur, Emanuel Gandinho Eredia, yang juga ahli matematik Eropah yang pertama mempelajari tentang gugusan Pulau-pulau Melayu, menulis pada 1613 M bahawa akidah Muhammad telah diterima terlebih dahulu di Patani dan pam di persisiran pantai timur. Selepas itu barulah diterima dan disebarkan oleh permaicuri(iaitu Parameswara) di Melaka. Sebenarnya bukti menunjukan terdapatnya orang Islam di negeri China semenjak abad ke 10M iaitu pada 977M atau sebelim daripadanya;antaranya ialah satu papan lukisan di masjid San Fu(742M). Bahkan ada riwayat yang mengatakan bahaw Islam telah sampai ke China pa zaman Nabi Muhammad SAW iaitu sebagaimana terdapat dalam rekod-rekod China. Pendapat ini menyebut bahawa Islam mulai lahir di kalangan mereka itu pada zaman pemerintahan Thai Sung(627-655M) dan muslimin yang pertama tiba di China ialah Ibn Hamzah ibn Hamzah, anak Hamzah Ibn Abu Talib, sepupu Nabi Muhammad besama-sama dengan tiga ribu orang Muhajirin dan tinggal di San Gan Fou. Orang muslimin itu semkin ramai datang ke China dengan sebab perhubungan perniagaan yang baik dan berkekalan di antara saudagar-saudagar muslimin Arab dan Parsi dengan China. Mereka menjadikan Canton sebagai pusat perniagaan dimana tempat berkumpul. Dengan itu, berkembang majulah perlabuhan perniagaan. setelah memeluk Islam, agam Islam terus dibawa ke Asia tenggara termasuklah Gugusan Pulau-pulau Melayu. Sejarah menunjukkan bahhwa saudagar arab menuju ke Asia Tenggara telah melalui banuyak jalan, ada melalaui jalan laut, darat dan kemudiannya masuk ke negeri China menujuke Canton dan terus ke Gugusan Pulau Melayu. Oleh yang demikian, betullah Islam itu dibwa ke tanah melayu melalui orang Arab, India dan china dalam abad yang sama dan semuanya kesemuanya bertemu di pusat perniaggan di Selat Melaka, Malaysia. 

3. 0 )CARA KEDATANGAN ISLAM DI MALAYSIA
Terdapat pelbagai faktor yang menentukan perkembangan Islam di Alam Melayu. Dalam hal ni, Syed Muhammad Naquib Al Attas telah membuat beberapa faktor yang menyebabkan Islam berkembang di Malaysia. 

i)Melalui perdagangan
Sebagaimana yang kita ketahui, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada abad ke 16M lagi. Pedagang-pedagang daripada pelbagai negara dating bertandang ke Melaka dengan barang dagangan mereka masing-masing untuk diniagakan di Melaka disebabkan Melaka merupakan negeri yang menjadi pusat perdagangan yang utama. Kemahiran dan kepakaran pedagang-pedagang dari segi perlayaran laut membolehkan mereka datnag ke Melaka, lazimnya mereka yang datang daripada Arab, China dan India. Disebabkan negara India kaya dengan rempah ratus, mereka datang berdagang di Melaka. Ianya sangat mendapat sambutan daripada penduduk Tanah Melayu. Begitu juga pedagang daripada China. Sutera mereka juga diterima baik di Tanah Melayu. Maka tidak wajarlah berlakunya perkembangan Islam. Pedagang-pedagang Islam pada masa itu merupakan orang terpenting dalam menyebarkan agama Islam. Ada juga dari kalangan mereka ahli sufi dan mubaligh terut turun padang. 

ii) melalui perkahwinan 
Perkahwinan merupakan salah satu factor perkembangan Islam di Nusantara. Perkahwinan ini berlangsung kebanyakan nya anatara pembesar dan ahli sufi dan pendakwah dengan anak gadis tempatan termasuk juga puteri-puteri di istana. Dengan adanya contoh yang baik dalam keluarga, maka bukan sahaja anak yang menjadi isteri, malah golongan tersebut memeluk Islam berserta seluruh keluarganya. Selain itu, berlaku juga perkahwinan di antara raja dengan puteri-puteri raja dari negeri yang berhampiran atau negeri-negeri yang ditakluki seperti Raja Melaka, Parameswara yang telah berkahwin dengan Puteri kesultanan Pasai pada tahun 1414M. Bukan itu sahaja, malah Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II mengahwinkan anaknya iaitu Puteri Ratna Kamala dengan raja Melaka, Sultan Muhammad Syah. Dengan berlakunya hal sedemikian bukan sahaja menyebabkan raja Melaka terdorong memeluk Islam, malah para pembesar dan rakyat jelata negeri sebahagianya mengikut jejak langkah raja mereka memeluk Islam. 

4.0) PERKEMBANGAN ISLAM

i) KERAJAAN ISLAM DI MELAKA 

Kewujudan kerajaan ini dicatit oleh setengah dari pengkaji-pengkaji Sejarah di Indonesia, antaranya ialah Muhammad Yunus Jamil yang menulis buku kecil dengan menyatakan bahawa sultan Perlak, Al-Sultan Makhdum Ala Uddin Malik Muhammad Amin Syah II Johan berdaulat yang memerintah Perlak tahun 622-662H. Telah dikatakan ada pertelingkahan antara dua sumber tentang negeri Islam itu, yang pertama menyatakan gelaran raja itu Iskandar Shah dan pemerintahan nya di dalam Semenanjung Tanah Melayu dan Sultan Muhammad Syah dalam usahanya mengembangkan Islam itu telah dibantu oleh iparnya Pengeran Malik Abd Aziz Syah. Ia dikatakan oleh Aristided Marre sebagainya orang yang mengIslamkan raja Melaka. Kesan menunjukkan adanya kerajaan Islam awal terdapat di Pengkalan compass Melaka ;kesanya ialah “peninggalan batu inskripsi Hindu yang terdapat huruf arab” dan yang kedua “Inskripsi Raja Aditiya Warma, 1378 dan pada batu itu tertulis nama Allah dengan bahasa Arab. 

ii ) KERAJAAN ISLAM DI KELANTAN
Negeri Kelantan berfungsi sebagai serambi mekkah mulai pada hujung abad ke 19 sehingga meletusnuya perang dunia kedua. Maksud serambi mekkah disini ialah pusat tumpuan pelajar-pelajar dirantau Asia tenggara ini untuk mempelajari ilmu agama sebelum pergi mendalami mekah sebenarnya, pusat pengajian Islam ialah Bandar Kota bharu. terdapat masjid besar Mahmadi yang tersergam indah ditengah-tengah Bandar itu selaku symbol kepada kerajaan pusat pengajian keilmuan di negeri itu. Disamping itu, terdapat banyak surau –surau dan pondok yang berselerak dalam Bandar dan dikampung yang berhampiran. Kelahiran kerajaan Islam di Kelantan dalam pertengahan kedua dari abad ke 12. Itu bukan lah satu perkara ganjil kerana pada abad itu Islam sudah pun berkembang di beberapa buah negara jiran di Asia Tenggara seperti utara sumatera. Di Champa, telah lahir masyarakat Islam semenjak abad ke 11M lagi sebagaimana yang dibuktikan oleh dua kesan sejarah. Kerajan Islam Kelantan itu, menurut buku Detik-Detik Sejarah Kelantan terus hidup merdeka sehinggalah ia ditakluki oleh kerajaan Islam Melaka pada zaman pemerintahan Parameswara

iii )KERAJAAN ISLAM DI TERENGGANU
Kerajaan ini wujud pada awal abad ke 8H 14M(702H-130). Hakikat ini ternyata pada sebuah batu bersurat yang dikumpul di Kuala Brang, Terengganu dalam tahun1899M dan sekarang berada di Muzium Negara, Kuala Lumpur. Batu bersurat itu ditulis ditempat penjuru dengan bahasa melayu huruf jawi dan mengandungi hukun syara’ yang wajib dipatuhi oleh rakyat. hukum syara’ ini menyatakan perkara di bawah ;
i) Wajib diatas muslimin patuh dengan Undang-Undang Tuhan kerana ia adalah perintah Allah yang berkuasa lgi mulia. dan mengeluarkan hokum-hukum yang seumpamanya ini wajib di atas sekalian raja-raj muslimin untuk kebaikan negeri-negeri mereka. 
ii) Hukum Zina
iii) Syarat-syarat am berhubung dengan mengingkar membayar hutang ataupun tidak mematuhi satu satu hukum. 
Batu bersurat itu boleh dikatakan satu kesan sajarah Islam yang terpenting dijumpai di Malaysia kerana ia telah menunjukkan dengan terang bagaimanakah jauhnya kemajuan Islam di Malaysia pada abad ke 14 M itu ; dan ia juga adalah satu kesan sangat penting bagi Asia Tenggara seluruhnya kerana ia telah menunjukkan dengan jelas bahawa Islam telah pun dipraktikkan betul-betul di salah sebuah daerah di Malaysia pada abad ke 14 M. Ini menunjukan bahawa negeri Terengganu pada abad ke 14M itu menjadi pusat penyebaran Islam di Pantai Timur Tanah Melayu. 

4. 1 ) ISLAM SELEPAS KEMERDEKAAN
 Setelah proses perjuangan kemerdekaan yang panjang. Semenanjung Tanah Melayu Berjaya mencapai kemerdekaanya pada 31 Ogos 1957. Selepas itu, terbentuklah negara kesatuan dari 11 buah negeri dan ditambah Sabah dan Sarawak di bawah nama Malaysia. Perlembagaan Malaysia mencatitkan bahawa Islam ialah agama kesatuan Malaysia akan tetapi agama agama lain boleh diamalkan secara damai dan harmoni. Perlembagaan yang diakui Islam sebagai agama malaysia itu hasil daripada perjuangan muslimin yang bersungguh-sungguh meletakkan Islam ditempat yang tinggi. Oleh yang demikian, Islam sebagai agama negara adalah kunci keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan berlain kulit. Perlembagaan juga mengekalkan kedudukan sultan-sultan sebagaimana kedudukan mereka itu dari segi agama sebelum merdeka iaitu mempunyai kuasa agama(lain dari politik). Sebagai ketua untuk negeri masing-masing. Negeri yang tidak bersultan ialah Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Menurut kedudukan Majlis-Majlis Agama Islam di negeri-negeri sebagai mana keadaan sebelum merdeka menbentuk Majlis-Majlis Agama yang baru tetapi kuasa agama tetap di tangan sultan. Oleh kerana perlembangan Malaysia memberi kuasa agama kepada sultan didalam negeri masing-masing, maka kementerian agama peringkat negeri tidak wujud. Namun begitu, kedudukan Islam di dalam perlembagaan sebagaimana yang diterangkan di atas, kegiatan keIslaman di Malaysia selepas merdeka dibahagi kepada dua iaitu kegiatan bersifat rasmi dan kegiatan tidak bersifat rasmi. Bukan itu sahaja, malah kerajaan seperti;

i)kementerian Penerangan
ii)Kementerian Pelajaran
iii)Kementerian Tanah

KESIMPULAN
Proses perkembangan Islam si Malaysia tidaklah berasingan dari proses perkembangan Islam di Nusantara. secara keseluruhannya kerana ia adalah sebahagian dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Islam hadir untuk menghapuskan segala bentuk. sebagai umat Islam yang satu dan bersatu untuk menyembah dan tunduk kepadanya dan semestinya untuk mengimarahkan alam sebagai khalifahnya. Dengan penerimaan Islam sebagai agama dan pengakuan Allah sebagai tuhan yang esa yang layak disembah. Masyarakat melayu dapat mengetahui hakikat insan seperti yang dinyatakan di dalam Al Quran dan Hadis. Perubahan yang tidak berlaku sebelum kedatangan Islam ialah perubahan jiwa, kepercayaan dan pemikiran yang mencirikan perubahan world view masyarakat di Alam Melayu. daripada kepercayaan anamisme kepada kepercayaan pada tuhan yang esa. Perubahan ini telah memberi jalan kepada umat melayu untuk menjadi khair ummah yang berusaha menghargai sifat ahsanu taqwin yang mempunyai sikap dan tabiat menghargai akal fikiran. 

Rujukan
Islam Di Malaysia, Tahun 1980, Diterbitkan Oleh Persatuan Sejarah Malaysia, 958 Jalan Hose Kualalumpur. 

Mana Sikana, Tahun 1998, Deterbitkan Oleh Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd Sastera Islam Di Malaysia

Prof Khoo Kay Kim, 1980 Diterbitkan Oleh Persatuan Sejarah Malaysia, Tamadun Islam Di Malaysia

Abd Aziz Bin Hj. Nik Hassan, 1983, Islam Di Kelantan, Dicetak Oleh United Selangor Press Sdn. Bhd

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com