Dirimu Sebagai Al-Nisa’

Tajuk : 
Dirimu Sebagai Al-Nisa’

Disediakan Untuk :
Ustaz Abd Aziz Bin Haji Harjin
Pensyarah Tamadun Islam 

Disediakan Oleh :
Nur Solehah Binti Fadzil

Pendahuluan

Dengan nama Allah yang pemurah lagi maha penyayang. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, saya diberikan kesempatan untuk merangka dalam membicarakan soal wanita, secara amnya, tentang an-nisa’. Seperti sedia maklum, al-Nisa’ merujuk kepada kaum wanita. Seperti yang kita ketahui dalam firman Allah dalam surah Al-Araf, ayat 7 “ dialah yang menciptakan kalian dari diri yang satu dan menjadikan daripadanya pasangan-pasangannya agar kamu cenderung dan tenteram kepadanya”. Wanita dijadikan untuk menjadi pendamping kepada kaum lelaki. Sehubungan dengan itu, menjelaskan lagi tentang peranan wanita disisi lelaki, “kaum lelaki adalah pemimpin kaum perempuan, kerana Allah telah meletakkan kelebihan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita)” (surah al-Nisa’4:1). 

Di samping itu, saya meringkaskan lagi kepentingan ilmu pengetahuan terhadap wanita dalam mendidik diri, keluarga dan masyarakat. Seterusnya menghuraikan serba sedikit perbezaan ciri-ciri sahsiah wanita muslimah, wanita munafiq dan wanita kafir. Seterusnya, menghuraikan jejak mubarakah yang dapat diikuti oleh setiap wanita Islam, seperti berzikir, usrah dan berhalaqah. Sebagai seorang al-nisa, kita perlulah mengembangkan ilmu yang kita miliki kepada orang di sekeliling kita. Sudah suratan, amalan yang baik dibalas syurga, amalan kufur dibalas neraka. Bergitulah balasan yang dijanjikan allah kepada hamba-Nya. Antara syurga dan neraka, pilihlah diantara keduanya apa yang kau mahu ketika di negeri abadi sana. 
 Akhir sekali, saya menitipkan juga kisah teladan agar dapat menjadi inspirasi kepada wanita diluar sana tentang wanita terulung dalam pelbagai aspek semasa kebangkitan Islam pada abad kegemilangan Islam dan rumusan amalan yang dapat dipraktikan dalam kehidupan harian agar dapat berubah kearah al-nisa’ yang sejati. InshaAllah. 

DEFINISI DAN PERANAN WANITA

Umar al-khottab berkata “tidak ada sesuatu pemberian yang lebih baik kepada seseorang setelah pemberian iman kecuali wanita yang solehah”. Wanita dapat ditakrifkan sebagai makhluk manusia yang halus (lemah lembut) dan ia bertugas sebagai ketua dan pengawal rumah tangga, menjadi ibu dan pendidik anak-anaknya, sebagai penghibur suami yang membawa ketenangan dan kasih sayang serta memperbaiki sikap suami dan memberi kebahagian kepada semua orang disisinya. (Ny. Khadijah Shaleh:1989 ) 

Didalam kitab al Quran, Allah SWT telah menceritakan tentang kisah wanita. Hal ini dapat, kita hayati dalam ayat-ayat suci Allah menerusi surah al-nisa’ ayat 4, “wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari satu jiwa yang satu dan diciptakan darinya isterinya dan daripada keduanya Allah SWT mengembangkan pembiakan lelaki dan wanita yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah SWT dengan mempergunaan nama-Nya, kamu saling meminta satu sama lain dan periharalah hubungan silaturahim. ”Allah SWT telah menciptakan bagi lelaki, isteri dari naf’snya sendiri yang membawa maksud dari jenis yang sama dengan dirinya agar lelaki merasai ketenangan dan kebahagian. Ayat ini juga sama dengan apa yang diungkapkan oleh Alah SWT, “ dialah yang menciptakan kalian dari diri yang satu dan menjadikan daripadanya pasangan-pasangannya agar kamu cenderung dan tenteram kepadanya” (surah al-araf, 7:189) 

Maka jelaslah bahawa allah telah menciptakan hawa untuk adam sebagai peneman dan pendampingnya dalam menjalankan amanah Allah SWT sebagai khalifah. Di samping itu, sudah menjadi fitrah mahlukNya tidak akan sanggup hidup bersendirian tanpa pasangannya. Oleh sebab itulah, Allah telah menciptakan alam ini dengan sunnahtullah-Nya berpasangan. Kita dapat lihat adanya jantan ada betinanya pada haiwan, ada negetif ada positif pada listrik dan atom. Bahkan, hukum berpasangan ini berlaku secara umum di seluruh alam raya sehingga atom yang merupakan inti alam ini ada pasanganya. (Dr. Yusuf Qardhawi:2003) 

Terciptanya wanita disisi lelaki bukanlah tanda diskriminasi Allah terhadap wanita, sebaliknya tanda kasihnya Allah kepada hamba-hambanya. ”Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasangan-pasangan supaya kalian selalu berzikir”(surah Al-Dzariyat, 51:49). Jelaslah setiap makluk ciptaan allah mempunyai tugas dan perananya yang tersendiri dan sesuai dengan sifat fizikal dan mentalnya. Oleh sebab demikian, Allah telah menciptakan kita berpasangan demi memenuhi fungsi alam dalam mengekalkan bakanya dan memakmurkanya dengan risalah-risalah Allah. Sesungguhnya Allah tidak membezakan amalan seseorang itu baik lelaki mahupun wanita melainkan keimanan dan ketakwanaya kepada Allah. (Salim A. Fillah:2011)

Apakah tangungjawab yang telah diamanatkan kepada wanita? Antaranya termasuklah tanggungjawab sebagai hambanya, tanggungjawab kepada dirinya, tangungjawab kepada keluarga serta tanggungjawab kepada masyarakat. Mestipun wanita telah diciptakan untuk berbakti kepada empat elemen ini, tetapi ternyata wanita hanya mampu melakukan dua atau tiga elemn sahaja bahkan segolongan wanita masih kabur akan peranannya sebagai al-nisa’. Rasulullah berpesan, “wanita sentiasa perlu diwasiatkan dengan kebaikan, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk dan bahagian atas tulang rusuk adalah lebih bengkok daripada yang lain, apabila kalian memaksa diri bagi meluruskannya, tulang itu pasti patah, tetapi apabila kalian mendiamkanya sahaja, tulang itu akan tetap bengkok, maka wasiatkanlah kebaikan kepada para wanita”. (hadith riwayatkan Abu Hurairah daripada Al-Bukhari) (Ustaz Abd. Ghani Shamsudin:1993) 

KEPENTINGAN ILMU KEPADA WANITA. 

Tiada ada agama yang mengutamakan ilmu kepada pegikutnya khususnya kaum wanita melainkan Islam yang telah meletakkan kewajiban menuntut ilmu itu sebagai ibadah kepada setiap muslim dan muslimah. Rasulullah SAW bersabda, “menuntut ilmu diwajibkan keatas setiap individu muslim lelaki dan wanita. ”Dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah disyariatkan kepada wanita, maka secara tidak langsung, para muslimah mestilah berilmu dan melengkapkan diri mereka dengan segala ilmu pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu ibadah itu dengan sempurna. Ilmu yang perlu dimiliki oleh seseorang wanita Islam itu terbahagi kepada dua iaitu, ilmu fardu ain’ dan fardu kifayah.   Kedua-dua ilmu ini sangat berguna kepada wanita khususnya seorang isteri yang menguruskan rumah tangganya. 

Sejarah Tamadun Islam telah membuktikan bahawa para wanita Islam telah mendapat peluang yang sama dengan kaum lelaki dalm bidang ilmu. Pada zaman rasulullah SAW, para wanita telah diberi peluang berjemaah di masjid demi untuk mendengar ajaran daripada Rasulullah SAW, berhunbung dengan kedua-dua ilmu ini. didalam masjid al-Nabawi di madinah terdapat sebuah pintu yang dikenali sebagai bab ‘al-nisa’ yang merupakan sebuah pintu khas untuk para muslimah masuk belajar bersama muslimin. Ini membuktikan lagi, wanita muslimah sentiasa bersaha melengkapkan diri mereka dengan ilmu.. misalnya, ummul mukminin sayyidatina ‘Aisyah r. a yang merupakan ispirasi ilmu para muslimat semasa hayat baginda Rasullullah SAW, yang bertepatan dengan sabda baginda dalam marhumnya, “ambillah separuh daripada agama kamu daripada wanita yang putih kemerahan-merahan ini (‘aisyah)”. (Ustaz Abd. Ghani Shamsudin:1993) 

Pada zaman modenisasi ini, para muslimah bergerak bersendirian tanpa berharakah dan berjemaah dalam menuntut ilmu. Potensi dan daya juang yang ada pada wanita seharusnya digembling sehingga mencetuskan arus tenga yang kuat untuk mencorakkan kembali sejarah semalam. Hal ini kerana, wanita silam berjaya membuktikan keunggulan mereka didalam bidang ilmu sehingga sekarang kita masih menyaksikan tinta-tinta mereka walaupun mereka tiada didunia ini lagi. Namun, taraf pencapaian kaum wanita dalam bidang ilmu perlu disesuaikan dengan mereka sejajar perkembangan abad ini. Seterusnya, wanita perlu dilatih tentang cara untuk membentuk, mengerakan, mengurus dan memimpin sesebuah jentera organisasi kaum wanita yang mithaliyah kepada Islam. (Salim A. Fillah:2011)

Sedarlah wahai saudaraku, Islam tidak hanya melihat kita bersolat atau berpuasa sahaja, tetapi ingin melihat kita sebagai wanita yang berperanan dalam mengerakkan dakwah Islam bersama dengan kaum muslimin. Setiap mukmin perlu sentiasa cakna dengan cabaran dan tentangan daripada musuh Islam yang semakin hari semakin bermaharaja. Justeru, wanita muslimah perlu tampil bergiat aktif mempertahankan dan membela Islam al-addin ini. Allah berfirman” mengapa kamu enggan berjuang? jika kamu tidak ikut berjuang nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan seksa yang pedih. Nescaya Allah akan mengantiakan kamu dengan kaum yang lain (yang tidak seperti kamu) dan tidak merosakkan sedikit pun akan Allah. Dan Allah maha berkuasa atas segala sesuatu”. (surah al-Taubah, 9:39). Jelaslah kini, setiap mukmin perlu berfikir dengan menggunakan ilmu yang ada untuk membangunkan kembali sejarah kegemilangan Islam yang pernah menguasai dua per tiga dunia ini. (Ustaz Abd. Ghani Shamsudin:1993)

CIRI-CIRI SAHSIAH WANITA MUKMINAH, WANITA MUNAFIQAT DAN WANITA MUSYIRIKIN. 

Dalam memperbaiki diri kearah yang lebih sempurna dalam erti kata lain menjadi wanita syurga haruslah kita mengenali dan memahami perbezaan ciri dan traits sahsiah seorang mukminah, dan sahsiah seorang wanita munafiq dan wanita kafir. Seperti apa yang telah dicatatkan menerusi ayat al Quran dan al Hadith. 

Wahai saudaraku, ciri-ciri muslimah sejati merupakan tunjang kepada pembentukan sahsiah masyarakat insaniah. Antara traits sahsiah mukminah ialah beramal dengan rukun Islam dan rukun iman dengan penuh kepatuhan yang merupakan juga asas pegangan agama Islam. Disamping itu, perhubungan sosialnya dengan masyarakat dapat kita saksikan, para wanita ini melaksanakan dakwah untuk kaum wanita secara usrah agar dapat membantu memberi nafas baru dalam mengubah pendirian segolongan wanita Islam kini yang masih cetek agamanya. Seterusnya, perhubungan mereka dengan ahli keluarga dapat kita gambarkan betapa berakhlaknya mereka dihadapan kedua-dua orang tuanya. Hal demikian terdapat didalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda “redha Allah terletak kepada ibubapanya, manakala kemurkaran Allah terletak kepada kemukran ibubapa. maka tidak hairanlah mereka menjaga perhubungan kekeluaraan dengan mencontohi kehidupan baginda bersama isteri-isterinya berserta anak-anaknya. (H. R Al-tarmirzi)

Sehubungan dengan itu, mereka sentiasa memikirkan tentang alam dan ciptaan Allah SWT dengan menyebarkan dan memperjuangkan kebenran risalah Allah dan rasul-Nya. Justeru, mereka suka akan menuntut ilmu pengetahuan agar sesuatu permasalahan itu dapat diselesaikan tanpa terburu-buru mengikut prasangka sebaliknya berusaha mencari kebenaran tersebut demi mengharapkan keredaan Allah. Akhlak peribadi mereka sangatlah terpuji, sentiasa berpakainan menuntut aurat sebagai mana ygang digariskan oleh Islam. Jika diperhatikan dalam terjemahan ayat suci al Quran ini, “ Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalnya yang soleh kami tidak memikulkan kepada diri sesorang melainkan sekadar kesanggupan, mereka itulah penghuni syurga, mereka akan kekal didalamnya. ” (surah al-araf, 42)

Mari kita mengkaji pula sahsiah seorang wanita yang munafiq, dalam segi aspek akidah, mereka tidak mempunyaai sikap tertentu terhadap akidah tauhid. Hal ini dapat digambarkan apabila mereka bersama kaum muslimin, mereka akan bersam-sama melahirkan keimanan, jika bersama kaum musyirikin, mereka melakukan syirik kepada Allah. Di samping itu, mereka akan melakukan sesuatu ibadah itu dengan riak, ujub, takabur dan bukannya kerana keyakinan dan kesungguhan mereka sendiri. Sebagai analoginya, apabila seruan azan memanggil untuk menginati kita terhadap Allah, mereka akan turut sama mendirikan solat, tetapi menunaikannya dengan penuh kemalasan. Seterunya kita lihat pula dalam konteks sosial, kalangan ini juga suka akan kemungkaran dan mencegah yang makruf juga petah berbicara dalam mempengaruhi orang lain,. (Ustaz Abd. Ghani Samsudin:1993) 

Misalnya mereka sentiasa menimbulkan fitnah untuk memporak-perandakan umat Islam melalui penyebaran khbar angin. bahkan yang sebenarnya, mereka mempunyai perasanan takut terhadap orang mukmin dan musyirikin sekaligus. Hal inilah yang menyebabkan mereka enggan menyertai dalam misi berjihad dengan orang Islam. allah telah menyifatkan mereka sebagai orang yang dicapkan mati hati keranana cenderung mempertahankan diri dengan mengemukan justifakasi terhadap perbuatan sendiri, “Dan diantara manusia ada orang yang ucapkanya tentang kehidupan dunia menarik hatimu dan dipesaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya padahal dialah penentang yang paling keras. ” ( surah al-baqarah, 204:2) 

Manakala, ciri sahsaiah orang munsyikin pula ialah, mereka tidak langsung beriman dengan konsep tauhid kepada Allah dan menolak ajaran rasul-Nya. bahkan, mereka menyembah tuhan selain allah yang tidak dapat memberikan manfaat apa-apa pun. “Dan orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadapnya. mereka itu penghuni neraka, mereka kekal didalamnya” (surah al-araf, 36). Selain itu, perhubungan sosial, mereka lebih suka memutuskan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga. disamping itu, mereka mereka suka memendamkan sifat permusuhan kepada orang Islam, kerana mereka beranggapan orang Islam sering merendahkan dan mencerobohi hak-hak mereka sedangkan mereka sendiri yang tidak sdar akan hakikat sebenar. seterusnya dalam konteks akhlak, kaum wanitanya mahupun lelaki amatlah teruk perilakunya khususnya remaja sebgai contoh, wanita dijadikan tempat pemuas nafsu kaum lelaki, gerjala sosial yang kronik sehinga mendatangkan kerisauan kepada perkembangan generasi Islam. (Ustaz Abd. Ghani Shamsudin:1993) 

Sesungguhnya, kita akan dapat merasai kebahagiaan jika melihat satu fenomena sahaja, iaitu keadaaan wanita muslimah di negeri-negri Islam dibandingkan wanita kafir di negeri-negeri kafir. Maka beruntunglah muslimah, dibawah naungan Islam, mereka bebas beriman, berintaq, berpuasa, bersolat, menutup aurat, taat kepada suami, keluarga yang bahagia, mendapat tetangga yang baik, martabat dan hak wanita sentiasa diperihara. Alangkah bahagianya menjadi wanita Islam, sedangkan wanita kafir suka merendahkan martabat kewanitaannya, seperti mempamerkan kecantiknya, naifnya, pamerkan mahkotanya bagaikan barangan yang tidak laku lagi murah, menjajarkanya kepada orang yang tidak sepatutnya, malah mereka berbangga membuat bergitu. (Dr. ’Aidh bin Abdullah Al-Qarni:2006)

Konklusinya, jika dibandingkan antara dua fenomena ini nescaya wanita Islamlah yang paling bahagia, paling tinggi darjatnya dan terhormat kedudukanya. Bersyukurlah kita dilahurkan didalam Islam. periharalah ciri dan sahsiah kita mengikut acuan Islam. Firman allah:terjemaahanya: “janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya. jika kamu orang yang beriman”. (surah Ali Imran, 139)

JEJAK MUBARAKAH SEORANG AL-NiSA’

Secara amnya, wanita Islam ialah wanita yang mampu memberikan manfaat kepada semua masyarakat kerana mereka merupkan para pengikut Rasulullah SAW. Wanita muslimah sewajarnya menjadi ‘role model’ yang baik untuk masyrakat selaras dengan hakikat sebagai pengembang amanah Allah. Setiap detik kehidupan, gerak nadi serta amalan harian kita adalah jelmaan penghayatan yang ihklas dari al Quran dan al-sunnah, maka wanita ini mestilah berusaha dengan gigih dalam membentuk jati diri, keluarga, masyarakat kepada perubahan kehidupanan al-addin. Firman Allah, “Wahai nabi, sesungguhnya kami telah mengutusmu sebagai saksi, pemberi berita gembira dan pemberi peringatan dan sebagai penyeru ke arah (sistem Allah) dengan keizinan-nya juga ibarat pelita yang memberi cahaya. ” (surah Al-Ahzab, 33:45-46)

Kaum wanita haruslah menjadikan tanggungjawab itu untuk menyeru setiap individu masyarakat kearah menyembah dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Sehubungan itu, muslimah hendaklah menganjurkan halakah zikir, mengajak manusia meneliti semua aktiviti supaya sesuai dengan tuntutan syarak, membentuk jentera pencegah kepada kemungkaran. Sesungguhnya Allah berfiirman menerangkan sifat muslimah yang baik sebagai “orang-orang yang menyampaikan risalah Allah, mereka takut kepda Allah. mereka tidak takut kepada sesiapa kecuali Allah. cukuplah Allah sebagai penghitung. ” (Ustaz Abd. Ghani Shamsudin:1993)

Pada risalah abad kini, penyakit masyarakat yang terlalu mencintai kepada dunia, kebesaran, kemewahan, pangkat, sanjungan dan cinta kepada wang amatlah bermaharaja didalam kalangan semua wanita, tidak kira agama dan bangsa, sehinggakan mereka sanggup selepaskan ciri-ciri insaniyahnya demi memenuhi nafsu penyakit ini. Wanita muslimah yang tinggi budi perkertinya tidakkan menjadi dirinya sebagai perangsang lelaki atau wanita lain kearah wabak ini. Kita seharusnya sedar bahawa kehidupan ini hanyalah persinggahan sementara sebelum menuju ke negeri abadi. Firman Allah SWT “Kehidupan dunia tidak lebih daripada permainan dan gurau senda dan sesungguhnya hidup akhirat adalah kehidupan yang hakiki, jika mereka menyendari. ”(surah al-Ankabut 29:64)

Dalam fenomena ini, wanita Islam haruslah mengajak masyarakat kembali kearah sanggup berkorban apa sahaja untuk mencari keredaan dan keberkatan Allah untuk mencari keredaan dan keberkatan Allah untuk kehidupan diakhirat kelak. Hal demikian dapat dilangsanakan dengan menyusun kembali program-program yang boleh melatih diri, keluarga dan masyarakat kearah sedia untuk Islam dalam pelbagai aspek samada harta, nyawa, masa dan tenaga. (Ustaz Abd. Ghani Shamsudin:1993)

Inshallah, jika hal-hal asas ini dilakukan oleh wanita Islam, khususnya para ibu dan seangkatan denganya. maka, golongan inlah jaguh, srikandi umat Rasullullah pada abad ini. Biarpun tiada bunga dan pingat bintang kehormatan duniawi, apa yang diharapkan hanyalaj syurga idaman. 

BALASAN YANG DIJANJIKAN UNTUK PARA WANITA DIANTARA SYURGA DAN NERAKA. 

7. 1 Wanita Calon Penghuni Syurga. 

Didalam wasiat Rasulullah SWT, memberikan berberapa sebab mengapa wanita menjadi calon penghuni syurga sedangkan kaum inilah yang banyak menduduki neraka. Rasulullah SAW bersabda, “apabila wanita mendirikan solatnya lima waktu, berpuasa dibulan ramadhan, memelihara kehormatanya dan mentaati suaminya, maka dia akan masuk ke syurga dari pintu-pintu syurga yang dikehendakinya. ”(hadis riwayat abu hurairah). 

Ketahuilah saudara muslimah, sesunguhnya Allah telah menwajibkan kepadamu agar engkau bersuci, mengahadap kiblat lalu solat lima sehari semalam setelah engkau mencapai umur baligh. Hal ini kerana, solat merupakan tiang agama, siapa yang menegakkanya bererti dia menegakkan agama, dan siapa yang meninggalkanya, bererti dia telah merobohkan agama. Allah SWT telah memperingkatkan agar tidak mensia-siakan solat sebagaimana firman-Nya dalam surah Maryam ayat 69. Manakala surah Al-Muddathir ayat ke 42-48, menceritakan tentang penyiksaan orang yang meninggalkan solat serta surah Al-Munafiqun ayat ke-9 mengingatkan kita tentang solat. Bergitu juga surah Al-Mukminun, memceritakan tentang kelebihan solat. (Maidi A-Sayyid Ibrahim:2001). 

Seterusnya, wanita yang berpuasa di bulan ramadhan, Allah SWT berfirman, ”wahai orang yang beiman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimna diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa” (surah al-Baqarah, 183:2) 

Sesungguhnya allah telah menwajibkan setiap orang Islam itu agar berpuasa sebulan hanya setahun sekali. Hal ini kerana, berpuasa dapat memberi latihan kepada orang Islam tentang erti kesabaran dan kesyukuran. Disamping itu, wanita yang memelihara kehormatan dirinya akan mempunyai perasaan malu serta menutupi auratnya daripada pandangan mata yang tidak sepatutnya. Wanita yang mentaati perintah suaminya selagi tidak menlanggar syariat Islam ia akan dimasukkan kedalam syurga. Sabda Rasulullah SAW “wanita manapun yang meninggal dunia, sedangkan suminya redha kepadanya, nescaya ia akan masuk syurga (hadith riwayat at-tirmidzi).  (Dr. ’Aidh bin Abdullah Al-Qarni:2006)

7. 2 -Wanita Calon Penghuni Neraka. 
Walaupun wanita dikatakan senang memasuki ke Syurga namum bergitu senang juga untuk wanita masuk ke Neraka. Sebagai contoh, wanita sekarang lebih gemar mendedahkan auratnya sedangkan Islam menganjurkan agar wanitanya menuntut aurat kecuali muka dan telapak tangan apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi amnya. Selain itu, wanita yang inginkan kepujian apabila berhadapan di khayalak ramai. Rasulullah bersabda ”Dan orang yang memakai pakaian bertujuan mencari populariti didunia, Allah akan mengenakan pakaian kehinaan kepadanya pada hari kiamat dan kemudian membakarnya di dalam neraka. ” (Hadith riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah). 

Disamping itu, wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum, tidur tanpa membuat sebarang perkerjaan dan mengerkari perintah Allah dan Rasul-Nya juga suaminya akan dimasukkan kedalam neraka. Seterusnya, isteri yang meminta untuk diberikan sesuatu sedangkan suaminya tidak mampu memilikinya. Semasa peristiwa Isra’dan Mi’raj, Rasulullah diberi kelibihan melihat syurga dan neraka, Baginda melihat wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana suka mempamerkan perhiasanya. wanita yang makan dagingnya sendiri sedangkan dibawahnya terdapat api yang menyala-yala disebabkan dia suka membicarakan keaiban orang lain. Wanita yang kepalanya seperti babi dan badanya seperti badan keldai kerana dia suka berdusta dan mengadu dombakan orang lain. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-kata akan digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggung sedangkan minyak dari neraka di tuangkan kedalam kerongkongnya. (Ny. Khadijah Shaleh:1989)

KISAH TELADAN UNTUKMU AL-NISA’ 

Wahai saudaraku, mari kita menyusuri kisah Siti ‘Aisyah, merupakan salah seorang puteri khalifah Abu Bakar As-Siddiq. setelah memeluk Islam, kemudianya menjadi gadis yang paling paling rapat dengan Rasulullah SAW. Ketika dibawah jagaan baginda, beliau dibesarkan dengan penuh kasih sayang. kemudianya, berhijrah bersam-sama jagaan, pendidik yang paling agung, guru yang ulung dalam abad sejarah manusia, iaitu Rasulullah SAW. Disamping mempunyai kecerdasan akal fikiran, kekuatan kefahamanya dan ketajaman akalnya, membuatkan wanita yang paling dikasihi oleh kekasih Allah ini berjaya mencapai kemuncak yang paling tinggi didalam segenap bidang ilmu pengetahuan sehingga ia tergolong dikalangan sahabat -sahabat yang agung. Kebijaksanaan dan ketinggian ilmunya telah dirasai oleh para sahabat dan orang-orang yang pernah belajar dan berguru dengannya. antara pengakuan daripada para sahabat sendiri, abu musa r. a berkata “apa sahaja yang para sahabat musykilkan mengenai hadith lalu kami bertanya kepada ‘aisyah nescaya kami menemui ilmu di sisinya”. Urwah berkata, ”aku tidak menemui seorang yang lebih alim tentang faraid, al Quran, halal haram, syair, kedoktoran daripada ‘aisyah r. a. ” (Abdul Ghani Samsudin: 1993) 

Kelebihannya dari segi meriwayatkan hadith sangat nyata kerana hadith yang pernah diriwayatnya berjumlah lebih 1100 tinta hadith, mengikut riwayat lain ada menyatakan mencecah 2210. Misalnya, didalam sahih Bukhari dan Muslim sebanyak 174 hadith. Para alim ulama yang mengambil dan meriwayatkan hadith daripadanya tidak tergambar bilanganya, ada diantaranya daripada para sahabat, kalangan al-Tabi’in dan lain-lain. Meskipun bergitu banyak beliau meriwayatkan hadith bukanlah bermakna beliau seorang yang suka meriwayatkan tanpa pengetahuan dan kefahamannya yang sebenar. Sebaliknya, ’Aisyah tidak pernah memperkatakan sesuatu daripada Rasulullah SAW kecuali apa yang beliau fahami olehnya. Sebagai contoh, jika terdapat sesuatu permasalahan yang ditanyakan kepadanya dan beliau mengetahui ada orang yang lebih mendalami darinya tentang permasalahan tersebut, beliau sendiri tidak teragak-agak mengarahkan orang itu supaya menemui sahabat yang lebih mengetahuinya. Sebagaiman dia tidak suka memperkatakan sesuatu kalau ada orang lain lebih mengetahui darinya bergitulah juga beliau tidak berdiam diri jika beliau mengetahui ada orang yang mengeluarkan sesuatu fatwa atau pendapat yang bercanggah dengan apa yang diketahui, dilihat atau mendengarnya sendiri daripada Rasulullah. Justeru, beliau akan terus membetulkan pendapat itu dan menyatakan apa yang sebenarnya. 

Disamping terkenal denga ketinggian ilmunya, ’Aisyah juga terkenal sebagai orang yang warak dengan sifat ketaqwaannya dan suka bersedekah merupakan sebab utama mengapa beliau menjadi isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah SAW. Contohnya, pada suatu ketika, seorang ibu bersama dua orang anaknya datang meminta sedekah di rumah ‘Aisyah. Sedangkan ketika itu, hanya sebiji tamar yang ada sebagai bahan makanan, dengan sebiji tamar itulah beliau menghulurkan sebagai sedekah. Sabda Rasulullah SAW dalam marhumnya ”janganlah sekali-sekali menghampakan seorang peminta sedekah sekalipun hanya sebiji tamar akan diganjari dan mungkin membawamu ke syurga”. (Tejemahan hadith)

Ketika usianya 66 tahun, bersamaan 17 ramadhan tahun 58 hijrah, Sayyidatina ‘Aisyah telah menhembuskan nafasnya yang terakhir dan dikembumikan di makam al-Baqi. Walaupun beliau telah kembali berjumpa Tuhan-Nya namun kisah dan jasanya masih segar dalam ingatan kita semua. Insha Allah. 

Jika sejarah Eropah mengabadikan keperwiraan Joan of Arc, maka tidak ketinggalan juga sejarah Tamadun Islam, yang mengabadikan keperwiraan Nusaybah binti Ka’ab ketika menyertai Perang Yamamah menentang golongan murtad, sedangkan ketika itu, usinya telah menjangkau lebih enam puluhan. Setelah menyedari kekalahan di pihak muslimin maka semangat Nusyabah menjadi lebih membara lantas beliau menghunuskan pedang dan mengerang bersama-sama dengan ketumbukan berkuda, membantu sehingga mengalahkan pihak musuh. Turut menyertai perperangan itu ialah anaknya sendiri, ‘Abdullah. Nusaybah juga telah menyertai Perang Uhud bersama Ummu Aiman, Khaybar dan Hunain yang bertanggungjawab memberi minuman dan rawatan kepada tentera Islam yang cedera. (Ny. Khadijah Shaleh:1989) 

Kisah Asma’ binti Abu Bakar yang merupakan tokoh perubahan kepada umat Muhammad SAW, disamping penonjolan sifat-sifat mithalinya sebagai ibu, isteri dan mujahidah. Asma’ telah meninggalkan kepada para muslimat suatu perwatakan yang penting dalam mrngubah sejarah ummah yang telah membawa perubahan besar dalam sejarah Islam iaitu hijrahnya Rasulullah SAW dan umatnya ke madinah yang dapat dirasai implikasinya sehingga sekarang. (Ny. Khadijah Shaleh:1989) 

Tuntasnya, ketokohan yang diperlukan bagi membangunkan semula generasi wanita Islam hardari ialah ketokohan yang mencerminkan ketaqwaan, keberaian, kecekalan sedia berjihad, bijaksana dan cekap bertindak. Itulah ciri-ciri istimewa yang menjadikan tokoh-tokoh mujahidah ini sebagi tokoh pencetus ummah dan revolusi umat ketika itu.. 

PENUTUP
Berdasarkan kajian ini, saya dapat simpulkan bahawa sebelum kedatangan Islam, kedudukan kaum wanitanya amatlah menduka citakan sehungga martabat mereka dipandang rendah lagi hina, sehinggalah sinar Islam datang memberi jaminan kedudukan yang tinggi, mengangkat martabat wanita, kemuliaanya, kehormatanya peribadi dan fitrah kejadiannya, takrifan penciptaan wanita sebagai pasangan lelaki dan menjadikanya sumber yang mengalirkan cinta kasih kepada suami dan anak-anaknya untuk beriringan bersama melaksanakan amanat atau peraturan yang diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya. Disamping menjadi pendidik kepada kesatria-kesatria generasi Islam pada abad kini. Meskipun, pembahagiaan tugas wanita dalam menjalankan amanat allah adalah sama dengan lalaki, namum ia masih berteraskan kepada sifat dan fitrah kejadian wanita. Walaupun skop dan peranan wanita itu merangkumi semua aspek kehidupan ia haruslah berteraskan kepada hukum syarak yang telah digariskan. 

Sehubungan dengan itu, Islam telah menwajibkan keatas setiap individu Islam agar menuntut ilmu demi menyempurnakan amanat yang telah diberikan. Sesungguhnya, Islam menganjurkan agar wanitanya sentiasa berusaha mencari ilmu dan beramal denganya demi memperjuangkan risalah Islam dengan member didikan yang sebenar kepada generasi Islam sekarang. disamping itu, dengan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi seperti Sayyidatina ‘Aisyah dapat membantu wanita golongan yang cetek ilmunya dalam misi membentuk masyarakat wanita halaqah. Perumpamaan “mencari ilmu adalah ibadah, mengkajinya adalah tasbih, menganalisisnya adalah jihad, mengajarnya kepada orang yang buta huruf adalah sedekah, membiayai orang yang mencari ilmu adalah korban dan ilmu itu merupakan pendamping tatkala sendirian”

Seterusnya, sebagai wanita Islam kita mestilah menunjukkan contoh teladan yang baik, memiliki akhlak yang terpuji dan beramal dengan ilmu yang kita miliki untuk membangunkan kembali kegemilangan Islam disamping memperbaiki kelemahan diri.. Sejenak kita berfikir, “ siapa yang mencari ilmu, dia akan mencari syurga. Siapa yang mencari maksiat, dia akan mencari neraka. ” ( Iman Al-Ghazali). 

Membelajari dan mengambil iktibar melalui kisah tentang wanita-wanita mujahidah seperti Sayyidatina ‘Aisyah, Maryam, Asma’, Siti Khatijah, Siti Fatimah, Sumaiyah dan lain-lain agar dapat memberikan satu landasan untuk kita wanita hari ini, khususnya pemudi Islam untuk terus menyahut cabaran berjihad dalam menghadapi ujian dan propaganda musuh Islam. sama-samalah kita menjaga dan menjadi an-nisa’ yang sejati dalam membangunan ummah cemerlang, nergara terbilang. ”wanita adalah tiang agama, jika baik wanitanya, maka baiklah negaranya. jika rosak wanitanya, maka rosaklah negaranya. ”

RUJUKAN:

1. Dr. ‘aiah bin Abdullah Al-Qarni, Dr. (2006). Janganlah Bersedih, Jadilah wanita yang paling bahagia, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan :Al-Hidayah Publisher. 
2. Majdi As-Sayyid Ibrahim(2001). 50 Wasiat Rasulullah SAW untuk wanita, Batu Caves, Kuala Lumpur:Pustaka Syuhada. 
3. Salim A. Fillah(2011). Biarlah Bidadari Mencemburi Dirimu, Indonesia:Pts Publictaion & Distributors Sdn. Bhd. 
4. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin(1993). Tokoh-tokoh Wanita Mithaliyah. Selangor, Malaysia:Budaya Ilmu Sdn. Bhd
5. Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. (2003). Qardhawi Bicara Soal Wanita, Bandung, Indonesia: Pernerbit Arasy Mizan Media Utama. 
6. Ny. Khadijah Shaleh(1989). Hak Kewajiban Wanita dalam Islam. Bandung, Indonesia:Pernebit Husaini Bandung. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com